revolutionalists

Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts

12/21/10

episod 5


'aduh.sakitnya!'keluh abdullah.dia meraba disekitar tengkuknya.sakit.ia.baru saja terjatuh lalu terlanggar tong yang berisi sesuatu.'tong?'lintas dalam hati.matanya melilau melihat suasana sekeliling.terdapat cahaya terbias dari celah kayu-kayu yang membentuk dinding.dia merapati.


''cakaplah,abang.saya berjanji merahsiakannya''desak flora pula

''12 ribu orang tentera islam sudah mendarat.mereka mahu menyerang raja roderiga pada bila-bila masa''balas panglima julian perlahan ..

''ha!!!!raja roderiga?!''tersentak dan terkesima.tubuh abdullah tergoncang.akal bejat.abdullah terdiam selepas kedua2 ahli rumah itu pantas memgalihkan pandangan kearah celah rumah mereka.sepantas itu jualah abdullah melarikan diri ke hutan.

''eh..apa ni...apa ni?''soal abdullah kepada dirinya diketika kakinya bebas memijak rumput yang tumbuh melata disepanjang denai yang ditempuhi.dia menganggak jenis rumput ini tidak terdapat dimalaysia.ya.barangkali dimana.......

tidak terlintas dikotak hatinya apabila ternampak sesuatu.telinga dipincing menangkap bunyi.abdullah ternampak sosok tubuh yang berdiri dihadapan ribuan manusia ketika itu.sosok tubuh itu dengan lantang bersuara seakan-akan langit terbelah:

أيّها الناس، أين المفر؟ البحر من ورائكم، والعدوّ أمامكم، وليس لكم والله إلا الصدق والصبر...

abdullah menangkap kata-kata itu.serebrumnya menganalisa dan cuba untuk menterjemahkan bait demi bait.mujurlah dia dahulu bekas pelajar sekolah agama disekitar selangor.sehinggalah membentuk kefahaman dibenaknya:

Tidak ada jalan untuk melarikan diri! Laut di belakang kalian, dan musuh di depan kalian: Demi Allah, tidak ada yang dapat kalian sekarang lakukan kecuali bersungguh-sungguh penuh keikhlasan dan kesabaran.
''subhanallah..ini kata2 panglima tariq bin ziyad.!''separuh jerit.pantas teringat akan salah satu buku bermuka merah yang dibacanya ketikamana sesetengah kuliah berlangsung.tariq sang pembebas andalusia tulisan abdul latip talib...kini barulah dia sedar..dia diheret ke abad ke 7.

diketika itu api menjulang marak menjilat kapal-kapal milik tariq.tiada riak kekecewaan diwajahnya....

12/19/10

2 jiwa(ep 4)


serbuk hitam berpelukan mesra bersama gula didalam ruang cawan itu.mereka digaul bersama agar ikatannya membentuk sebuah kopi studi yang istimewa.aromanya jauh tersebar menceriakan suasana sunyi.sebatang figura sedang tunduk menyorotkan pandangan pada apa yg ia baca.malam sudah jauh menyelimuti sendiri.sepi mencengkam suasana.tersangat sunyi.

''sudah la tu dollah,mata tu pun minta dilayan tu!''pujuk mus'ab kawan sepermainan abdullah.ia.mus'ab.seingat dia.mus'ab baru sahaja bingkas dari katil menuju ke ruang mandi.langkahnya mati apabila melihat temannya abdullah masih setia disamping pelajarannya.

''sikit lagi.plezz...lagi 5 minit aku tidur..bisa ngakk?!''seloroh abdullah memecah sunyi.mus'ab hanya menghantar pandangan ke arah abdullah.seketika kemudian,dia terus ke bilik mandi.

kopi dihirup.hangat menjalar keseluruh aterinya.segar buat seketika.abdullah membuang pandangan keluar.melihat perkampungan bintang di langit itu.taktala melihat dua bintang yang galak bersinar.lantas dia seolah-olah ditarik ke dunia yang lain.kepingan memori minta bersatu.

abdullah tercegat melihat dirinya di ketika berumur 6 tahun berlari keluar kelas dengan linangan air mata.air mata ikhlas.dibelakangnya kelihatan cikgu yang mengajarnya mengejar.ingin sahaja abdullah menghalang laluan si abdullah yang dahulu.namun kehadiran seperti kabus.tembus apabila dilanggar.

abdullah membuntuti larian abdullah yang dahulu sehingga tiba di taman bunga milik sekolahnya.dia mencari satu sudut yang dia fikir tidak kelihatan.duduk dan menangis semahu-mahunya.

taktala abdullah ingin menghampiri dirinya yang dahulu.tiba-tiba ternampak akan tubuh mus'ab yang termengah2.dia hanya melihat akan apa yang berlaku seterusnya.dia nampak mus'ab seakan2 berbicara sesuatu yang berupa kemaafan serta tangan dihulurkan.abdullah yang dahulu menyambutnya.di ketika itu persahabatan 2 jiwa tertaut.abdullah sebak lantas ingin memeluk mus'ab yang sedang berpelukan dengan dirinya yang lama.tetapi.....objek yang bernama masa tidak menyebelahinya.

''dollah....dollah...''suara mus'ab menembusi mimpinya.di sengga waktu itu jua.abdullah terjaga.diraup mukanya.lantas tersenyum.kisah silam menyatukan 2 jiwa sehingga kini.mukanya terkoyak dengan senyuman.....

makna harga buat si adik kecil.episod ke3


(sambungan dari dunia,ku bertatih diatasnya 1 dan 2)

ketika dipanggil kehadapan.langkahnya bertatih.derapnya seakan longlai.mata menunjukkan bekas lebam menangis.

''ok.sekarang abdullah..giliran awak pula untuk bacakan karangan awak dihadapan kelas''umum cikgu kartini.guru bahasa malaya tahun 1 angsana.

dia cuba untuk tersenyum.melawan sifat rendah diri yang sudah berputik sejak dari peristiwa tadi lagi.teringat dia akan kata2 mus'ab

''saya lahir dari keluarga kaya.sangat kaya''kata mus'ab bernada seakan bongkak.puluhan mata tertumpu kearahnya.teruja.sambungnya lagi

"setiap hari,ayah akan bawa saya berjalan2.kadang2 singgah dikedai mainan.apa yang saya minta.saya dapat.saya bahagia.satu hari saya terpandang ps3 di kedai games.lantas,saya minta untuk mendapatkannya.tanpa dipinta,ayah terus memimpin tangan saya lalu dibawa masuk ke kedai.awak semua tahu apa yang jadi?''soal mus'ab.bertambah2 bangga dengan penceritaannya.

''saya dapat jua ps3 tu.saya sayang ayah saya.ps3 adalah benda berharga buat saya ketika ini''simpul mus'ab dengan wajah yang berseri.tanpa sedar ada hati yang terguris.pedih

abdullah mengangkat kembali kertas putihnya lalu terus membaca.tanpa sedar matanya mula basah''karangan saya bertajuk.ibuku kaulah berharga untukku''.suasana yang hampir senyap tadi terpecah dengan hilai ketawa dari pelajar yang lain.

''hey!..abdullah..kami masing2 cerita tentang mainan yang kami sayang.takkan awak mahu cerita tentang ibu awak kot''ejek harun.selaku ajk kebersihan.bertambah2 hiruk kelas itu.lantas bunyi rotan kedengaran.semua tunduk ketakutan.cikgu mengarahkan agar abdullah meneruskan

''kami adik beradik pernah bergaduh kerana sekotak biskut yang jiran bagi.sampai ibu terpaksa memujuk saya.saya sedih.tapi ibu sentiasa ada disisi''bibit-bibit kesedihan mula terbit.menyelinap ke segenap kelas.

''saya pernah sedeh kerana diejek sebagai anak yatim.tetapi ibu selalu mengatakan.anak yatim adalah anak yang mulia.nabi sendiri pun anak yatim.ibu segera disisi saya ketika sedeh.saya takut nak pergi tandas malam.ibu sentiasa temankan.walaupun saya tiada mainan.tapi cukuplah ibu sebagai pelindung serta kawan sepermainan saya selama2nya''tutur abdullah deras sederas air mata cinta turun melalui pipinya.dia berlari keluar kekelas.

''abdullah!''panggil cikgu

namun kelibatnya sudah hilang dibawa masa yang pergi.cikgu bungkam memikir rasa dan suasana hati anak kecil itu.........

12/18/10

dunia,ku bertatih diatasnya(ep 2)

pepohon buluh menjulang ke langit.biasan cahaya janaan mentari terjun ke bumi lalu melanggar deretan buluh sehingga terjadinya bayang2 peneduh.angin kesayuan berpuput-puput.diketika itu abdullah berjalan menyeret beg sandang yang jauh lebih besar dari saiz badannya.

dia terus membuang kasutnya ketepi rumah tanpa menempatkan ke dalam rak kasut.dia penat.lantas kedapur sambil menguak tudung saji untuk melihat akan isinya.

''yey..yey..ibu masak bilis goreng''jerit abdullah kehepian

tanpa dipinta terus sahaja tangannya yg masih comot komot memasukkan nikmat yg satu itu kemulutnya....

''adik,sebelum makan kita kena buat apa''satu usapan lembut ke atas rambut abdullah

''baca doa dulu bu!''sepantas kilat,tangan ditadah,dan tidak sampai beberapa saat itu jua..kembali menyuap

ibu mengeleng2 akan tingkah laku spontan adik.lucu.bagai ada suatu angin sejuk mengalir dari atas kepala dan masuk kehati.ya.itu menenangkan.

12/17/10

dunia,ku bertatih diatasnya


'awak ni kan abdullah,dah berapa kali cikgu ulang.kali ni dah 11 kali awak salah eja nama awak'bebel cikgu haryati ibarat hujan menderu jatuh tanpa henti.

'maaf cikgu,saya masih tidak mahir membaca dalam jawi,inikan pula mahu menulisnya'abdullah,budak 6 tahun antara pelajar termuda disekolah agama rakyat,terletak di hulu selangor.

'kan mudah,kalau awak dapat kuasai tulisan jawi ini..bukan setakat nama awak,awak dapat eja..quran pun awak dapat fahami'nada cikgu kelihatan mula beransur kendur

'baik cikgu'balas abdullah pendek

tubuh mongel itu melangkah keluar dari petak terletaknya meja cikgu haryati menuju ke luar.mulutnya muncung sedepa.sifat rendah diri mula berputik dalam tangkai nalurinya.....

(dunia,ku bertatih diatasnya....bersambung)