revolutionalists

5/13/11

masih ada lagi yang simpati




pagi itu suram melingkari atmosphere sini.taman U amnya.ketika insyiroh sedang mengoyakan capati untuk disuakan kedalam mulutnya,matanya menangkap sesuatu disuatu sudut berhampiran tempatnya duduk bersama keluarga tercinta.kelihatan seorang warga tua berbangsa india sedang meraih sekelumit simpati agar dibekalkan sedikit pengalas perut pagi tu.pemilik kedai seakan menghalaunya.ibarat lalat hina,hidup tanpa guna,begitulah pada pandangan insyiroh ketika itu.

''mungkin tiada lagi seperti semalam''gumam mak cik india itu.dia tidak menangis kerana walupun dia fakir lagi menyusahkan,sekurang-kurangnya dia masih lagi mampu berusaha dan berdoa.saki baki tenaga yang tinggal hanya mampu menegakkan tulang belakangnya sahaja.keadaannya yang sebegitu,tidak mampu diselami oleh jiwa-jiwa kosong manusia selain insyiroh itu sendiri.seolah-olah hati insyirohlah yang hidup bagi sifat kemanusiaan pada senga waktu itu.

langkah sopan sebagai seorang muslimah diorak,selangkah demi selangkah sehingga betul2 mendekati mak cik itu.insyiroh lantas memasukan not rm5 kedalam saku baju mak cik tersebut.hanya pandangan terima kasih sahaja yang dihantar kepada insyiroh.lantas insyiroh menyambut dengan sebuah senyuman...

''terima kasih nak,moga tuhan sayang anak lebih''doa mak cik tu dalam hati

(adaptasi dari kisah benar yang berlaku tadi.end)

5/8/11

katrina

Cahaya terik berlumba-lumba menamatkan larian melepasi batang-batang buluh ditaman milih puan katrina.bayang-bayang lurus berjajaran terbentuk.dindingbatu bertindak sebagai pagar yang memisahkan dunia luar dengan taman itu tersergam kukuh.ukirannya dan binaannya kemas.Disepanjang taman itu diserikan lagi dengan kehadiran mawar merah sebagai pencicip mata.mawar itu indah seindah senyum yang tercarik diwajahnya.memukau.





~***~




bukan mudah menjadi pejuang


lebih-lebih lagi menjadi penghayun buaian


untuk membelai dan membentuk insan bernama..


mus'ab




......hati sekeras permata ruby....




keputusan untuk menyambung pelajaran ke universiti keoi,jepun tidak dapat dicantas lagi.bukan puan katrina tidak membenarkan tetapi naluri ibu dapat merasai ada sesuatu yang bermain,bersarang di kotak hati anaknya,mus'ab.




''ala mummy bukan lama pun,mus pergi..nanti setahun sekali mus balik la yer..mus janji tidak nakal-nakal''nadanya yakin walaupun terdapat sedikit rasa gugup yang cuba diselindungkan.mus masih tegar dengan keputusannya.sebagai ibu kepada mus'ab,mustahil seorang ibu ingin memadamkan cahaya kejayaan anaknya terutamanya dari sudut ilmu.namun perasaan ibu semakin berkecamuk hebat lantaran hanya mus'ab sahaja anaknya yang dia miliki.ya.hanya satu.tiada dua.




sekadar anggukan diselarikan dengan jatuhan air mata dari cerun pelipisnya.''emmm..oklah mummy sejuju je''senyuman plastik ditambah sedikit suara girang direka-reka.Puan katrina merelakan dalam keterpaksaan.mus'ab yang masih hijau dan lurus itu terus sahaja menganggap itu adalah positif buatnya.lantas mus'ab mencium tangan ibunya.langkah diorak perlahan-lahan.hatinya tersenyum puas.namun senyuman tersorok kemas dihati.ia tidak terbit dimuka.he.he.sepakara jahat terlintas dibenaknya......




to be continue.....




(percubaan keduaku untuk menukil cerpen setelah percubaan pertama menemui jalan buntu)









5/2/11

fight-to-oh


bakal menghadapi 3 papers untuk esok,esok lagi,dan esok esok lagi.hehe.terasa sangat ditekan.istilah ketepuan minda acap kali kedengaran.namun 1 perkataan unggul,S.A.B.A.R harus ditancapkan dalam cerebrum(aku hentam jek nih).ganbatte ne!


'keadaan terdesak menghasilkan genius'(naqiud,2011)

4/29/11

h.u.j.a.n

pagi itu dapat panggilan dari seorang teman''man..jalan econsave tutup''....sepotong perbualan dirakam.cuma.dia pesan kepadaku....

hujan menangis merembeskan titisan syahdu ke ruang bumi puncak alam.melimpah.perkataan yang tepat mengambarkan situasi gamat disini(bombastik sangat tu!).air mencurah2 ke ladang gandum.jalan sana sini dipagari(ayat ni lagi tidak sesuai..sepatutnya ditutup bukan dipagari)...ya.air tinggi mencecah paras pinggang.barangkali.cuma pada petang itu sahaja ku mampu berani redah melalui jalan dihadapan MCD untuk ke shah alam....

AIr iTU aNUGErah.kadang2 kala MUSibaH.sama2 lah kita renung2kan taw.