revolutionalists

1/2/12

tahun baru yang gedebum!

                      yeah.ketika diakhr-akhir ambang tahun 2011.hampir kesemua hati-hati penduduk bumi dunia pasti berdebar-debar menantikan saat malam yang akan meloncat ketahun hadapan(adakah engkau wahai si senpai ingin mengatakan seolah2 kita sume akan pergi kemasa hadapan?pftt...)

                     ada yang status fb yang menarik perhatian aku pada hari sabtu petang itu dengan berbunyi.jangan tido pada pukul 11.59 malam.kerana dikhuatiri apabila bangun,anda akan berada ditahun hadapan.walaweh!huhu..dengan tetibe sahaja aku teringat cerita back to the future(sumpah tyme tu terasa seolah2 pegang watak Marty Mcfly(michael J. Fox) menjelajah dari tahun ketahun mengubah takdir la kononnya..peh..osem!)

   (muka terkejut Marty Mcfly mengejar masa study..walaweyh)

    untuk cerita epik seperti diatas.sumpah aku cakap.memang awesome sangat tapi x logik langsung.why?kerana diantara benda yang manusia x dapat halang adalah kembali ke masa yang telah lalu dan menelusuri ke masa hadapan.ubah itu dan ini.mungkin ada diantara pembaca kipas susah mati bagi filem epik ini seperti aku sudah arif lagi bijaksana mengetahui cerita ini.baiklah..dalam cerita diatas kononya permainan takdir itu dapat diubah2 mengikut selera dan sesuka hati steven spielberg jek.tapi didalam filem ini jua ditunjukkan takdir yang diubah akan menrencatkan atau mempengaruhi cerita2 diakhirnya.see?manusia x akan pernah bisa mengubah apa2 yang telah ditetapkan oleh ALLAH. S.W.T
              masih sempatkah untuk aku berubah?~tanya mcfly
ko rasa?~balas saintis botak tua itu.

    dan 3 ari lepas aku teringat akan kata2 ustazku ketika aku berada di f4 dulu.ada sesetengah takdir yang boleh diubah jika kita melakukannya seperti jika kita jaga kesihatan,benci merokok,alcohol dan sebagainya.maka mungkin nyawa seseorang itu akan dibonuskan tahunnya(dipanjangkan).tapi persoalannya adalah..bukankah logik jua if takdir sudah menetapkan bahawa yang manusia itu akan berubah?(ahaha..kompem korang pening kan..?hehe..sama la)

     dan bercakap berkenaan dengan takdir ini,pernah dahulu aku terdengar sumone bertanya kepada ustaz dengan nada begini.''abes tu kenapa ALLAH yang MAHA MENGETAHUI menciptakan SYURGA dan NERAKA sedangkan DIA dah tau sape akan menghuninya''..

    dengan tenang.wajah kachak lagi bergaya..ustaz itu memberikan satu analogi.''kenapa pula cikgu sekolah mengadakan ujian itu dan ini.dan sape yang cemerlang akan dianugerahkan itu dan ini(rumah,kereta dan gelaran dato<-----ini sebagai contoh sahaja)sedangkan dia tahu mana pelajar terbaik dan mana pula yang belum lagi terbaik''
  
    terdiam si penanya.setelah melihat akan kesunyian mencengkam suasana.ustaz itu pun bersuara''agar ia menjadi galakan jua untuk pelajaar yang belum lagi terbaik menjadi terbaik.begitu jua syurga dan neraka.kerana itu sebagai katalis untuk manusia semuanya masuk sana''.credit!
       
    in a nutshell,takdir ke apa itu bukan urusan kita,tapi apa yang penting adalah kemahuan untuk berusaha berubah kepada yang lebih baik itu yang akan ditanya kelak.(erk...act..aku pun x jangka aku akan dapat idea menulis pada malam ini,kerana ia adalah usaha aku mengikut takdir)

                                                              
                                                       (malam tahun baru dataran shah alam)

12/9/11

cinta untuk nabila(part i)

    lama tidak menulis..moga2 gaya bahasa tulisanku tidak mati lagi..... 
     
     ~light on~

       
    sambil membelakangkan daratan lantaran menghadap lautan.dibiarkan sahaja tubuh diterjah desiran angin pantai.sedikit-sedikit pasir diterbangkan ke udara.ombak kecil mencumbui pantai saat itu.beberapa kumpulan burang-burung kecil terbang dan bersahutan.sangat mendamaikan...


                   ''kenapa selama nih aku x perasan ha?!''.direbahkan diri diatas pepasir.lantas perasaannya turut sama diserap kedalamya.tenggelam dalam muara kerinduan....


    ~***~

''happy besday!''jerit fahmi sambil mencuit pinggang khairul.terperanjat khairul lalu terlompat beberapa depa ke depan.jatuh dan sedikit sengal dipergelangan tangan dirasai.


    ''puii....macam haram!...wow..hadiah la..ahahaha''sekejap sahaja hatinya menjadi sejuk kembali taktala matanya terpaku pada lelehan coklat yang menuruni lurah dinding tepi kek itu.itulah khairul.tinggi orangnya maka panjang lagi la tahap kemaafanya.bunyi seperti hipotesis pula.hehe.kelip-kelip yang masih setia berterbangan dibalkoni menghidupkan lagi suasana riang malam itu.suap-menyuap,cubit mencubit  dan ini mungkin jika tersalah faham,kelihatan mereka itu lagaknya pasangan gay.Bagi mereka yang masih tidak kenal apa itu erti ukhuwah.tidur sekatil,makan sedulang,bergurau senda dan sebagainya,benda ini sangat meloyakan...


    malam yang mendatang.khairul masuk ke rumah dengan muka yang sangat sembam.lalu sebagai sahabat yang sudah lama kenal,fahmi mengambil peluang ini untuk meluangkan beberapa detik waktu bersamanya.berbincang berkenaan masalah,menyelesaikan mahukan berkorban segalanya.fahmi tahu dia x boleh lama sangat mendengar luahan hati khairul lantaran esok adalah exam penentuan samaada layakkah dia bergelar doktor gigi ataupun terkandas bersama-sama dengan segulung cita-citanya.namun khairul terus sahaja bercerita.fahmi terus memujuk hatinya untuk bersabar.sehingga jam menunjukkan angka 3.barulah selesai segala serba serbi.fahmi kuatkan azam menpergunakan baki 3 jam sebelum subuh untuk belajar.atau lebih tepat memerah keringat berjuang,belajar sambil menahan mengantuk yang amat gila.


  pagi menebarkan cahaya ke segenap penjuru belahan bumi.tidak terkecuali jua bumi shah alam.disaat itu khairul menghantar fahmi ke fakulti pergigian uitm sha alam lantaran fahmi yang sangat mengantuk.sampai sahaja betul-betul di hadapan fakulti.bahu fahmi digegarkan...


   ''bangun sayang...dan sampai!''


 dengan badan yang terhuyung hayang,fahmi keluar dari perut kereta milik khairul,menapak kedalam bangunan fakulti..


  ''buat yang termampu sahaja ya mi''bisik khairul pada angin.




                                   ~***~


             mukanya yang sangat putih,dan suci.tak jemu kata orang memandang wajah yang redup lagi mendamaikan itu.menjadi kegilaan para buaya-buaya mahupun golongan tok syeikh dan ustaz2 jua.dihiasi dengan akhlak yang sangat cantik.kumbang mana yang x tertarik der..


            ''owh nabilah,lambang cintaku kepadamu....''terdengar nyanyian atau usikan nakal sang buaya didalam dewan kuliah setalah tamat sahaja paper Perubatan Mulut & Periodontologi.


         ''ish..ish...maaf..Bila x suka diperlakukan begini''bisik nabila dalam hati.namun ketidakselesaan dapat dihidu oleh fahmi yang duduk di kerusi selang 2 baris dari tempat nabila.


         ''eeee...tengok tu,baru kacau sikit dah muncung sedepa...apalah..orang gurau sahaja''jerit badrul separuh laung.kawan-kawan badrul yang lain memperkecikkan kemampuan badrul yang dari sem 1 cuba untuk menambat hati nabila menemui jalan buntu.badrul mengepal-gepal tangannya tanda sangat tidak puas hati.nasib tidak menyebelahinya.loser.


         ''awak...nih..awak tertinggal atas meja tadi''sambil dihulurkan senaskah al-quran kulit ungu itu kepada nabilah..
   
         ''terima kasih fahmi''ujur nabila pendek


         sambil cepat-cepat nabilah melangkah ke belakang kerana pipinya yang semakin merona kemerahan.tersangat malu.


         ''awak...emm...x macam lelaki lain''antara dengar tidak dengar sahaja kalimah itu terpacul dari mulut nabila...peristiwa tadi itu dihapus akan waktu...fahmi tidak perasaan akannya


                  ~***~
          
          hari berganti hari,seiring  jua dengan musim di hati.begitulah yang berlaku di laman hati antara dua insan yang terpisah jauh.mencintai dalam bisikan.hanya alam yang dapat curi-curi mendengarnya.namun masing-masing antara mereka saling mendoakan dalam keadaan masing2 tidak mengatahui..sweet bukan?


          berbalik kepada kisah 2 sahabat tadi fahmi dan khairul.sebenarnya dari sudut ilmu agama(islam),khairul lagi cetek berbanding dengan fahmi.malah sifat bertangguh khairul dalam meraih segenap ilmu tidak dapat dinafikan.amat jarang sekali dia bertandang dimasjid.apatah lagi solat berjemaah setiap waktu.kadang2 sahaja ada batang hidungnya.itupun jika masjid ada buat sedikit makan2 selepas solat...namun...diakhir-akhir ini,khairulllah orang yang pertama akan sampai dimasjid...kadang2 dia kelihatan terkocoh2 untuk ke masjid..what the heck?!...apa kes nih?!


        kelihatan jemaah sudah memenuhi ruang di saf hadapan masjid untuk mendengar tazkirah magrib yang menjadi rutin.khairul memalingkan muka ke belakang sambil tercari-cari akan wajah seseorang.fahmi yang berserban yang berada disebelahnya kehairanan melihat keletah sahabatnya itu...dia cuba untuk tidak melayan..tetapi memandangkan khairul asyik terpaling-paling.lantas si fahmi memalingkan jua mukanya kebelakang.  


       'eh,x de pepe pun'monolog fahmi.kembali kepada tumpuan ke arah ustaz yang memberikan ceramah.dibiarkan sahaja khairul disebelahnya setelah itu.


                                                      ~***~
                      ''hahaha,Bila.selipar siapa tu awak pakai?''soal fatimah sambil mentertawakan nabila yang masih terkebil-kebil itu


                      ''ish...mana la Bila tau''sambil menjungkitkan bahu.dilihat kakinya menyarung selipar lelaki


                     ''nih musti selipar muslimeen kan?''teka fatimah


                     ''ha ah,yela kot..musti tertukar tadi kat masjid..aduh..macam mana la saya ley cuai kan?..emm''rungut nabilah sambil mulut muncung sedepa..


                     ''takpe la nanti kita pulangkan k''pujuk fatimah.


                     ''ok''balas nabila spontan


                sementara itu:
                      ''ish..mana pulak la selipar aku nih?tadi macam dekat sini?tapi..aik...kosong jek..''bertitahlah fahmi sorang2 disuatu sudut..


                      ''ala mie...nanti balik kang,kita singgahlah dimana2 kedai..kita cari la yang baru..niat sedekahkan sahaja ya..mungkin ada la tu sapa2 tersalah amik..ala lagipun tempat kasut tu bukan terang sangat pun''mood memujuk dan memaafkan orang itulah yang menjadikan khairul seorang yang kool.namun fahmilah jua orang yang banyak bersabar dalam semua hal.


                                                                      ~***~
                     nabilah masih tekun mentelaah buku subjek berkenaan Pergigian Prostetik.air cond di dewan kuliah itu sangat membahagiakan.namun tumpuannya  terganggu kerana terselit sekeping surat diantara celah helaian bukunya itu..kepingan dibuka dan dibaca..nabilah kaget.darah laju mengalir kepermukaan mukanya.merah padam.tidak terkata malunya.......


                                             (to be continued)


   




12/1/11

memancing itu sangat menyabarkan

sabtu yang mendamaikan telah pun tiba.so..satu ekspidisi memancing disertai oleh 4 orang budak yang masih hingusan dalam arena memancing ini.aku(Sam senpai),iqbal(ajk pengangkutan..coz dia yang drive),kacang(ajk publisiti coz dia sebagai jurukepoh menghidupkan suasana) dan piji(ajk makanan).perjalanan ke ijok(unisel) mengambil masa selama 40 minit dari puncak alam tanah tumpah darahku.(erk).jauh bukan?tu pun setelah ada rumors mengatakan kat sungai area unisel,berlambak udang meskipun apa yang kami nampak berlambak sampah disatu sudut.


muka excited iqbal.eh..kacang khusuk meneliti rods pancing.mungkin...



berdasarkan gambar 2.0 diatas..sejenis umpan yang mungkin barangkali agak geli lagi menghodohkan.terkejut budak2 nih melihat kepanjangan umpan yang kami beli di kedai berdekatan.umpan yang diberi nama umpun2.umpan umpun2 nih sesuai untuk digunakan bagi memikat si ketip biru(udang galah) dgn memotongnya kepada beberapa fragment yang tertentu.



teh tarik...owh...teh tarik....


pergi bawa harapan,pulang meraih kejayaan(x terlalu tinggi sangat kan bahasa nih...pftt)


masih hensem ketika memancing..ada gadis di lua sana minat?contact me k(tetibe rasa macam agent pencari jodoh...hehehehee)


sumpah....gambar diatas adalah muka seorang rockerz yang sangat khusuk dgn batang pancingnya..



termenung jauh..(ok..berangan itu adalah salah satu hobinya)


selepas beberapa percubaan..kami pulang dgn jiwa yang lapang meskipun tangkapan seprti udang,sotong dan dugong,semuanya kami lepaskan..konsep catch n release kami amalkan..sekian..

''kadang2 manusia memerlukan masa untuk bermesra bersama dengan alam..mungkin dari situ mereka akan lebih kenal PENCIPTA alam itu sendiri''

11/5/11

pengorbanan cinta teragung...sweet bukan?!

              assalamualaikum guys out there..!
              ya jujurnya..sambutan hari raya adha tidak semeriah sambutan aidil fitri yang dihiasi lampu pelita sekeliling rumah,ketupat sebakul ditambah dengan duit raya yang berkepul2.ya aku akui.dan diantara penyukat aras ini ialah bilangan sms yang aku terima semalam(sambil check phone...eh....eh..la..satu jek org wish..hurmmm).ya.itu lumrah...kerana apa ini terjadi...kenapa?...kenapa?

           diantara satu sebabnya adalah kerana kita sekadar tahu kisah nabi ibrahim sembelih nabi ismail,air zam-zam dan itu ini itu ini sekadarnya...bla..bla..bla...jalan cerita yang sangat typikal lagu membosankan..ya..itu kaku...jujurnya.

           saya(sebagai orang yang baru tahu kisah sebenar disebalik penceritaan nabi ibrahim...ehem3) cuba membawa  anda untuk menghayati,melayani badai cinta yang sweet diantara nabi ibrahim bersama buah hatinya siti sarah dan siti hajar...bagaimana cemburu itu bertandang...kerana apa cinta itu ditujukan...dan akhirnya apakah itu maknanya cinta 2 jiwa....

minta kalian baca di link ni sebentar

cinta yang amat sweet!


.........sudah baca?...rasa tersentak?...hilang kosa kata dan sayu bukan?...seyes terharu bukan?
      

ya...dengan menyelami kisah yang sebenarnya membuatkan aku kembali semangat untuk melaksanakan ibadah ini pada hari ini setelah menghayati apa itu makna CINTA sebenar......ameen

(cari idea untuk mengadaptasi kisah cinta NABI IBRAHIM KEPADA ALLAH dan ISTERINYA kedalam bentuk cerpen...nantikan!)