revolutionalists

11/10/12

tips i(Kawan)

sedangkan kucing dan lembu buleh berkawan.eh!

           kawan adalah sejenis makhluk yang sangat signifikan,sangat berkuasa dalam menentukan hala tuju hidup seseorang.

          yeah.tidak dinafikan anda yang sedang membaca post ini.dan saya yang sedang menulis.jiwa akan kosong tanpa sapaan.jiwa akan sepi tanpa interaksi.hidup tidak akan dicorakkan warna warni dek kerana.hidup dalam ruang sendiri.untuk mengatasi ruang kesepian inilah.saya menulis.walaupun hanya mata yang menjamah tulisan.tapi harap rasa dapat dikongsi bersama.

        baiklah.aku x tahu nak mula dari mana.sejak akhir2 ini idea aku sangatlah hilang entah kemana.barangkali merajuk dengan aku.mungkin.dan atas dorongan kawan ini jualah.ak menyusun balik jemari untuk menukilkan sesuatu di ruangan blog ini.yang semakin hari semakin sepi.eh.?bukan tuannya je perlu kawan.belog ni pun perlu kawan jua kamu tahu!kawannya adalah kamu itu.yang sedang membaca dengan wajah yang kiut;)

        secara mudah dan ringkasnya.kawan itu adalah bilamana kau bersamanya.kau menjadi diri kau yag sendiri.rasa senang untuk meluahkan.rasa senang untuk berkongsi.dan tidak perlu sangat pun kepada pujian dan senyuman plastik yang dipaksa-paksa.kawan itu bilamana kita tidak malu untuk menegurnya jika silap.dan kalau betul.nak puji.puji la;)

       diatas tadi adalah definasi kawan mengikut kefahaman jiwa aku.baiklah sedikit tips yang buleh aku kongsi.dan mungkin tips ni korang da hadam dan praktikkan sejak korang dari bangku sekulah lagi.macam mana nak tahu kawan itu best?baik?eh.dan apa pula kefahaman korang tentang word best?dan baik ni?itu terpulang kepada cik adik dan cik abang la dalam meletakkan batu asas yang buleh men'describe' baik dan best itu.bagi aku.baik andai dia jaga solat.dan sanggup berkorban.that it.best pula andai dia itu seorang yang bilamana aku bersama dia.ak tidak kekok menjadi diri aku(kembali balik kepada definasi aku)

       Tips 1:
       uji dia punya kemarahan

       ini berdasarkan apa yang disarankan oleh luqman al hakim,seorang hamba ALLAH yang dianugerhkan kepandaian sehingga dirakamkan caritera tentang figura ini didalam al-quran.luqman menyarankan agar diuji dahulu kawan yang ingin dijadikan kawan itu(amboi ayat.terbelit!hehe).jika dia bersabar diatas apa yang kita lakukan.maka dialah sahabat kita.tapi jika tidak.baik awak angkat kaki.cari member best yang lain.(tapi jangan pula uji kemarahan dengan bakar rambut dia.carilah sesuatu yang rational).teringat aku pada pepatah omputih.kata2 ini masih melekat kuat agi di whiteboard di bilik aku hingga sekarang

      u will find out who your real friends are when u are involved in scandal.

      semart dan bergaya kan kata2 itu.?

      kebiasaannya orang yang sedang marah.dia tidak akan cover kemarahannya.kalau buleh segala akhlak buruk.kes ungkit mengungkit akan terhambur keluar.setuju bukan.?so rational nya disini adalah kita ingin tahu dengan cepat siapakah diri dia yang sebenarnya sebelum menjadi the REAL KAWAN.sebab itu aku suka jugaklah buat member aku marah.kadang saja perkenakan dia.just semata2 ingin tahu bagaimana dia ketika dia marah.jahat jugak kadang2 aku nih.maaf.(sambil gelak.kikiki).dan aku bukanlah jua yang sangat penyabar.cuma kadang2 sahaja.(muhasabah diri)

btw..roomate aku sekarang adalah kawan aku.dan aku masih mengujinya;)

      Setuju dengan semua idea kepala hotak aku?

       akan bersambung.....

10/18/12

lost

  kadang-kadang.aku mahu seseorang tanya kepada aku

  ''ko ok x man?''

  ''eh..ak ok''sambil memaniskan roman muka

  ''takpe,aku tahu ko x ok!''sambil memeluk ak rapat-rapat....

   dan aku pun membalas pelukan itu dengan erat dan hangat....

10/16/12

sekadar lelaki biasa chord

G
Wajah nan rembulan 
EM
Meruntun jiwaku 
C
Tiap bait tutur kata 
D
Penuh keimanan

 
G
Oh tetapi diriku 
EM
Berbeda denganmu 
C D
Aku hanya insan penuh kejahilan 


C G
Adakah mungkin kan ku milik kasih
C D
Atau sekadar di dalam hati~

cho:
G E
Ya Allah perkenankan
C D
Doaku jadikan ku halal baginya
EM   C
Menemani mimpi indahku
D
Ku bertanya~


G E
Adakah harusku kata
C D
Ku sayang dia ,Ku cinta dia
EM   C
Siapalah aku.. sekadar lelaki yang biasa
D
Sekadar lelaki biasa~

bridge:
F E
Cintaku tak berarti memilikinya
AM D
Cukup sekadar doa
F G
Bahagiaku untuknya~

*ulang chorus..

tengah BERLATIH strumming untuk lagu nih.

9/26/12

andai kau tahu

                            x semua pekara aku mampu terjemahkan kedalam bentuk bicara.kadang2 aku lebih selesa membiarkan sang pena menari-nari riang melewati lembaran dan halaman diariku.(amboi.haha).menukilkan rasa hati dan lintasan rasa kedalam bentuk yang lebih ruhhi.(ini pun amboi.haha).

                           kadang-kadang banyak dan terlalu la maha banyak pekara yang datang bertandang di ruang lingkup hati ini.adakah persahabatan ataupun per'kawan'an yang sedang dan bakal dan sudah aku tenun dan jalinkan ini bersama kawan-kawan dunia layak pula untuk mendapatkan tiket keemasan sebagai kawan-kawan syurga pula?.masihkah lagi kita dapat berkawan dan membuat pekara yang gila-gila remaja kata orang disyurga kelak?owh.jika dunia ini sebagai titik pemisah.alangkah sadisnya.

                         masih menghijau lagi dalam ingatanku,saat aku mengejutkan kau yang sedang terlentok disubuh hari dek kerana kau yang mungkin penat berjaga,berhempas pulas dan memecahkan otak belajar segala bagai pengajian pada malam itu.dan walaupun aku tahu yang kau mungkin tidak dapat menyahut seruanku untuk menunaikan fardu subuh.tapi ketahuilah aku sangat menyayangimu sahabat.aku mahu mengejutkan kau lagi disyurga lagi jika ada tempat kita kelak disana.kerana istilah KAWAN itu sangatlah dusta andai berkawan didunia dan  tidak ada upaya membawanya ke syurga.

                          aku pun dahulu begitu.terbaring malas.meniti hari-hari dengan muka yang penuh kebosanan.masih setia menanti.menanti seseorang kawan yang mampu menyentuh dan memperelokkan aku luar dan dalam.dengan ilmu,iman dan amal.dan oleh kerana rasa inilah,aku cuba menjadi seseorang yang sangat dekat di hatimu.dan ketahuilah cukup puas bagi aku disuatu ketika dahulu ada seorang kawan berkata seperti ini''terima kasih man..kerana memperkenalkan aku dengan tarbiah dan islam''.dan kerana sebaris rangkap kata-kata perangsang inilah yang menghidupkan aku.sungguh kata-kata ini adalah rahmat buatku.ibarat curahan air yang segar dan sejuk keatas semaian hatiku.dan aku sentiasa rindu untuk mendengarnya kembali.

                            bukan bermakna.aku tulis ini.maka.akulah malaikat.akulah yang terbaik.owh.tidak!.aku jua sentiasa memikul dosa dan sifat sebagai manusia.mempunyai banyak lompong kelemahan.cuma rasa hati ingat dikhabarkan bahawa aku rindu untuk melihat wajah kau lagi disyurga kelak.dan mungkin jua nanti jika wajahku tiada disyurga,maka sudikanlah dirimu untuk menghulurkan tanganmu menarik aku keluar dari neraka kelak.kerana aku dalam hidup didunia ini aku memerlukanmu.dan aku yakin kamu jua memerlukan aku.

thanks diatas persahabatan yang panjang ini.

(post ini ditujukan kepada yang mengenali diri ini)


ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam........
kang senpai...sept 27th 2012