revolutionalists

8/1/13

sisi gelap

   nasib sahaja dosa itu tidak berbau sifatnya
   jika tidak pasti sepelusuk bima sakti menjauhi
   dari berkawan denganmu
   dan tuhan,kau sangat pengampun
   ampunilah dosa aku,
   walaupun sekarang maksiat itu masih menyelingkari kotak hati ini
   ini bukan post buat mereka
   tapi secicip doa
   dari makhluk marhaen
   yang masih lagi buat dosa
   dan seperti berselera meratah nereka
   tuhan.ku pohon jauhkan.


   ameen 

7/17/13

deep



pernah meminati band ni seawal tahun 2005.dan menjadi die hard fan sehingga tahun 2011.huhu

7/2/13

stuck

        stuck.yup.it's stuck.
        idea yang mencurah-curah kadang-kadang aku tidak dapat menterjemah lagi ke dalam bentuk penulisan seperti aku.pada masa-masa yang lalu.kadang-kadang tak der idea  mana pong.tapi sibuk perah idea untuk menghasilkan penulisan.agar belog tidak mati dan dinisankan.huhu.

        mungkin ada berkaitan sedikit dengan cara hidup aku barangkali.dahulu,aku seorang yang sangat-sangat dan super sangat jarang aktif diluar.hanya hidup disekitar friendster(dahulu),facebook,youtube dan belog.dan dahulu jua aku adalah seorang pengemar tegar membaca novel.sehingga aku bercita-cita untuk menjadi novelis kelak.sangat dahsyat ketagih aku pada pembacaan dan penulisan ketika itu.tapi sekarang sudah berbulan-bulan berlalu,satu novel dan buku tebal pun aku tidak baca.bukanlah novel picisan yang aku tidak hiraukan,bahkan novel seperti ramlee awang mursyid,hilal,fatimah syarha dan byk penulisan lain.aku kurang gemar membaca.mungkin aku gemar mentelaah ipelajaran kot!(kahkahkah.gelak untuk diri sendir
i).padahal ariti,baru amek buku,byk pula tu.tapi sampai sekarang tidak dibaca.hampeh.

     yup,tapi sekarang ini,aku lebih gemar untuk berjalan-jalan,pergi gym,mandi sungai,dan yang semua berkaitan dengan aktiviti luaran.aku tidak tahu.alih-alih aktiviti luaran aku ni menyebabkan aktiviti dalam rumah yg biasa aku lakukan tertinggal kebelakang.wahahah.tak rasa berdosa ke?wahaha..

tapi itulah....mungkin prioriti aku terhadap kehidupan berubah.

tapi walaubagaimanpun.jangan 'stuck' untuk teruskan kehidupan andai diuji...
 

6/4/13

awesomeness.

      dahulu.aku hanya melihat disebalik tabir langsir kuning.melihat orang menjalani sesi membuang syaiton dalam diri.eh.tidak2!bukan semudah itu dan bukan sesempit itu.tapi itu dahulu.pemikiran terlampau cetek.asal ada orang datang rukyah.pasti aku pikir terkena syaiton ni!haha

     dan sebenarnya sesi merukyah atau dalam erti bahasa lain rawatan cara islam ini kadang2 seisi mengislamkan jin yang belum islam,melepaskan jin islam yang disihir yang tersangkut didalam badan,membuang saka kedalam tong sampah,meng'diagnose' penyakit serta merawat badan yang tercedera samaada si pesakit dan si jin islam dengan kaedah islam dan banyak lagi(ayat standard diseluruh negara)

   idea merukyah ini adalah idea yang datang dari ibu aku.setelah aku memanjakan diri mengreport yang setiap kali aku bangun tidur,apabila aku ingin membuang kahak(apsal ayat terlalu mengikut tatabahasa?=.=),aku mendapati yang KAHAK aku akan bercampur dengan beraneka macam darah.ada yang cair dan ada yang comel sahaja membeku.oleh kerana rentetan dari peristiwa ini.aku pun menganggukkan kepala laju2 tanda setuju.dan malam tu seisi merukyah berjalan.

  dan didapati sebenarnya aku mengalami luka di bahagian kerongkong aku.la patut la.makan dumbell agaknya selama ini.wahaha.dan kemungkinan jua aku terkena serangan dari alam ghaib(bunyi sangat misteri).ok.ok.aku akan 'setart' serius lepas ini

  malam itu.aku mengambil wuduk.dan duduk melepak diatas sofa kayu.abah aku mmbaca potongan demi potongan ayat rukyah dengan tersangat lama.sampai aku rasa mengantuk dan teramat lalok.meskipun begitu aku masih alert dan lidah tergeliat mengikut apa yang dibaca oleh abah aku.pada masa itu mataku masih celik lagi.sehinggalah habis.dan eh.tiada apa.aku fikir begitulah sebab abah aku da habis baca.dengan tidak semena-mena di menyuruh aku menutup mata dan tenangkan fikiran.abah aku ingin bercakap dengan bukan abd rahman.wah.ada bukan abd rahman eh?

  ayah aku bertanya beberapa soalan tentang latar belakang jin melalui badan aku.kira aku ni macam perumah.diketika itu jua ada adik aku yang bekerja sebagai pembantu kepada abah aku.dia dikurniakan semacam deria yang ke enam.apabila ayah aku bertanya kepada jin.yang melihat jawapan itu adalah adik aku.samaada adik aku jawab ya atau tidak.untuk seketika waktu.jin itu berkata melalui lidah aku.aku sedar.aku dapat merasakan lidah aku bergerak cumanya aku membiarkan sahaja.btw.semasa seisi rukyah itu.aku membetulkan tempat duduk aku dan sempat cakap dengan mak aku yang aku lapar.itu menunjukkan aku boleh kawal.tapi dalam masa yang sama.ada pergerakan yang tiba2 berlaku macam angguk dan geleng-geleng kepala dan kadang tergelak kuat.hahahha.(ini bukan aku.hahaha)

  kadang2 itu aku tidak tahu kenapa dengan tiba-tiba sahaja dada aku berombak.tapi aku tidaklah rasa sakit sesak.cuma macam pelik dengan automatiknya sistem respiratori aku bekerja dengan kuat.subhanallah.kadang2 itu aku dengan tiba-tiba merenung ibu dengan pandangan mata yang tajam.dan tergelak-gelak gaya joker dalam cerita batman itu.dengan tiba-tiba berlaku.gelak mengejek.tapi aku tahu itu bukan aku pada masa itu.cumanya cara gelak yang dipersembahkan kadnag2 sama dengan cara gelak aku mengejek member di alam yang normal ini.aku melihat sedikit persamaan disitu.

   byk lagi yg berlaku semasa sesi rawatan cara islam ini.ada dipunya ubat dialam jin.ada dipunya tongkat pedang dan segala bagai.tapi aku sengaja menangguhkan dahulu perbincangan ini.dek kerana ingin membiarkan pembaca dapat merasai sendiri pengalaman ini.takpe.pergi jela check even tak kena sampuk ke apa,sebab kadang2 ada benda yang tersembunyi yang kita tidak tahu dibadan kita.so.tak salah jika nak cuba bukan?

  btw.semoga berjumpa lagi,tata.assalamualaikum