revolutionalists

10/17/13

mus'ab

 
kini,mus'ab telah berada di tahun akhir di kampus di sebuah hutan.ya.di hujung dunia nun.sekejap sahaja lagi beliau akan melangkah satu lagi anak tangga bergelar graduan.sepanjang pengamatannya berada disana,banyak benda yang diraih.suka dan duka saling bertindih,menebalkan lagi diari kehidupannya sepanjang bergelar mahasiswa.diantara benda yang sentiasa segar dalam ingatannya,yang masih terhunjam kukuh dibenaknya,yang masih tidak sirna dari lubuk hatinya adalah 'erti persahabatan dijalan ini.'

  mus'ab pada asalnya bukanlah seorang yang pandai berkata-kata,sentiasa merasa rendah diri,dan tidak berguna walau pada dirinya.mungkin jua dia dibenci atas perangainya yang entah apa apa itu.sehinggalah dia dengan sikit-sikit membina diri melalui saluran-saluran dan bulatan-bulatan ataupun perjumpaan perjumpaan yang tertentu.perjumpaan membina jiwa.jiwa yang perlukan siraman dan belaian.

  di kampus itu beliau cuba cuba untuk membangunkan jiwa-jiwa yang masih ketiduran.ketiduran dengan berbagai sebab.walau beliau bukanlah berkeyakinan mana,bukanlah ada ilmu sangat,bukanlah menjawat apa-apa jawatan yang tertinggi di sekolah dahulu,namun untuk kerja-kerja yang membawa kepada tuhan,dia sanggup,walau pada asalnya beliau dipaksa dan terpaksa. 

   kerja membangunkan jiwa bukan kerja mendapat harta.jauh sekali nama.kerja,amanah yang  maha dahsyat beratnya.meletihkan kudrat tapi menghidupkan jiwa.pasti ada pendorongnya disebalik semua ini.dan jujurnya mus'ab merasakan ukhuwah ataupun erti persahabatan yang menyebabkan beliau masih tegar untuk tugas yang mulia ini.   

   disana,bilangan untuk mengejutkan yang terlena sangatlah membantutkan.mus'ab bertemankan hanzalah.ya.mereka berdua sahaja dikalangan jejaka yang terpaksa mengejutkan manusia yang ketiduran disana.tidur yang panjang.sangat lena.kalau pada pandangan orang biasa.semua ini adalah kerja gila.!

   namun mereka berdua dibantu oleh beberapa jiwa dari kalangan gadis pula.ya.diantara mereka ada batas yang harus dijaga.tapi itu tidak menghalang dari bermuafakat.menyiapkan gerak kerja sama.penat bersama.bergembira pun jua bersama.mereka senang bersama.berduka pun bersama.mereka tahu,mereka bukan berada di satu kawasan yang selesa.mereka terpaksa bekerja!

hanya satu pinta mus'ab didalam doanya 'YA TUHAN.Terima kasih diatas anugerah perkenalan yang barang sejenak ini..moga aku dapat bersua mereka semula dalam satu alam yang bernama surga...kelak'

ameen.......  61:10-11

                                                               -the end-

   
   

9/5/13

mahakarya agung

 saat kau rasa dibodohkan oleh dunia dan berasa keletihannya
 buang dan tebarkanlah pandangan ke serata jagat.
 renung hasil kudratnya yang memberikan rupa dan melukis dunia 
 bukankah tuhan itu sang penkarya terulung dan teragung untuk dipuja.?





                                                              *mirror.mirror*

                                                                   *wood.at evening.*

                                                                   *river flows in you*
                                                  
                                                  *in the middle of nowhere.the clear stream*

                                                             *taken from below.mindblowing*

                                                                 *in heaven?..a part of it..*

                               amacam....tenang dan memukau bukan?maka banyakanlah usha alam :)


8/13/13

gym # 3(kesalahan yg tak tersangkakan vol ii)

         
(hiyah.hiyah.hiyah).maaf gambo blur
assalamualaikum gusy!wuhuu!
   
           what's up muscles korang?musti ada peningkatan dari hari ke hari kan dari sudut muscle mass,mahupun pengurangan lemak bukan.?ok.tepuk tangan(sebab korang lagi hebat pada aku)

           untuk post kali ini.aku ingin menjawab beberapa persoalan yang diutarakan tentang diet dan sedikit berkenaan exercise.

          i) tidak makan nasi langsung.dan lihat saya kurus.!
         aku x nafikan.ramai sahaja penduduk malaya yang berbuat begini.kerana.bagi mereka nasi itu mengemukkan.dan ada dari kalangan mereka yang ala-ala mahu mengikut diet atkins.

         badan kurus.berat susut itu tidak bermakna itu sihat jika anda kehilangan berat otot yang mendadak.ya.apabila badan deficit/kekurangan glucose yang mendadak dalam darah untuk digunakan bagi fungsi badan maka tenaga banyak diambil dari otot dahulu sebelum lemak menjadi pilihan terakhir untuk bakar lemak.kalau x percaya.try ah timbang( penimbang untuk otot sekali instead of weight alone).kau arini katakan makan 3 kali.dan portion yang sikit.makan ntah apa2.selepas itu exercise tahap gaban atas treadmill.aku yakin dalam masa seminggu sahaja kau akan dapat kurang beberapa kilo.tetapi percayalah bukan berat semata hilang.dengan sekali-sekali otot kau hilang.!

        sepatutnya dalam pengurusan badan atau pen'lean'an muscle ni(lean dalam bm apa ek?kahkahkah) untuk membuat calories deficit,kita tidak buleh turun secara mendadak gaban.kena decrease GRADUALLY.G.R.A.D.U.A.L.L.Y (cukup besar x?wahaha).yup..kena secara berperingkat untuk bagi badan adapt dengan pengurangan itu.buleh rujuk zaki khan punyer belog untuk belajar tentang diet ni.

       apa yang cikgu ak gebang kat kelas exercise physiology tempohhari...lemak terbakar dengan bantuan carbohydrate...so kalau x amek nasi sebagai carb..macam mana nak kasi renjis itu lemak?payah bukan.so sila pergi ke dapur sekarang dan melataklah nasi sepuas hati...HAHAHA!dan paling kurang ada 15 kebaikan nasi yang tidak terdapat pada makanan carbs yang lain

       nasi boleh dimakan dengan jumlah yang tertentu.cukuplah sekadar mungkin 1/4 pinggan untuk setiap kali makan (untuk leankan muscle.aspek pengambilan protein dan fat tidak dilupakan) dan 1/2 pinggan (untuk body builder).yup.tidak boleh tinggal langsung nasi ataupun anda keluar dari asia..!hahaha..

          dan mengikut pendapat dari rangkaian perancangan otot

Boleh, selagi mana dalam keperluan kalori badan. Nasi berlebihan mungkin akan disimpan, tetapi jika tidak berlebihan, kenapa badan perlu simpan?
Bagaimana dengan roti? Elok ke ganti nasi dengan roti?
Kenyang ke makan roti 2 keping? Kebanyakan yang makan roti akan cenderung untuk makan lebih. Roti putih 2 keping dah hampir seperti 1 hidangan nasi. Lebih kenyang makan nasi berbanding roti 2 keping. Anggaran roti serat pula, sekitar 2 kali kurang daripada roti putih. 4 keping hampir 1 hidangan nasi putih.
Angaran Nutrisi 1 hidangan
1 cawan Nasi putih 29g karbohidrat
1 cawan Nasi perang 16g karbohidrat
1 cawan Nasi Poni 25g karbohidrat
1 cawan Nasi Basmathi 27g karbohidrat
2 keping Roti putih 23g karbohidrat
2 keping Roti serat 11g karbohidrat
1 keping Rice Cake 7g karbohidrat

      so.kenapa bayar lebih?(tetiba)
   
       

         ii)saya buat abs exercise.tapi kenapa x nampakkan hasil?emm..kuciwanya
        haha.jika datang gym.minum protein.dan semata2 perform abs exercise sahaja.lepas tu balik rumah.bantai nasi sebelangga,tak makan sayur langsung dan sangat berdegil.buah kadang2 makan.ayam makan dengan sepuas-puasnya.sampai bila2 pun x kan berjaya.i guarantee.(betol ke eja ni?teruknya.hoho.).sebab selagi mana lapisan lemak yang memeluk otot perut itu tidak dinyahkan,alamatnya sampah kesudah x settle(cakap pandai la kau ni senpai.cuba bukak baju.ak nak tengok abs kau!*lari).dan lemak dibahagian perut adalah lemak yang terakhir dibakar oleh badan(andai lemak dari tempat lain di badan sudah digunakan).

        nak buang lemak.banyakkan cardio.banyakkan buat H.I.I.T(high intensity interval training).dan diet kena jaga(simple rule:kurang garam.kurang lemak.calories intake



sekian.harap maklum.ada yg nak tambah nasi lagi?(heh.heh)

ni ada post lamo

8/1/13

sisi gelap

   nasib sahaja dosa itu tidak berbau sifatnya
   jika tidak pasti sepelusuk bima sakti menjauhi
   dari berkawan denganmu
   dan tuhan,kau sangat pengampun
   ampunilah dosa aku,
   walaupun sekarang maksiat itu masih menyelingkari kotak hati ini
   ini bukan post buat mereka
   tapi secicip doa
   dari makhluk marhaen
   yang masih lagi buat dosa
   dan seperti berselera meratah nereka
   tuhan.ku pohon jauhkan.


   ameen