revolutionalists

4/17/13

gym #2 (kesalahan yang tidak tersangkakan)

  
                                                            sangat kering bukan?haha.2012

                                                        
                                              masih memerlukan masa untuk besar.2013

    assalamualaikum ahli-ahli bina badan yang katang'est' ataupun yang masih dalam proses pembinaan sepertiku sekalian..post ni just sekadar pengalaman singkat aku dalam tempoh 8 bulan weight training ak dari tahun 2012 sampai ke saat ini.(10.22 pm.17 april).

    aku dilahirkan dalam jisim badan yang sangat kering macam gitar lagi kurus macam lipas..kot.(ke kurus macam cicak ek.?adeh!).but alhamdulillah.sangat lincah menyelit disebalik ramai orang yg terdapat di pasar.eh.huhu...dan oleh kerana aku kuat makan yang tahap tak ingat dunia tapi tetap kurus,ramai yang  sangat cemburu.mungkin disebabkan metabolisma aku yang tersangat dahsyat tinggi.masuk makanan sahaja terus jadi tahi.(maaf.perumpamaan yang sangat teruk).ok.habes cerita pasal kekeringan.

   ini adalah perkongsian yang aku kira bersiri.untuk kali ini,aku akan bercerita apa kesilapan orang kebanyakan tentang gym,protein,diet dan segalanya.diantara kesilapan pertama adalah...

   pergi gym ibarat masuk funfair:
   kalau korang perasan,yang saat pertama kali korang masuk dulu,ada x perasaan nak main semua benda?tak kira la treadmill,barbell,dumbell...dah la main semua benda.pastu nak yang berat-berat sehingga boleh mematahkan tulang pinggul bagai?yup..itulah aku dahulu.ketika tiada ilmu dan jadual yang tetap untuk katang-ing badan..aku dahulu main sumbat jek load yang ak rasa aku mampu.tapi apa yang aku dapat.adalah soreness ataupun kesakitan pada sendi mendi diseluruh badan...yup.sangat stupid ketika itu.

  so nasihat aku carilah berat yang bersesuain dengan kegagahan kelakian yang korang ada.sebagai contoh cuba la cari berat yang korang mampu angkat dalam 6 kali ulangan.andai x mengeletar tangan itu.its ok.rasanya berat itu just nice ke ataupun terlalu ringan?if da ok dengan berat tu.just kurangkan berat kepada 70%.ibarat dumbell 30 lbs(2.2 lbs = 1kg),so jadilah 21 ataupun 20lbs..ok.faham?cuba buat set pertama 12,diikuti 10,8,dan 8.act byk mazhab untuk kira weight yang sesuai ni.

  biasanya aku akan membahagikan seminggu aku kepada 3 hari strengthening dan 4 hari cardio.strength untuk increase mass.dan cardio untuk lean muscle(bakar lemak) ataupun shape-ing.let say.hari pertama aku strength.aku akan pilih buat untuk otot biceps,chest,mid deltoid da upper rhomboid.esoknya hari cardio aku.so aku buat starjump,pumping,crunches,biceps,tricep,pect,upper trap,upper back,abs,deltoid.tapi untuk cardio biasanya aku set berat just nice.berat yang aku buleh angkat sehingga 12 kali tanpa penat untuk 4-5 set.dan aku akan pastikan 4-5 set dibuat dalam masa kurang 40minit.untuk maximize pembakaran lemak.then haris seterusnya,aku buat untuk strength triceps,upper trap,ant deltoid,star jump(ini sangat penting).so..begitulah hari aku yang seterusnya

   pergi gym dalam keadaan yang lapar.
   untuk membesar input kena banyak dari output.makan kena banyak dari exercise(tapi jgn wat kurang 20 min pulak).ada yang aku lihat pergi gym sebaik sahaja bangun tido dalam keadaan perut yang sangat keroncong itu.mereka-mereka ini percaya yang untuk besarkan badan hanya di gym.tapi mereka lupa aspect diet yang utama.baiklah.untuk aku.sejam sebelum gym,aku akan pastikan aku load paling kurang 2 biji keping roti(walupun x cukup act) ataupun segengam daging merah.dan selepas setengah jam-40 minit mengila nak haram digym,aku akan loadkan balik badan aku dengan makanan,samaada segenggam daging jua,ataupun 3 keping roti.makan sebelum agar ada tenaga buleh supply untuk badan.makan selepas gym untuk recovery.

   terlalu bergantung kepada protein.
   makud saya disini adalah susu.ataupun protein/mass shake.yup.memang shake sangat membantu dalam menjimatkan masa untuk penyediaan makanan,tapi jika seharian makan shake tanpa makan makanan malaysia harian yang lain.badan tetap jua lambat untuk besar.mengikut journal/kajian terhadap shake,menyerapan shake kedalam badan adalah lambat berbanding memakan makana biasa yang terdapat protein,carb,dan sebagainya.so jangan terlalu bergantung sangat bro,nak amek buleh,tapi jangan obsese.amek 2 skop sehari cukupla.pre and post exercise :)

 kurang tidur.student la katakan.
 tidur merupakan aspek yang terpenting dalam pembinaan badan.dikatakan tidur selama 8 jam mampu untuk membakar lemak sehingga 500 kalori.wow.tu dia habaq ang!x yah nak mengila atas treadmill yang hanya mampu membakar 200kalori itu.just tdo.dan dapat badan best.yup.tido adalah merupakan satu recovery period.recovery untuk muscle fibre yg mungkin rosak ataupun sebagainya.tapi pastikan sejam sebelu tdo.load la sikit kepingan roti dan sedikit susu.untuk digunaakn buat tidurmu yang lena itu.huhu.tapi jujurnya aku sehari tidur 5 jam sahaja.sebab nama pung studentg.haha(kau orang nganu eh senpai?huhu)



    sebarag pertanyaan?macam biasa.komen kat bawah tu ha sahaja..huhu :)




   

3/28/13

post pendek buat diri

           jika kamu diulit rasa amarah,
           maka jauhkanlah dirimu dari orang yang kamu sayangi
           jauhilah pepapan kunci
           larilah sejauh mungkin
           untuk seketika
           tidurlah selama mana yang kamu mampu
           janji tidak melangkaui saat kau harus berterima kasih kepada tuhanmu
           agar peribadi kamu tidak tercalar
           dengan tindakan buduh kamu itu
           dan marahmu akan reda jua akhirnya
           dan diketika suasana hatimu kembali tenang
           akalmu tidak terbejat lagi
           maka saat itu,fikirkanlah solusi apa yang terbaik
           dalam menangani problemamu itu :)
           
          

3/16/13

calon suami future(final ep)

              

           pagi itu,disekitar hospital besar pulau pinang masih lagi sunyi.suasana hening membungkam jiwa.terdapat beberapa kelibat manusia sudah membuka gerai dibahu jalan seawal jam 6.20 pagi lagi.diketika itu mulutnya masih terkumat kamit.larut dalam zikir.hari ini merupakan hari yang 102 beliau berada di hospital.namun bukanlah beliau disana dengan maksud menjaga ahli keluarganya yang hampir,tetapi menjaga orang luar yang sangat asing bagi dirinya.

          seusai menunaikan solat subuh,beliau bergegas menyusun langkah,menuju ke wad pesakit.sampai sahaja di katil itu,beliau lantas menyapa dengan salam kesejahteraan.namun figur itu masih kaku.sepertinya mayat.keadaan figur itu sangatlah menyedihkan.badan yang dahulunya cantik melentik itu kini berganti susut.waktu memakan usianya.begitu jua usia burhan diketika itu.
 
         burhan tidak pula mengeluh dan tidak pula resah apabila salamnya tidak berjawab.dia lantas melabuhkan punggungnya di kerusi betul-betul berada disebelah figur itu.tangannya menyeluk poket bajunya lantas dikeluarkan kitab suci umat islam sepanjang abad itu.suaranya melantunkan surah an nisa.surah yang banyak membincangkan akan perihal wanita yang bersangkut paut dengan hukum poligami,keimanan,mas kahwin,hukum hakam warisan,dan yang paling penting adalah keharusan menjauhi adat-adat zaman jahiliyah dalam perlakuan terhadap wanita.ya.itulah intipati yang mata hati burhan nampak.tersentuh sangat dengan intipati yang satu ini.

        Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki selepas menafkahkan sebahagian daripada harta mereka." (Surah an-Nisa, ayat 34)

      empangan matanya pecah lagi,tak tertahan dek kerana menhayati maksud ayat ini.

      ''maafkan aku saudari,aku culas terhadapmu,aku tamak kerana mengikutkan nafsuku.mungkin sahaja ketika itu syaitan berjaya menunggangi nafsuku..'' suaranya..semakin lama semakin tengelam.dek kerana penat yang melampau,beliau tertidur diatas kerusi itu.dalam keadaan kepalanya yang sedikit tunduk kebawa.al-quran masih lagi rapat kedadanya...

      ~***~

     dirinya itu seperti ditarik-tarik kesatu dimensi yang lepas.lantas dia dijatuhkan disuatu laman yang luas.dia meraba-raba belakangnya.takut-takut ada luka yang terhimpun disitu.lantas bangun dan mengibas-gibas bajunya agar debu yang membalutinya jatuh.kali ini dia seperti orang baru didalam dimensi yang lepas.pandangan nya ditebarkan di sekeliling.dia terlihat akan satu jam besar disuatu dinding luar rumah itu.ya.rumah agam itu.jarum pendek menjejaki angka 11 malam.dia merapati rumah itu.

   belum sampai beberapa tapak dia melangkah,sepertinya pendengarnnya dipincing akan bunyi yang sangat bising disuatu bilik.rumah itu balam-balam dengan cahaya mungkin sahaja dari lampu tidur.telahnya.dia melihat kelibat dua manusia di tepi tingkap itu seakan-akan sedang bergelut.lantas dia berlari kedehadapan rumah.seraya dengan itu cuba untuk membuka pintu.terkunci.lantas dia menendang dedaun pintu itu dengan sekuat hati.

  daya tendangan itu menyebabkan pintu berjaya dibuka.lantas mengeluarkan suatu bunyi yang maha dahsyat kuat.kelihatan kelibat wanita sedang berlari menuruni anak tangga itu.sampai sahaja beberapa hasta dari si dia yang yang tercegat dipintu itu.lantas wanita tadi menjerit''heeeiiii!siapa pula engkau ini ha?!'' jerit wanita tadi seraya berlari termengah2 ke belakang rumah.barangkali pintu belakang.bunyi grill pintu dibuka dan sepertinya enjin kereta dihidupkan.dia terkaku disitu.seperti orang yang bodoh termanggu.dan berbagai-bagai persoalan timbul.

    belum sempat dirungkaikan persoalan tadi.terdengar suatu hentaman yang kuat kedengaran dihadapan rumah.belum sempat di menoleh keluar,suatu lembaga turun dari tangga dengan gayanya yang terhencut-hencut.berderau darah dia ketika itu melihat seakan-akan dirinya sendiri turun dari tangga dengan dahinya yang sedikit berdarah itu.dia pun menyelinap disebalik sofa.memerhatikan tindakan dirinya di alam separa sedar itu.

    alangkah terkejutnya dia apabila melihat dirinya yang satu lagi itu berlari-lari meninggalkan rumahnya itu setelah menyaksikan sebuah kemalangan tanpa berbuat apa-apa.kelibat dirinya yang satu itu hilang.dia berlari-lari keluar rumah dengan harapan ingin menolong wanita yang tadi itu.namun kereta yang disangka kemalangan itu sudah tiada.keadaan seperti sedia kala.kala ini timbul urut-urat didahi kanannya.dia gigih meraih jawapan dan cuba merungkaikan kotak persoalan akan apa yang dilihatnya tadi.namun fikiran tidak mampu memecah kotak teka teki itu.dia rebah kebumi.kelam.

   ~***~
  
   ''astagfirullah hal azim'' kalimah pengampunan itu meluncur laju keluar dari bibirnya.taktala itu matahari sudah meninggi di atas ubun-ubunnya.hangat bahang mentari berjaya menyedarkan tidurnya yang panjang itu..dia melihat kembali.jam menunjukkan waktu hampir mencecah asar.''ampuni lah aku,wahai Tuhanku.''dia sepertinya sesal dek kerana terlelap dan hampir sahaja zohornya itu terkubur

   oleh kerana mimpi tadi yang sangat berat itu memaksanya untuk dia pulang ke asrama tempat dia belajar.memandangkan esok sudah menjadi rutinnya belajar di sekolah pondoknya itu.perasaannya sayu dan berat apabila melangkah keluar sahaja dari pagar hospital itu.bunyi ringtone muhasabah cinta mengambil alih suasana.lantas burhan meneliti skrin handphonenya.tertera nombor yang tidak dikenali.dia lantas membalas respon.alangkah terkejutnya dia yang dikhabarkan bahawa pesakit katil bernombor 21 sudah sedarkan diri.lantas dia bergegas menapak kembali ke wad tadi dengan perasaan yang bercampur baur..disepanjang perjalanannya,otaknya ligat memerah keringat ''sudikah dia memaafkan ku?'' ''jika dia tidak sudi,bagaimana''..persoalan bermain-main dikepalanya sehinggalah berada dimuka pintu wad itu..

   dengan lafaz basmallah dia melangkah sambil membacakan doa penguat jiwa dari surah taha,ayat 25-28.sejurus selepas itu,langsir yang mengehadkan pandagannya terhadap katil pesakit ditarik perlahan.

    ''mungkin aku tidak kenal kamu,tetapi hati aku sangat dekat dengan kamu''...

    dengan linangan air mata,burhan memanjatkan syukur kepada TUHAN seraya rebah kebumi melakukan sujud syukur

    ~***~

     dia menguis-guis permukaan air tasik itu dengan hujung kakinya yang kenit.kecil dan comel saiznya.Air sedikit berolak lantas membuatkan dedaun yang berguguran diatas kaca air teroleng-oleng.Sejurus kemudian suasana menjadi tenang kembali.

   ''terima kasih bang''ucapnya perlahan.tulus.

    terasa dengan tidak semena-menanya ada tangan yang mengusap perutnya dari belakang serta menghadiahkan ciuman dipipi kanannya..

   ''eeee..abang ini..buat malu kat orang sahaja tau.bagi ezz ciuman percuma pulak tu ditempat awam sebegini..''

   ''kononnya marah la kot.tapi tampaknya seperti suka sahaja''seloroh hakimi atau nama lainnya burhan terhadap isterinya..
  
   ''memang pun''balas ezz dengan sangat comel

   ''alhamdulillah.sudah dua tahun kita berkahwin.akhirnya ada jua penyeri hidup kita ya?''kata hakimi yang mungkin mahukan jawapan

   ''eh..mana ada dua tahun..saya kenal abang rasanya sudah 2 tahun 7 bulan tahu?''betul isterinya itu
   ''dan  sebenarnya semasa saya kelihatan koma itu,saya sudah hidup didunia yang lain yang berdinding itu.setiap hari akan ada peristiwa yang pelik berlaku.saya berada di gurun yang sangat panas dan kering kontang.hampir sahaja saya mati tanpa nisan disana.tapi abang sentiasa datang dan melambai-lambai ke arah saya.semakin lama semakin hampir..tetapi tidak pernah pula sampai...dan diakhir kehidupan sana,abang ada berkata yang saya hanya boleh mendekati abang jika melunaskan dua macam hal.yang pertama memaafkan.dan yang kedua,menghidupkan nilai-nilai hidup islam dalam kehidupan....dan saya bersetuju akan hal itu,lantas saya dikembalikan balik ke dunia...untuk....bersatu dengan abang...''panjang lebar sahaja ezz bercerita.nadanya bertukar-tukar..sedih,pilu dan kadang-kadang seolah-olah gembira

   ''yup..maafkan abg yang atas kisah-kisah dahulu yang....''

   belum sempat hakimi habis berbicara,jari telunjuk isterinya itu sudah sampai dahulu dibibir suaminya..

   ''kisah yang dahululah yang mengubah perjalanan kita berdua hari ini abang.kerana peristiwa itu hidayah buat abang dan sayang''isterinya menutup dengan mutiara kata berupa pujukan dan rangsangan...

  ''insyaallah''..balas suaminya pendek.lantas ezz menyandarkan kepalanya kebahu hakimi.sepasang angsa sedang berenang ditepian tempat mereka berasmara itu

                                   -tamat-

  

  

2/16/13

kugiran di puncak !( uncut version)

           assalamualaikum!

            entry kali ini adalah lebih kepada bersifat laporan tentang apa yang aku dan kawanku buat petang tadi.plan asalnya nak tawan puncak gunung di uitm ni.(sangatlah konon disitu) dek kerana sudah lama bermustautin di puncak alam ini,rasa sangat terkilan jika puncak alam tidak dapat ditawan.petang itu,berbekalkan lintasan hati ''bosan la terperuk dirumah.jum keluar''.maka uitm yang kami tuju.

                       pic taken from below.baru sahaja sampai.kami melaporkan

                                tinggi bukan puncaknya?wahaha(ntah mana puncak.aku pun x tau)



                                         kepenatan.air..air...(sangatlah konon)


                                       permulaan mendaki puncak.berbekalkan helmet dan guitar


                                                malas pulak nak naik!



                                                           pun buleh!haha




                                   gaya.cover lagu sambil berpeluh tapak kaki.sumpah tinggi!




                                                 lagu pujuk untuk shila amzah!(haha)





                                            nyanyian dilereng gunung(cover lagu najwa-adaMU)



 
                                                           tasik indah buat cleopatra!





                                                             gambar comel 2013.sumpah!





                                           apabila sudah buhsan mendaki mengunakan kaki!




                                                     
                                       u did it dude!it's working.hahaha(pasney pakai moto je)