revolutionalists

6/4/13

awesomeness.

      dahulu.aku hanya melihat disebalik tabir langsir kuning.melihat orang menjalani sesi membuang syaiton dalam diri.eh.tidak2!bukan semudah itu dan bukan sesempit itu.tapi itu dahulu.pemikiran terlampau cetek.asal ada orang datang rukyah.pasti aku pikir terkena syaiton ni!haha

     dan sebenarnya sesi merukyah atau dalam erti bahasa lain rawatan cara islam ini kadang2 seisi mengislamkan jin yang belum islam,melepaskan jin islam yang disihir yang tersangkut didalam badan,membuang saka kedalam tong sampah,meng'diagnose' penyakit serta merawat badan yang tercedera samaada si pesakit dan si jin islam dengan kaedah islam dan banyak lagi(ayat standard diseluruh negara)

   idea merukyah ini adalah idea yang datang dari ibu aku.setelah aku memanjakan diri mengreport yang setiap kali aku bangun tidur,apabila aku ingin membuang kahak(apsal ayat terlalu mengikut tatabahasa?=.=),aku mendapati yang KAHAK aku akan bercampur dengan beraneka macam darah.ada yang cair dan ada yang comel sahaja membeku.oleh kerana rentetan dari peristiwa ini.aku pun menganggukkan kepala laju2 tanda setuju.dan malam tu seisi merukyah berjalan.

  dan didapati sebenarnya aku mengalami luka di bahagian kerongkong aku.la patut la.makan dumbell agaknya selama ini.wahaha.dan kemungkinan jua aku terkena serangan dari alam ghaib(bunyi sangat misteri).ok.ok.aku akan 'setart' serius lepas ini

  malam itu.aku mengambil wuduk.dan duduk melepak diatas sofa kayu.abah aku mmbaca potongan demi potongan ayat rukyah dengan tersangat lama.sampai aku rasa mengantuk dan teramat lalok.meskipun begitu aku masih alert dan lidah tergeliat mengikut apa yang dibaca oleh abah aku.pada masa itu mataku masih celik lagi.sehinggalah habis.dan eh.tiada apa.aku fikir begitulah sebab abah aku da habis baca.dengan tidak semena-mena di menyuruh aku menutup mata dan tenangkan fikiran.abah aku ingin bercakap dengan bukan abd rahman.wah.ada bukan abd rahman eh?

  ayah aku bertanya beberapa soalan tentang latar belakang jin melalui badan aku.kira aku ni macam perumah.diketika itu jua ada adik aku yang bekerja sebagai pembantu kepada abah aku.dia dikurniakan semacam deria yang ke enam.apabila ayah aku bertanya kepada jin.yang melihat jawapan itu adalah adik aku.samaada adik aku jawab ya atau tidak.untuk seketika waktu.jin itu berkata melalui lidah aku.aku sedar.aku dapat merasakan lidah aku bergerak cumanya aku membiarkan sahaja.btw.semasa seisi rukyah itu.aku membetulkan tempat duduk aku dan sempat cakap dengan mak aku yang aku lapar.itu menunjukkan aku boleh kawal.tapi dalam masa yang sama.ada pergerakan yang tiba2 berlaku macam angguk dan geleng-geleng kepala dan kadang tergelak kuat.hahahha.(ini bukan aku.hahaha)

  kadang2 itu aku tidak tahu kenapa dengan tiba-tiba sahaja dada aku berombak.tapi aku tidaklah rasa sakit sesak.cuma macam pelik dengan automatiknya sistem respiratori aku bekerja dengan kuat.subhanallah.kadang2 itu aku dengan tiba-tiba merenung ibu dengan pandangan mata yang tajam.dan tergelak-gelak gaya joker dalam cerita batman itu.dengan tiba-tiba berlaku.gelak mengejek.tapi aku tahu itu bukan aku pada masa itu.cumanya cara gelak yang dipersembahkan kadnag2 sama dengan cara gelak aku mengejek member di alam yang normal ini.aku melihat sedikit persamaan disitu.

   byk lagi yg berlaku semasa sesi rawatan cara islam ini.ada dipunya ubat dialam jin.ada dipunya tongkat pedang dan segala bagai.tapi aku sengaja menangguhkan dahulu perbincangan ini.dek kerana ingin membiarkan pembaca dapat merasai sendiri pengalaman ini.takpe.pergi jela check even tak kena sampuk ke apa,sebab kadang2 ada benda yang tersembunyi yang kita tidak tahu dibadan kita.so.tak salah jika nak cuba bukan?

  btw.semoga berjumpa lagi,tata.assalamualaikum

5/15/13

nabi.dimanakah engkau?aku perlukanmu.

           aku tidak tahu,kenapa hati aku kadang2 rasa seperti lunyai.dan lunyai.dan lunyai lagi.apabila melihat akan makhluk yang berjiwa manusia.dan kadang2 berjiwa seperti.entahlah.aku buntu.dengan wanita yang berpakaian seperti telanjang walaupun bertudung.seolah-olah yang tinggal hanyalah sebuah adat.bukan lagi sebuah ibadat.

          itu belum jiwa aku diasak lagi dengan beberapa soalan-soalan yang tidak pantas aku temukan.kenapa umat islam berpecah belah.dan belah.dan pecah.aduh!.takungan jiwa aku mulai pecah.membengkak didalam jiwa.terasa badan tidak punya jiwa lagi.jika ada,hanyalah sebuah badan pembawa tahi sahaja.

         aku diantara manusia yang melihat kebobrokan umat ini.banyak hadith2 futuristik telah termakna berlaku depan mata aku.sudah la masyarakat begini,ditambah lagi dengan dikalangan orang yang menjual agamanya demi kepentingan dunia.demi kebangsatan dunia.yang masih mencari-cari akan nilai beragama mudah termakan lantaran tawaran mudah untuk melangkah ke syurga yang telah digebangkan itu.

        itu belum dicampur dengan fitnah yang berlaku hebat saban hari.dan kadang2 dengan tidak sengaja mungkin aku,mungkin kamu,dan mungkin sesiapa sahaja termasuk dalam permainan ini.

       kerana...
       aku....(semestinya)
       kamu....
       mereka.....

      telah terkena penyakit wahan.cintakan dunia dan takutkan mati.
     
      suara aku merintih.sangat mendalam.perasaan ku terbeban.andai rasullulah melihat aku.entah baginda akan kenal ke ataupun tidak lantaran diri ini yang terpalit lumpur dosa.walaupun pada saat itu.aku sangat memerlukannya.

           (tazkirah diri).tamat.

4/17/13

gym #2 (kesalahan yang tidak tersangkakan)

  
                                                            sangat kering bukan?haha.2012

                                                        
                                              masih memerlukan masa untuk besar.2013

    assalamualaikum ahli-ahli bina badan yang katang'est' ataupun yang masih dalam proses pembinaan sepertiku sekalian..post ni just sekadar pengalaman singkat aku dalam tempoh 8 bulan weight training ak dari tahun 2012 sampai ke saat ini.(10.22 pm.17 april).

    aku dilahirkan dalam jisim badan yang sangat kering macam gitar lagi kurus macam lipas..kot.(ke kurus macam cicak ek.?adeh!).but alhamdulillah.sangat lincah menyelit disebalik ramai orang yg terdapat di pasar.eh.huhu...dan oleh kerana aku kuat makan yang tahap tak ingat dunia tapi tetap kurus,ramai yang  sangat cemburu.mungkin disebabkan metabolisma aku yang tersangat dahsyat tinggi.masuk makanan sahaja terus jadi tahi.(maaf.perumpamaan yang sangat teruk).ok.habes cerita pasal kekeringan.

   ini adalah perkongsian yang aku kira bersiri.untuk kali ini,aku akan bercerita apa kesilapan orang kebanyakan tentang gym,protein,diet dan segalanya.diantara kesilapan pertama adalah...

   pergi gym ibarat masuk funfair:
   kalau korang perasan,yang saat pertama kali korang masuk dulu,ada x perasaan nak main semua benda?tak kira la treadmill,barbell,dumbell...dah la main semua benda.pastu nak yang berat-berat sehingga boleh mematahkan tulang pinggul bagai?yup..itulah aku dahulu.ketika tiada ilmu dan jadual yang tetap untuk katang-ing badan..aku dahulu main sumbat jek load yang ak rasa aku mampu.tapi apa yang aku dapat.adalah soreness ataupun kesakitan pada sendi mendi diseluruh badan...yup.sangat stupid ketika itu.

  so nasihat aku carilah berat yang bersesuain dengan kegagahan kelakian yang korang ada.sebagai contoh cuba la cari berat yang korang mampu angkat dalam 6 kali ulangan.andai x mengeletar tangan itu.its ok.rasanya berat itu just nice ke ataupun terlalu ringan?if da ok dengan berat tu.just kurangkan berat kepada 70%.ibarat dumbell 30 lbs(2.2 lbs = 1kg),so jadilah 21 ataupun 20lbs..ok.faham?cuba buat set pertama 12,diikuti 10,8,dan 8.act byk mazhab untuk kira weight yang sesuai ni.

  biasanya aku akan membahagikan seminggu aku kepada 3 hari strengthening dan 4 hari cardio.strength untuk increase mass.dan cardio untuk lean muscle(bakar lemak) ataupun shape-ing.let say.hari pertama aku strength.aku akan pilih buat untuk otot biceps,chest,mid deltoid da upper rhomboid.esoknya hari cardio aku.so aku buat starjump,pumping,crunches,biceps,tricep,pect,upper trap,upper back,abs,deltoid.tapi untuk cardio biasanya aku set berat just nice.berat yang aku buleh angkat sehingga 12 kali tanpa penat untuk 4-5 set.dan aku akan pastikan 4-5 set dibuat dalam masa kurang 40minit.untuk maximize pembakaran lemak.then haris seterusnya,aku buat untuk strength triceps,upper trap,ant deltoid,star jump(ini sangat penting).so..begitulah hari aku yang seterusnya

   pergi gym dalam keadaan yang lapar.
   untuk membesar input kena banyak dari output.makan kena banyak dari exercise(tapi jgn wat kurang 20 min pulak).ada yang aku lihat pergi gym sebaik sahaja bangun tido dalam keadaan perut yang sangat keroncong itu.mereka-mereka ini percaya yang untuk besarkan badan hanya di gym.tapi mereka lupa aspect diet yang utama.baiklah.untuk aku.sejam sebelum gym,aku akan pastikan aku load paling kurang 2 biji keping roti(walupun x cukup act) ataupun segengam daging merah.dan selepas setengah jam-40 minit mengila nak haram digym,aku akan loadkan balik badan aku dengan makanan,samaada segenggam daging jua,ataupun 3 keping roti.makan sebelum agar ada tenaga buleh supply untuk badan.makan selepas gym untuk recovery.

   terlalu bergantung kepada protein.
   makud saya disini adalah susu.ataupun protein/mass shake.yup.memang shake sangat membantu dalam menjimatkan masa untuk penyediaan makanan,tapi jika seharian makan shake tanpa makan makanan malaysia harian yang lain.badan tetap jua lambat untuk besar.mengikut journal/kajian terhadap shake,menyerapan shake kedalam badan adalah lambat berbanding memakan makana biasa yang terdapat protein,carb,dan sebagainya.so jangan terlalu bergantung sangat bro,nak amek buleh,tapi jangan obsese.amek 2 skop sehari cukupla.pre and post exercise :)

 kurang tidur.student la katakan.
 tidur merupakan aspek yang terpenting dalam pembinaan badan.dikatakan tidur selama 8 jam mampu untuk membakar lemak sehingga 500 kalori.wow.tu dia habaq ang!x yah nak mengila atas treadmill yang hanya mampu membakar 200kalori itu.just tdo.dan dapat badan best.yup.tido adalah merupakan satu recovery period.recovery untuk muscle fibre yg mungkin rosak ataupun sebagainya.tapi pastikan sejam sebelu tdo.load la sikit kepingan roti dan sedikit susu.untuk digunaakn buat tidurmu yang lena itu.huhu.tapi jujurnya aku sehari tidur 5 jam sahaja.sebab nama pung studentg.haha(kau orang nganu eh senpai?huhu)



    sebarag pertanyaan?macam biasa.komen kat bawah tu ha sahaja..huhu :)




   

3/28/13

post pendek buat diri

           jika kamu diulit rasa amarah,
           maka jauhkanlah dirimu dari orang yang kamu sayangi
           jauhilah pepapan kunci
           larilah sejauh mungkin
           untuk seketika
           tidurlah selama mana yang kamu mampu
           janji tidak melangkaui saat kau harus berterima kasih kepada tuhanmu
           agar peribadi kamu tidak tercalar
           dengan tindakan buduh kamu itu
           dan marahmu akan reda jua akhirnya
           dan diketika suasana hatimu kembali tenang
           akalmu tidak terbejat lagi
           maka saat itu,fikirkanlah solusi apa yang terbaik
           dalam menangani problemamu itu :)