revolutionalists

5/15/13

nabi.dimanakah engkau?aku perlukanmu.

           aku tidak tahu,kenapa hati aku kadang2 rasa seperti lunyai.dan lunyai.dan lunyai lagi.apabila melihat akan makhluk yang berjiwa manusia.dan kadang2 berjiwa seperti.entahlah.aku buntu.dengan wanita yang berpakaian seperti telanjang walaupun bertudung.seolah-olah yang tinggal hanyalah sebuah adat.bukan lagi sebuah ibadat.

          itu belum jiwa aku diasak lagi dengan beberapa soalan-soalan yang tidak pantas aku temukan.kenapa umat islam berpecah belah.dan belah.dan pecah.aduh!.takungan jiwa aku mulai pecah.membengkak didalam jiwa.terasa badan tidak punya jiwa lagi.jika ada,hanyalah sebuah badan pembawa tahi sahaja.

         aku diantara manusia yang melihat kebobrokan umat ini.banyak hadith2 futuristik telah termakna berlaku depan mata aku.sudah la masyarakat begini,ditambah lagi dengan dikalangan orang yang menjual agamanya demi kepentingan dunia.demi kebangsatan dunia.yang masih mencari-cari akan nilai beragama mudah termakan lantaran tawaran mudah untuk melangkah ke syurga yang telah digebangkan itu.

        itu belum dicampur dengan fitnah yang berlaku hebat saban hari.dan kadang2 dengan tidak sengaja mungkin aku,mungkin kamu,dan mungkin sesiapa sahaja termasuk dalam permainan ini.

       kerana...
       aku....(semestinya)
       kamu....
       mereka.....

      telah terkena penyakit wahan.cintakan dunia dan takutkan mati.
     
      suara aku merintih.sangat mendalam.perasaan ku terbeban.andai rasullulah melihat aku.entah baginda akan kenal ke ataupun tidak lantaran diri ini yang terpalit lumpur dosa.walaupun pada saat itu.aku sangat memerlukannya.

           (tazkirah diri).tamat.

No comments: