revolutionalists

12/27/12

calon suami future (2nd last)

           
      ''eh.eh.eh.kenapa muka awak sama dengan muka yang pecah rumah saya semalam ek?''sedikit loghat johor kedengaran.kali ini marahnya semakin reda.ezz pun tidak mengatahui sebab-sebab dan alasan untuk merungkaikan peristiwa ini.sebenarnya kalau ikutkan hati,mahu sahaja ezz menyiku kepala lelaki dihadapan itu dengan sikunya,tetapi apabila berhadapan dalam alam mimpi yang satu ini.bukan sahaja suasananya berubah tapi suasana hatinya turut berubah sama.

             ''yup,memang sama,rupanya,namanya dan segala-galanya lah sama,cuma relung waktu sahaja yang membezakan diri saya yang dahulu dengan diri saya yang akan awak ketahui sedikit masa lagi''jawapan yang jujur tetapi sedikt berteka-teki disitu.

            ''maksudnya..saya kurang jelaslah''ezz pinta penjelasan.

            ''sampai masa,awak akan mengerti''putus lelaki itu.dan titik.

            belum sempat ezz membalas kata-kata terakhir yang keluar dari mulut lelaki itu,sepertinya muncul satu pusaran dibawah kakinya,pasir dengan tidak semena-menanya menjadi jerlus lantas dirinya disedut dan dibawa entah kemana.gelap.

           ~***~
        
            kain dinaikkan sehingga ke paras bawah lutut,tubuh itu masih gigih dengan kerjanya.mengumpulkan daun-daun kering yang jatuh berguguran disekitar halaman asramanya untuk dibakar.peluh jantan dirembes keluar lalu bersatu dengan peluh yang lain sehingga membentuk satu aliran jatuh melalui pipi ke tanah.

          ''burhan,boleh aku bertanyakan satu hal?''pinta jopri,sahabat baik burhan.burhan yang dari tadi tekun dengan kerjanya berhenti seketika dan menoleh.bukan sahaja leher malah diikuti dengan tubuhnya.segalanya terhala kearah jopri.

         ''kau x ingin menikah?''telus sahaja raut muka jopri bertanya.soalan pendek tapi menusuk.malah ada sedikit berbaur kasihan.

         nafas dihela.sehingga segala kekuatan dikumpul dan bersatu.dengan dimulai lafaz basmallah,burhan berbicara

         ''sedangkan setiap makhluk yang bernyawa itu perlukan pasangan.ini lagikan manusia yang punya jiwa dan kotak rasa.ya.ikutkan hati,aku mahu sahaja bernikah,tetapi banyak lagi pekara aku patut raih dahulu dipondok ini.tempat yang sanggup terima manusia terbuang macam aku ni.aku masih tidak punya kekuatan untuk berhadapan dengan dunia luar''mendatar sahaja suara burhan.kadang-kadang nadanya sedikit tenggelam.emosi barangkali.

        ''kau pun sudah 2 tahun disini,hampir kesemua cabang-cabang ilmu sudah kau pelajari.Nah!kau harus mandiri pula la selepas ini.cari penghidupan diluar sana''cadang jopri.

        ''baiklah..nanti aku cuba-cuba fikirkan.tapi aku cuba jela..huhu''burhan berseloroh.lantas jopri mencebik!

        ~***~
        gegaran itu menyebabkan dia hilang ingatan.sepanjang dibawah penjagaan unit rapi,burhanlah orang yang paling setia menemani.merawat segala kegundahan,kekuciwaan dan yang paling penting jiwa yang mati dapat diberi nyawa baru.seperti pokok yang layu disirami air harapan.maka dengan itu pokok tersebut dapat menjulang tinggi,tumbuh dengan sangat subur dan sihat.

       hari-hari yang dilaluinya sangat getir.namun pada hari yang ke-102,tanda tanda pulih semakin ketara,sehinggalah

      ''mungkin aku tidak kenal kamu,tetapi hati aku sangat dekat dengan kamu''itulah kata-kata waras yang pertama tersembul dari mulut dia.

     dengan linangan airmata,burhan rebah lantas membuat sujud syukur disisi katilnya.

P/s:Seperti yang aku janji(merujuk kepada tajuk diatas calon suami future 2nd last,akan ada satu lagi final ep yang akan aku hidangkan.aku akan merungkaikan segala-galanya pada chapter yang terakhir nanti.terima kaseh).maaf jika tiada pengisian untuk cerita kali ini.

12/25/12

sajak pendosa

          pagi ini,
          baru sahaja tadi,
          tenang nan damai,
          bunyi cengkerik dan buana saing bersahutan,
          ceria.itu mungkin pada mereka,
          tapi tidak pula bagi aku
          
          ketika ini,aku masih tidak lelap lelap jua,
          kadang-kadang aku terasa diri aku bodoh
          dek kerana masih terkandas dengan dosa-dosa yang lama
          nasib sahajalah dosa itu tidk berbau
          malah SANG PENCIPTA sering
          menyembunyikan dosaku
          dari pandangan manusia
          dan tidak pula mencabut cabut
           merentap lagi nyawa dari tubuh ini
           lantas kasihan aku
          diberi aku peluang untuk bernafas
           hingga kesaat ini
           untuk mengetuk pintu taubatNYA

          ada masa,aku merasa iman aku menongkah tinggi kelangit,
          itu hanya yang aku rasa,belum tentu pada hakikatnya begitu
          dan ada masa,akulah insan baling bangsat yang hidup dibumi ini
          insan yang dipalit lumpur dosa
         
          namun pada hakikatnya
          jauh disudut hatiku
          aku ingin menjadi insan yang lebih baik
          paling tidak untuk diri aku
          walaupun aku rindu untuk bekeluarga
          tapi belum tentu aku menjadi kepala keluarga yang baik
         

           cuma aku pohon
          jika aku berpeluang untuk bernikah
          aku pohon dengan sangat
          dikurniakan isteri yang sabar
          dan tabah dan dia punya rasa ingin berubah
          agar nanti
          sama-sama nanti berpimpinan tangan
          kesyurga kelak
         

           
   

        

12/24/12

calon suami future(ep 2)



   dia menguis-guis permukaan air tasik itu dengan hujung kakinya yang kenit.kecil dan comel saiznya.Air sedikit berolak lantas membuatkan dedaun yang berguguran diatas kaca air teroleng-oleng.Sejurus kemudian suasana menjadi tenang kembali.

   ''terima kasih bang''ucapnya perlahan.tulus.

   ~***~
   
    tus!
    bunyi rantai manga sudah terputus.
    Dua figura hitam menyelinap masuk kedalam villa milik ezzhainie itu.Langkah yang sangat teliti dan berhati-hati diatur rapi.sedikit silap,pasti bala yang datang menimpa.segala barang disekitar ruang tamu digeladah dan disusun kembali seperti sedia kala.seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.sehinggalah tiba disuatu pintu kayu antik berukiran bunga ros.

'hasil tangan yang sangat teliti'.puji salah seorang dari mereka.tangan perlahan mengikut alur ukiran halus itu.
perlahan-lahan pintu itu dikuak,dan ditutup rapat kembali.

   terdapat sekujur tubuh mongel yang sedang tidur nyenyak disana.salah seorang dari figura tadi perlahan-lahan mendekati.semakin lama semakin hampir.bau minyak wangi forbidden rose menusuk-nusuk ruang kalbu.nafsu kelakian kembali berselera.lantas disingkap kain selimut dan dipeluknya ezz dengan rakusnya.akibat goncangan perasaan yang amat terkejut itu,lantas ezz menendang lelaki tadi sementelahan  tangannya mencapai suiz lampu katilnya.lelaki yang ditendang tadi menganduh kesakitan sambil dipapah oleh temannya.

  'celaka kau perempuan!'bentak lelaki tadi

  diketika itu ezz sudah mengambil sebilah kayu seakan cota yang disisip dibawah bantalnya.kayu ditarik keluar.ketika sahaja lelaki tadi mendekatinya kembali,satu pukulan singgah dikepala.bunyi itu cukup untuk memberitahu bahawa kemungkinan lelaki tadi akan mengalami gegearan otak sejurus selepas itu.sejurus selepas sepukulan tadi dihadiahka,topeng yang menyembunyikan wajah sebenar lelaki tadi tersingkap..

  ''awak!''jerit ezzhainie separa terkejut!

   menyedari rakannya tadi itu pengsan tidak sedarkan diri,lantas diusungnya keluar sambil langkah diorak dengan kadar yang lebih pantas.dua bayangan tadi hilang ditelan gelap malam.

  ''argh!x mungkin''sekali lagi ezz seperti hendak gila.rambut yang perang iu ditarik-tarik.kuat.demi sahaja keserabutan itu kembali bertandang.ezz terlelap lagi.kali ini.tidurnya agak lena sedikit.

   pagi itu ezz telah lewat ketempat kerja.sangat lewat.sampai sahaja di muka pinta pejabat,ramai mata memandangnya meminta jawapan.dek kerana rimas,ezz berlari masuk kedalam ruang biliknya.pintu dikunci.dan lantas menhenyakkan diri diatas sofa.kepala ligat sahaja berfikir.

   ''muka yang pecah masuk rumah aku semalam itu sama sahaja dengan muka yang aku alami didalam mimpi.eh.tapi sangat kontra wataknya.satu jahat yang maha dahsyat.yang dalam mimpi pula seakan malaikat pembawa rahmat.wajah tenang.ish.!tak faham aku..tidak apa..jika si dia sisi 'baik' tu bertandang dlam mimpi lagi.akan ku tanya dia''gema itu berlantunan didalam kotak jiwa ezz.

   malam itu,ezz tidak dapat tidur walaupun nawaitunya hendak tidur awal.dipaksa diri untuk tidur.segala macam pekara yang membuhsankan telah dia lakukan.dan sehinggalah dia terpaksa menelan benzodiazepine atau ubat tidur untuk melayari alam mimpinya.sejurus 15 minit,dunia telah beralih kealam yang sangat berfantasi itu.

    ~***~

   namanya bertukar.ramai yang mengelarnya burhanuddin ataupun burhan.lagi pendek dan senang diingat.seorang yang tidak tahu asal usul apabila ditanya.Dipondok al-fallahiyah inilah beliau diasuh seolah-olah bayi yang baru lahir kemarin walaupun pada fizikalnya sudah menunjukkan beliau layak untuk mendirikan rumah tangga.dia diajar tentang segala bagai pekara dari bab akidah,ibadah,tasawwuf dan segala lapangan ilmu yang lain.

   ''Nak''sapaan pembuka bicara kembali hidup.suatu sapaan yang bersifat memujuk.

    ''ALLAH itu sangat cinta akan kamu.dia telah menyusun atur hidupmu dengan sekalian indah.dia tidak memandang rupa parasmu.tetapi dia memandangmu disini''sambil menunjukkan dada kiri.lunak sahaja suara ustaz abang hakim memujuk sekujur tubuh yang berada dihadapannya.

  kemudian bang hakim pun bermanjangkan bicaranya lagi.kali ini dengan lebih halus dan menusuk.dia memetik sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah

Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Shahih Muslim No.4832)

     kali ini.empangan pecah dan tumpah.linangan air matanya yang dari tadi ditahan tidak dapat dibendung lagi.burhan menangis teresak-esak.hatinya lunak setelah dipeluk dengan ayat-ayat chenta tuhan...

        ''maafkan saya awak.saya akan menemui awak setelah saya menjadi seorang insan yang sepatutya.dan untuk pengetahuanmu,aku tidak pernah lupa siapa aku yang sebenarnya''gumam burhan dalam hati.bunyi sekan sedikit kesal....
  
  

12/23/12

CALON suami future(ep 1)

 
   ''ezzhainie.sila jaga diri.yang majoriti itu tidak semestinya betul''.lembut sahaja pesanan itu lewat dirinya.

   ''argh!''terkejut eZZ diketika itu.baju tidurnya basah dengan keringat.mimpi yang kerap kali bertandang sejak akhir2 nih.sangat kerap sehinggakan mimpi itu boleh diteka bila akan hadir.dan.lantaran itu.eZZ sudah melakarkan suatu bentuk jadual berkala.dengan berbekalkan jadual ini.dia dapat meneka bila mimpi ni akan  berkunjung dan mendokumenkan mimpi yang sudah menghantuinya sejak 7 bulan dikebelakangan ini.parah!

                                                                ~***~
   bau minya wangi forbidden rose yang diilhamkan oleh avril lavigne,penyanyi kelahiran belleville,canada ini tersebar diserata penjuru sebaik sahaja disemburkan pada figura itu.ya.eZZ.gadis sunti yang sangat elegant dan pandai pula menjaga segenap penampilannya agar sentiasa bertenaga dan cantik.rambut yang sedikit diperangkan jatuh,bebas melepasi paras bahu.menyerlahkan lagi penampilan dipadankan dengan baju putih potongan ala-ala moden dan skirt merah jambu paras lutut.tumit tinggi adalah aksesori yang teramat wajib bagi mendapatkan tubuh yang sedikit melentur kebelakang.sedikit mengoncang iman buat yang memandang.

   bukan tiada yang menegurnya.ada.tapi mungkin teguran yang tidak berhikmah ataupun belum sampai masa untuk berubah.alasan yang sangat mengemukkan itu membuatkan eZZ semakin kecundang untuk berubah.malah golongan agamawan pula diperlekehkan.dalam hal ini,eZZ mengambil perinsip.selagi orang tidak kacau hidup dia,selagi tu dia tidak bertindak balas.pernah sekali tu,eZZ menghalau orang yang datang meminta sumbangan.eZZ beralasan bahawa mereka yang meminta itu sangat malas untuk membanting tulang empat kerat.kesian.

    
     eZZ menerukan perjalanana ke tempat kerjanya.TERAS HOLDING sdn. bhd.

   tapi.jauh dilubuk hatinya.dia ingin berubah.lantas mempersoalkan siapa yang sanggup menuntunnya kearah itu.

           ***

   satu kawasan yang luas terhampar dihadapannya.belum pernah lagi dia lihat secantik itu sebelum ni.terlintas dihati apatah lagi.dia menebarkan pandangan disenap penjuru.tempat yang sangat cantik.cantik pada mata dan rasa.sangat mendamaikan.suasana itu dihiasi dengan kicauan sang pengicau,dan bunyi berdengung semakin kedengaran disuatu sudut.pendengaran dipincing.tajam.taktala melihat sang lebah sedang menikmati debunga-debunga yang secantik daffodil itu...

  Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang mahu berfikir.''(QS An-Nahl: 69).
   
  sangat indah ayat-ayat chenta tuhan itu dilafakan.dia pun menoleh kesuatu sudut.diatas bukit yang tidak tinggi itu.terdapat seorang lelaki yang memakai jubah hijau yang mungkin dibuat dari sutera.emmm.mungkin sutera.telah eZZ dalam hati.

  "kenapa kau,selalu melewati malam-malam ku?,sudahlah aku tidak pernah mengenalimu.tanpa salam pembuka bicara.suka hati gajah kau jek masuk dlam hidup ak!''bentak eZZ

  namun wajah redup itu masih memandang eZZ.dengan wajah yang sangat tenang dan sopan itu,mulutnya seperti ingin melafakan sesuatu.

   ''eZZhainie binti syeikh dawood,suatu nama yang sangat moden dan cantik pula empunyanya.bukankah dipertama kali aku memasuki ruang mimpimu,aku sudah melafakan salam kesejahteraan buatmu,namun salamku tidak berbalas,malah dengan wajah comel kau yang sangat terkejut itu memandang lama aku.owh.mungkin kau terfikir ak malaikat barangkali.hehe.maaf terketawa.tapi itulah hakikat aku.aku datang kedalam mimpimu ini,dengan sebab dan tujuan yang besar.kerana aku adalah sebahagian masa depanmu.''

   bum!(bunyi sedebuk jatuh)!

   dengan kepala yang dirasakan seolah-olah berat.dia mengeluh''parah betul mimpi aku nih!''gumam eZZ sendiri.

   siapa dia yer?.sekadar lintasan yang berlalu sahaja.dan.off. 

  
   

11/24/12

kaseh abadi(TAMMAT)


                 hari ini bumi seolah bernyanyi-nyanyi riang.seriang hatiku.sang petala langit dan bumi seolah-olah sedang merayakan hari kemenanganku.eh silap.hari kemenangan aku dan kawan-kawanku.hari ini tepat 23 november 2014,sekejap sahaja lagi aku bakal dianugerahkan dengan segolong ijazah sarjana muda dalam bidang dentist yang aku ceburi selama ini.bidang yang sangat aku gilakan
semenjak dari bangku sekolah lagi.

                 ingat lagi ketika didalam kelas itu.aku diketawakan oleh rakan-rakanku lantaran aku menyatakan hasrat ingin menjadi doktor gigi.pada ketika itu,aku hanya mempunyai 2 batang gigi sahaje yang berwajah suci(puteh) selain gigi-gigi ronggak yang lain yang sibuk ingin mengambil tempat didalam gusiku.bunyi sahaja loceng.aku terus berlari lincah pulang ke rumah dengan baju yang basah lecun akibat pecahnya empangan kesedihan itu.sampai sahaja dirumah aku terus memeluk ibuku.dan menceritakan segala hal.hanya dengan sebuah pelukan hangat,seolah-olah segala masalah hilang dibawa angin pergi.

                ''auch.kenapa kau siku aku?''aku menganduh kesakitan setelah shah sulaiman menyiku tulang rusuk kirikuku.(mendalam jua maksud ni sebenarnya.hehe)

                ''tak,bukan apa.dari tadi aku perhatikan kau,berangan.tersenyum.selepas itu buat muka yang sangatlah sedih.wei.ni musti nak kongsikan apa-apa dengan aku kan.biasalah.aku kan tempat kau mengadu''balas shah sulaiman dengan nada sedikit mengejek ala-ala manjer begitu.

               ''tak da la.aku teringat kisah hidup aku yang x berapa nak jadi dulu-dulu kala.adala peristiwa yang sedikit mencuit hatiku.adala''seraya mulutku berkata jujur.

             ya.itulah shah sulaiman.diantara kawanku yang agak rapat.bukan agak tapi memang pun.ketika dikolej dahulu.dialah abangku.dialah ayahku.dan dialah segala-galanya buatku.tapi yang segala-galanya itu jua diakhir penceritaan hidup,kita terpaksa melepaskan jua dengan hati yang sangat berat.moga kau ketemu tulang rusuk kiri shah setelah kau siku tulung rusuk kiriku.huhuh

            pada waktu kejadian,ketika nama aku diumumkan,seolah-olah ruang waktu diberhentikan.jarum jam seolah2 segan untuk menganjak dan berpusing.suasana menjadi bisu.sepi.ribuan mata malah mungkin puluhan ribu jika aku tidak silap memandang tepat,tembus kearahku.langkahku diperhatikan.dengan lafaz bismillah dan ucapan terima kasih.segulung ataupun scroll itu telah berpindah tangan.dan sesaat selepas itu sahaja.aku mendengar satu tepukan dan sorakan yang sangat kuat sehingga kan ingin sahaja pecah gegendang telingaku.maaf jika terlalu hiperbola.dan aku mengawal langkah dan melemparkan senyuman secara rawak keatas yang hadir.

           setelah segala bagai majlis konvo berlangsung.aku dikejutkan lagi dengan kehadiran seorang budak yang pada hekmat aku mungkin berusia 10 tahun.dengan wajah yang penuh harapan dan senyuman,dia menyerahkan aku sehelai sampul dan setangkai bunga ros merah yang mekar.setelah dia menyerahkan surat.lantas dia menarik tangan aku dan menyalami aku.dan terus hilang dalam lautan manusia.hati aku dihurung rasa terkejut yang maha dahsyat.dan beribu soalan datang mengenjah pintu hatiku.

          tapi pada ketika itu,aku mengatakan pada diri aku yang aku tidak akan buka surat itu.selagi aku belum betul-betul berada diatas katil dalam bilik divilla ku.aku melencongkan diri bersama teman-teman di pizza hut demi merayakan hari yang gilang gemiliang itu.namun suara hatiku tidak bersatu dengan suasana itu.persoalan menendang-nendang jiwaku.aku sakit.lantas aku meminta untuk mengundur diri dan mencipta alasan yang migrain aku bakal sampai x lama lagi kepada teman-temanku.dan mereka merelakan pemergianku.

         sampai sahaja dirumah.aku terus berlari lincah selincah aku berlari pulang dari sekolah rendah ketika dulu-dulu kala,dan terus melompat diatas katil.dan berbaringan.sambil pandangan ditebarkan ke syiling rumah.aku lantas membuka bucu surat itu dengan berhati-hati dan dup dap dup dap.ya.itu bunyi jantungku.

         ''assalamualaikum,saudara irfan evans,yang sudah bergelar doktor gigi hari ini

          mungkin ini seperti surat-surat yang tipikal yang kebiasaannya muncul disaat-saat pengakhiran cerita selayaknya.sekalung tahniah dan rasa syukur aku panjatkan kepada TUHAN yang menjaga aku dan engkau selama ini.hari ini,dunia berserta langit seisinya menyaksikan engkau bergelar seorang doktor gigi dengan cara yang terhormat.aku yang disini.masih lagi,tidak putus-putus dengan doa yang aku terbangkan buatmu.walaupun kini kau sudah berjaya.namun.kiriman doa akan aku teruskan sehingga nyawaku dipengakhiran''

         arghh..apsal touching-touching pula nih.adeh.eh.siapa pula minah yang hantar surat ini?.monolog aku bergema gila.aku pun menyambung  membacanya kembali..

         sebelum itu.lupa pula ingin memperkenalkan siapakah figura yang menukilkan bahasa hati ini.nama ku sharifah syazana.pemilik nama moden yang mempunyai tanggujawab besar.mungkin kau berasa sangat hairan dan tertanya-tanya.maaf.dua sahaja tujuan aku menulis surat ini.ingat lagi saat kau ikut aku secara senyap-senyap pada tanggal 25 ogos 2009?

       arghh..sudah minah nih.main gila pulak ngan aku,cis!rupanya dia tahu aku follow dia.x de la ninja mana aku tyme tu.monolog kali kedua pun bergema gila.tapi ini semakin gila.aku meneruskan pembacaan.

      aku sudah lama memerhatikan kamu,mengikuti aku.tetapi aku tidak tahu bagaimana aku ingin menceritakan keadaan aku buat masa itu.sebenarnya.sehingga kini.aku masih tidak kemana-mana selepas SPM detik itu.aku masih setia dirumah itu.membesarkan adik-adik aku.aku sehingga kini berkerja sebagai casher disebuah kedai makan ternama disekitar bandara johor ini.bukan aku tidak mahu menyambung pelajaran.malah aku sendiri ditawarkan belajar ke kotaraya yang mempunyai istana buckingham.yang terkenal dengan sejarahnya.tapi aku menafikan semua itu kerana aku tahu.jika aku terbang kesana.aku akan abaikan nasib adik-adikku disini.sedangkan hanya aku sahaja dalam hidup mereka.cukuplah aku menjadi ibu dan ayah kepada mereka.

     empangan egoku pecah.terusan air mata yang tidak dipinta mengalir laju mengikuti alur pipi.aku tersendu seketika.setelah air lapkan air mata dengan selimut aku.aku teruskan membaca

     itulah aku dan adik-adikku.dan tentang hal yang kedua.sudah tiba masanya aku mengatakan yang aku sudah lama cinta engkau saat kali kedua kita bertemu.ya.aku yakin kau lupa untuk kali kedua itu.kerana pada ketika itu kau baru sahaja keluar dari perkarangan masjid.dan mungkin jua engkau tidak perasan akan kehadiranku.engkau tahu apa yang menyebabkan hatiku kuat mengatakan kau imamku?

    apa dia syazana?monolog ku meronta-ronta ingin dilepaskan.perlahan aku menuturkan

    sebelum itu,didalam masjid,aku menadah tangan dan berdoa.dalam doaku yang aku  ungkapkan itu,aku bercakap dengan Tuhan.tunjukkanlah aku sang imam yang selama ini aku dambakan agar dihantar ketempat-tempat baik seperti masjid itu.dan ya.kaulah orang yang berada di muka pintu masjid saat itu.dan hatiku kuat mengatakan ya.dan oleh kerana rasa suka aku inilah aku korbankan rasa aku.aku takut bila aku suka seseorang itu,maka aku akan abaikan tanggungjawab terhadap adik-adikku.aku takut mereka kehilangan aku.dan yang paling aku takut.engkau.engkau yang masih belum mengengam cita-citamu sebagai dentist itu jua bakal kecundang dek kerana mabuknya cinta.dan maaf.selama ini.aku kerap jua mengushamu dari jauh.kerana aku tahu diantara kita ada batas



   dan walaupun aku tidak tahu,perasaan kau padaku.tapi sekurang-kurangnya aku sudah melepaskan beban sang perindu tegar yang akan ditahan selama bertahun-tahun ini.jika kau menolakku.maka aku redha.mungkin ada yang lebih baik disimpan diluh mahfuz untukmu.jika kau baik hati dan sanggup menerima aku dan adik-adikku.maka kau simpan bunga itu didalam quranmu itu.biar dia terjaga rapi.dan kini.aku menantimu di perkarangan rumahku.....semoga ketemu lagi

        sharifah syazana.
        bersedia menjadi imammu


       dan.untuk sekian kalinya aku terkedu.lantas bersujud syukur.insyaallah.sekejap lagi aku akan membawa hal ini terus kepada ibuku.

                                                                  -TAMMAT-

     penulis:sangat tipikal bukan?;)
         

11/23/12

kaseh abadi

            aku melihat dia tergesa-gesa untuk pulang.matanya melilau kekiri dan kekanan.sambil melangkah yang sudah sekian lama hilang rentaknya.nasib baik tak tersadung sesuatu dan moga-moga tidak la.doaku dalam hati.

       dan aku berani bersumpah ini kali ke tiga aku mengushanya dibawa minda separa sedar.eh.bermakna sebelum ini aku pernah mengusha dua kali lagi la kiranya.yang pertama ketika dia menunggu bas.punya la dia kalut yang amat.ketikamana aku melihat matanya tidak pernah lekang dari melihat jam ditangan kirinya itu disamping mulut yang terkumat kamit comel mengungkapkan sesuatu.dan aku tidak faham.

      walaupun aku tidak mengekorinya.tapi perasaan aku seperti bayang yang terbias dari sisi badannya.perasaan aku sentiasa mengekorinya.aku suka dia?eh.mustahil la.bukan aku ingin menafikan tetapi memang hakikatnya begitu.aku tidak punya rasa suka.hanya rasa ingin tahu.dan dari rasa ingin tahu inilah.aku merancang sesuatu.

     sebelum itu.aku pernah la jua dengar cerita pasal si dia ini daripada mulut member aku sendiri.si dia ini seorang gadis yang sangatlah payah untuk dimengorat.dia sangat tegas dengan prinsip.dan sangat hidup dengan matlamatnya.dan yang paling penting sangat melindungi.eh.yang bab itu aku tak setuju.sebab aku tak pernah nampak lagi ciri-ciri ataupun peristiwa yang mengesahkan keshohihan itu.

    ingat lagi.malam itu,dan ini bukanlah termasuk dalam plan aku pun.dengan tidak sedar lagi,aku mengekorinya pulang kerumah.ala-ala ninja pun ada jua ketika menjejakinya.dan owh.sebelum terlupa.aku pada malam itu ketika pulang dari program malam palestin yang dianjurkan oleh aqsa syarif bersempena mengutip dana untuk projek pembangunan disana,aku terserempak dengannya secara tidak sengaja.dan aku yakin dia perasaan kehadiranku tetapi buat tidak endah.jual mahal la tu.kataku dalam hati.tapi kalau jual pun.ada ke aku nak beli?.walaupun aku x  nak beli.tapi aku mengekorinya sampai ke muka pintu.seperti aku sudah memendekan cerita aku bukan?tersenyum.

   bagi aku.tidak penting cerita yang panjang-panjang,asalkan orang nampak apa intipati yang hendak disampaikan.ok.ok.bersambung.aku pun melihatnya membuka pintu.pintu itu dikuak.terdapat budak-budak yang masih kecil sedang menyalaminya dan menciumi tangannya.barangkali itu adik-adiknya.naluri hati aku megiakan.setelah itu adegen kurang 10 saat itu berlangsung.mereka semua masuk ke rumah.

   satu perkara yang menlintasi benakku.eh.sejak bila pula dia ada adik-adik kecil ni.dan eh.kenapa aku mahu ambil tahu nih?ahh.abaikan.aku pun melangkah pergi setelah itu.

   hari demi hari pun berlalu.waktu berganjak dan tidak pula mahu berhenti.sehinggalah membentuk usia 5 tahun.ya.sudah lima tahun berlalu.tapi perasaan ku tidak sebegitu.ia ibarat statik.statik pada perasaan ingin tahu perkembangan si dia tidak pernah surut dan luntur.






 -----------------------------------BERSAMBUNG---------------------------------------------------

penulis:aku ingat nak panjangkan lagi cerita ini.tapi takpa,tengok kepada reaksi pembaca dan komen dahulu
   

    

11/19/12

meja

               
                                               ini meja saya.meja anda pula bagaimana?

11/10/12

tips i(Kawan)

sedangkan kucing dan lembu buleh berkawan.eh!

           kawan adalah sejenis makhluk yang sangat signifikan,sangat berkuasa dalam menentukan hala tuju hidup seseorang.

          yeah.tidak dinafikan anda yang sedang membaca post ini.dan saya yang sedang menulis.jiwa akan kosong tanpa sapaan.jiwa akan sepi tanpa interaksi.hidup tidak akan dicorakkan warna warni dek kerana.hidup dalam ruang sendiri.untuk mengatasi ruang kesepian inilah.saya menulis.walaupun hanya mata yang menjamah tulisan.tapi harap rasa dapat dikongsi bersama.

        baiklah.aku x tahu nak mula dari mana.sejak akhir2 ini idea aku sangatlah hilang entah kemana.barangkali merajuk dengan aku.mungkin.dan atas dorongan kawan ini jualah.ak menyusun balik jemari untuk menukilkan sesuatu di ruangan blog ini.yang semakin hari semakin sepi.eh.?bukan tuannya je perlu kawan.belog ni pun perlu kawan jua kamu tahu!kawannya adalah kamu itu.yang sedang membaca dengan wajah yang kiut;)

        secara mudah dan ringkasnya.kawan itu adalah bilamana kau bersamanya.kau menjadi diri kau yag sendiri.rasa senang untuk meluahkan.rasa senang untuk berkongsi.dan tidak perlu sangat pun kepada pujian dan senyuman plastik yang dipaksa-paksa.kawan itu bilamana kita tidak malu untuk menegurnya jika silap.dan kalau betul.nak puji.puji la;)

       diatas tadi adalah definasi kawan mengikut kefahaman jiwa aku.baiklah sedikit tips yang buleh aku kongsi.dan mungkin tips ni korang da hadam dan praktikkan sejak korang dari bangku sekulah lagi.macam mana nak tahu kawan itu best?baik?eh.dan apa pula kefahaman korang tentang word best?dan baik ni?itu terpulang kepada cik adik dan cik abang la dalam meletakkan batu asas yang buleh men'describe' baik dan best itu.bagi aku.baik andai dia jaga solat.dan sanggup berkorban.that it.best pula andai dia itu seorang yang bilamana aku bersama dia.ak tidak kekok menjadi diri aku(kembali balik kepada definasi aku)

       Tips 1:
       uji dia punya kemarahan

       ini berdasarkan apa yang disarankan oleh luqman al hakim,seorang hamba ALLAH yang dianugerhkan kepandaian sehingga dirakamkan caritera tentang figura ini didalam al-quran.luqman menyarankan agar diuji dahulu kawan yang ingin dijadikan kawan itu(amboi ayat.terbelit!hehe).jika dia bersabar diatas apa yang kita lakukan.maka dialah sahabat kita.tapi jika tidak.baik awak angkat kaki.cari member best yang lain.(tapi jangan pula uji kemarahan dengan bakar rambut dia.carilah sesuatu yang rational).teringat aku pada pepatah omputih.kata2 ini masih melekat kuat agi di whiteboard di bilik aku hingga sekarang

      u will find out who your real friends are when u are involved in scandal.

      semart dan bergaya kan kata2 itu.?

      kebiasaannya orang yang sedang marah.dia tidak akan cover kemarahannya.kalau buleh segala akhlak buruk.kes ungkit mengungkit akan terhambur keluar.setuju bukan.?so rational nya disini adalah kita ingin tahu dengan cepat siapakah diri dia yang sebenarnya sebelum menjadi the REAL KAWAN.sebab itu aku suka jugaklah buat member aku marah.kadang saja perkenakan dia.just semata2 ingin tahu bagaimana dia ketika dia marah.jahat jugak kadang2 aku nih.maaf.(sambil gelak.kikiki).dan aku bukanlah jua yang sangat penyabar.cuma kadang2 sahaja.(muhasabah diri)

btw..roomate aku sekarang adalah kawan aku.dan aku masih mengujinya;)

      Setuju dengan semua idea kepala hotak aku?

       akan bersambung.....

10/18/12

lost

  kadang-kadang.aku mahu seseorang tanya kepada aku

  ''ko ok x man?''

  ''eh..ak ok''sambil memaniskan roman muka

  ''takpe,aku tahu ko x ok!''sambil memeluk ak rapat-rapat....

   dan aku pun membalas pelukan itu dengan erat dan hangat....

10/16/12

sekadar lelaki biasa chord

G
Wajah nan rembulan 
EM
Meruntun jiwaku 
C
Tiap bait tutur kata 
D
Penuh keimanan

 
G
Oh tetapi diriku 
EM
Berbeda denganmu 
C D
Aku hanya insan penuh kejahilan 


C G
Adakah mungkin kan ku milik kasih
C D
Atau sekadar di dalam hati~

cho:
G E
Ya Allah perkenankan
C D
Doaku jadikan ku halal baginya
EM   C
Menemani mimpi indahku
D
Ku bertanya~


G E
Adakah harusku kata
C D
Ku sayang dia ,Ku cinta dia
EM   C
Siapalah aku.. sekadar lelaki yang biasa
D
Sekadar lelaki biasa~

bridge:
F E
Cintaku tak berarti memilikinya
AM D
Cukup sekadar doa
F G
Bahagiaku untuknya~

*ulang chorus..

tengah BERLATIH strumming untuk lagu nih.

9/26/12

andai kau tahu

                            x semua pekara aku mampu terjemahkan kedalam bentuk bicara.kadang2 aku lebih selesa membiarkan sang pena menari-nari riang melewati lembaran dan halaman diariku.(amboi.haha).menukilkan rasa hati dan lintasan rasa kedalam bentuk yang lebih ruhhi.(ini pun amboi.haha).

                           kadang-kadang banyak dan terlalu la maha banyak pekara yang datang bertandang di ruang lingkup hati ini.adakah persahabatan ataupun per'kawan'an yang sedang dan bakal dan sudah aku tenun dan jalinkan ini bersama kawan-kawan dunia layak pula untuk mendapatkan tiket keemasan sebagai kawan-kawan syurga pula?.masihkah lagi kita dapat berkawan dan membuat pekara yang gila-gila remaja kata orang disyurga kelak?owh.jika dunia ini sebagai titik pemisah.alangkah sadisnya.

                         masih menghijau lagi dalam ingatanku,saat aku mengejutkan kau yang sedang terlentok disubuh hari dek kerana kau yang mungkin penat berjaga,berhempas pulas dan memecahkan otak belajar segala bagai pengajian pada malam itu.dan walaupun aku tahu yang kau mungkin tidak dapat menyahut seruanku untuk menunaikan fardu subuh.tapi ketahuilah aku sangat menyayangimu sahabat.aku mahu mengejutkan kau lagi disyurga lagi jika ada tempat kita kelak disana.kerana istilah KAWAN itu sangatlah dusta andai berkawan didunia dan  tidak ada upaya membawanya ke syurga.

                          aku pun dahulu begitu.terbaring malas.meniti hari-hari dengan muka yang penuh kebosanan.masih setia menanti.menanti seseorang kawan yang mampu menyentuh dan memperelokkan aku luar dan dalam.dengan ilmu,iman dan amal.dan oleh kerana rasa inilah,aku cuba menjadi seseorang yang sangat dekat di hatimu.dan ketahuilah cukup puas bagi aku disuatu ketika dahulu ada seorang kawan berkata seperti ini''terima kasih man..kerana memperkenalkan aku dengan tarbiah dan islam''.dan kerana sebaris rangkap kata-kata perangsang inilah yang menghidupkan aku.sungguh kata-kata ini adalah rahmat buatku.ibarat curahan air yang segar dan sejuk keatas semaian hatiku.dan aku sentiasa rindu untuk mendengarnya kembali.

                            bukan bermakna.aku tulis ini.maka.akulah malaikat.akulah yang terbaik.owh.tidak!.aku jua sentiasa memikul dosa dan sifat sebagai manusia.mempunyai banyak lompong kelemahan.cuma rasa hati ingat dikhabarkan bahawa aku rindu untuk melihat wajah kau lagi disyurga kelak.dan mungkin jua nanti jika wajahku tiada disyurga,maka sudikanlah dirimu untuk menghulurkan tanganmu menarik aku keluar dari neraka kelak.kerana aku dalam hidup didunia ini aku memerlukanmu.dan aku yakin kamu jua memerlukan aku.

thanks diatas persahabatan yang panjang ini.

(post ini ditujukan kepada yang mengenali diri ini)


ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam........
kang senpai...sept 27th 2012

                    

                 

9/15/12

chris evan.thanks dude!

                         '' Because a strong man, who has known power all his life, will lose respect for that power. But a weak man knows the value of strength, and knows compassion''credit to captain america movie.

                          salah satu kenapa aku suka sangat dan terlalu obses untuk cerita yang satu tu adalah kerana sifat mulia,merendah diri,tawaduk(erk.haha) yang ada pada steve rogers walaupun beliau bukanlah bertubuh sasa,dan jauh sekali menjadi gilaan ramai.namun sifat besar hati dan tidak mahu mengalah dalam mendaftarkan diri di kem tentera akhirnya membuahkan hasil.beliau direkruit dan dijadikan bahan uji kaji sebelum menjadi idola kepada umat amerika untuk sekian kalinya...

                         tidak keterlaluan jika aku katakan,semasa aku menonton cerita ini.aku seolah-olah bangga jikalau aku menjadi rakyat amerika.kerana watak superhero dalam movie sangat memberi kesan kepada semangat kepahlawanan eventhough aku ini bangsa melayu campuran sedikit cina disitu..huhu.watak captain amerika ini sebenarnya dihidupkan bagi menaikkan semangat perjuangan tentera amerika dalam melawan tentera nazi kononnya.dan ini secara x langsung amerika melancarkan perang saraf keatas pihak lawannya.see?.psycho itu unit yang sangat terpenting dalam memenangi perlawanan..

                        kerana movie ini berjaya memperngaruhi keseluruhan jiwa dan pemikiranku,kini aku sangat cuba untuk constant menziarahi gym samaada di tempat aku belajar sendiri,di penang,di johor dan segala bagai ceruk,selagi mana tempat itu mempunyai besi untuk diangkat dan buleh dibuat lambung-lambung.huhu.eh.kenapa cakap pasal gym pulak nih?.ok.sebenarnya.jikalau korang perasan,sebenarnya chris evan(steve rogers) ini mengikuti fitness class selama sebulan sebelum acting dalam cerita ini..dahsyat bukan?semata-mata ingin menimbulkan lagi otot-otot badan yang sudah sekian maklum timbul.yup.producer sana(barat) sangat teliti dalam menghasilkan sesebuah filem.tabik spring!x macam filem melayu yang sangat membunuh rasa ingin berjuang.dan dimomokkan dengan slogan cinta itu segala-galanya.pftt!x membina langsung!

                        tetapi harus diingat.bukan mudah untuk mendapatkan body shape yang diidam-idamkan.duit untuk beli protein,masa untuk ke gym,diet,dan tidur yang secukupnya  jua harus diambil kira.itu belom lagi dikira dengan segala kata cacian yang sangat -ve dari memember yang tengok kita baru nak berjinak-jinak dalam bidang ini.huhu.,so..mental pun kenalah prepare yer!reason aku buat badan senang je.kira macam ada kena mengena dengan psycho jugaklah.yelah.dah la silat x belajar.belajar main senjata jauh sekali.just aku mungkin nanti ada strength untuk lindungi diri,isteri,anak-anakku dan keluarga aku(wah.bunyi macam x buleh bla..wahaha)....sekian..(bajet ada strength,orang x takut ler tu?hehe)

                  btw..thanks captain america.kerana dari sini aku mula membina kembali maruah diri....

                     
عَنْ أَبى هُرَيْرةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْل الله صلى الله عليه وسلَّم: المُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنَ اْلمُؤْمِنِ الضَّعِيْفِ وَفِى كلِّ خَيْرٌ. اِحْرِصْ عَلَى مَايَنْفَعُكَ، وَاسْتَعِنْ بِاللهِ وَلاَ تَعْحَزْ، وَلَكِنْ قُلْ: قَدَّرَ اللهُ، وَمَا شَاءَ فَعَلَ، فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ
(رواه مسلم)
                                    faham x?wahaha..ok2..ni terjemahannya(ak pon x faham..hehe)

Terjemahan:
Dari Abi Hurairah ra, katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah, dan pada tiap-tiap (mereka) ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah kamu mendapatkan apa yang mendatangkan manfaat bagi kamu, dan pohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu lemah, dan sekiranya suatu (musibah) menimpa kamu maka janganlah kamu mengatakan: Kalau saya melakukan itu (dulu) sudah tentu saya akan begini dan begitu, tetapi katakanlah: (Ini adalah) takdir Allah, Dia berkuasa melakukan apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya “KALAU” membuka amalan syaitan.
(Hadis Riwayat Muslim)
                        

                         

8/19/12

sakit giegie

                   

                     assalamualaikum dan salam lebaran..

                   ~just a simple and very short story~
                 
                   kurang lebih jam 11 pm hari sabtu itu,aku bertolak daripada KL central menuju ke JAYBEE menaiki ktm.entah macam mana,nak dijadikan cerita yang sangat sadis,selepas aku menelan beberapa bar coklat kadbery yang berharga rm4.50 itu.lantas aku menganduh kesakitan dek kerana mungkin x biasa makan coklat la kot.fikirku time itu.dan aku pun x pasti adakah teori jarang makan coklat akan menyebabkan sakit untuk si pemakan yang baru nak jinak2 dalam keceklatan.

                   so.aku cuba 'diverge'kan fokus aku pada kitab sunan musafir yang dimana siri2 watak putih menentang raksasa kegelapan.dengan harapan sakit aku akan sembuh(haha..ayat macam sakit kuat2 gitew).dan yeah.berjaya.aku dan rasa kekurangan sakit disitu dan aku cuba jua memujuk mataku agar melakar satu hamparan mimpi yang indah selepas itu(cakap tidur kan senang...huhu)

                   tup..tap..tup..tap..aku dah sampai ke jaybee..perhentian dekat ngan kempas lama.ok la.aku pendekkan cerita lagi.setelah seharian beraya sakan didalam rumah sendiri(erk).aku tetiba sahaja mengalami sakit yang berdenyut2 dikepala aku lantaran sakit gigi  aku yang baru sahaja memulakan lariannya.sampai aku terpaksa baring dan tidur untuk menenangkannya.then jika sakit sangat aku cuba telan ais dan ais krim periasa vanilla.ini kerana perisa vanilla sangat effective dalam mengurangkan transmission of pain impulse to brain(ahahaha..sumpah..kali nih aku tipu fakta..huhu)

                then.still sakit lagi.oleh kerana aku masih sakit nyut2..aku pun berjumpa dengan seorang ustaz inilah.so..ustaz tersebut merukyah aku(erk..bunyi macam masuk jin pun ada)..rukyah itu satu kaedah rawatan islam berdasarkan ayat al-quran dan zikir2.then..the result is..ada macam sebentuk cincin yang melingkari gigi aku.dan ada beberapa benda tajam yang tertusuk diantara laluan geraham ke telinga haku.erk.yup.korang mungkin x dapat imagine coz benda2 camni biasanya terhijab dari pandangan mata bogel(naked eye) kita..

               dan diakhir2 rawatan itu.ustaz itu berpesan yang mungkin..aku ulangi sekali lagi..MUNGKIN ALLAH sayangkan aku,dia bagi aku sakit kerana amalan ramadhan aku kali nih tidak mencukupi seperti2 bulan2 ramadhan yang sebelumnya..(dalam hati aku terfikir 2 benda..yang pertama..sweetnya ALLAH coz dia bagi sakit itu bukan untuk apa..tetapi DIA mungkin nak dengar rayuan aku kepadanya...rayuan mintak dikurangkan sakit gigi dengan banyakkan berzikir...dan yang keduanya...betapa orang yang baik2 ini...macam ustaz yang aku cakap tadi..mereka nih tetap bersangka baik ngan ALLAH...sakit itulah penghapus dosa dan peningkat derajat kata mereka lagi...subhanallah...subhanallah)...

p/s:sampai demam aku dibuatnya lantaran sakit gigi nih..hehe..tetiba rasa cam nak cari doktor gigi di pagi2 raya nih..tapi...alahai...semua tempat tutup...alangkah indahnya jika bakal isteriku doktor gigi....erk...kesitu pulak dah!=p

                 

8/12/12

maafkan aku tuhan

                ALLAH...aku hanya ada satu engkau.
                pernah dahulu aku berkali-kali jatuh
                aku sakit aku sangat derita
                dan tidak malu pula menangis
                mungkin kalau didepan manusia
                aku akan diperlekehkan dan ditertawakan
                kerana barangkali tangisan lelaki itu nampak lemah
                namun aku tidak malu untuk menitiskan dihadapanMU
                huhuhu..indahnya saat itu...
                          
                ENGKAU pasti menjadi saksi aku
                saat aku memanjatkan doa kehadratMU
                saat itu jiwa aku penuh dengan ketakutan
                dan bergantung harapan padaMU
                dan engkau telah menyelamatkan aku dengan damai
                aku dibalut dengan rasa cinta kepadaMU
                ENGKAU telah memberikan yang terbaik kepada aku
                Ketika aku present tajuk TOTAL HIP REPLACEMENT aku tempoh hari
                ya...dan ENGKAU adalah peneman setia aku ketika itu
                aku dapat rasa keberadaan kau
                aku dengan yakin melangkah dan melontarkan idea
                dan kekuatan itu aku dapat kerana KAU ada

                aku harap CINTA kepada ENGKAU dapat aku preserve
                walaupun nanti mungkin ada cinta manusia yang menyapa aku
                kerana aku jua punya rasa dan bahagia
                jika pada satu masa cinta aku pada manusia melebihi cintaku padaMU
                maafkan aku TUHAN...
           
                mungkin aku tidak berhak menjadi hambaMU lagi ketika itu.......

              
                
             

8/4/12

famili kechil di pulau yang serba besaq


               ''wei..skunk nih...apa-apa masalah..kita kita jek yang kena duk settle..if korang sedey,aku pun sedey..so..papahal..kita kena duk bincang..dan saling menguat..ok?''diantara kata-kata aku kepada memember yang lain...

               ''hey...ko jangan cepat give up wei...biasa la tu...1st tyme visit..kadang2 kita terpaksa membodohkan diri wat masa nih...pepepun aku nak tengok senyuman kat muka ko ok?''paksa aku kepada member yang sama2 pi wad ngan aku tempoh hari...lebih kuang begitulah kata2 tyme tu.

               ada yang cakap da tak tahan,nak quit.nak lari dari pulau.dan aku pun rasa sangatlah loser disini..kadang2 ntah apa2..2 taun belajaq physio macam x belajar apa2...haha...tapi aku takkan nak tunjuk aku lemah di depan derang..seriusly aku banyak cover..aku bajet kool eventhough aku tersangat down untuk beberapa hari..apa yang aku nak lihat kat muka di setiap member aku adalah sebuah senyuman ikhlas.senyuman yang tidak menunjukan sifat penat.ya..apabila mereka down...aku pun turut down(erk...adakah aku bajet abang2?wahaha)

               apabila tengok status memember laen di FB yang mengatakan tempat posting depa tersangatlah best,ini sangatlah men'psycho' semangat juang kami disini..sampai ada member disini yang terpaksa men'deactivated' akaun FB.punyalah nak jaga emosi agar tidak terlalu ERK...huhu

               ya...aku sangatlah berfikiran tahap negatif tahap lahabau sehinggalah aku terjumpa post yang berbunyi-bunyian sebegini:

                 '' Sekiranya ada sahabat2 yang bertanya tentang apakah keistimewaan PULAU PINANG.... akan aku khabarkan bahwa PULAU PINANG merupakan PULAU ILMU, DAKWAH DAN TARBIAH... ku lihat ramai anak muda yang tidak menggali sebaiknya ILMU DAKWAH DAN TARBIAH disini... TERLALU MANJA ANAK2 MUDA SEKARANG....''kata2 dari seorang sahabat baru disini...di wall fbnya

               yup...baru aku sedar...aku sedang dan mungkin..dan bukan mungkin tapi memang sedang ditarbiah oleh ALLAH akan kesabaranku menghadapi karenah pesakit ditambah lagi dengan physio yang ngade2(sila gelak..hahahha)..dan segalanya...banyak lagi benda yang aku kena lalui disini sepanjang 5 minggu aku disini...

              bebel pun sudah...mengantuk sudah mai...nah...ak selitkan beberapa keping gambar disesawang aku nih...untuk tatapan umum dan mungkin nanti jika aku sudah tua beranak cucu(kalau kahwin dan x kena renjis lagi la..ahahaha)..ak mungkin akan ke sesawang nih untuk mencicip kembali memori2 yang telah aku cipta didalam lipatan sejarah......

      
                  #1: muka yang tersangat hepi...satu hati..satu famili...perjalanan merentas benua selama 5 jam ke penang

                       #2:excited giler ketika hampir melintasi jambatan kepulauan pinang ala2 nak terjun dan berlari ke sana


                   
               #3:berhenti seketika di lorong kecemasan diatas jambatan...gambar nih untuk dikirim ke ruangan salam perantau nanti...(khabarnya)

                       #4:shopping di malam minggu yang pertama..setelah kerja2 dihospital tempohhari habis

       aku rasa setakat itu dulu...nanti aku akan sambung lagi la yer..nak tidur..dan x nak termiss sahur nanti...assalamualaikum penangrians!

2.04pagi
bukit gelugor,pulau pinang


                                  

7/3/12

si botak dan tudung labuh(vol iii)

                  air mata ini mengalir lagi.ya.kali ini.aku betul-betul rindukan sebuah susuk tubuh yang telah mencintai aku sebelum aku dicampakkan kedunia lagi.diatas nama cinta ini maka sehingga kini aku sangat menikmati nilai hidup.aku hidup dalam pelukan udara nyaman yang namanya islam.aku sangat selesa bernafas didalam islam,berendam didalam agama aku.dengan cahaya tenang yang abadi ini jualah,aku dipertemukan dengan wanita yang mencintai aku kerana agamanya...arghhh...bunyi macam terlalu kudus..tapi itulah isteri aku yang aku bermujahadah mengoratnya dahulu...hehehe...ingat lagi tulisan aku pada perkongsian yang lepas2?

                 ''emm..apa ya?hehe..sebab sifat abang yang inginkan perubahan.ya.abang bersungguh-sungguh walaupun bukan niat kerana ALLAH pada mulanya,tetapi kerana saya.takpe la..yang penting sekarang..sayang akan bimbing abang untuk bercinta denganNYA pula''balasnya sambil mata melirih manja...

               ya...jika anda masih ingat lagi  nukilan indah aku.... itu.Ya..itu kata2 rumaisa',sang bidadari kayanganku saat malam kami diijab kabulkan.dia sangat berpegang pada janjinya.perkahwinan yang bukan hanya dasar cinta dua rasa,tapi disulami dengan sukma rasa bercinta kerana NYA dan kekasihnya.dan ini bukan kisah dusta ya.

               ya..aku tidak tahu,kenapa diakhir2 ini,tidak kisahlah tengah aku bersama jantung hatiku rumaisa mentadabur al-quran bersama-sama,membasuh pakaian yang berguni2,memasak nasi gorengdan telur sampai hangus bersamanya ke..aku tetap tidak dapat menterjemahkan satu rasa yang sangat syahdu.satu taman rasa yang hanya aku sendiri rasa.YA.aku mencintai SI DIA,yang dihurung perasaan duka dan bongkah lara ketika seruan dakwaknya ditolak mentah-mentah oleh penduduk bumi thaif.SI DIA yang dimana terompahnya bertakung dengan cecair merah dan robekan luka-luka akibat dilempari dengan batu-batu yang sangat mengoyakkan itu.dikejar sejauh 3 kilometer sambil dimaki pula itu..dan sehinggakan malaikat menawarkan offer untuk menindih penduduk thaif dengan gunung.tapi apa respon si dia?

        SI DIA menolak tawaran itu dan berharap agar satu masa nanti anak cucu kepada penduduk thaif yang dahsyat tadi tunduk sujud kepada ALLAH,pemilik hati-hati manusia itu.sangat positif intelectual SI DIA.dan sangat tidak putus asa jua dengan keadaan yang sangat mengharukan itu.

hey kawan.aku boleh jamin la...kalau begitu sekali pengorbanan si dia..ops...lupa pula nak habaq...si dia itu bukan rumaisa' buah jantung pisang hatiku..tetapi lebih tepat merujuk kepada baginda AR-RASUL MUHAMMAD S.A.W.....wahhhhhhhh....kali ini aku sudah pandai berceramah pula yer?hehe...yelah...x function la aku mengorat ustazah..kalu tak jadi sebaik ustaz don betul?..erk....kenapa pula ustaz dari bukit mertajam tu masuk dalam penceritaan aku nih?=.=

   berbalik kepada soalan aku yang tadi itu(sambil merujuk kepada diatas)...andai begitu besar sekali pengorbanan dan jerih perih baginda..mesti besar dan mendalam pula gelora cinta baginda pada kita semua kan..kan?jap..jap..macam nih...korang musti pernah bercinta bukan?eeeee...tipulah x pernah....ataupun tengok member korang berCOUPLE yang sangat memabukkan itu?.cinta itukan memabukkan?huhu..tengok macammana derang berkorban...?kadang2 tu sampai nyawa sekali bukan?(mungkin pemindahan organ atau sebagainya) ...namun itu tidak dapat menandingi nabi yang dari awal kelahirannya sampai disaat akhir2 hembusan...masih mengingati kita....SUBHANALLAH.....mendalamnya cinta baginda....

   sehingga islam itu berkembang biak diatas bumi ini,tidak kisahlah disepanyol ke,di italy ke,ataupun ditanah malaya itu sendiri...dan dari keindahan islam ini jualah,kini hidup aku sangat bahagia bersama rumaisa'....eh...eh...lupa nak gitau...aku bakal jadi bapa pada 17 july ini tahu?YA ALLAH...nikmatnya hidup dalam naungan atap islam dan hidayah ini.....

  
   emmmm...ok la....sampai disini sajalah penulisan ku..cuma nak berkongsi rasa rindu kepada NABI dengan korang2 sume..jantung hatiku sedang sibuk berkebun diluar.nak datang dan kacau dia la..hehe...ok...jumpa lagi..mungkin jika jantung ini masih punya degup..insyaallah aku akan sambung tentang hal terindah aku bersamanya saat ijabkabul dilafazkan..(btw..couple sebelum nikah itu jelas HARAM kerana menghampiri lubang2 zina)..wassalam....

Yang Benar,
si botak
5.57pm

            

6/18/12

maafkan abgmu adikku

       ''abg seronok act atin masuk puncak alam..he2.cuma abg bz ckit sem ni.mf jika x dapat wat yang terbaik''

   .....tup...tup...message sent....after a while

       ''abg nk tau x...it reminds me mse f1 dulu..atin nangs kat kelas dgn abg sebab homesick.ade angh sekali tyme tu..and i feel happy ada org yg support me from back..ade abg...*smile*..same here...takdenya atin nak masuk uitm puncak alam ni klau2 sorg2.no worries...atin faham akan kebusyan tu...u did the best what an abg should do...and for that..i thank you''

        sumpah masa ni air mata jantan aku mengalir laju la pulak.adeh(haha)<----gelak nak cover kesayuan...
    
       then..sebab nak cover kesayuan..nak x nak nampak kalah depan adik(padahal mesej jek pun..kalau nak nangis pun bukan dia tahu...hehe)

       ''haha...kenapa macam abg rasa macam tgh mesej ngan org puteh ni.wuwuwu.haha.alhamdulillah la if camtu yer.blaja leklok yer pharmacist-to-be.jgn nakal2 tau.hu2=D''

        berderai agi air mata itu(ok.air mata itu hanya mengalir didalam hati)<---ni pun nak cover jugak ni act=p

       kerana apa aku berkongsi post ini?(mungkin jua tiada sapa yang membaca)..adalah kerana jika aku rasa semacam down dipuncak alam nih.aku mungkin boleh mencari kekuatan dengan melihat post ini.sekurang2nya aku masih ada keluarga terdekat yang dapat aku berbual dan meluahkan rasa.dan aku harus berterima kasih kepada YANG MAHA PENYAYANG kerana menganugerahkan seorang adik yang baik pula.dan sebenarnya tugas menjadi anak sulong itu sangatlah lahabau beratnya.

      kerana.kamu akan ditanya tentang kelak siapa orang dibawah kepimpinanmu...

6/11/12

kerana dirimu begitu berharga buat mereka..

IBU + BAPA = ANAK
ANAK?
Pelangi pelangi
Alangkah indahnya
Merah kuning hijau
Dilangit yang biru,
Pelukis mu agung,
Siapa gerangan
Pelangi, pelangi, ciptaan tuhan

Ha, apa yg tetibe pelangi nie?

Ok, ini la rutin harian aku, nyanyikan lagu pelangi kt kanak2 kecil di tadika. Bukan lagu nie je.
MACAM-MACAM lagi la kena nyanyi. Siap ada lagu yang aku x tahu lagi. Haha

Tanggal 7 jun cukup sebulan aku bekerja di tadika. Percaya la, tidak mudah untuk menjaga kanak-kanak. Macam2 gelagat bdk2 nie pamerkan. Ada budak yang buat blur je, ada tu nakal yg amat, ada yang diam je dpn aku, tpi blkg, perh, hebat buli bdk laen. Siap ada yang tumbuk kawan die dpn aku. Berani! Mmg kena sikit la dariku. Bkn tangan mahupon kaki, tpi melalui kata2 dan pandangan mata. Tajam, siap boleh potong daging la pandangan mata aku. Nk pukul, x sanggup. Kalau kita pukul, nanti mereka ni akan buat kt bdk2 laen plak. Kanak2 ibarat cermin. Apa yg mereke lihat, itu yg mereka buat. Dan kita pon pernah jadi kanak2 kn. So we know how they are. Seharian melayan kanak2/bdk2 (minta maaf, kadang2 mmg caca marba pnggunaan perkataan nie) mmg x kan habis la. Penat mmg ada je singgah. Walau bagaimanapon, tatkala setiap mereka nie( bdk2) balik, or end of the day, hilang penat tgk diorg excited nk blik bila mak ayah masing jemput, pastu lambai and flying kiss lagi.

Kalau perenggan kt atas tu, bdk2 yg membuat darah aku nie mcm nk letup, berikut antara moment2 yang mmbuat aku tersnyum sahaja. Mereka ini tak panggil ‘teacher’, tpi ‘cher’ je. ‘Tea’ nye x tahu ke mana menghilang. Hahaha. Cher, cher, pastu cuit bahu atau kaki. Bila kita toleh, bdk tu diam je. Siap kadang2 tu senyum. Tak tahu apa yg diorg nak. Itu yang buat hilang penat mnjaga nikmat yg Allah berikan nie.
Ha, tgk. comel cmnie, tak kan nak pukul kn?. :)

Sekarang bayangkan macam mana ibu ayah jaga kita masa kecik2 dlu. Yg ckgu tadika (part time carer) pon boleh tahan penat, bagaimana penat ibu ayah kita (full time carer)?

Luka sikit, mereka berlari cari ubat. Anak lapar, mereka masakkan. Mak ayah syok tgk tv, anak amek remote, tukar. X marah pon, tgk skali. Mcm2 mereka korban utk kita. Utk anak die. Utk nikmat yg Allah perintahkn utk mereka mnjaga. Mereka mnjaga kita, kita bagaimana?

“…dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘Ah’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun ).” (Surah al- Isra’ ayat 23)

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud,
“…dan kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapa, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya.” (Surah al-Ahqaf, ayat 15)

Allah sntiasa mngingatkn umatnya supaya TAAT, SAYANG, HORMAT kepada ibu bapa kita. Ibu bapalah antara nikmat yg terbesar Allah berikan. Hargailah mereka sementara masih ada. Bagi yang ibu atau bapa yg telah tiada, sntiasa kirimkn doa utk mereka.

Aku sndiri pon masih x brape anak yg baek. Sbb itu, aku ajak mai ramai2 kita ingt tanggungjwb kita dkt ibu ayah kita. Kalau time kecik2, mak kita kelam kabut blik umh/ bwk kita jmpe doctor time demam, kita pon boleh cpt2 blik umh, jenguk mak or ayah yg sakit. Call pakwe/ makwe boleh lama, apa salah call mak ayah kita yg bertahun jaga, didik, besarkn kita.

tgk betapa sayangnya mak ayah bdk nie.
siap pakaikn spec lagi. huhu 

IBU+AYAH = ANAK
ANAK = IBU +AYAH

sekian~

6/1/12

sebab lama x hapdate=p

               aku memandang layar laptop.

seminit.....(detik berlalu)




setengah jam............






malah melangkaui satu jam.ia tetap kosong.akalku bejat dari menyusun huruf untuk menjadi satu makna kata yang kemudiannya dihimpun menjadi satu frasa kata...fuh..ayatku sangatlah bombastik kayaknya..huhu...tapi memang begitu...akhir2 ini...seolah2 padang sahara telah terbentuk didalam hamparan karpet otakku<----ini diantara ayat aku yang sudah merapu lantaran berkurun2 tidak menjinakkan diri dalam membelog=p

    padang sahara itu simbolik kepada ketandusan pepohon idea dari tumbuh subur membugar diatas para2 otakku.banyak benda yang aku fikir nak buat..tapi x buat2..dan boleh jadi jua kerana aku yang sekarang terpelanting masuk dalam semester yang maha bizi meyebabkan kekangan masa itu mengehadkan lagi aku untuk terus melebarkan career ak sebagai penulis tegar(cewah...career tu..sound so serious)..

  maafkan aku diatas apa yang berlaku.mungkin ada yang menunggu postku..(ok.perasan jap).thehe..dan mungkin memang x de yang nengok pun blog ko nih senpai!..ahahaha...ak menulis untuk kepuasan dan ketenangan...

   sebelum aku menekan clutch dan memasuki gear reverse(sambil pandang cermin sisi)..cumanya ak mengharapkan sepotong/serangkap doa dari ampa suma untuk aku terus kuat menjalani hidup aku sekarang...dan semakin banyak pula tanggungjawab yang aku kena galas lepas nih(seriously takut2 gitu)..huhu...smoga aku istiqomah dengan dakwah dan tarbiyah(dulu aku malu2 gitu nak sebut 2 words nih..tapi akhir2 ni..ak rasa bangga dan x malu untuk sebutnya...hehe).....

assalamualaikum,
Yang Benar, 

~kang senpai~ 

yang bercita2 ingin membesarkan badan..(senyum sorok2)

3/20/12

gempak!kek batik puchong kembali!


         diadun bersama ramuan yang asli.bersama teknik yang unik.disadur dengan cairan coklat yang memikat selera.sungguh ini dapat membuka selera anda ketika anda jemu merasa kek batik2 yang biasa-biasa dipasaran.mungkin nampak sama dari sudut warnanya tapi tidak pada rasanya.rasa koko dan tidak terlalu manis.tidak percaya?cubalah...kerana aku diantara responden yang sukakannya.....

           harga:
           1 loyang                               rm 25sahaja
           1/2 loayang                          rm13
           1 bekas plastik                     rm8
     

        segala pesanan boleh dibuat dan hanya dihantar sekitar selangor sahaja.untuk maklumat lanjut boleh menghubungi encik SIR ditalian 0192044573....sekian..harap maklum=D

2/20/12

kerana sang devil itu sangatlah istiqamah

   pengakuan:disini saya tidak bercakap tentang red devil(MU) ataupun mana2 watak fantasi.saya bercakap tentang syaiton nirrojim.ya.syaiton nirojim yang sangatlah istiqomah alahai(konsisten),berstrategi lagi sangat taksub dengan agenda serta hadaf yang hendak dicapai.(kenapa bunyi sedikit ala-ala dakwah disitu.?hoho)


(huskar seperti syaitankah?..ahaha)
                

                    mungkin sebelum ini,kita banyak belajar bagaimana ingin menjadi daie yang berjaya dengan mengikuti jejak langkah nabi2 yang terchenta dan para sahabat dan sebagainya.tapi sebenarnya syaiton pun mempunyai sifat yang amat menakjubkan(eh.disini bukan bermakna aku ingin angkat darjat syaitan ke apa ok?dan saya bukan ahli teras blackmatel.) dalam berdakyah ataupun mempengaruhi disetiap kerajaan hati ana adam.bayangkan disetiap detik sampai tidur sekalipun sang devil yang direjam ini menganggu,menggugat serta mengoda lagi cuba untuk meruntuhkan tembok iman anak adam disetiap perlakuannya.disini saya cuba bawakan sedikit contoh:


            1)istiqomah:
             
       daripada kita mula lahir sehinggalah kita di saat2 menjelangnya sakaratul maut.si syaiton ini akan menjadi follower yang sangatlah setia.tidak kira masa dan dimana.pasti kita akan cuba dijeratnya.


                                                       (naix pun mirip seperti syaiton..ho2)

              2)sangat strategis:
   
                seperti memancing ikan jua.kita memerlukan bait-bait(umpan-umpan) yang sama selera dengan si ikan itu.ya.begitu jua.berbeza-beza manusia maka bercabang-cabang pulalah cara ingin menjatuhkannya.jika seorang itu ulama,maka syaiton akan membisikan agar riak dengan ilmu yang ada,Jika seorang pembuat dosa,maka syaiton akan  bisikan pula bahawa pintu taubat sudah tertutup,ataupun ALLAH itu maha pengampun,maka syaiton akan cakap,buatlah dosa kemudian taubat.bukankah ALLAH maha Pengampun.?sumpah.syaitan itu sangat genius,berstrategi dan tidaklah noob.

               dan strategi syaiton yang lain adalah mungkin merosakkan niat yang pada asalnya ikhlas bagi si pembuat.(ok.ayat ni macam terbelit..HOHOH).sebagai contoh Si penderma yang derwaman,menginfaqkan berkepul-kepul dan berguni-guni wang kertas untuk pembiayaan tanfiz sebagai contohnya.yang.mungkin pada kali pertamanya ikhlas.tapi apabila melihat kepada berkembangnya madrasah tu,dan ramai pula produk2 al-hafiz yang dilahirkan.maka mungkin timbul ayat ini''owh..kalau bukan aku dahulu yang lakukan,nescaya semua ni takkan jadi''.ok.syaitan itu sangat pandai bermuslihat.dan muslihat itu tersangatlah shit!

               iblis menjawab''Kerana Engkau telah menyesatk akan menghalangi mereka dari dari jalanMU yang lurus,kemudian pasti aku aku akan datangi mereka dari depan,dari belakang,dari kanan,dan dari kiri mereka.dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukuran aku,pasti aku'' al-araf ayat 16-17


     konklusinya,syaiton is syaiton.bukan BFF kita.maka kita kenalah lebih konsisten dan berstrategi dalam menjaga hati kita.hanya orang yang ikhlas sahaja yang tidak dapat diganggunya seperti dalam surah ini:

Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka). (Al-Israa' 17:65) 


     


ikhlas itu memanglah rahsia.tetapi as long buat sesuatu demi redha ALLAH,takutkan neraka dan mahukan syurga..insyaallah..3 benda itu menunjukkan keikhlasan.

sekian.semoga bermanfaat

p/s:disepanjang aku menulis post ini,syaiton banyak membisikan segala macam hal dekat aku.argggh!persyaitonkan syaiton.....!

2/15/12

itu comel.

Pencil: I'm sorry....

Eraser: For What? You didn't do anything wrong.

Pencil: I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.

Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)

2/13/12

eh!

            eh.kenapa tiba-tiba aku sorang2 jek nih kat pulau nih?
            eh.tadi bukan berteman ke?
            aik.kenapa aku ditinggalkan sorang2 disini ya?
            dipulau bisu ini?
            ditinggalkan tanpa kata....
            owh...
            tiada lagi tangan-tangan yang membantu..
            saat nih,aku ditinggalkan lagi..
            tiada lagi bahu tempat aku menangis
            tiada lagi tempat aku ingin berbicara
            bekongsi suka dan duka
            walau sebentar cuma...
          
            inalillahi wainnailaihirojiun....ALLAH humma ajurni fi musibati..wa akhlif li khairran minha

2/8/12

sangat annoying ii

    
    
        assalamualaikum..dan salam satu malaysia(ini pun annoying..hoho).

      dahulu aku pernah tulis post seperti ini..ingat lagi x?(panggggggg!!!....bunyi tampor muka sendiri...motif?jangan mengharapkan orang ingat post ko ok?..huhu).terlalu...lalu..lalu banyak pekara yang sedang berlaku disekeliling kita tanpa kita sedari terutamanya saat kita x kuar umah untuk satu ari kerana terlalu asik berfb dan melayan cerita korea..eh..

     aku dah x tau.ak marah salah.aku diam salah.pftt.entahlah.kekadang dunia terlalu sombong untuk aku menegur kesilapannya.memang celaka.dunia itu aku merujuk kepada orang didalamnya.aku x mau cakap lebih.aku bagi situasi sahajalah.

     situasi pertama:
  
      baru tadi aku kena tegur dengan parents aku lantaran tanganku gatal,suka meng'hon' ketika memandu.yup.kadang2 aku mengaku jua rasa bersalah.maklum ah.kurang sabar.lagi2 bila ada pengguna lain buat hal diatas jalan raya yang sama(masing2 bayar roadtax bukan?).nanti bila korang(especially dak2 baru pas spm) da pegang stereng tau la camne.tadi aku drive la.bukan main baik lagi.ambil abah aku dari workshop.dalam perjalanan balik tu..ada la 3 buah motor ni,aku kira budak2 ni baru nak up dan terlalu bajet di jalanan.mereka menunggang(ayat skema) motor dalam keadaan perlahan disamping beriring dan menghalang laluan untuk kereta aku melintas mereka.dan pada masa yang sama,mereka berlagak semacam mabuk..bawak motor kiri dan kanan dan mem'press' motor.ok.aku tahu dak2 tadi sume nak perhatian bukan?nah...amik la perhatian tuh!hoho..(basically..x leh salahkan derang..maklum la..tengah mencari haluan hidup..hoho)...peh...nasib naik ak x dilanggar kete tyme balik tadi...ada pula tu masuk jalan tanpa bagi signal...pftt


   situasi dua:

    berbalik kepada soalan PERHATIAN.emm.menarik tu.yup.aku tak nafikan semua manusia sukakan pujian and so on sebab itu adalah fitrah.semua x terlepas termasuklah aku.tapi yang aku agak dan agak hairan adalah  sifat x mou mengaku setelah melakukan sesuatu.ok.sebagai contoh.korang perasaan x if dekat fb feed tu..ramai terutamanya sang gadis-gadis(hello..ko pk ko cantik?wahaha) menghapdate gambar posing2 ala-ala mengedikan lagi mengiurkan.wtf?!

  then if korang perasan,musti la ada punya mamat dan minah2 yang akan singgah dan tinggalkan komen yang dapat mengembangkan hidung lantas meletop..kababommm!(ok..fine..ini over).ya..x kisah la.hak untuk terima pujian tu tapi yang menghairankan aku,apsal seboleh-boleh dan bermatian-matian cakap yang derang x rasa camtu(means yang si pengepost gambar peribadi)....sebagai contoh

     ''eh...u ni lawa ah pakai kebaya sambil pegang payung''puji mat ganja
  
     ''eh..mana ada...ni gambar suka2 je''
     ''eh..yeke...x terasa begitu''
     ''dekat mana yang lawa tu''<-----------sambil bertanya lagi minta dipuji2 agi..erk(x__x)
  
      dan yang paling x boleh bela
     ''ish...malu la''

   ha..tau malu...tapi apa pasat suka sangat posing camtu?ha?bukan aku nak paranoid ke atau membangkang ke apa...tapi andai orang puji itu..cakap jela alhamdulillah..ataupun..mengaku yang diri cantik melecun(alahai sangat)...lagi baik if gambar bese jek(especially gadis la)..x perlu posing2..cukuplah gambar pasport ataupun gambar selain dari gambr diri..hoho...
  
           cukuplah untuk dua dahulu..huhu(banyak lagi dalam poket nih..hehe)