revolutionalists

7/30/11

amaran:post untuk siapa yang ingin mengisi kekosongan jiwa sahaja!

   AMARAN:POST INI TERSANGATLAH PANJANG...tapi ISINYA SANGATLAH TIP TOP(puji diri la tuh.huhu).AMATLAH RUGI ANDAI PANDANG DENGAN SEBELAH MATA.APATAH LAGI MEMALINGKAN MATA KETEMPAT LAIN MAHUPUN TUTUP MATA..harap tidak mengecewakan disamping menyediakan cekedis/jajan/mee segera untuk mengalas perut..get ready to fly everybody!.heee(^^,)~


  dia(muslim) dan hatinya itu masih hidup taktala masyarakat yang hadir di sekelilingnya mati tersungkur dipintu2 disko,bertemankan champagne tete de uvee di gengaman,sebahagian mereka membuka aib sebahagian yang lain,para gadis yang memperagakan tubuh yang mengiurkan.sang lelaki berhidung belang tersenyum.

     ketika kakinya melangkah,dalam suasana yang suram2 ditepian jalan,dia tersepak akan sesuatu bungkusan,ketika membukanya,suatu perasan menampar pipi hatinya,seorang bayi comel yang sudah membusuk ditinggalkan oleh pasangan entah mana2.jijik.dengan terkopeknya tempurung insan kecil itu.bukankah dahulu si lelaki berjanji untuk menikah sang gadis sebelum menimang cahaya mata..tapi...kenapa terlalu awal dan keadaan amat menyedihkan?kesedihan mengigit naluri si dia,lantas terbitlah dan berderailah manik2 jernih.jatuh.masyarakat sudah tidak takut lagi akan azab tuhannya,adakah kerana rahmat dan kasih sayang tuhannya meliputi amarahnya menyebabkan masyarakt ini naik lemak plus besar kepala?.dia berlari lagi.kali ini langkahnya makin tegar dan tersangat lajunya.ketika mana sampai disuatu deretan kedai.dia menebarkan pandangan pada deretan kedai judi,mata dicerunkan untuk melihat siapa dan apakah yang memenuhi perut kedai itu..gulp!satu persatu muka melayu muslim yang tersenyum keluar dari perut kedai itu.lantas lelaki itu masuk ke dalam kereta sambil disebelah tempat pemandu terdapat isteri yang bertudung litup memangku si comel..wah...apakah?sanggup suakan yang haram ke mulut isteri dan anak tercinta dengan benda haram..sampai hati..nauzubillah himin zalik...owh...masyarakat yang sudah hilang kebergantungan dengan tuhannya..malah hilang kepercayaan barangkali terhadap islamnya.....


  lantas si dia tadi yang aku(penulis) namakan sebagai gadis mujahadah berlari terus dan terus sehingga langkah kakinya longlai.dia terfikir akan tugasnya yang semakin besar.lantas dia duduk disuatu sudut dan mencoretkan sesuatu di blognya.....

                                                                    ~***~
  MUSLIM TERHADAP TUHANNYA:

1.1  taat setia menurut perintah tuhannya

   seorang muslim itu sentiasa hatinya berhubung dengan penciptanya.dia merasakan dalam lubuk hatinya bahawa sesungguhnya dia berhajat dan sentiasa perlu kepada kekuatan ALLAH kepada bantuan dan sokonganNYA sekalipun dia telah berusaha bersungguh2 menyediakan sebab2 yg dimestikan.

   muslim yang sejati dan benar,adalah manusia yang sedar hatinya,celik matanya dan terbuka pintu imannya.lantas dia menyedari segala keindahan alam ini terdapat tangan yang tersembunyi disebalinya yang mengawal dan mengendali urusan alam dan manuisa dengan segala keyakinan tanpa ragu.dengan mengingati ALLAH iman kian naik mendongak tinggi

 sesungguhnya didalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda2 bagi orang2 yang berakal~ali imran:190



1.2taat setia menurut perintah tuhannya

  bukanlah pekara yang baru jika seseorang muslim itu taat setia,patuh dan khusuk kepadaNYA,menunaikan perintahNYA sekalipun bertentangan dgn hawanafsunya..

  our most beloved prophet said ''tidak beriman seseorang dari kamu sehingga hawa nafsunya mengikuti apa yang telah ku bawa''

islam itu adalah suatu penyerahan mutlak kepada hukum ALLAH dan perintahnya.dengan yang demikian terhindarlah hidup seseorang muslim itu dari sebarang penyelewangan dgn hidayat ALLAH dan tidak menjauhi perintah nabinya samaada dalam diri,keluarganya atau terhadap orang2 dibawah jagaannya
 dia menyedari tanggujawab terhadap rakyatnya.(ley rujuk an nisa:65)

 1.3 menyedari tanggujawabnya terhadap rakyatnya:

segala kecuaian,kelalaian dan keterlaluann akan disoal di hadapan ALLAH kelak

  al rasul bersabda ''setiap dari kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan disoal berkenaan dengan rakyatnya''(riwatat bukhari dan muslim).dengan ini dia tidak duduk diam,tidak dapat ditahan lantas bangun dan bersegera melangsaikan tanggujawab dalam masa terdekat lantaran kerana tanggujawab itu menyengat lambungnya.


1.4 redha menerima qadha dan kadar

redha seseorg muslim itu pada qadha dan kadar ,memberi kesempatan kepadanya utk memperoleh ganjaran yg banyak dari ALLAH,dan ditulis disisi ALLAH sebagai seseorang mukmin yang taat dan berjaya.oleh kerana itu segala urusanya menjadi baik.apabila mandapat kesenangan.lidahnya menuturkan syukur.apabila musibah mengambil alih,dia bersabar.

''ajaib urusan seorang muslim,sesungguhnya segala urusannya adalah baik.apabila dia mendapat kesenangan dia bersyukur dan apabila ditimpakan kesusahan dia bersabar maka menjadilah baik baginya''(riwayat bukhari)



1.5 sentiasa bertaubat kepada tuhannya

kadang2 seseorg mukmin itu terlupa,terlalai,tergelincir dan jatuh dalam kecuaian yang tidak sepatutnya berlaku keatas dia yang dikatakan taat dan khusuk kepada tuhannya,tetapi dia dengan serta merta tersentak lalu sedar lanats memohon keampunan kepada tuhannya.dia kembali semula pada perlindungan tuhannya dengan hati yang takut dan sentiasa memohon keampunan tuhannya

 sesungguhnya org2 yg bertaqwa bila mereka ditimpa was2 dari syaitan,mereka ingat kepada ALLAH,maka ketika itu jua mereka melihat kesalah2nya~al-araaf:201

 hati muslim yang benar itu sentiasa terbuka meminta ampun,sentiasa bertaubat dan kembali kepada tuhannya.sikap lupa tidak dapat menawan hati yang sudah mabuk dengan cinta ALLAH.
                                                                       
            
                                                                         ~***~

     si dia menghelakan nafas buat seketika.kepalanya berat.pandangan matanya semakin lama semakin kabur.semakin lama itu jua warna kelabu menutupi matanya.ya.gadis mujahadah itu penat kerana dari tadi sebelum dia sampai ke rumah dan duduk tercatuk dihadapan laptopnya,perasaannya berat taktala melihat rosaknya umat akhir zaman.sedih yang menyebabkan hatinya letih untuk menerima,akal untuk menghadam...demi terfikirkan pembaca2 blognya yang ternanti2kan point seterusnya......dia tekad untuk menghabiskan penulisannya malam ini.mungkin tiada lagi esok untuknya....
                                                                 
                                                                         ~***~
1.6mencari redha tuhannya

muslim yang benar sentiasa memandukan gerak hidupnya hanyalah untuk mencapai redha ALLAH,bukan rdha manusia.kadang2 dia terpaksa membuat satu kerja yang menyebabkan dia dimarahi,disepak terajang oleh manusia dalam rangka mencari redha tuhannya...menurut sabda our most beloved prophet said:

''barangsiapa mencari keredhaan ALLAH dengan marahnya manusia,ALLAH akan mencukupi dia dari urusan manusia.dan barangsiapa mencari keredhaan manusia dengan kemurkaan ALLAH maka ALLAH menyerahkan dia kepada manusia''~riwayat tarmizi

 dengan itu dia mengukur,menyukat segala keringat amal dan usahanya dengan timbangan keredhaan ALLAH.mana2 yang tidak diredhaiNYA itulah yang dijauhkan.jadi luruslah pertimbangan seorang muslim dan benarlah pengukurannay didalam segala urusan.lantaran itu dia tidak terjerumus kepada kontadiksi yang buruk,dilemma sebagaimana orang yang taat kepada ALLAH dalam sesuatu perkara dan derhaka kepada pekara yang lain.sepertimana bersembahyang khusuk dimasjid tetapi terlibat sama dengan riba.

 dualisme inio berpadu didalam pertentangan diri seorang muslim.Taat dan derhaka didalam keperibadiannya.ini adalah sesuatu bahaya yang besar dan ujian yang sengit menimpa muslim nowaday!

 1.7 melaksanakan segala rukun,fardu,nawafil

(terlalu panjang tetapi mudah untuk dicerna.mungkin dikemudian waktu apabila si gadis mujahadah itu percuma/lapang.maka dia akan membahaskan )

1.8 melaksanakan pengertian ubudiyah terhp ALLAH

muslim itu  menyakini dengan satu keyakinan yang pasti dan putus,bahawa dia tidak diciptakan dalam hidup ini kecuali untuk beribadat kepada tuhannya...

 ''dan aku tidakm menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKU~az zariyat:56

 suatu perasaan yang bertunjang itulah yang mendorong muslim dalam setiap usahanya mencari keredhaan tuhannya.segala usaha dan amalnya menjadi ibadah .sesungguhnya sebesar2 ibadah yang dilakukan seorang muslim itu adalah menegakkan hukum2 ALLAH,membangunkan pemerintahan islam.sehingga manusia dapat keluar dari kegelapan jahiliah kepada cahaya islam,dari memperhambakan diri kepada sesama hamba,kepada mengabdikan diri hanya kepada ALLAH.dengan dakwah ini barulah terbukti makna dan pengertian kalimah syahadatain didalam kehidupan sehari2.

 itulah yang mentafsirkan sebabkewujudannya didalam hidup ini,dan keutamaan yang dikurniakan ALLAH kepadanya diatas kebanyakan makhukNYA yang lain.....

 Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan umat manusia, dengan memberi mereka sarana di daratan dan di lautan, memberi mereka rezeki yang baik-baik dan Kami lebih utamakan mereka dari kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan dengan sempurna~al isra:70

 dia tidak akan berasa tenang dan tenteram kecuali didalam jihad mencari redha ALLAH,dan berusaha tanpa henti dengan penuh tekun untuk merealisasikan cita2nya yang tinggi itu.tidak hairanlah,jika kita dapati seseorang muslim itu menghadapi tugas ini dgn sepenuh raganya dan teramat gembira pula.lalu dia mengorbankan keinginan,perbendaharaanya,waktu dan usahanya agar risalah islam tertegak dan tersebar mekar dibumi ini.

 oleh itu,seorang muslim yg sedar,haruslah ,dan terus menerus bekerja untuk mendokong risalah yang mulia ini....


1.9 memperbanyakkan tilawah alquran

   untuk merealisasikan cita2 yang tinggi ini dan merealisasikan semangat yang menyala2.muslim sejati akan sentiasa kembali kepada AL-QURAN,bernaung dibawah rimbunan yang harum semerbak,untuk mendapatkan tiupan angin hidayat yang lembut dan sejuk dan mencari ufuk2 kebaikan yang dibukakan dan dilimpahkan oleh al-quran nurkarim kepadanya.untuk itu dia sentiasa mengkaji,mentadabur dgn khusuk disamping tergerak hati untuk membuat jadual membacanya.dengan itu terresaplah al-quran kedadanya,menyerap dan menjalah keseluruh kerajaan hati...akhirnya menambahkan iman dan ketenteraman kepadanya

''ingatlah dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenteram''~ar ra'ad:28

 cukuplah bagi seorang muslim yang bertaqwa dan sedar dengan merenungi gambaran yang indah,menarik dan menawan hati,membaca al-quran seperti yang telah dilukiskan oleh our beloved prophet dengan keterangan yang cukup mendalam dan istimewa itu

ar-rasul bersabda:

 ''misal perumpamaan mukmin yang membac AL-QURAN seperti buah uttrujjah(sejenis buah yg wangi) sedap dimakan,baunya wangi dan rasanya enak dan perumpamaan org mukmin yang tidak membaca al-quran seperti buah tamar,tidak mempunyai bau dan rasanya manis.dan orang munafiq yang membaca al-quran seperti al-raihanah,baunya wangi,rasanya pahit.dan orang munafiq yang tidak membaca al-quran seperti buah hanzalah*buah yg pahit),tiada mempunyai bau dan rasanya pahit''~muttafaq alaihi


''bacalah al-quran ,kerana sesungguhnya dia datang pada harii kiamat sebagai pembela yang memberi syafaat kepada para pendukungnya''~riwayat muslim

''org2 yang mem baca al-quran dan dia mahir tentangnya akan bersama para nabi dan rasul yang mulia,dan yang membaca al-quran secara tersangkut2,tetapi dia bersungguh2 dia mendapat dua pahala''~muttafaq alaihi

 setelah kita faham akan baiknya hikmat2 nya,masikkah ada lagi muslim yang bersikap teragak2 untuk membaca alquran dan memahami makna yang terkandung didalamnya....

 dan demikianlah keadaan muslim yg sejati terhadap tuhannya,mempunyai iman yang benar dan mendalam,amal salih yang berterusan,terus menerus mencari redhaNYA,terus menerus memperkuat ibadahnya,terus menerus merealisasikan tujuan kewujudannya,tujuan dan cita-cita hidupnya yg ditentukan ALLAH yg terkandung dalam surah azzariat:56 itu.....

                                                         ~***~

      fuhhh...satu keluhan dilepaskan..matanya semakin berat..dan berat...sehingga tertidur akhirnya tanpa sempat menyambung kepada bab yang seterusnya.sementara itu humaira rakan sebiliknya datang lalu menyelimuti si gadis mujahadah tadi yang tertidur di meja study dengan kain gebor......

7/21/11

tertangguh.he.he.maaf deh!

   assalamualaikum to all super kind-hearted readers sekalin.1st of all.maaf lambat yang teramat sangatan since masa dan kemalasan yang teramat hebat mengulit segenap penjuru hati.he.he.ok.straight to the main point,aritu aku ada nak share la kan pasal buku yang aku rasa terisi sangat2 bila baca...hingat x?(kenapa pula ada huruf H tu?huu)

  al-mukadimahnya/openingnya,sebelum aku story buku apa,izinkan aku membuka mata aku dan mata hati korang tentang beberapa pekara dahulu ya.org islam(kita la tu) hari ini,kalau anda perasan la kan,ada antara mereka yang bersungguh2 solat dibahagian hadapan,tetapi tidak mempedulikan bau mulut yang busuk serta daki2 di badan mereka.ada jua kita dapat lihat muslim yang bersangatan semangat beribadah tetapi mencuaikan pendidikan anak2.perasan x?dan dalam pada masa yang lain muslim tu sangat2 menjaga anak2nya(yg dah kawen faham kot) tetapi menderhaki parentnya.ada jua suami yang taat ibubapa tetapi menyakiti isteri.dan ada jua yang mempergauli isteri dan anak2 dgn baik tetapi menyakiti jiran.ada betul x sahabat sekalian tentang apa yg aku cakap nih?

 sebahagian dari mereka cuai(aku la tu) dan sebahagian lagi melewati batas.dan yang paling astouding sekali adalah dikalangan pendukung dakwah,mereka mempunyai satu kefahaman  dan sensitif terhadap hukum2,adab2 islam dengan segala nilai dan kepatuhan yang benar kepada hidayat islam yang lurus.tetapi kerana ke'busy'an,sikap x amik peduli dan kelalain mereka(x sengaja barangkali) menjerumuskan mereka kepada kesalahan2 dan kesilapan yg seperti ini..samaada sedar mahupun tidak.

   semua yang aku bahaskan diatas berdasarkan Buku nipis yang amazing bertajuk keperibadian muslim/sahsiyatul muslim hasil sentuhan DR MOHD ALI HASHIMI.ditulis buku ini adalah untuk menyenaraikan apakah itu muslim yang betul2 muslim sehingga muslim itu menjadi buah apple yang ranum,cantik dan segar hasil dari siraman dan benih islam itu sendiri.manjadilah ia bermanfaat untuk org lain.

 diantara part2 yang dibahaskan didalam buku ini adalah:

1)muslim terhadap tuhannya
2)muslim terhadap dirinya
3)muslim terhadap ibubapanya
4)muslim terhadap isterinya
5)muslim terhadap anak2nya
6)muslim terhadap kaum kerabat
7)muslim terhadap jirannya
8)muslim terhadap saudara dan sahabat2nya
9)muslim terhadap masyarakat

untuk post kali ini aku ingin cuba buka mata hati kita bersama.aku amat2 terisi bila baca buku nih.dan tulisannya yang amat mendakap tangkai hatiku.(jiwang ke?huhu).terus terang aku cakap korang yang gadis2 nih akan nampak sangat islam itu indah bila islam berbicara soal muslkim terhadap isterinya...subhanallah...dan korang yang suka melaram pula akan teruja apabila membaca buku ini dan lihat bagaimana cantiknya penampilan seseorang itu mengikut islam.......

 ~kalau ada jodoh,kita jumpa lagi ya(pinjam suara mia sara dalam filem sekali lagi.hehe)

yang akan pergi jauh.
ABD RAHMAN@SAM SENPAI



 

7/13/11

harga

   ~daphne iking~

      selama aku hidup 20 tahun dipluskan dengan angka satu menjadi 21 tahun dibumi.ya.tempoh yang lama.begitu jua islam yang aku dapat.20 tahun lebih sudah menjadi anutanku dan menjadi darah dagingku.lantas pada mulanya aku tidak risau.kompem kompem la masuk syurga(fulamak..optimis tu).ya.dan keadaan ini yang menyebabkan aku malas mengali dan mendakap islam secukup-cukupnya.

  sesuatu itu kita tidak akan menghargainya(sila percaya ya.hee) selagi benda itu tidak hilang dan mudah pula mendapatkannya.aku islam coz parent islam.ini dinamakan islam

  copy

 and
  
 paste!


 ~daphne iking~
   
        you'll pembaca setuju kan..kan?pelik x ada orang yang peluk islam,then selepas ucap syahadatain,menangis punya la syahdu.aku pernah mendengar saudara baru berucap.saat yang paling syahdu adalah ketika mana melafazkan syahadatain.seolah2 ada suatu perasaan yang cannot be described even million of words.kerana.mereka mendapatkan islam dengan jerih perih.mereka dihalau dari rumah halaman,dimaki sana sini,bahkan melibatkan nyawa.sebelum semua ini terjadi,mereka mengkaji dan meneliti holy quran dan seerah.dan ada pekara yang menyentap ulu hatiku.mereka kenal islam kerana keindahan islam,bukan si penganut itu sendiri.jujur la.aku pun x berapa tunjuk contoh terbaik...kan?(takpe..aku tujukan pada dir aku dahulu)

 kosong?
   terasa kosong?
    kenapa aku islam tapi rasa macam kosong?

     sehinggalah pada suatu hari,aku terselak satu buku yang boleh kata lama juga terdampar di library rumahku.buku yang membuka minda aku.seriously.islam itu indah.gila-gila indah la.aku bukan main-main cakap.sumpah.best gile buku tu.aku rasa puas bila baca dan terisi.nak tahu buku apa?mungkin aku akan kongsikan pada masa akan datang.ingatkan aku taw....ley?

 maaf lambat update.