revolutionalists

3/25/11

gym

best dan excited dapat masuk gym.al-maklum lah...dahulu self-confident masih berada dibawah paras air laut.rendah.huhu.terima kasih sensei NAQIU DIN since tunjuk segala macam teknik ya.insyaallah.smoga istiqomah untuk develop bundle of muscles.he3.baru gerun skit yahudi tgk(^^,)~

Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah berbanding mukmin yang lemah. Pada setiap orang ada kebaikan maka bersungguh-sungguhlah mencari apa yang bermanfaat bagi kamu dan mohonlah pertolongan Allah serta jangan bersikap mengalah.
Jika kamu ditimpa oleh sesuatu maka janganlah berkata: “Seandainya aku berbuat demikian, tentu akan menjadi sekian-sekian” akan tetapi katakanlah: “Taqdir Allah dan apa yang Allah kehendaki pasti terjadi”. Ini kerana perkataan “Seandainya” membuka pintu perbuatan syaitan.[Shahih Muslim, no: 4816]

3/20/11

pandang rendah



pandang rendah ataupun hina?aku merasainya walaupun hanya terpancar dimuka.moga dengan sesetengah kelebihanku dapat menutupi kelemahan itu.

3/18/11

hari-hari tua

(hans zimmer~tennessee~soundtrack pearl harbour memainkan peranan untuk post kali ni.sila cari lagu nih dan dgr sambil bc post pendek nih yer.hee)



meniti hari-hari yang semakin pergi menyepikan diri dari ruang waktu.semoga dengan waktu mudaku aku dapat berbakti kepada islam,masyarakat,isteri dan keluarga.agar nanti aku tersenyum puas ketika menceritakan kepada cucu2ku yang comel SOMEDAY.

*makna hidup pada yang memberi.hati semakin tenang*

3/8/11

menyerlah jauh dari yang biasa!


andai semut yang kecil itu masih merendah diri.
tentu sahaja istana busut kebanggaan mereka tidak terbina.
andai sahaja rama2 ini
masih takut untuk keluar menyingkapi kepompongnya.
maka tidak akan terciptalah suasana indah ditaman ini.
dunia kelabu tanpa selerakan warna rerama.

jom humbankan sifat takut kedalam poket!
sesungguhnya kekuatan itu datang dari hati.
hati kalian,ALLAH yang miliki.
berharap prog FISIOTERAPI MASUK KEM dipermudahkan
bersedia untuk segala kemungkinan......zass!!!

3/6/11

tersentuh

apabila seorang member tersenyum dibalik pintu sambil menghulurkan 100plus disaat aku mengidamkan...itu sangat mengharukan.....flashback

hari itu aku pulang dengan keletihan tahap anjing laut selepas performance renang di shah alam...fuhhh...malam itu rumah aku..sekumpulan manusia sedang masak memasak.punya la lapar tapi sabar itu mengatasi ruang dn waktu..disudut bilik yg lain..aku dan usrohku terus berlangsung.sungguhpun dikepala aku makanan lebih terisi di layar mindaku daripada isi usroh yang dibentangkan oleh my naqib...hehe(kalo kantoi ni sonok gak...hilang fokus even kepala asik men'ia'kan apa yg d'perkatakan..theehee)...taktik.

setelah habis usroh.slot makan berlangsung.lepas makan.rumah dikemas.aku keseorgn kerana yg lain keluar pergi ke uitm kerana ada hal memasing.dan tetiba terliur akan air sejuk...di ketika itu aku selak peti ais...kosong..hampa...then tringat nk keluar..tetapi kereta dipinjam oleh member yg pi ke melaka...then ingat nk kol member yg pinjam ni suruh belikan air dan bawak balik umah..HP pula hilang..aduh....

then ku kemas umah dengan muka yang tersangat dahaga.tetiba pintu diketuk...langkah longlai...lantas tombol dipusing...pintu dikuak

''nah untuk nta''kata seseorg member rumahku kepadaku

''terima kasih akhi''balasku dengan muka yg bersyukur.100 plus sejuk btol besar.selepas itu dia pergi ke kolej..dan aku minum air itu dengan wajah yg puas...thanks akhi/saudaraku!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!