lagi satu.mungkin korang ingat kisah aku nih,macam dongengan cerita tipikal cinta islamik macam syurga cinta,syahadat cinta ataupun ketika cinta bertasbih.ok.berhenti sekarang dari fikir2 yang begitu.ya,mungkin begitu jua rentaknya tetapi melodinya agak berbeza...kerana ceritaku ini serba benar lagi jujur...(light on)
~***~
aku diantara pelajar yang paling bengap,malas lagi mengharukan sekali didalam kelas ketika disekolah menengah dahulu.ya.bukan aku tak pandai,cuma aku teramat malas.aku kaya dan buat apa aku terfikir kenapa perlu susah payah angkut beg yang seberat dengan badanku.kadang2 itu sangat membebankan.belajar untuk kaya?aku dah kaya la...
apa yang kawan kawan aku tiada,dengan mudah lagi pantas aku memilikinya,teringat lagi aku ketika itu zaman hp blackberry dan segala berry aku rembat.maka ketika itu bukan sahaja aku memiliki kawan yang ramai malah sang gadis gadis yang turut sama cair apabila melihat keberadaanku.aku perasan akan situasi itu.kawan yang miskin memingir diri.huh..barangkali segan denganku fikirku..
sehinggalah keputusan spm aku diumumkan,aku mendapat keputusan yang hanya sederhana.aku fikir bagus la tu daripada gagal bukan?.aku masih ego ketika itu atas usahaku sendiri.mungkin untuk aku sambung belajar ke luar negara bagaikan pungguk merindukan rembulan.aku sekadar ditawarkan sambung belajar di malaysia itupun di matrik.sekadar matrik pisican pada pandanganku.aku fikir matrik sekadar tempat untuk main-main sebelum aku melangkah ke U nanti....ada aku kisah?sekadar lintasan rasa...
memandangkan aku mendapat matrik dua tahun,ia memberikan aku tiket untuk aku bersenang lenang goyang kaki.belajar sekadar yang perlu,selebihnya enjoy.setahun berlalu begitu sahaja kerana tiada apa yang istimewa,aku dan duniaku..tetapi berbeza pula ketika aku menginjak menjadi senior ditahun kedua..kini,aku tidak lagi asyik dalam duniaku,aku terjun pula ke dunia si dia..ya si dia bertudung menutupi dada dan punggungnya...
~***~
disem 3 ini,satu benda yang aku perasan.kau nak tahu apa?ntah macam mana aku satu bilik dengan malaikat.ya.bau malaikat secara tamsilannya.amirul si malaikat pengkacau tidur subuhku.antara amalan yang selalu dia buat adalah menkejutkan aku.arghh..pernah sekali aku jerkah dan marah2 dia.aku tahu dia beberapa kali terasa dengan aku.tapi tidak lama,selepas itu dia kembali normal..erkk...maksud aku dia kembali mengajak aku solat subuh.sebenarnya sama sahaja dengan solat2 pada waktu lain.menyusahkan...
pernah jua aku pergi ke majlis2 ilmu kerana dia.pergi bersama,balik masing2.aku biasanya duduk belakang2,dan selepas 10 minit aku berada di hadapan laptop dibilikku,magis bukan?ya..lantaklah dia.tak kuasa aku.biarlah aku larut dengan gamesku daripada berpanas2 di majlis ilmu,bentak hatiku..
ada sekali itu amirul mengajak aku temankan dia berjogging.biasanya aku x lepak dengan si amirul nih.aku lebih selesa lepak dengan kujai,apis,jijie dan padin.kitaorang layan asap dekat tandas tingkat bawah yang jarang digunakan.tapi takpe la,sekali sekala apa salahnya pipit berkawan dengan enggang ye tak?
sepanjang berjoging,berat sungguh mulut aku ingin memulakan interaksi,selalunya lebih kepada sehala.amirul banyak menyoal.aku bukan apa,takut-takut la dakwah dia terkena kat aku,naya nanti kalau aku dah jadi baik,itu tak boleh ini tak boleh.sampai dihadapan kolam...seperti mata aku ditarik ke arah satu susuk tubuh,pertama kali aku merasai getarannya.ya hati aku berdetak.eh...kawan kawan,aku bukan berfalsafah ya,aku ceritakan betul2 apa yang aku rasa.saat tu jua,aku dibius.mataku terpaku pada seraut wajahnya.sungguh.aku nampak bidadari.indah.lawa.dan sejuk hati.pertama kali aku suka tengok yang bertudung labuh.
cepat-cepat aku tarik tangan amirul,masih aku ingat lagi dialognya..
''wei..wei...sape tuh?''tuding aku dekat gadis bertudung labuh setelah menarik lengan amirul
''eh..dah..dah...angau kau nih..''kali ini,amirul pula yang cepat memotong.aik..takkan tak boleh cakap baik2.kali ini pula aku terasa..
''aduh,ko nih,sayang doe..ish..kalau aku dapat,sebulan x keluar rumah yop!''jerit aku
''cukuplah,jom botak,kita jalan sikit lagi''ajak amirul
jarak aku dan si dia pada ketika itu lebih kurang 20 meter.dia perasan kehadiran aku,sekadar seulas senyuman dan kemudian dia tundukkan pandangan ke arah lain.dia lantas pergi selepas itu tanpa menoleh kebelakang.tapi hati aku sudah tertoleh kearahnya.hatiku mula bolak balik...
dekati si dia dan tinggalkan amelia...tekad!
(sam senpai si penulis akan sambung cerita si botak dan si tudung labuh ini di bahagian seterusnya,insyaallah)
4 comments:
sambung cepat2 cket.haha.xsabar!
kisah benar hidup ko k man?
to samzaifamily:alhamdulilah..thanks..dah sambung
to lala:kisah hidup teman aku la geng..huhu..cuma aku sampaikan dalam nada dan gaya penulisanku=)
WOW....next entry tajuknya apa...
Post a Comment