pagi itu,disekitar hospital besar pulau pinang masih lagi sunyi.suasana hening membungkam jiwa.terdapat beberapa kelibat manusia sudah membuka gerai dibahu jalan seawal jam 6.20 pagi lagi.diketika itu mulutnya masih terkumat kamit.larut dalam zikir.hari ini merupakan hari yang 102 beliau berada di hospital.namun bukanlah beliau disana dengan maksud menjaga ahli keluarganya yang hampir,tetapi menjaga orang luar yang sangat asing bagi dirinya.
seusai menunaikan solat subuh,beliau bergegas menyusun langkah,menuju ke wad pesakit.sampai sahaja di katil itu,beliau lantas menyapa dengan salam kesejahteraan.namun figur itu masih kaku.sepertinya mayat.keadaan figur itu sangatlah menyedihkan.badan yang dahulunya cantik melentik itu kini berganti susut.waktu memakan usianya.begitu jua usia burhan diketika itu.
burhan tidak pula mengeluh dan tidak pula resah apabila salamnya tidak berjawab.dia lantas melabuhkan punggungnya di kerusi betul-betul berada disebelah figur itu.tangannya menyeluk poket bajunya lantas dikeluarkan kitab suci umat islam sepanjang abad itu.suaranya melantunkan surah an nisa.surah yang banyak membincangkan akan perihal wanita yang bersangkut paut dengan hukum poligami,keimanan,mas kahwin,hukum hakam warisan,dan yang paling penting adalah keharusan menjauhi adat-adat zaman jahiliyah dalam perlakuan terhadap wanita.ya.itulah intipati yang mata hati burhan nampak.tersentuh sangat dengan intipati yang satu ini.
Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki selepas menafkahkan sebahagian daripada harta mereka." (Surah an-Nisa, ayat 34)
empangan matanya pecah lagi,tak tertahan dek kerana menhayati maksud ayat ini.
''maafkan aku saudari,aku culas terhadapmu,aku tamak kerana mengikutkan nafsuku.mungkin sahaja ketika itu syaitan berjaya menunggangi nafsuku..'' suaranya..semakin lama semakin tengelam.dek kerana penat yang melampau,beliau tertidur diatas kerusi itu.dalam keadaan kepalanya yang sedikit tunduk kebawa.al-quran masih lagi rapat kedadanya...
~***~
dirinya itu seperti ditarik-tarik kesatu dimensi yang lepas.lantas dia dijatuhkan disuatu laman yang luas.dia meraba-raba belakangnya.takut-takut ada luka yang terhimpun disitu.lantas bangun dan mengibas-gibas bajunya agar debu yang membalutinya jatuh.kali ini dia seperti orang baru didalam dimensi yang lepas.pandangan nya ditebarkan di sekeliling.dia terlihat akan satu jam besar disuatu dinding luar rumah itu.ya.rumah agam itu.jarum pendek menjejaki angka 11 malam.dia merapati rumah itu.
belum sampai beberapa tapak dia melangkah,sepertinya pendengarnnya dipincing akan bunyi yang sangat bising disuatu bilik.rumah itu balam-balam dengan cahaya mungkin sahaja dari lampu tidur.telahnya.dia melihat kelibat dua manusia di tepi tingkap itu seakan-akan sedang bergelut.lantas dia berlari kedehadapan rumah.seraya dengan itu cuba untuk membuka pintu.terkunci.lantas dia menendang dedaun pintu itu dengan sekuat hati.
daya tendangan itu menyebabkan pintu berjaya dibuka.lantas mengeluarkan suatu bunyi yang maha dahsyat kuat.kelihatan kelibat wanita sedang berlari menuruni anak tangga itu.sampai sahaja beberapa hasta dari si dia yang yang tercegat dipintu itu.lantas wanita tadi menjerit''heeeiiii!siapa pula engkau ini ha?!'' jerit wanita tadi seraya berlari termengah2 ke belakang rumah.barangkali pintu belakang.bunyi grill pintu dibuka dan sepertinya enjin kereta dihidupkan.dia terkaku disitu.seperti orang yang bodoh termanggu.dan berbagai-bagai persoalan timbul.
belum sempat dirungkaikan persoalan tadi.terdengar suatu hentaman yang kuat kedengaran dihadapan rumah.belum sempat di menoleh keluar,suatu lembaga turun dari tangga dengan gayanya yang terhencut-hencut.berderau darah dia ketika itu melihat seakan-akan dirinya sendiri turun dari tangga dengan dahinya yang sedikit berdarah itu.dia pun menyelinap disebalik sofa.memerhatikan tindakan dirinya di alam separa sedar itu.
alangkah terkejutnya dia apabila melihat dirinya yang satu lagi itu berlari-lari meninggalkan rumahnya itu setelah menyaksikan sebuah kemalangan tanpa berbuat apa-apa.kelibat dirinya yang satu itu hilang.dia berlari-lari keluar rumah dengan harapan ingin menolong wanita yang tadi itu.namun kereta yang disangka kemalangan itu sudah tiada.keadaan seperti sedia kala.kala ini timbul urut-urat didahi kanannya.dia gigih meraih jawapan dan cuba merungkaikan kotak persoalan akan apa yang dilihatnya tadi.namun fikiran tidak mampu memecah kotak teka teki itu.dia rebah kebumi.kelam.
~***~
''astagfirullah hal azim'' kalimah pengampunan itu meluncur laju keluar dari bibirnya.taktala itu matahari sudah meninggi di atas ubun-ubunnya.hangat bahang mentari berjaya menyedarkan tidurnya yang panjang itu..dia melihat kembali.jam menunjukkan waktu hampir mencecah asar.''ampuni lah aku,wahai Tuhanku.''dia sepertinya sesal dek kerana terlelap dan hampir sahaja zohornya itu terkubur
oleh kerana mimpi tadi yang sangat berat itu memaksanya untuk dia pulang ke asrama tempat dia belajar.memandangkan esok sudah menjadi rutinnya belajar di sekolah pondoknya itu.perasaannya sayu dan berat apabila melangkah keluar sahaja dari pagar hospital itu.bunyi ringtone muhasabah cinta mengambil alih suasana.lantas burhan meneliti skrin handphonenya.tertera nombor yang tidak dikenali.dia lantas membalas respon.alangkah terkejutnya dia yang dikhabarkan bahawa pesakit katil bernombor 21 sudah sedarkan diri.lantas dia bergegas menapak kembali ke wad tadi dengan perasaan yang bercampur baur..disepanjang perjalanannya,otaknya ligat memerah keringat ''sudikah dia memaafkan ku?'' ''jika dia tidak sudi,bagaimana''..persoalan bermain-main dikepalanya sehinggalah berada dimuka pintu wad itu..
dengan lafaz basmallah dia melangkah sambil membacakan doa penguat jiwa dari surah taha,ayat 25-28.sejurus selepas itu,langsir yang mengehadkan pandagannya terhadap katil pesakit ditarik perlahan.
''mungkin aku tidak kenal kamu,tetapi hati aku sangat dekat dengan kamu''...
dengan linangan air mata,burhan memanjatkan syukur kepada TUHAN seraya rebah kebumi melakukan sujud syukur
~***~
dia menguis-guis permukaan air tasik itu dengan hujung kakinya yang kenit.kecil dan comel saiznya.Air sedikit berolak lantas membuatkan dedaun yang berguguran diatas kaca air teroleng-oleng.Sejurus kemudian suasana menjadi tenang kembali.
''terima kasih bang''ucapnya perlahan.tulus.
terasa dengan tidak semena-menanya ada tangan yang mengusap perutnya dari belakang serta menghadiahkan ciuman dipipi kanannya..
''eeee..abang ini..buat malu kat orang sahaja tau.bagi ezz ciuman percuma pulak tu ditempat awam sebegini..''
''kononnya marah la kot.tapi tampaknya seperti suka sahaja''seloroh hakimi atau nama lainnya burhan terhadap isterinya..
''memang pun''balas ezz dengan sangat comel
''alhamdulillah.sudah dua tahun kita berkahwin.akhirnya ada jua penyeri hidup kita ya?''kata hakimi yang mungkin mahukan jawapan
''eh..mana ada dua tahun..saya kenal abang rasanya sudah 2 tahun 7 bulan tahu?''betul isterinya itu
''dan sebenarnya semasa saya kelihatan koma itu,saya sudah hidup didunia yang lain yang berdinding itu.setiap hari akan ada peristiwa yang pelik berlaku.saya berada di gurun yang sangat panas dan kering kontang.hampir sahaja saya mati tanpa nisan disana.tapi abang sentiasa datang dan melambai-lambai ke arah saya.semakin lama semakin hampir..tetapi tidak pernah pula sampai...dan diakhir kehidupan sana,abang ada berkata yang saya hanya boleh mendekati abang jika melunaskan dua macam hal.yang pertama memaafkan.dan yang kedua,menghidupkan nilai-nilai hidup islam dalam kehidupan....dan saya bersetuju akan hal itu,lantas saya dikembalikan balik ke dunia...untuk....bersatu dengan abang...''panjang lebar sahaja ezz bercerita.nadanya bertukar-tukar..sedih,pilu dan kadang-kadang seolah-olah gembira
''yup..maafkan abg yang atas kisah-kisah dahulu yang....''
belum sempat hakimi habis berbicara,jari telunjuk isterinya itu sudah sampai dahulu dibibir suaminya..
''kisah yang dahululah yang mengubah perjalanan kita berdua hari ini abang.kerana peristiwa itu hidayah buat abang dan sayang''isterinya menutup dengan mutiara kata berupa pujukan dan rangsangan...
''insyaallah''..balas suaminya pendek.lantas ezz menyandarkan kepalanya kebahu hakimi.sepasang angsa sedang berenang ditepian tempat mereka berasmara itu
-tamat-
No comments:
Post a Comment