revolutionalists

7/19/14

Resepi 1)mix...katanya

Assalammualaikum budak dapur dan tukang main emas sekalian...
macam mana puasa?ada baek?

terus.untuk entry yang sekalian kalinya ini, aku nak bual bicara sikit berkenaan dengan sedikit resepi yang ya..mudah (rule pertama aku) dan nampak banyak protein ( rule pertama jua..eh!)

berkat belajar dari adik ipar..maka semalam..aku dapat belajar sedikit tentang yang dinamakan MIX.( tolong amek balik rahang yang jatuh kelantai tu...anda tampak teruja...wahahaha)

Bahang-bahang(nganu skek):




1)Bawang besar seketul
2)bawang puteh 2 ulas
3)telur 3 biji ( 2 kuning masuk plastik itam)
4)daging ayam bahagian dada 100 gram (potong dadu) atau daging burger 2 ketul
5) seasoning sepertinya minyak bijan,sos chile,sos  lada hitam
6)garam secukup rasa

cara-cara penyediaan ( aku rasa matang bila tulis camni ha..haha)


1)panaskan minyak dengan kadar api sederhana (masak atas pan)
2)then tumis segala potongan bebawang sehingga naik bau..
3)tuangkan potongan ayam ke dalam pan..masak sehingga ayam ada tompok2 ceklat..
4)masukkan telur dan gaul bersama sehingga telur tadi sebati dan kering
5)masukkan secubit atau 2 cubit garam...dan gaul
6)masukkan kesemua seasoning secukup rasa..(masa ni sumpah..korang akan mengigil sebab terliur)
7)siap

penyediaan diatas sesuai untuk waktu malam...kerana tiada unsur2 pengunaan carbohydrate malahan protein sebanyak hampir 50gram...cuma penggunaan seasoning dan garam akan menyebabkan badan simpan lebih banyak air..sekian...harap maklum...

thanks...

6/12/14

betul jugak doe!



        Assalammualaikum jemaah masjid dan jemaah rumah sekalian ..dan salam jumaat!


        pernah x terpikir, kenapa kalau macam tengok cite hindustan 3 jam bagai, tak terasa letih langsung?tapi solat sejam da ketaq lutut bagai?

        pernah x terpikir, kenapa kalau main futsal 2 jam x terasa penat? tapi nak bangun subuh bagai terasa liat gila ?!!

        Jawab ustaz, ''sebab jasad kuat..tapi....roh....x kuat...dan roh ini jugak yang akan jawab semua soalan semua kek (dekat) akhirat esok...esok?...ya esok...x lama bukan?

     (aku masa terlentok dengar ceramah ustaz ni, tetiba segak...emmm..maksud saya...SEGAR!...sebab da macam kena menganjing pun ada..wahahaha..*gelak untuk diri supaya beringat)

     dan tetibe ustaz tadi ajar aku..(senanya aku ni kejap mengantuk kejap segar..tu yg input malap2 tyme dengar ceramah)...bagaimana nak pastikan agar terselamat dari azab kubur...

1) Baca surah al kahfi (6helai)
    baca disetiap hari jumaat..baca surah al kahfi ini..kerana menurut hadith...

مَنْ قَرَأَ سُورَةُ الكَهْفِ يَوْمَ الجُمَعَةِ أَضَاءَ مِنَ النُُّورِ مَا بَيْنَ الجُمَعَتَينِِ
“ sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari juma’at,dia akan dikurniakan cahaya yang menerangi antara dua juma’at “ ( Al-Hakim )

  dan apa-apa sahaja perbuatan yang kita buat sebagai contoh berniaga, maka ALLAH akan bantu berkat dari kesungguhan membaca al-kahfi..dan cahaya akan menerangi kita dihadapan ketika di akhirat nanti, selain dari cahaya peneman di kubur kelak...

2) Baca al-mulk( 1muka setengah)
   diantara surah untuk berlepas dari azab kubur.baca sebelum nak tidur..
 
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur''

3)berdoa sebelum beri salam ketika di akhir solat

 اللهم إني أعوذ بك من عذاب جهنم، ومن عذاب القبر، ومن فتنة المحيا والممات، ومن 

شر فتنة المسيح الدجال

Allahumma inni a’udzubika min ‘adzaabi jahannam, wa min ‘adzaa bilqabr, wa min fitnatil mahyaa wal mamat, wa min sharra fitnatil masihhiddajjal.

“ Ya Allah, sesungguhnya alu berlindung kepada-Mu dari azab neraka Jahannam, dari azab kubur, dari fitnah dalam hidup dan setelah mati, dan juga fitnah al-Masih al-Dajjal.” 

Diriwayatkan oleh Muttafaq ‘Alaih. Lihat Subulus Salam: 1/445

Akhir kata,setakat itu sahaja kot perkongsian terlentok ak bersama ustaz pada subuh tadi..huhu..ada rezeki..aku share lagi...


References:

http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/11/11/fadhilat-dan-khasiat-surah-al-mulk/

http://abdullahmutazahhid.wordpress.com/2013/04/08/berdoa-setelah-tasyahhud-akhir-dan-sebelum-salam/

 

5/25/14

rule dalam berkawan #bahagian sa alif ta wow

 
Assalammualaikum peminat2 captain america...
    whats up?!

    kawan.adalah sejenis makhluk yang serupa.punya jasad dan punya jiwa.ada rasa yang perlu dijaga ada yang tidak perlu.
  
    Untuk berkawan.antara unsur yang paling penting adalah dapat membaca hatinya memalui mimik muka ataupun gerak geri lemah gemalai badannya(ok.ini over..x perlu). Terkadang mungkin ada benda yang dirasakan tidak selesa namun dipendam.kerna sesetengah orang, dia lebih suka pendam(macam aku).sesetengah suka lepas(macam aku jua.haha).

   Untuk pastikan sesuatu hubungan itu bertahan lebih lama.maka dengan mengetahui benda yang dia tidak suka,benda yang dia tergila-gilakan amatlah penting, bagi menjaga diri dari melangkau lebih dari yang sepatutnya.(aku rasa macam berbelit-belit agi ayat aku ini).

  1) once people stop talking infront,they start to talk at the back.

   Ramai orang sudah terkena, termasuk aku.apabila ditanya kenapa tak buat silent conversation?...erk..maksud aku kenapa tak pillow talk?.kata mereka kerana mungkin malu dan tidak selesa dibuat begitu.namun jika berkata-kata belakang begitu, bukankah itu lebih menyakitkan dan memalukan.Atau jika malu sangat bolehlah dihantar wakil untuk menyampaikan hasrat yang terpendam.Namun tidak semua begitu. Mereka lebih rela bercakap dibelakang,sebarkan dengan orang tidak sepatutnya..dan yeah..saham pahala dapat kepada orang yg di umpat!(x rasa rugi ke?kau orang solat tunggang terbalik,zikir sampai bibir bengkak,tapi pahala dapat kat orang lain....itu demm!)

 Bila tidak ditegur, maka yang lahir adalah manusia yang tidak berubah.ya..kerana conversation itu tidak sampai.Dan boleh jadi jua andai tetiba si dia terdengar di belakang, mungkin bibit-bibit dendam akan terbit kerana kau tak sedarkan dia....la..ha..nut..
   
  
   2)kepingan RM (tetibe font dia camtu.)

    Ramai manusia bersepak terajang sebab benda yang sekeping ini.

Ringgit malaya.!!

yup.rule dalam berkawan, membayar hutang itu adalah pekara yang wajib.kerana kawan itu jua adalah orang sepertimu.keadaanya mungkin sama.tidak jauh beza.andai sudah dipinjam wangnya,maka tugas kamu adalah mengembalikan.atau mungkin kau akan membebankannya secara tidak perasan.(aku bercakap,kerana aku pernah bebankan kawan aku dulu begini..bukan aku main tuding jari..kerana aku belajar dari diriku dahulu).




1/29/14

dua puluh empat

selamat hari lahir buat kamu.sahabat.yang mengingatkan aku pada TUHAN.

sebab musabab kau,aku masih kuat berdiri.

n.a.w...

walaupun kekuatan sebenar dari tuhan....

1/1/14

separuh jiwaku.

     
      assalammualaikum guys!how is going?!sudah hampir menelan ribuan abad aku tidak lempiaskan sesuatu di belog ini.ya.belog mati begini siapa mahu baca ye x.?yup,dahulu jujurnya aku menulis untuk menjual nama,tapi kini aku lebih kepada kepuasan.aku takkan betul2 menulis andai aku tidak terdesak ataupun tiada sesuatu yang betul2 menghenyak tangkai naluri aku,amboi kau!

     sesuatu yang aku ingin kongsikan ini adalah bagaimana relung hati aku dibanjiri suatu macam keinsafan.ya.keinsafan berbentuk teguran dari tuhan.arakiannya adalah beberapa peristiwa yang begitu menerajang jantung dan meluluhkan sendi-sendian lutut aku.

    seringkali jua matlamat aku belajar sebagai tukang urut di uitm puncak alam ini menemui kekaburan.kekaburan matlamat.ya.matlamat.berlawanan antara kehendak peribadi dan amanah.amanah untuk membawa usroh.erk.maksud saya membawa orang pada jalan tuhan.(nak saja jerit,aku tak penah buat kerja segila ini,maksud aku..gila baik..hee).kalau ikutkan ketempangan yang terpalit pada diri ini,dan sungguh tidak layak untuk aku memimpin tangan adik2 muka nan suci itu kepada keagungan tuhan(bahasa aku tinggi sangat ke?)

     apa kehendak peribadi tu sangat kang senpai oit?entahlah.kehendak peribadi ini timbul saat-saat akhir begini.saat aku benar-benar ingin meninggalkan bumi puncak alam ini.saat aku ingin meninggalkan anak-anak usroh tadi(makhluk tuhan),kamu dan dia.tiada sebab keduniaan untuk aku mendekati anak usroh jika bukan kerana atas sebab-sebab dan usaha-usaha kecil untuk membangunkan islam yang sudah hancus melalui tenaga mereka dan saham akhirat.ya.tiada langsung.sebab itulah,kerana TUHAN,yang menyebabkan hati aku lebih terikat untuk mendekati mereka.habis cerita tentang mereka.

   wanita itu.
   
   ya,wanita itu...

  sumpah tidak pernah berbual melainkan akan hal-hal berkaitan macammana nak bina adik-adik,berbincang program dalam meeting.itu sahaja.(aku jamin boleh kerat jari andai aku beritahu yang aku suka dia).dan aku jahanamkan apa-apa rasa untuk bercinta bagai demi mengelakkan dari bercampurnya pekara-pekara tarbiah dan dakwah dengan pekara yang menjauhkan diri pada tuhan.namun,aku jua seorang lelaki.lelaki tetap lelaki.manusia tetap manusia.hati aku tersentuh oleh keperibadiannya.beliau cantik?ya.cantik.tapi bukan mata kepalaku menilai,tapi mata hatiku.

  perasaan ini bercampur.rasa bersalah pun ada,kadang-kadang aku tercerita cikit-cikit dekat kamu(kawan bloodbrotha yang sama2 bergabung kapala buat program.).dia,si lelaki itu tersenyum sahaja dan tampak rilek.aku pun tersenyum la jua.bukan senang nak jaga perasaan wei.

  sehingga aku teringat,setiap kali sebelum mahu masuk meeting,aku akan challenge diri aku,yang aku takkan dupdapdupdap,kalau dupdapdupdap gak.aku terjun gaung.erk.maaf.itu perumpamaan sahajalah.haha.tapi aku cuba untuk bendung,dan bendung dan bendung.ada yang berjua.tapi selalunya tidak..tapi alhamdulillah berjaya la jua dapat rakam suaranya.eh.kau dah kenapa gila senpai?

   bukan kerana dia,tapi aku akan rindu akan tazkirah-tazkirah atau peringatan-peringatan berkenaan iman,ihsan dan sebagainya.sebab itu aku simpan.mungkin diketika masa hadapan nanti,aku akan pergi.jauh.dan mungkin dia akan berkahwin dengan ikhwah/jejaka lain sebagai suami dan aku pula akan menyunting bidadari yang lain pula.cuma apa yang aku nak kongsi disini adalah semangat dia dalam meniupkan roh iman lantas mengoncang rasa untuk beramal keranaNYA.

  dan semasa perjalanan pulang dari meeting tadi,aku seolah-olah rasa berdosa.pertama berdosa kepada si jejaka(kawan bloodbrotha) yang aku duk share gelak bagai tadi takut-takut dengan sebab aku bercerita tadi aku menutup jalan untuknya melamar akhawat tadi.just assumption sahaja.dan satu lagi aku teringat akan hadith no1 imam nawawi yang sangat menerajang jiwa dan raga aku.aku tersentak kerana aku hafal hadith ini yang bermaksud

Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : – ‘ Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  nampak tak jika berhijrah untuk dunia dapat apa?wanita..see?dapat apa?nampak tak yang niat berhijrah itu ALLAH sahaja yang maha tahu.aku takut aku join dan bawa usroh/tarbiah/dakwah dan segala perkataan baik yang sesuai untuknya ini hanyalah tiket untuk aku mencari wanita..what?keji bukan?.ya.petang tadi,seolah-olah mafhum hadith ni bergolek-golek dalam kotak mindaku sehinggalah aku menghantar mesej kepada kawan laki yang sorang tu yang berbunyi....

    ''*ar*s, ana(translate = aku) rasa tetiba rasa serba salah.sepatutnya ana..emmm...x berperangai sebegitu..macam..nampak someone tetibe excited..macam takut jadi fitnah..dan ana tak tau kenapa ana rasa serba salah kat nta akh :'( ''

    beberapa detik kemudian,member lelaki tadi balas

    ''serba salah macam mana?ana x phm.pasal record suara tadi ke?ana ok je..x de pape pun..ikhwah jugak manusia biasa'' balasnya memujuk

   aku tyme ni,kalau ada si budak *ar*s depan mata aku,dan lama da peluk dia.haha.sebab dia memahami

   ''tak tau la,rakam suara tu satu la..emmmm..takut nta...cemburu.haha..x2..maaf..ana pun x tau nape ana rasa macam teruk sgt ni..huhuhu..xpelah *ar*s..sebab yelah..org buat dakwah kerana ALLAH mana leh campur soal dakwah dan lain2'' hatiku masih dipalit rasa serbasalah

  ''x cemburu pun..haha..btol..dakwah xbleh campur lain2..tapi ikhwah.daie jua manusia jugak.suasana tarbiyah yg akan membuatkan kita reflect semula diri kita..anta(awak) jangan risau.insyaallah,ana bantu anta dan anta bantu ana :) '' balasnya.

seperti ada salju yang turun berteberan di seluruh pelusok hati ini.dan aku menangis dalam hati.dari sudut yang paling dalam...

-THE END-

  (ambil yang baik sahaja dari cerita diatas ya.yang pasal soal hati tu tolak ketepi.tapi yang pasal soal keikhlsan dalam beramal itu.itu yang akan memberatkan lagi timbangan amal.

  maaf jua jika ada yang cemburu dengan penulisan diatas.hehe..just sekadar luahan rasa untuk dikongsi,ditatapi dan diambil pelajaran..

    dan aku macam tak rasa aku ada jodoh dengan dia....sekian)