revolutionalists

1/29/14

dua puluh empat

selamat hari lahir buat kamu.sahabat.yang mengingatkan aku pada TUHAN.

sebab musabab kau,aku masih kuat berdiri.

n.a.w...

walaupun kekuatan sebenar dari tuhan....

1/1/14

separuh jiwaku.

     
      assalammualaikum guys!how is going?!sudah hampir menelan ribuan abad aku tidak lempiaskan sesuatu di belog ini.ya.belog mati begini siapa mahu baca ye x.?yup,dahulu jujurnya aku menulis untuk menjual nama,tapi kini aku lebih kepada kepuasan.aku takkan betul2 menulis andai aku tidak terdesak ataupun tiada sesuatu yang betul2 menghenyak tangkai naluri aku,amboi kau!

     sesuatu yang aku ingin kongsikan ini adalah bagaimana relung hati aku dibanjiri suatu macam keinsafan.ya.keinsafan berbentuk teguran dari tuhan.arakiannya adalah beberapa peristiwa yang begitu menerajang jantung dan meluluhkan sendi-sendian lutut aku.

    seringkali jua matlamat aku belajar sebagai tukang urut di uitm puncak alam ini menemui kekaburan.kekaburan matlamat.ya.matlamat.berlawanan antara kehendak peribadi dan amanah.amanah untuk membawa usroh.erk.maksud saya membawa orang pada jalan tuhan.(nak saja jerit,aku tak penah buat kerja segila ini,maksud aku..gila baik..hee).kalau ikutkan ketempangan yang terpalit pada diri ini,dan sungguh tidak layak untuk aku memimpin tangan adik2 muka nan suci itu kepada keagungan tuhan(bahasa aku tinggi sangat ke?)

     apa kehendak peribadi tu sangat kang senpai oit?entahlah.kehendak peribadi ini timbul saat-saat akhir begini.saat aku benar-benar ingin meninggalkan bumi puncak alam ini.saat aku ingin meninggalkan anak-anak usroh tadi(makhluk tuhan),kamu dan dia.tiada sebab keduniaan untuk aku mendekati anak usroh jika bukan kerana atas sebab-sebab dan usaha-usaha kecil untuk membangunkan islam yang sudah hancus melalui tenaga mereka dan saham akhirat.ya.tiada langsung.sebab itulah,kerana TUHAN,yang menyebabkan hati aku lebih terikat untuk mendekati mereka.habis cerita tentang mereka.

   wanita itu.
   
   ya,wanita itu...

  sumpah tidak pernah berbual melainkan akan hal-hal berkaitan macammana nak bina adik-adik,berbincang program dalam meeting.itu sahaja.(aku jamin boleh kerat jari andai aku beritahu yang aku suka dia).dan aku jahanamkan apa-apa rasa untuk bercinta bagai demi mengelakkan dari bercampurnya pekara-pekara tarbiah dan dakwah dengan pekara yang menjauhkan diri pada tuhan.namun,aku jua seorang lelaki.lelaki tetap lelaki.manusia tetap manusia.hati aku tersentuh oleh keperibadiannya.beliau cantik?ya.cantik.tapi bukan mata kepalaku menilai,tapi mata hatiku.

  perasaan ini bercampur.rasa bersalah pun ada,kadang-kadang aku tercerita cikit-cikit dekat kamu(kawan bloodbrotha yang sama2 bergabung kapala buat program.).dia,si lelaki itu tersenyum sahaja dan tampak rilek.aku pun tersenyum la jua.bukan senang nak jaga perasaan wei.

  sehingga aku teringat,setiap kali sebelum mahu masuk meeting,aku akan challenge diri aku,yang aku takkan dupdapdupdap,kalau dupdapdupdap gak.aku terjun gaung.erk.maaf.itu perumpamaan sahajalah.haha.tapi aku cuba untuk bendung,dan bendung dan bendung.ada yang berjua.tapi selalunya tidak..tapi alhamdulillah berjaya la jua dapat rakam suaranya.eh.kau dah kenapa gila senpai?

   bukan kerana dia,tapi aku akan rindu akan tazkirah-tazkirah atau peringatan-peringatan berkenaan iman,ihsan dan sebagainya.sebab itu aku simpan.mungkin diketika masa hadapan nanti,aku akan pergi.jauh.dan mungkin dia akan berkahwin dengan ikhwah/jejaka lain sebagai suami dan aku pula akan menyunting bidadari yang lain pula.cuma apa yang aku nak kongsi disini adalah semangat dia dalam meniupkan roh iman lantas mengoncang rasa untuk beramal keranaNYA.

  dan semasa perjalanan pulang dari meeting tadi,aku seolah-olah rasa berdosa.pertama berdosa kepada si jejaka(kawan bloodbrotha) yang aku duk share gelak bagai tadi takut-takut dengan sebab aku bercerita tadi aku menutup jalan untuknya melamar akhawat tadi.just assumption sahaja.dan satu lagi aku teringat akan hadith no1 imam nawawi yang sangat menerajang jiwa dan raga aku.aku tersentak kerana aku hafal hadith ini yang bermaksud

Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : ” Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : – ‘ Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  nampak tak jika berhijrah untuk dunia dapat apa?wanita..see?dapat apa?nampak tak yang niat berhijrah itu ALLAH sahaja yang maha tahu.aku takut aku join dan bawa usroh/tarbiah/dakwah dan segala perkataan baik yang sesuai untuknya ini hanyalah tiket untuk aku mencari wanita..what?keji bukan?.ya.petang tadi,seolah-olah mafhum hadith ni bergolek-golek dalam kotak mindaku sehinggalah aku menghantar mesej kepada kawan laki yang sorang tu yang berbunyi....

    ''*ar*s, ana(translate = aku) rasa tetiba rasa serba salah.sepatutnya ana..emmm...x berperangai sebegitu..macam..nampak someone tetibe excited..macam takut jadi fitnah..dan ana tak tau kenapa ana rasa serba salah kat nta akh :'( ''

    beberapa detik kemudian,member lelaki tadi balas

    ''serba salah macam mana?ana x phm.pasal record suara tadi ke?ana ok je..x de pape pun..ikhwah jugak manusia biasa'' balasnya memujuk

   aku tyme ni,kalau ada si budak *ar*s depan mata aku,dan lama da peluk dia.haha.sebab dia memahami

   ''tak tau la,rakam suara tu satu la..emmmm..takut nta...cemburu.haha..x2..maaf..ana pun x tau nape ana rasa macam teruk sgt ni..huhuhu..xpelah *ar*s..sebab yelah..org buat dakwah kerana ALLAH mana leh campur soal dakwah dan lain2'' hatiku masih dipalit rasa serbasalah

  ''x cemburu pun..haha..btol..dakwah xbleh campur lain2..tapi ikhwah.daie jua manusia jugak.suasana tarbiyah yg akan membuatkan kita reflect semula diri kita..anta(awak) jangan risau.insyaallah,ana bantu anta dan anta bantu ana :) '' balasnya.

seperti ada salju yang turun berteberan di seluruh pelusok hati ini.dan aku menangis dalam hati.dari sudut yang paling dalam...

-THE END-

  (ambil yang baik sahaja dari cerita diatas ya.yang pasal soal hati tu tolak ketepi.tapi yang pasal soal keikhlsan dalam beramal itu.itu yang akan memberatkan lagi timbangan amal.

  maaf jua jika ada yang cemburu dengan penulisan diatas.hehe..just sekadar luahan rasa untuk dikongsi,ditatapi dan diambil pelajaran..

    dan aku macam tak rasa aku ada jodoh dengan dia....sekian)