revolutionalists

5/25/14

rule dalam berkawan #bahagian sa alif ta wow

 
Assalammualaikum peminat2 captain america...
    whats up?!

    kawan.adalah sejenis makhluk yang serupa.punya jasad dan punya jiwa.ada rasa yang perlu dijaga ada yang tidak perlu.
  
    Untuk berkawan.antara unsur yang paling penting adalah dapat membaca hatinya memalui mimik muka ataupun gerak geri lemah gemalai badannya(ok.ini over..x perlu). Terkadang mungkin ada benda yang dirasakan tidak selesa namun dipendam.kerna sesetengah orang, dia lebih suka pendam(macam aku).sesetengah suka lepas(macam aku jua.haha).

   Untuk pastikan sesuatu hubungan itu bertahan lebih lama.maka dengan mengetahui benda yang dia tidak suka,benda yang dia tergila-gilakan amatlah penting, bagi menjaga diri dari melangkau lebih dari yang sepatutnya.(aku rasa macam berbelit-belit agi ayat aku ini).

  1) once people stop talking infront,they start to talk at the back.

   Ramai orang sudah terkena, termasuk aku.apabila ditanya kenapa tak buat silent conversation?...erk..maksud aku kenapa tak pillow talk?.kata mereka kerana mungkin malu dan tidak selesa dibuat begitu.namun jika berkata-kata belakang begitu, bukankah itu lebih menyakitkan dan memalukan.Atau jika malu sangat bolehlah dihantar wakil untuk menyampaikan hasrat yang terpendam.Namun tidak semua begitu. Mereka lebih rela bercakap dibelakang,sebarkan dengan orang tidak sepatutnya..dan yeah..saham pahala dapat kepada orang yg di umpat!(x rasa rugi ke?kau orang solat tunggang terbalik,zikir sampai bibir bengkak,tapi pahala dapat kat orang lain....itu demm!)

 Bila tidak ditegur, maka yang lahir adalah manusia yang tidak berubah.ya..kerana conversation itu tidak sampai.Dan boleh jadi jua andai tetiba si dia terdengar di belakang, mungkin bibit-bibit dendam akan terbit kerana kau tak sedarkan dia....la..ha..nut..
   
  
   2)kepingan RM (tetibe font dia camtu.)

    Ramai manusia bersepak terajang sebab benda yang sekeping ini.

Ringgit malaya.!!

yup.rule dalam berkawan, membayar hutang itu adalah pekara yang wajib.kerana kawan itu jua adalah orang sepertimu.keadaanya mungkin sama.tidak jauh beza.andai sudah dipinjam wangnya,maka tugas kamu adalah mengembalikan.atau mungkin kau akan membebankannya secara tidak perasan.(aku bercakap,kerana aku pernah bebankan kawan aku dulu begini..bukan aku main tuding jari..kerana aku belajar dari diriku dahulu).