revolutionalists

10/23/10

antara nikmat




...setelah hampir setengah jam berhempas pulas,terjerit sana sini,dan mengetuk2 pintu tandas yang terkunci.ak diam sejenak.memang.terkurung merupakan azab buatku pada masa itu.

pagi itu indah hanya ditemani dengan suraman cahaya mentari di belahan bumi selangor atau lebih tepat lagi di puncak alam.ku rasa sakit perut seperti akan melahirkan anak*cis..adakah ini yang di namakan hyperbola..kui3..bagi special effect skit..ada sekontena bahan buangan yang ingin dinyah dari badanku.


terkocoh2 aku dibuatnya.berlari tanpa menoleh kekiri mahupun kekanan apatah lagi keatas...tandas dihatiku selepas uitm dihatiku..huhu(dish..x de kena mengena).selepas beberapa cycle dan sesi pembuangan dijalankan..aku terus meluru kearah pintu kerana dikepala pada masa itu hanyalah study,study..semacam ribuan buku lagi yang seharusnya ku cerna,ku rebus,dan dipanggang agar ilmu terus melekat dalam benakku yang paleng dalam diketika itu.(study week)

tiba-tiba(berlatar belakangkan muzik uitm yg telah diubah suai tempo dan susunan vokal,serta skripnya agar sesuai digandingkan dengan aksi seram buat ketika ini) tombol pintu tandas tersebut tersekat dan beberapa percubaan maut telah dilakukan.tendang secara perlahan,ketuk secara sopan,dan jerit ala2 monyet ingin mendapatkan pisang.namun responnya.sunyi.sepi.termanggu ku disisi yang gelap itu.menantikan sebutir sinar harapan.

luka dilutut dan ditangan tidak baik lagi(jatuh kat bukit),lantas idea untuk memanjat dibantutkan.hp tidak pula dibawa bersama.hanya jam dan waktu.setia menanti.sedey menyelubungi.kenangan silam menerpa peribadi.memang masa tu aku dapat muhasabah diri ditandas yang sepi itu.alhamdulillah..ALLAH mentakdirkan aku untuk berfikir tentang dirinya dan agar aku dapat mengukuhkan tali kebergantungan kepadaNYA.sejujurnya,pada masa itu aku hanya ada ALLAH.YA.hanya perkataan ALLAH yang memenuhi relung hatiku.lantas ku mohon agar ALLAH menolongku.dan ternyata ALLAH menolongku.

dengan semangat pewira dan pewaja lantas tanganku dengan laju mencabut skru2 ditombol dan menarik semacam selak yang mengunci itu.Y.E.S.ak merdeka..yahooo..menyedut udara luar setelah setengah jam menyedut udara yang agak segar didalam tands =p

pengajarannya:
1)sebelum masuk tandas pastikan tombol atau kunci tandas dalam keadaan baik selepas membaca doa
2)nikmat itu akan terasa apabila kehilangannya.ak lebih menghargai kebebasan kini
3)cinta ALLAH tidak pernah mengkuciwakan
4)pertolongan itu ALLAH dekat bagi yg mempercayainya
5)Aku sayang ALLAH lebih.
6)Terkunci dalam tandas itupun nikmat.

وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
“Dan jika kalian menghitung ni’mat Allah niscaya kalian tdk akan sanggup.”

10/15/10

bahawa kita adalah physiotherapist



jalur cahaya laptop menerangi di segenap penjuru.
ku masih disitu.
membungkam rasa dan jiwa terus membatu.
(ok...sudah cukup bermadah..kembali ke tulisan biasa)






detik berdetik sudah habes satu sem ku disini.terasa semacam baru semalam kita berorientasi(bila pula ak dapat orientasi bersama dak2 fisio ak..walhal masuk 2 minggu lewat.kui3).itu bukan persoalannya.tuntasnya,masa seakan-akan mencemburui kehadiran diri ini dan kehadiran kalian.ingat lagi ketika mana kita sama2 men'tension'kan diri ketika mana diberi tugasan menyelesaikan semacam research ke atas topic kinesiology.ada yg melenting kerana direject..ada yg menangis(ak sikit lagit..hehe)..ada yg berjuang bermatian dan kembali hidup setelah itu dan tidak kurang jua yg tenang.subhanallah..simpanlah kenangan pertama ini agar kenangan yang lebih manis dapat dichipta/dicipta seterusnya.





sekali pandang macam kt gua batu caves...dua kali pandang..owh...rupanya tangga uitm puncak alam.begitulah harian warga emas(emas disini menunjukkan bernilainya diri seorg pelajar) terpaksa dan dipaksa turun naik untuk kedewan kuliah dan sebagainya.berjumpa jua dengan TUAN HAJI BAHMAN*kalau di baca leh wat dia menangis ni* yg mempunyai ROH CIKGU mengalir disegenap pembuluh darahnya lantaran sifatnya bukan sekadar seorg guru malah sekali imbas dia lah bapa,dialah ibu buat kami dak2 degree part one disini...thanks pak AJI atas ilmu dan motivasi supaya kawen awal..he.he.he(ketawa dengan perlahan..takut ibu kt umah dengar)

berlakon,portluck,pergi kenduri kahwin akak farhana,keluar ramai2 tyme puasa,pastu hang out sekitar seremban plus shah alam tak ingat dunia(ingat akhirat jek..peh) dan seribu satu macam pengalaman dan imbasan yg kalau hendak diurai,maka terlalu lama untuk dibuka simpulannya..dikalau hendak dicerna,menelan masa yg lama untuk menghadamnya...simpanlah pengalaman kita bersama dihati kerana dihati lah tempat jatuh segala rasa dan duka..salah dan silap sepanjang tempoh satu sem ni..ku susun scapoid,hamate,shaft,wrist,lunate sehingga terbentuk sepuluh jari memohon maaf andai disana terdapat singgungan yg sengaja mahupun yg tidak disengajakan...terima kasih kerana menerimaku seadanya......

YANG BENAR
ABD.* RAHMAN



*abd=abduction..hehe

10/2/10

jam




walaupun dengan berbekalkan rm10 sudah cukup untuk memilikimu,namun nilai yg terselindung,yg terhijab dari pandangan dan hikmah yg terkandung diluar pembatasan cakupan minda sudah cukup menjalin ukhuwah antara kita,ku harap moga ukhuwah ini berlanjutan mengalir seolah2 nil bermula tanpa sumber berakhir tanpa penghujung.

jam power rangers merahkuku sudah rosak.terkenang disaat membolot jams tangan(plural) di PAS(PLAZA ALAM SENTRAL) bersama naqiudin(jam ungu),wan nazrin(jam ungu muda),anep(jam hitam)....


*andai post diatas tiada makna untuk kalian,maka abaikanlah.