revolutionalists

10/23/10

antara nikmat




...setelah hampir setengah jam berhempas pulas,terjerit sana sini,dan mengetuk2 pintu tandas yang terkunci.ak diam sejenak.memang.terkurung merupakan azab buatku pada masa itu.

pagi itu indah hanya ditemani dengan suraman cahaya mentari di belahan bumi selangor atau lebih tepat lagi di puncak alam.ku rasa sakit perut seperti akan melahirkan anak*cis..adakah ini yang di namakan hyperbola..kui3..bagi special effect skit..ada sekontena bahan buangan yang ingin dinyah dari badanku.


terkocoh2 aku dibuatnya.berlari tanpa menoleh kekiri mahupun kekanan apatah lagi keatas...tandas dihatiku selepas uitm dihatiku..huhu(dish..x de kena mengena).selepas beberapa cycle dan sesi pembuangan dijalankan..aku terus meluru kearah pintu kerana dikepala pada masa itu hanyalah study,study..semacam ribuan buku lagi yang seharusnya ku cerna,ku rebus,dan dipanggang agar ilmu terus melekat dalam benakku yang paleng dalam diketika itu.(study week)

tiba-tiba(berlatar belakangkan muzik uitm yg telah diubah suai tempo dan susunan vokal,serta skripnya agar sesuai digandingkan dengan aksi seram buat ketika ini) tombol pintu tandas tersebut tersekat dan beberapa percubaan maut telah dilakukan.tendang secara perlahan,ketuk secara sopan,dan jerit ala2 monyet ingin mendapatkan pisang.namun responnya.sunyi.sepi.termanggu ku disisi yang gelap itu.menantikan sebutir sinar harapan.

luka dilutut dan ditangan tidak baik lagi(jatuh kat bukit),lantas idea untuk memanjat dibantutkan.hp tidak pula dibawa bersama.hanya jam dan waktu.setia menanti.sedey menyelubungi.kenangan silam menerpa peribadi.memang masa tu aku dapat muhasabah diri ditandas yang sepi itu.alhamdulillah..ALLAH mentakdirkan aku untuk berfikir tentang dirinya dan agar aku dapat mengukuhkan tali kebergantungan kepadaNYA.sejujurnya,pada masa itu aku hanya ada ALLAH.YA.hanya perkataan ALLAH yang memenuhi relung hatiku.lantas ku mohon agar ALLAH menolongku.dan ternyata ALLAH menolongku.

dengan semangat pewira dan pewaja lantas tanganku dengan laju mencabut skru2 ditombol dan menarik semacam selak yang mengunci itu.Y.E.S.ak merdeka..yahooo..menyedut udara luar setelah setengah jam menyedut udara yang agak segar didalam tands =p

pengajarannya:
1)sebelum masuk tandas pastikan tombol atau kunci tandas dalam keadaan baik selepas membaca doa
2)nikmat itu akan terasa apabila kehilangannya.ak lebih menghargai kebebasan kini
3)cinta ALLAH tidak pernah mengkuciwakan
4)pertolongan itu ALLAH dekat bagi yg mempercayainya
5)Aku sayang ALLAH lebih.
6)Terkunci dalam tandas itupun nikmat.

وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللهِ لاَ تُحْصُوْهَا
“Dan jika kalian menghitung ni’mat Allah niscaya kalian tdk akan sanggup.”

No comments: