Bekam merupakan metode pengobatan dengan cara mengeluarkan darah kotor/toxin disebabkan oleh gangguan jin dari dalam tubuh melalui permukaan kulit.
(kawan saya dibekam..erk..hehe)
kebaikan:
merawat kelesuan dan menghilangkan stress
Bagi individu yang sering mengalami keletihan dan kelesuan akibat kerja mahupun belajar, berbekam darah pada kawasan tengkuk, bahu dan otot belikat mampu memberikan kesegaran pada tubuh badan kerana selepas berbekam anda akan sendawa dan banyak angin akan keluar dari badan serta badan akan terasa lebih ringan.
mengeluarkan toxic Sakit buah pinggang semakin meningkat dikalangan rakyat M`sia sejak kebelakangan ini,ia berpunca dari sikap orang M`sia yang kerap mengambil ubatan klinikal pada dosage yang tinggi dengan jangkamasa yang panjang.Bila terlalu banyak ubatan klinikal berada pada sistem aliran darah,ia akan meningkatkan risiko sangkutnya bahan kimia tersebut pada sistem buah pinggang dan akan mengakibatkan kerosakan pada jangka masa yang panjang.Kaedah berbekam/al hijamah pula bertindak menyedut toksid/toksin/bahan kimia ubatan dari sistem darah badan dan hasilnya kita akan dihindari terkena penyakit buah pinggang kerana aliran sistem darah pada badan kita sentiasa bersih tanpa pencemaran ubatan klinikal apabila melalui proses filter di buah pinggang.
mengeluarkan sihir melalui darah(dengan izin ALLAH)
Dari ka`b bin malik bahawa ada seorang perempuan yahudi menghadiahkan seekor kambing bakar kepada Nabi SAW di Khaibar.Baginda pun bertanya "apakah ini ?" ..Wanita itu menjawab "hadiah".W anita itu berhati-hati jangan sampai menyatakannya sedekah, sehingga baginda tidak mahu memakannya sama sekali. Tidak lama kemudian, Nabi SAW makan dan para sahabat pun makan. Tiba-tiba baginda bersabda "hentikan", kemudian baginda bertanya kepada wanita itu.."apakah kamu telah meracuni kambing ini ? wanita itu menjawab "ya"..baginda bertanya "mengapa ?" wanita itu menjawab "aku ingin sekiranya kamu pendusta, orang-orang akan segera boleh berehat dari kedustaan kamu, tetapi jika kamu seorang Nabi, maka itu tidak akan berbahaya bagi kamu. Maka Nabi SAW pun berbekam pada kawasan tengkuk dengan 3 bekaman serta memerintahkan para sahabat supaya berbekam. Maka mereka pun berbekam...
Ibnul Qoyyim berkata "ketika Nabi SAW berbekam, baginda berbekam di tengkuk yang merupakan tempat terdekat dengan jantung yang boleh dibekam"
''sesungguhnya,pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam''(hadith sahih)
''sebaik2 ubat yang kamu gunakan adalah bekam dan 'fasad''
dalam hadith lain
''sebaik-baik ubat adalah bekam dan 'fashd''
(points tertentu dibadan.kacak bukan?>_<)
dalam potongan hadirh lain yang diriwayatkan oleh bukhari,muslim,abu daud dan tarmizi'' sebaik-baik cara berubat adalah dengan berbekam''.atau ''berbekam adalah sebaik-baik proses berubat untuk kamu semua''
(hadith sahih)
berminat untuk dibekan sambil mengikut sunnah nabi secara tidak langsung?boleh hubungan ditalian
0192044573(iqbal)
pelajar jurusan fisioterapi(degree)
harga:boleh dirunding terutamnya pelajar
kakinya masih berlari2 di atas bumi tuhan.melanggar,merempuh sahaja batang tubuh yang berselisih dengannya.kolam air mata tumpah lagi.kali ini lebih deras dan laju.sedikit sebanyak kalau dilihat melalui pandangan mata kasar,dia seorang yang dihurung masalah.rambut ikal mayang paras bahu yang biasanya menyerlahkan lagi keanggunannya tidak buat masa itu.jiwanya bungkam.mungkin tiada lagi esok untukku.bisik hati kecilnya
setelah kudratnya tercantas.iphone 4 kaler hijau dikeluarkan dari ruang bajunya.ayu yang berduka itu duduk disebuah wakaf yang terbina khas ditepi tasik titiwangsa itu.seolah2 terbinanya wakaf untuk menyambut kehadirannya.berkali-kali dia mengeja bait-bait yang tersusun menjadi sebuah perenggan itu.mesej perpisahan dari seorang yang dia cintai:
''maafkan abang,ayu.mungkin takdir tidak menyebelahi kita''pendek tapi sakit.
dibaca berkali-kali.menangis pula berbaldi-baldi.disitu hatinya remuk.diwakaf itu jua menyaksikan ayu tertidur.garis-garis kedutan terbentuk menterjemahkan masalah yang terbuku di relung jiwanya.baru-baru ini dia kehilangan seorang teman karibnya azah kerana terlibat dalam kemalangan yang membabitkan sebuah proton waja dengan sebuah kancil milik azah.kehilangan azah menyebabkan ayu kehilangan tempat bergantung,tempat meluahkan dan tempat bertanya.azah dahulu ibarat guru kepadanya.
ingat lagi ayu ketika itu,azah adalah seorang yang sangat bijak lagi berhikmah ketika menegur auratnya.belum pernah ada makluk sebaik azah,fikir ayu.pada suatu hari itu,mereka berdua memanjakan diri dengan pergi bershopping di mid valley.sampai di deretan kedai jam,mata ayu terpaku pada sebuah jam yang berada didalam kotak kaca.ya.bekas kaca yang sangat melindungi.
''mahu x jam tu?hee''dengan muka yang selambe azah bertanya.baris gigi yang indah terhias.
''serious?!!''teruja sungguh ayu ketika itu
''tiada harta yang paling berharga didunia ini selain sahabat yang setia''laju sahaja azah mengungkapkan
''amboi...''
tangan bertukar.duit dengan barang,satu barang sudah dibeli.selepas itu ayu dan azah berjalan2 pula di jalan masjid india untuk mencari nasi kandar ala mamak di kedai yang tertera tulisan ABC.mereka kesana menaiki LRT.semasa kaki diorak untuk kesana.ayu menarik tangan azah sambil menbisikan
''eh2..ni jam yang ko hadihkan kat aku tadi kan?tapi apsal macam x berapa berkilat?,berhabuk..euwww''bisik ayu perlahan.
''kerana yang tertutup itu indah''jawabnya ringkas
''eh..x faham la..''muncung ayu sedepa
''nanti balik azah cerita eh''sambil memimpin tangan ayu manja-manja gitu.balik tu mereka sembang panjang.
kini segalanya telah berakhir.tiada lagi pimpin2 tangan,ucapan mesra dan sebagainya.sahabat pergi untuk selama-lamanya.orang yang tercinta pun begitu jua.pergi tanpa salam,datang tanpa bayang.ayu ditinggalkan keseorangan.
''dik..ooo...dik..bangun...akak tengok adik ni macam datang dari tempat jauh.mari akak hantar pulang''pelawa gadis bertudung ungu itu.
''emmm...''
''marilah''sambil gadis ungu itu menghulurkan tangan mencapai.ya.salam bersambut..
didalam kegelapan malam itu,menaiki bersama dengan seorang akak yang tidak dikenali itu sangat meragukan dan membimbangkan...
''kenapa akak tolong saya?bukan kita kenal pun sebelum ini''lambat-lambat ayu menuturkan kata
akak tadi hanya memalingkan muka yang manis semanis madu kearah ayu sambil berkata
''akak dahulu pun macam adik.keadaan yang sama.hati yang walang sangat menghantui.bila akak tengok adik,akak nampak diri akak dahulu.adik cermin kehidupan hitam akak yang lama''tutur akak tadi tenang
''maksudnya ko dahulu...ops silap...maksudnya akak dahulu pun pernah mengalami situasi macam saya.rasa seperti kehilangan yang amat memilukan?''ayu mendesak
''ya...itu dahulu...hidup dalam kekosongan,nampak sahaja akak bergelak ketawa,tapi hati sangat terluka.akak tipu kehendak hati akak untuk menjadi baik..pagi tu,setelah balik dari zouk,akak pandu kereta dengan laju,akak kecewa kerana pada masa tu akak kehilangan orang yang akak percaya dan cintai.dia khianat akak''
berdegup kencang jantung ayu.....
''dengan tidak semena2,kereta yang akak pandu itu hilang kawalan,lantas ternaik divider dan terdentum dengan kereta kancil merah disebelah jalannya...akak terselamat,tetapi orang yang akak langgar itu meninggal''empangan mata akak tadi pecah...
''akak bergegas keluar dari kereta dalam keadaan tangan kiri akak patah,akak mahu menolong orang yang akak langgar,sampai sahaja dikereta,orang yang akak langgar itu nyawa-nyawa ikan,tetapi dia sempat menghulurkan sebuah diari kat akak,sambil mengatakan dia memaafkan akak''sambil akak itu menghulurkan diari yang tersisip di tepi pintunya.bertukar tangan.
masih ingat lagi,bagaimana si gadis tudung ungu tadi terjelopok jatuh setelah melihat orang dalam kereta tadi menlafazkan syahadatain buat kali terakhir.....
ayu memalingkan muka ke arah tepi kereta.air matanya berjurai.hatinya sebak.ayu mahu menyorokkan tangisan dari menjadi perhatian akak tadi...
''selepas itu,mac...maca..macammana akak boleh bangkit dari kejatuhan fasa hidup ketika itu?''sayu sahaja ayu bertanya.ayu masih menyimpan cerita yang sebenar.
''akak cari ALLAH,akak berhempas pulas merubah diri,kadang2 akak dipulau.dituduh dan dihina.tapi masa itu ALLAH mendatangkan teman2 yang baik pula untuk mendampingi akak.ya.barangsiapa yang ikhlas untuk berubah,ALLAH pasti mempermudahkan.diari yang orang tu beri kat akak,akak belek satu persatu...pada mulanya akak kurang faham,tapi lama2 bila cerita yang ditulis,akak jalani sendiri baru akak faham....indahnya hidup berTUHAN''akhiri akak tadi
''akak,mungkin kalau saya beritahu akak,akak akan terkejut...tapi biarlah saya berterus terang,sebenarnya orang yang akak langgar itu merupakan sahabat yang saya cintai,dunia dan akhirat....orang yang selalu memperingatkan saya dengan keberadaan ALLAH.dia memperingatkan saya bertapa peri pentingnya menjaga aurat termasuk memakin stokin yang saya anggap remeh.memberi motivasi saat saya terjatuh.membelai saya saat saya sedih.mempermudahkan urusan saya saat saya buntu....akak...sudikah akak menjadi penganti azah untuk membimbing saya?''rayu ayu dengan bersungguh tanpa dendam...
kelihatan gadis bertudung ungu tadi yang sedang memandu memberhetikan keretanya.ayu terpinga2.pintu sebelah ayu dibuka...lantas dipimpin ayu keluar dan memeluk...ungkapan indah tersusun rapi.sunyi mengambil tempat.
''maafkan akak ya,akak tidak sengaja ketika itu...insyaallah...akak sanggup memikul amanat membimbing awak mencari makna HIDUP BERTUHAN''bisik akak itu lembut
malam itu,dua mata menangis.menangis kerana apa yang berlaku ada hikmahnya dan menangis jua kerana x ramai orang zaman ini yang menganggap ALLAH itu masih wujud.bumi dan langit menjadi saksi pada malam itu atas perubahan ayu kearah mencari cinta ALLAH...
(moga apa yang aku coretkan diatas,berguna untuk renungan kita bersama k.sekadar cerita yang aku coret saat aku merasakan perlunya hidup BERTUHAN)