revolutionalists

2/1/13

a timeless love.

     peringatan:i)yang tulisan ungu itu aku ambil sebijik sebijon dari buku.dan aku tulis balik.rusydi ramli AL-jauhari.(2012).Biografi Agung Rasulullah S.A.W.      
                     ii)tulisan hitam itu dari diri aku sendiri....sekian ;)

    a timeless love.terdiri dari 3 binaan perkataan yang sangat maha dahsyat maknanya jika kita mengerti.tidak tahu kenapa,sejak dua menjak ini,aku sepertinya dilamun satu rindu yang teramat dahsyat.rindu kepada orang yang tidak ku pernah langsung ku jumpa.ku tatap.dan ku cium tangannya.orang yang sudah lama pergi berangkat dari fana dunia ini.tetapi sepertinya rindu ku ini tidak mahu benar jua padam dan pergi.ia terus menjalar naik hingga kepangkal hati.

   2 kisah ini akan mengambarkan bagaimana cintanya dia kepada kita kalian penduduk bumi dan sepelusuk amnya.ketika aku meneliti dua kisah ini.jiwa aku sangat berkocak maha hebat!(atau mungkin hati aku hati tisu kot?huhu).sebelum aku membawa kalian menyoroti dua kisah ini.aku ingin kongsikan suatu bentuk kata-kata keramat darinya.

   suatu hari ...nabi Muhammad s.a.w bertanya''siapakah hamba ALLAH yang mulia?''

  
   sahabat menjawab ''para malaikat ya Rasullulah''


   sahabat yang lain ''tentulah para nabi,merekalah yang mulia''


    nabi tersenyum lalu berkata ''ya,mereka mulia,tetapi ada yang lebih mulia 
  

    para sahabat terdiam lalu berkata ''adakah kami yang mulia itu ya Rasullulah?''
  

   nabi berkata''tentulah kalian mulia,kalian dekat denganku,tetapi bukan kalian yang aku maksudkan

  so.masa aku baca ni.ak jadi nak tahu,siapakah figura yang nabi betul2 ingin nyatakan nanti.kemudian,aku menyoroti hadith itu lagi

  nabi menundukkan wajahnya,baginda menitiskan air mata sehingga membasahi pipi dan janggutnya,lalu berkata''wahai sahabatku,mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku,mereka terlalu mencintai ALLAH dan tahukah kalian,mereka tidak pernah melihatku,mereka tidak dekat denganku seperti kalian,mereka sangat rindu kepadaku dan saksikanlah wahai sahabatku bahawa...

  AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA...MEREKALAH UMMATKU,UMMATKU,UMMATKU''

  sumpah aku tak tipu habis sahaja aku hadam hadith ini,aku rasa suasana jiwa aku tetibe jadi berat.sebak.yup.hampir sahaja empangan mataku pecah.(ok.kenapa mahu ayat2 bombas ni?huhu).dan dari hadith diatas.semangat aku untuk membelek2 sirah nabi melalui pembacaaan semakin mengila.sehinggalah aku jumpa dua cerita kisah yang aku nobatkan sebagai a timeless love..



    cinta suweet khadeeja terhadap muhammad

 setibanya Muhammad di makkah,baginda melakukan tawaf di kaabah dan setelah itu kembali semula kepada majikannya,khadeeja.khadeeja juga tidak sabar menanti kepulangan muhammad.sewaktu muhammad bertemu khadeeja.muhammad mengucapkan terima kasih atas kepercayaan majikannya dan menyerahkan keuntungan serta barang-barang dagangan yang masih berbaki.tanpa disedari pandangan khadeeja terhadap muhammad sangatlah tajam dan membuat muhammad malu tersipu-sipu.tidak berapa lama kemudian.muhammad pun minta izin pulang untuk menemui bapa saudaranya Abu talib.

 tidak terelak lagi oleh khadeeja perasaan cinta yang telah tumbuh subur,malah membungkam dihatinya terhadap muhamaad.pengalaman pahit dalam berkeluarga telah menjadikannya terjerat untuk memilih calon hidup yang tidak sesuai dengannya.khadeeja sudah dua kali berumah tangga,pertama dengan 'atiq bin 'aid bin 'abdullah al-makhzumy dan kedua bersama abi halah hindun bin zararah at-tamimi,.keduanya adalah bangsawan terkenal quraisy.

perasaan takut dan cemas menghantui khadeeja.terfikir bahawa muhammad akan menolak cintanya terus bermain di benaknya.jarak umur yang sangat jauh juga menambah kerungsingan di hati khadijah,dimana khadeeja sudah berumur 40 dan muhammad baru berumur 25 tahun pada ketika itu.ditambah pula oleh khadeeja,apalah tanggapan masyarakat sekitarnya mengenai hal itu.

pada suatu hari,datanglah nafisah binti munayyah,sahabatnya yang rapat.dicurahkan segala isi hati kepada nafisah dan nafisah pun mengerti serta menawarkan diri untuk menjadi penghubung antara khadeeja dan muhamaad.

setelah beberapa hari,nafisah datang mengunjungi muhammad dan menanyakan kepada baginda mengapa baginda suka membujang?pertanyaan nafisah membuatkan muhammad menangis kerana teringatkan ibunya.lalu muhammmad bertanya kepada nafisah''dengan apa aku dapat beristeri?''.kemudian nafisah menjawab''jika anda dikehendaki oleh seorang wanita rupawan,hartawan dan bangsawan,apakah anda sedia menerimanya?''

 mendengar apa yang dikatakan nafisah,muhammad terus merasai bahawa yang dimaksudkan oleh nafisah itu adalah khadeeja.nafisah pun meminta izin untuk pulang dan meninggalkan muhammad kebingungan sendiri.

ketika fikirannya sedang bercampur aduk,muhammad pergi ke kaabah untuk bertawaf.ditengah jalan,baginda bertemu dengan seorang wanita tua yang terkenal sebagai tukang tilik dan wanita tua itu bertanya kepada muhammad''hai muhammad,anda nampaknya baru saja melamar khadeeja!''.sangat terkejutlah muhammad mendenar  pertanyaan wanita tua itu.lalu muhammad menjawab ''tidak''.kemudian wanita tua itu berkata''kenapa?demi ALLAH, dikalangan quraisy tidak ada perempuan yang merasa sepadan denganmu,walau khadeeja sekalipun!''.kemudian muhammmad pun pergi meninggalkan wanita tua itu dengan senyuman.

  selang beberapa minggu selepas nafisah menemui muhammmad,kedua bapa saudaranya,abu talib dan hamzah datang kerumh  khadeeja.khadeeja turut mengundang beberapa orang dari pihak keluarganya.

  didalam majlis tersebut abu talib berkata ''muhammad adalah seorang pemuda yang tak ada tolok bandingannya dikalangan kaum quraisy.dia melebihi semua pemuda dalam hal kehormatan,kemuliaan,keutamaan dan kepintaran.meskipun dia bukan orang kaya,namun kekayaan itu dapat lenyap sebab setiap pinjaman pasti akan diminta kembali.dia mempunyai keinginan terhadap khadeeja binti khuwailid,begitu pula sebaliknya...''


  sebagai wali dari khadeeja iaitu bapa saudaranya,'amr bin asad bin 'abdul 'uzza bin qushaiy berkata ''ku nikahkan khadeeja dengan muhammad atas dasar mas kahwin bernilai 2 puluh bakrah,''.maka rasmilah pernikahan muhammad dan khadeeja.

 pernikahan muhammad dengan khadeeja menjadi buah bibir seluruh penduduk kota makkan.keharmonian serta kerukunan yang didasarkan dengan rasa kasih sayang dan saling menghormati menjadi teladan bagi segenap penduduk makkah.perkahwinan mereka dikurnikan ALLAH,dua orang putera dan empat orang puteri.takdir ALLAH mengkehendaki 2 puteranya al-qasim dan abdullah meninggal di usia kanak-kanak.akan tetapi keempat-empat puteri mereka,zainab,ruqayyah,ummu kalthum dan fatimah az-zahra menjadi penghibur bagi keluarga bahagia ini.

 setelah menanggung penderitaan sakit yang begitu lama,khadeeja dipanggil oleh ALLAH ketika berumur 65 tahun.sewaktu dalam keadaan keadaan sakit,khadeeja selalu ditemani oleh rasullah.perpisahannya dengan khadeeja membuat rasulluah berasa kehilangan orang yang sangat dikasihinya.kesetiaan para sahabat-sahabat baginda yang telah menenteramkan rasa sedih baginda ketika itu.

 sewaktu khadeeja wafat,islam telah berjaya disebarkan hingga ke negeri2 arab sekitarnya,termasuk habsyah(ethiopia).khadeeja wafat pada bulan ramadhan dan dikebumikan di ma'ala.beliau wafat sebelum sempat menunaikan solat dan tiga hari sebelum kewafatan abu talib.pada tahun inilah dipanggil tahun kesedihan.

  meskipun khadeeja telah tiada,tapi dia tetap hidup didalam hati rasullulah.kecintaan rasullulah pada khadeeja tidak bolah ditandingi oleh isteri2 baginda yang lain,yang mana mereka berusaha merebut
hati rasullulah.meskipun aisyah merupakan isteri nabi yang paling muda,tercantik dan sempurna tapi dia sendiri tidak berjaya merebut keutuhan cinta rasullulah pada khadeeja.

 pernah terjadi,dimana saudara perempuan khadeeja iaitu halah menjumpai keluarga rasullulah.ketika halah di depan rumah.Rasullulah mendengar suara halah yang sangat mirip dengan khadeeja.seketika itu jua nabi terkejut kerana disangkakan suara itu adalah suara milik khadeeja dan nabi pun menyapa dengan suara yang keras''YA ALLAH...halah!''

  Aisyah sering lupa untuk menguruskan dirinya,bila dia merasa cemburu terhadap khadeeja.pada satu hari aisyah berkata''nenek-nenek dari quraisy yang berpipi tembam dan gebu yang anda sebut itu.ALLAH sudah memberi pengantinya kepada anda yang lebih baik'' hadith riwata muslim

 mendengar percakapan aisyah,Rasullulah berasa marah dan berkata''DEMI ALLAH,ALLAH tidak memberi kepadaku pengantinya yang lebih baik.dia beriman kepadaku dikala semua orang mengingkari kenabianku.dia membenarkan kenabianku sewaktu semua orang mendustakan diriku.dia membantuku dengan hartanya dikala semua orang tidak menolongku.melaluinya dia ALLAH menganugerahkan anak kepadaku,tidak dari isteri yang lain''

          sangat setia betul cinta mereka ini.fikirku. 

   cinta nabi terhadap aku dan kamu:
 
   mereka mengheret nabi keluar dari bustan at-thaqif(taman thaqif).penduduk yang sejak awal berkumpul disekeliling nabi menolak-nolak nabi.anak-anak muda yang lebih agresif membaling nabi dengan batu.batu-batu itu melukakan kepala,badan dan kaki baginda.

 zaid menjerit-jerit menahan batu yang dilempari mereka.diberitakan bahawa jibrail datang menemui rasulullah ketika peristiwa itu dan meminta keizinan dari baginda untuk menghancurkan penduduk taif.(sebenarnya aku menulis ini dengan perasaan yang sangat sayu dan sedih).namun rasululalh tidak mengizinkan lalu jibrail berjanji akan menghempap penduduk taif dengan gunung jika darah rasullulah menitis ke bumi.

  oleh kerana rasullulah sayang kepada penduduk taif yang tidak mengetahuni risalah yang sedang dibawa,baginda sanggup memerah darah yang mengalir, masuk ke dalam kasutnya sehingga berkocak kasut rasullulah dengan darah.(sumpah,time ak baca sampai sini.kolam empangan mataku pecah.).begitulah halangan dan penyeksaaan yang dihadapi oleh rasulllulah dan pengikutnya dalam menyebarkan risalah ALLAH.

  nabi yang cedera teruk meninggalkan bustan at-thaqif.ketika menuruni curam bukit,batu masih lagi menghujani mereka berdua.rasullulah terus beredar dari situ dan singgah di kebun milik uqbah bin rabi;ah.nabi bersandar disatu batu.baginda memegang badan zaid,bertanyakan khabar keadaan zaid.zaid yang juga cedera lebih membimbangkan nabi.

   rasullulah dalam doanya yang masyur mengadu kepada ALLAH atas apa yang menimpanya 

  ''YA ALLAH,KEPADAMU aku mengadu kelemahanku,kurangnya kesanggupanku dan ketidakmampuanku berhadapan dengan manusia.wahai zat yang Maha pengasih Lagi Maha Penyayang!.Engkaulah pelindung bagi kaum yang lemah ini dan Engkaulah pelindungku.kepada siapa diriku hendak Engkau serahkan?jika Kau tidak murka kepadaku semua itu tidak hiraukan kerana sungguh besar nikmat yang telah engkau limpahkan kepadaku.Aku berlindung dengan sinar wajahMU yang menerangi kegelapan dan mendatangkan kebaikan didunia serta diakhirat,dari murkaMU yang hendak Kau turunkan kepadaku,hanya Engkaulah yang berhak menegurku dan menyalahkanku hingga Kau perkenankan.sungguh tiada daya pun selain dariMU''

     jika nabi putus asa.tak sampai islam dibumi nusantara ini.dan mungkin hingga kehari ini.aku masih mencari-cari makna hidup selain islam.
   
 

No comments: