kini,mus'ab telah berada di tahun akhir di kampus di sebuah hutan.ya.di hujung dunia nun.sekejap sahaja lagi beliau akan melangkah satu lagi anak tangga bergelar graduan.sepanjang pengamatannya berada disana,banyak benda yang diraih.suka dan duka saling bertindih,menebalkan lagi diari kehidupannya sepanjang bergelar mahasiswa.diantara benda yang sentiasa segar dalam ingatannya,yang masih terhunjam kukuh dibenaknya,yang masih tidak sirna dari lubuk hatinya adalah 'erti persahabatan dijalan ini.'
mus'ab pada asalnya bukanlah seorang yang pandai berkata-kata,sentiasa merasa rendah diri,dan tidak berguna walau pada dirinya.mungkin jua dia dibenci atas perangainya yang entah apa apa itu.sehinggalah dia dengan sikit-sikit membina diri melalui saluran-saluran dan bulatan-bulatan ataupun perjumpaan perjumpaan yang tertentu.perjumpaan membina jiwa.jiwa yang perlukan siraman dan belaian.
di kampus itu beliau cuba cuba untuk membangunkan jiwa-jiwa yang masih ketiduran.ketiduran dengan berbagai sebab.walau beliau bukanlah berkeyakinan mana,bukanlah ada ilmu sangat,bukanlah menjawat apa-apa jawatan yang tertinggi di sekolah dahulu,namun untuk kerja-kerja yang membawa kepada tuhan,dia sanggup,walau pada asalnya beliau dipaksa dan terpaksa.
kerja membangunkan jiwa bukan kerja mendapat harta.jauh sekali nama.kerja,amanah yang maha dahsyat beratnya.meletihkan kudrat tapi menghidupkan jiwa.pasti ada pendorongnya disebalik semua ini.dan jujurnya mus'ab merasakan ukhuwah ataupun erti persahabatan yang menyebabkan beliau masih tegar untuk tugas yang mulia ini.
disana,bilangan untuk mengejutkan yang terlena sangatlah membantutkan.mus'ab bertemankan hanzalah.ya.mereka berdua sahaja dikalangan jejaka yang terpaksa mengejutkan manusia yang ketiduran disana.tidur yang panjang.sangat lena.kalau pada pandangan orang biasa.semua ini adalah kerja gila.!
namun mereka berdua dibantu oleh beberapa jiwa dari kalangan gadis pula.ya.diantara mereka ada batas yang harus dijaga.tapi itu tidak menghalang dari bermuafakat.menyiapkan gerak kerja sama.penat bersama.bergembira pun jua bersama.mereka senang bersama.berduka pun bersama.mereka tahu,mereka bukan berada di satu kawasan yang selesa.mereka terpaksa bekerja!
hanya satu pinta mus'ab didalam doanya 'YA TUHAN.Terima kasih diatas anugerah perkenalan yang barang sejenak ini..moga aku dapat bersua mereka semula dalam satu alam yang bernama surga...kelak'
ameen....... 61:10-11
-the end-
1 comment:
Best!!
Post a Comment