revolutionalists

11/19/10

pencari cinta=)


(saya ambil dari novel pencari cinta hasil sentuhan faizal rahmad.agak tersentuh apabila membaca dan seolah2 pernah berlaku kepadaku sekejap di uitm.sekejap cuma)

''ada satu kisah zaman dahulu ditanah arab,ada seorg pemuda..pemuda yg baik.pada satu hari berjalanlah ia kepasar dan tiba disatu gerai terpandang seorg gadis/wanita.walaupun memakai purdah/niqob,namun pandangan pemuda tersebut tertaut pada sepasang mata yg sangat indah.lalu pemuda tersebut jatuh hati.lantaran itu,pemuda mengekori tersebut kemana sahaja wanita itu pergi.tetapi perempuan itu tidak melayani dan hanya berinteraksi sesama pembantunnya sahaja.wanita seperti mentiadakan kehadiran pemuda itu.wanita masuk kedai,pemuda masuk kedai,perempuan keluar kedai,pemuda keluar kedai namun wanita tersebut tidak marah.

sampai disuatu ketika,maka baliklah wanita itu kerumahnya,pemuda tetap mengekorinya.bila wanita tersebut masuk rumah,pemuda itu tetap menunggu diluar.oleh kerana suka yang teramat,pemuda itu mengetuk pintu rumah.perempuan itu bertanya dari balik pintu tanpa membukanya...

''apa yang tuan mahu?''
''saya ingin berkenalan dengan awak.''
''tak boleh''
''kenapa pula tidak boleh?''
''kenapa pula tuan mahu berkenalan dengan saya?''
''errr...kerana saya telah TERjatuh hati pada awak.awak mempunyai sepasang mata yang sungguh menawan.ianya bersinar laksana..''
''baiklah,tunggu sekejap''

belum sempat sang pemuda menghabiskan kata2,perempuan itu suruh pemuda itu tunggu.hampir waktu berganjak jauh meninggalkan ruang2 kehidupan.terlalu lama menunggu,sehingga pemuda itu tidak boleh bersabar dan mengetuk pintu itu lagi.namun,tiada respon dari pihak yang berada didalam.kemudian pemuda mengetuk lagi sehingga barulah pembantu wanita tadi keluar sambil menghulurkan dulang yang bertutup dengan sehelai kain diatasnya..seraya berkata

''tuan saya menyuruh saya menyerahkan ini kepada encik,katanya ini adalah barang yang encik mahukan.dan setelah encik mendapat barang ini,dia minta encik jangan ganggunya lagi,kerana dia ingin memberikan tumpuan kepada tuhannya''

pembantu tersebut masuk setelah menyerahkan dulang itu.kemudian,pemuda itu tercenggang-cenggang kerana dia tidak berapa faham apa maksud sebenar bungkusan itu..lalu dia pun membuka kain penutup itu..rupanya ada sepasang mata yang masih segar''

pemuda itu menangis dan benar-benar menyesal lalu bertaubat..akhirnya ALLAH mengangkat darjatnya hingga menjadi ulama dan wali besar.

sebenarnya wanita itu adalah wali ALLAH.wali adalah seorang yang SANGAT TAKUT dan CINTA akan TUHANNYA.seseorang yang telah dilamun cinta akan buat apa saja,akan korbankan segala2nya demi untuk menjaga hubungan dengan kekasihnya.wanita itu sanggup mengorbankan sepasang mata agar cintanya tak berubah kepada selain tuhan.(fullstop)

6 comments:

:D said...

Ya Allah.........

Hafriz Mohamad said...

Subhanallah...
semoga aku tak terjatuh dlm cinta nafsu lagi..

kang_senpai said...

to hafriz:sama la diri ini..cinta nafsu membunuh.sama2 cuba kearah yg lebih cerah(kebaikan).......(^^,)~

Unknown said...

dangg.

DINIY said...

T__T

Anonymous said...

Subhanallah.astaghfirullah.ampunilah segala kecuranganku Ya ALLAH..