revolutionalists

8/26/11

sangat annoying~

        penafian:post ini mungkin akan mencederakan sahaja.paling teruk pun benci.paling bagus.sejenak berfikir.menarik nafas terlebih dahulu amat2 diperlukan sebelum membaca.atau jika rasa2 x mampu baca.sila tinggalkan....kerana dengan hati aku mencoret..hati yang sudah lama pendam. 


        pernah x kalian,rakan2 bloggers sekalian berada dalam satu situasi dimana tersangatlah annoying situasi itu?!rasa nak hempuk si pembuat annoyed thingy dengan kamus dewan?lantas mencampak ke dalam kolam secara rahsia dimalam hari?settle satu prob..pfftt..

         betul.dalam hidup ini tidak semua pekara yang indah indah belaka akan berlaku.ya.lantaran itu kitalah yang seharusnya mencorak situasi itu kan?kan?(ahaha..byk tol soalan..x rasa cam annoying plak kan..dish3).namun untuk pekara yang macam anda rasa seolah2 x de la besar mana masalah itu tapi leceh untuk dilayan.kalau x layan benda leceh tu kang rasa cam kesian.ok...ak bagi situasi...

situasi 1:
         si ahmad membuka fbnya lantas apa yang berlaku sebanyak 99notifications dia terima.bukan main excited open..tup..tup..tup...semua yang dapat adalah likes dan likes..dari org yang sama..wtf?!kadang2 x faham..orang yang komen di ruangan komen ahmad pun mahu dilike..yeah..semua..budaya menglike nih x salah...tapi sangat annoying jika melampau...!

situasi 2:
         kadang2 kita berkongsi perasaan kecewa,sedeh,gembira dengan kawan kita.ya.kawan adalah orang yang paling hampir bagi kebanyakkan remaja.punya la cerita punya cerita..then kawan yang ke2 tuh sampuk lantas bertitah ''buat apa la ko ingat minah tu,lebih baik ko ingat ALLAH''...disamping itu si dia(maksud aku,si kawan no2 tadi) pula orang yang seperti tiada tanda2 untuk selalu mengingati ALLAH...(siapalah kita nak judge..tapi kita kan musti tahu camne hidup dia)...mengingati ALLAH itu bukan annoying...tapi cara tegur itu sangat sombong dan annoying...F!

situasi 3:
           korang pernah x pergi R n R..ala...musti pernah kan?..ok..situasinya solat subuh,orang punya la ramai cakap kau..sampai nak solat pun kena bergilir2.then imam itu pula baca nya surah yang amat panjang dan berlagu..(byg la sndri)..sampai ada kalangan yang menunggu tu hilang sabar dan membentak..namun imam itu mukanya slumber annoying berdoa yang panjang pula..(bagus la tu..kalo ikut kata akal)..then apabila habis imam ditegur...korang nak tahu imam kata apa...

''inilah masalah orang sekarang,bila pasal solat semua nak cepat,bila tangok wayang ley plak lame2''

aduh...masyarakat sudah keliru,orang yang beragama pun sudah keliru(ak bukan malaikat nak judge..).kekeliruan ini sudah cukup untuk mengharu birukan masyarakat.imam gagal memahami masyarakat...apa salahnya jika bacaan disederhanakan dan dipercepatkan untuk memberi laluan kepada orang lain solat dalam ruangan yang terhad?

   nabi kecintaan dulu pun kalau ada anak kecil yang menangis,baginda memendekkan bacaan.dan satu ketika yang lain menegur muaz yang membaca surah panjang sehingga meresahkan makmum...

situasi ke4:
         ok.ini berkenaan gadis.khas untuk gadis yang freehair yang sudah tahu,faham tetapi menyombongkan diri x mahu bertudung...nak marah?marah la....ada aku kisah.haha

        bukan main lagi,punya la tak mahu bertudung berlagak sombong..apabila ditanya kenapa liat sangat mahu bertudung jawapannya...

   ''x dapat hidayah lagi''

....wtf?!hey sayang hidayah itu kita kena cari..bukan tunggu datang bergolek baru nak amal...lempang nak?!haha

   ''ala...kami yang freehair nih pun jaga solat awal hape..tuh..yang tudung labuh tu,bukan awal mane pun solat...kami jua yang baik.''

   baik?ok.fine..bagus la tu..eh..kejap..awak rasa diri baik..sedangkan orang2 soleh terdahulu tu pun masih menangis yang berpanjangan dimalam hari mengenang dosa-dosa yang mungkin bagi kita pada hari ini..ape kebenda sangat la...tapi itulah realiti orang2 soleh dahulu..taqwa sentiasa mengatasi.nabi yang dijamin syurga pun solat sampai bengkak kaki..ni solat x sampai 10minit..nak terhegeh2 declare baik?!..hello!masih terasa cukup baikkah dgn solat lima waktu awal waktu?...(ok...sekurang2nya usaha gak kan..terpulang).

   ada wanita freehair yang sedikit bernas tu bukan main nak defense diri...sanggup tu postkan kat blog,fb dan segala bagai tentang ustaz,ustazah yang terlanjur,berjudi dan sebagainya(nampak x dunia mereka yang alim nih pun bukan baik mana~kata sans freehairs)...ya..ya..ak x nafikan ada..sebab mereka itu manusia yang bernafsu..kadang2 nafsu yang downkan iman mereka...tapi x pula timbul isu wanita2 yang sexy mexy yang berROMEN (maaf guna word nih) dan melakukan segala bagai kerja..x pulak timbul isu...?!kenapa si freehair2 yang baik hati ni x amik pengajaran?!x rasa cam pelik ke?...fuhhh!tersangat annoying..lagipun bilangan ustaz dan ustazah yang teruk berapa ketul la sangat...(yeke?)

    maaf andai ada yang terasa.perlu ke aku tulis camtu?..ok.fine.maaf!(komen andai mahu,curah idea andai ada)..thanks 4 reading!
         

In Every Tear, He Is There

~katahuilah kadang2 bila kita berduka,ada lagi yang lebih berduka~

*saya tujukan lagu ini buat mereka yang merasakan tiada lagi hari esok untuknya*
*buat mereka yang bersedey dengan manusia lain*
*buat mereka yang mahu lari jauh2 dari masalah*
*dan buat insan yang hebat...kerana punya TUHAN*


“Dan Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka katakanlah sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang yang memohon apabila ia memohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka memenuhi (panggilan/perintah)Ku, dan beriman kepadaKu agar mereka mendapat petunjuk (bimbingan)”. (Al-Baqarah: 186)




p/s:air mata si peneman setia,pembasuh duka..sabar ya awak~

8/18/11

dahulu benci,sekarang suka

 'Barang siapa yang memiliki anak kecil, hendaklah ikut bersama bermain-main dengannya." (Riwayat Ibnu Asakir)





    jujurnya..budak adalah makhluk paling leceh di muka bumi ini pada tanggapanku seketika dahulu.nak melayan lagi.nak dukung la.nak pimpin jejalan satu jaybee la.nak belanja la.dan segala bagai...fuhhh


(adik aku bersama2 dengan si hadek2 yang sungguh chomel lagi suci)

     tapi masa itu pun berubah.dan sekarang tak tahu kenapa aku semacam bila nampak budak.aku rasa nak pegang kepala dia.dan usap2.cium2 sepuas hati..(x pelik kan?kan?) seperti naluri ke'abah'an tumbuh menghijau dalam taman hati jujurnya selepas berbuat sedemikian(berdehem kecil) .dan mungkin apabila ALLAH ingin mencampakkan rasa cinta aku terhadap budak2,maka ia akan terjadi jua walupun aku enggan satu masa dahulu...

    teringat aku pada tazkirah2 yang aku kutip semasa di majlis ilmu suatu ketika dahulu..


Seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; "Ketika anak adam meninggal, maka terputuslah amal perbuatannya, kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak yang soleh, yang sentiasa mendoakan orang tuanya," (Al-Hadits)




رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ



"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. " (Surah Ibrahim:40)


  manusia dari hari ke hari akan meningkat matang.daripada memikirkan hal dirinya sahaja beralih pula kepada memikirkan hal yang lebih besar iaitu membina keluarga(mencari isteri/suami baik2 dulu la.hee)..dan seterusnya dia pula akan memikirkan hal yang lebih besar lagi selepas itu..ummat dan negara...begitulah seterusnya proses2 ini akan berlangsung tanpa henti...anak2 itu pun akan membesar dan lahirlah generasi demi generasi!


Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (QS, 66:6)



8/17/11

ramadhan di mid-valley~


    
     (dua gambar diatas adalah bukti keberadaan sang penulis di midvalley tempohhari..eh..tapi kenapa shop2 yang ada toys???.^^,)



      pagi itu(semalam).selepas menghantar abahku ke bangunan annex,TM area bangsar.aku membajetkan diri agar sentiasa cool di jalan2 sekitar KL.aku ada appointment dengan seorang sahabat nih di mid valley(area2 bangsar tu jugak).jujurnya..kool untuk mengurangkan rasa takut untuk tersesat.(boleh apply kot).dan ya..akhirnya jumpa jugak kompleks yang terpampang perkataan 'MID'.ok.stop there.

     selepas bosan menunggu kedai untuk dibuka(sampai tyme tu kul 9am.ok.itu awal.pergi kuliah pun x seawal nih.hee).akhirnya aku mengambil keputusan nekad lagi bulat untuk tawaf seluruh mid valley bertemankan diri sendiri.dan yes.akhirnya aku ternmpk semacam syurga dibukakan untukku.yeah.MPH bookstore.laju sahaja kakiku mengorak.

    setelah membelek itu ini.itu ini.aku ternampak seorang wanita akhir 20an berbangsa cina tidak bertudung sedang membelek2 buku tentang islam.tyme nih punyalah aku curious nak tahu...mualaf ke dia nih?atau baru nak kenal islam?ke macam mana?...untuk membongkar jawapan itu..dengan sengajanya aku wat tawaf cari belek2 buku islam sekitar dia.sekali round.takde pepe.dua kali round pun sama.dan berkali2 ku buat dengan harapan mana la tahu dia ternmpk aku lantas melontarkan soalan...tapi x jua berlakunya detik itu.aku pun pergi dengan bersangka baik.....(alangkah bestnya kalau aku dapat kuasai MANDARIN..alangkah!)

  after a while,ahmad/amirul bro telah meng calling aku.

''aku dah sampai''katanya
''ok''balas haku pendek

  BRO itu adalah singkatan nama yang aku ngan memember aku bubuh kat si amirul ini tyme matrix(dulu2 nakal..suka2 jek bagi orang dengan nama itu ini,,heee)..


(penulis dengan amirul/ahamd bro)

2 kegembiraan aku tempohari.gembira jumpa sahabat matrix(kenal sejak pdt) dan gembira tengok orang nak kenal islam.demi ALLAH..aku tautkan hati aku bersahabat denganmu bro kerana ALLAH.insyaallah~

8/14/11

Barulah ada "feel"


8/13/11

ikhlas...emmm..payah

      apa perasaan anda apabila mendapat mesej seperti ini:

   ya.aku tau ALLAH itu rabbku..tapi ALLAH kurniakan aku seorang 'man' yang menjadi pemangkin perubahanku..thanks man.walaupun kejap tapi jdkan ak kuat dan semangat untuk wat dakwah ini.thanks man 4 everthing..n sorry coz tak leh lama..hanya ALLAH je yg mampu bls apa yg ko wat nih..kim salam fasi2 n adik2..wassalam~mesej dari zaid  01.27.33(pagi)

  alhamdulillah..aku bersyukur sangat coz aku dah realisasikan hadith yang berbunyi''barang siapa yang mendapat hidayah lantaran kamu,maka itu lebih baik dari apa2 yang disinari mentari''~riwayat attabrani

   tapi adakah aku betul2 ikhlas?payah la camni..sering kali nafsu membisikan 'riaklah kau man,nampak ni semua sebab musabab ko'...ya..seringkali aku bertarung dengan nafsu(even tanpa bantuan syaitan.ramadan kan.).perit..dan sesungguhnya mujahadah itu amat pahit jika kau pernahmempraktikkannya...walaubagaimanapun diakhirnya akan timbul kemanisan~

   aku berharap untuk ikhlas.moga ALLAH redha

8/12/11

hani


alhamdulillah.baru saja tonton drama hani(bukan dah berzaman ke???)
insyallah...nanti aku akan explain kenapa aku teruja sangat menonton drama nih selain stanza cinta k

(p/s:bertugas kembali sebagai fasi 2.30pm arini sampai 11.00am esok)

8/8/11

my name is ABG SAM(PROG 3R)

assalamualaikum abg2 fasi yang sempoi dan akak2 fasi sekalian yang sporting.alahai=)

ok.3R?


guess what?

just simple respek,
rileks
and
respon?(Musti itu yang terlintas kat benak korang kan..kan?)

ok..nak cuba lagi?3R is more than those all thingy.3R stand for remaja raikan ramadan(cet.aku bajet 3r tu phrase dia pun eng la jugak kan?huhu)


untuk kali nih,abg sam(ehem3.semangat ke'fasi'an masih menebal lagi.wuhuhu) akan story apa yang krew-krew ikram teens lakukan bersama2 dengan adik2 ting 1 dan 2 smka JAYBEE nih sepanjang 2 ari 1 malam berlangsung(yes2..dapat tido kat asrama!mode:excited)

3r adalah prog yang dikerangka khas bagi manfaatkan seberapa banyak banyak masa yang ada di bulan ramadan nih dengan pelbagai aktiviti yang mampu mengerakkan jiwa,jasad dan segalanya(wah.apakah itu abang?bunyinya macam terlalu sedap la).

hari pertama.slot pertama


adik dibreafing buat seketika.diberi sedikit pencerahan untuk prog yang bakal mereka tempuhi.selepas itu mereka akan diperkenalkan dengan beberapa abg2 fasi dan akak2 fasi


slot kedua:xplorace

kesemuanya terkumpul menjadi 5 cp(checkpoints).dimana setiap checkpoint ada beberapa beberapa hadaf)objektif) yang ingin digapai,raih dan dicerna.i just give a simple big picture bout xplorace.

cp1:buta

kat cp nih peserta diuji untuk disyukuri nikmat mata.guna mata untuk yg sepatutnya sahaja(cp nih abg x jaga.)

cp2:jigsaw
hehe.(teringat lak cite saw).at this cp,adik2 akan hayati apa yang dapat hasil dari susunan yang diaorg buat.it's kind of arranginf the puzzle.

cp3:tisu amanah
(maaf.x sempat usha fasi lain wat pe kat cp nih.tapi teamwork itu penting...ayat cover)

cp4:kiblatku(this's mine)
ok.yang cp nih abg jaga.kat cp nih.beberapa soalan yang aku benamkan dalam fikiran adik2.boleh ke solat atas rumput.apa beza kotor dan najis.then yang terakhir.then aku mintak adik2 perform sujud sahwi depan kitaorg(ak ngan fasi lain) kat atas rumput.ha!ada yang teragak2..dan ada jugak yang cover dahi pakai tangan tyme sujud.brilliant!

basically.at this cp,nak uji kefahaman adik2 dalam solat


cp 5:badar
discover our history!


slot 4:bedah al-quran.yeay!

 petang itu cuaca redup sekali.kelihatan beberapa sang adik2 masih semangat membelek al-quran.wah.apakah?nak tahu...nak tahu?..act adik2 sedang bermain games yang teramat best act.macam nih ceritanya.aku ditugaskan untuk membacakan beberapa potongan ayat dan adik2 kena cari dan isi dalam ruangan jwpn yang disediakan.dan untuk 2nd part pula..adik2 diberikan hint2 penceritaan dalam quran dan kena jua isi dipetak yang disediakan.sebagai contoh....ayat yang menceritakan penlantikan khalifah..so adik2 kenalah put those all answers tu dengan membuat isyarat seprti surah 2 ayat 30 semacam 2:30...ok..faham?then untuk part yang ke3..aku kena bedah satu surah ngan adik2 nih..tentang content,gaya bahasa,itu dan ini..menarik sesengat kan?..kan?


slot ke 5:puasa itu sangatlah best(aku olah sendiri.lupa tajuk da)

dalam slot nih aku tunjukkan kat adik2 gambar sistem pencernaan.dan aku minta adik2 bayangkan andai ada sebuah kilang,yang mesin2 didalamnya sentiasa terus bekerja tanpa mahu berhenti..so..apa yang akan jadi?!jawapan mudah dari adik2 adalah..mesin itu akan rosak,penat(?),dan molotop(meletup).begitu jualah dgn sistem penghadaman kita.

aku kupas bab puasa nih kepada 4 bahagian dari sudut ibadah,kesihatan,sosial,dan lain2

proh habes kurang lebih pada angka 2300.kami tidur di dorm abu hurairoh.pada mulanya aku antara assabibun alawalun(golongan2 yang awal) masuk tido.tetapi pada pukul 2.00am aku diserang oleh seangkatan soldadu nyamuk yang halus.lantas slot tampar menampar berlaku.setelah mata segar dan bugar,aku mengambil inisiatif untuk tido dengan mendengar sedikit lagu.entah macam mana ada member aku boleh terjaga dari tidur.then perli something pasal lagu yang aku dengar.dengan sepantas kilat aku buat2 tdo dan letakkan hp tadi kedada sambil memelahankan volume.(aduh malu.dah la tengah layan maaf tuk berpisah)...sila google sendiri lagu itu ya


diatas tadi adalah sedikit perkongsian peribadi^^,


slot ke 6:kantung bocor


ini adalah permainan yang paling kool dan super amazing.credit to the mastermind for sort of this game.PERTAMA,setiap kump akan memegang satu plastik yang berisi air.KEDUA,mereka diminta menjawab beberapa soalan hebat yang melibatkan sirah nabawiyah.mungkin ada soalan yang andai dapat peserta jawab maka para peserta akan dibenarkan untuk tambah secawan air.ada jua yang denda andai adik2 nih x dapat jawab maka beberapa jenis paku(kecil,sederhana,besar punya) akan menembusi kantung ataupun plastik adik2.(tyme nih ada dua tiga muka macam terharu sangat dapat lihat air di dalam plastik menjejes keluar.hehe..gelak diam2).ada jua soalan yang andai adik2 dapat jawab,akan diganjari dengan salotip(wah..yeye..leh tampal kebocoran)

andai kantung itu dapat ibaratkan sebagai hati,dan air itu ibarat pahala/iman manakala paku adalah dosa..tangkap x apa yang abang sam(senyum lebar lagi) ingin sampaikan?.(senyum lebar besar sedikit...mungkin aku akan bahas dalam post khas nanti...)

   walaupun penat tetapi puas.berbaloi.sekurang2nya aku berjaya memenuhkan masa yang ada dengan aktiviti yang bermanfaat untuk orang lain.moga ALLAH redha~