revolutionalists

9/3/11

si botak dan si tudung labuh.(last series.wah!)

       (kepada yang baru baca,si botak nih adalah satu watak yang aku(SS=sam senpai) reka,namun jalan cerita yang aku olah sangat hampir dan sentiasa berlangsung,kadang kala watak hitam mencintai watak cahaya melalui cinta)

                                                                      ~***~

           malam 3 september itu,konsentrasi aku ketika itu terganggu.walaupun buku tebal gedabak subjek physics terbuka luas,namun jiwaku tidak ikut berdetak sama.hati aku terbang jauh.sangat jauh.walaupun jauh aku melayang,namun ia sangatlah tenang.hey kawan.akukah aku ini?!come on la botak,gadis itu mana cocok ngan nafsu kau wei.kau solat pun jarang-jarang,lompong-lompong gitu.dia tu bukan sekadar alim,tuh pakaian tuh,tak mengiurkan langsung..lupakan dia dan teruskan hubungan terlarang dengan amalia kau tu.semacam begitu la kawan-kawan bloggers sekalian aku punya monolog tyme tu la...korang tahu apa aku buat?!selepas subuh biasanya ari minggu ada tazkirah,yang si muslimah2 nih akan turun dari tingkat atas masjid turun ke bawah la(maklumat dari sabri,classmate aku merangkap budak masjid regular).muslimah2 nih duduk dibelakang jemaah lelaki dengar tazkirah.aku harap dia perasan kelibatku dan aku pula dapat tatap wajahnya yang indah..alangkah

           ''mirul,bangun doe..jom masjid..subuh!''.aku pun x tahu kenapa,sungguh muslim aku pagi tu.tak pernah pernah bangun awal,lagikan solat subuh.aku ingat lagi,tyme tu amirul dah macam kena letrik dah aku tengok.bonggok punya budak.dia pandang aku tembus dengan mulut terlopong.lama.

           aku pun naik pelik,kenapa amirul terkocoh-kocoh berlari lari anak ke masjid.aku pun yang masih baru dalam dunia solat subuh ini pun ikut sama jela.''kita dah lambat nih!''getus amirul.apahal lambat pulak,awal lagi apa.balas aku dalam hati.sampai-sampai dekat masjid,aku lihat 2 kumpulan besar sedang duduk dan mendengar tazkirah barangkali.satu yang laki2 dan satu agi yang gadis2.amirul dan aku solat dibahagian belakang..aduh..malu sungguh aku andai si dia tengok aku dan amirul tercatuk solat kat belakang...kalau awal sikit kan bagus,silap ari bulan aku jadi imam....melepas!

      itu antara percubaan lakonan aku la.ada lagi cara lain.ada skali itu JPP kolej macam buka kepada sesape yang berminat nak kerja bawah biro2 yang ada.mula2 tuh aku tak nak la..tapi bila aku tahu si dia tuh menjawat jawatan sebagai penolong exco kerohanian.wa lincah regiester nama wa hari itu jugak.aku fikir mesti aku kerap jumpa dia kan.yela.paling kurang meeting seminggu sekali ye x?...mula2 itu hepy la kan,orang sibuk bincang perancangan nak imarahkan masjid,aku pulak sibuk nak bina masjid(faham x korang?huhu) tapi percaturan aku silap,lama2 aku mula bz dengan tugas.ya.tugas.diantara perancangannya adalah aku dilantik menjadi ketua prog bagi konsert malam amal.kau tahu,sikit lagi aku nak contact band indie hujan buat performance.yelah.mana lah aku tahu ni konsert amal islamik.aku nih pula 1st tyme buat-buat benda macam nih.pftt.

    ok.habis cerita konsert dunia-dunia tu.sabri pernah bagi tahu aku yang gadis2 masjid nih derang paling x gemar andai ada lelaki yang cuba mesej benda2 lagho(nih bahasa mereka eh).tapi idea mengatasinya.aku pun tulis la surat konon2nya nak jadi orang lama la.baru romantik..yeke?dalam itu bukan main aku tanya soalan tentang iman,islam,sampai cara2 nak solat pun aku tanya si dia,dia akhir itu aku selitkan ''boleh saya bersilaturrahim dengan awak?''..padahal amirul si pengkejut subuh aku hari2 terpacak dalam bilik haku.tak pulak aku tanya.mula2 tuh dia jawab la.peh...dia jawab pun lurus2 gitu..tak de hehe ke,huhu ke,tapi x lama..surat ke 3 dan ke 4 selepas itu dia x balas..mungkin dia tahu siapa yang tulis....eh..eh..

    kau tahu,bila sebut calon isteri..kompem2 korang musti terfikir yang baik2 lagi ayu betul?gadis yang akan membuatkan korang bahagia disamping sentiasa senyum pagi dan petang..ya..semua jenis lelaki pun akan setuju sangat sangat dengan statement aku nih.pasti.dalam pada aku ingin menganyam ketupat ukhuwah dengan si dia,datang pula seorang pesaing baru aku.ya.dia(si imam) jua ingin mengenalinya.hey kawan.mahu potong lain gue ke?jika ingin dibuat perbandingan aku dengan dia,terlalu jauh.samaada dari sudut ilmu,akhlak dan kepimpinan..dia yang mempunyai kelebihan dari sudut ilmu agama berbanding ku,akhlaknya semacam wali.aku pula.nakal-nakal comel gitu.ilmu agama hampir kosong..sebagai lelaki bergaya,aku takkan main kotor..dan apa yang korang rasa aku buat selepas itu?!

     tyme amirul tido gitu,aku akan curi2 selongkar ke meja belajarnya.mula2 itu aku baca2 jela buku agama nipis.yela.nak jadi budak alim sebab nak pikat si dia...entah kenapa lama2 aku teringin pula nak selak buku2 yang setebal tayar 15 inci itu.sikit demi sedikit aku hadam.andai ada yang tak faham,aku akan type dalam hpku.segala soalan nih akan aku tanyakan sendri pada ustaz semasa kelas agama nanti.kadang aku tanya la kat pak ustaz kelas aku tuh ada x shortcut nak jadi alim(sebab nak pikat si dia..itu aku tambah dalam hati).kau tahu jawapan ustaz apa?carilah lingkungan yang baik..ok.fine

     eh..eh..aku hampir terlupa pula nak ceritakan si amelia aku.ok.amelia nih aku kenal start dari awal sek men lagi.dia antara gadis yang berjaya tambat hati aku.sehinggalah pada ketika amelia mendapat 2 tawaran.satu dapat sambung ke jordon untuk pergigian dan satu lagi matrik untuk sains hayat.perempuan perempuan.amelia sanggup tu ikut aku masuk matrik sama.biasalah,makin lama aku dengan dia,aku makin bosan.nak kata x lawa..eh..jangan bilang,dialah yang tercantik di sek satu masa dahulu.sama kaya.tetapi entah kenapa aku terasa kosong bila bersamanya.kadang2 aku malas layan mesej yang dia hantar lewat malam(yelah..tyme tuh kan masa aku nak study plus curi2 baca buku agama amirul kan)

       masa berlalu dengan begitu sahaja.akhirnya aku kini berada di sem akhir.resah sungguh aku.exam lagi.rindu hati lagi.aku tidak tenang.yelah..aku masih bertepuk sebelah tangan.selepas tamat exam akhir nanti,maka terputuslah jalan untuk aku berukhuwah dengannya.punya la resah,sampai aku rasa bilik aku macam ketuhar.panas.rimas.aku bentang tilam tdo bawah lantai.aku pendam perasaan ku nih sorang2.amirul langsung aku x cerita...

      setengah jam sebelum exam dijalankan,aku sanggup tu redah semua dewan untuk mencari si dia kalau2 si dia ada diluar dewan.boleh la bagi motivasi sikit..ahakzz.tetapi takdir tidak menyebelahi aku,aku gagal dalam pencarian.aku pulang semula ke dewan asalku.dan setelah aku baca sebaris doa yang aku hafal malam sebelum itu,aku melangkah masuk...

     kini,matrik pun sudah habis,hampir 3 tahun aku berpisah dengannya,aku di utem dan dia entah dimana-mana sahaja.hilang dalam bayangan.tapi sejak aku habis matrik tuh,hubungan aku dengan amirul menjadi semakin akrab.ini adalah ajaib.entah.selalu jua ditanya khabar aku,makan minum aku,kesihatan,iman..care melebihi abah ibu aku yang bz keja memanjang.sampai satu ketika dengan suara yang agak serius dia menanyakan aku soalan headshot:

    ''eh,botak...kau sekarang nih masih dengan amalia lagi ke?''soal amirul
    ''dah lama la clash..ni sampai ke situ pulak nih kenapa?''balas aku laju
    ''takde la,sebab bukan apa,aku nih ada amanat orang yang aku kena sampaikan''jelas dan cermat suaranya
    ''tak faham?''jujur aku jawab

diam seketika.....

    ''orang yang dahulu kau kejar,dia kini sedia untuk disunting''suaranya semakin exceited

    ''jap..jap..siapa plak nih?''kali nih aku betul2 tak tahu

   ''si dia la,rumaisa..yang kau tergila2kan..musti ko pelik kan macam mana aku tahu semua nih?''soal amirul

   ''ha ah...macam mana dot?setahu aku,pernah la pulak aku beritahu kau kan?..kan?..kan?''soalan dibalas soalan..(sumpah..masa nih punya la aku excited sampai ayam yang aku gorang hangus.tyme tuh aku kat umah bujang)

   ''jumpa aku di mid valley k,pizza hut,11am''..

                                                               ~***~

               di dalam kedai pizza hut itulah menjadi saksi aku menangis terharu sehinggakan aku terpaksa dipujuk oleh beberapa orang waiters kerana aku terlalu sebak lagi terharu.rupanya selama ini,aku di matrik dahulu duduk dengan sepupu kepada si dia,rumaisa.dan yang paling memalukan aku adalah,aku nih terlebih perasan..patut la rumaisa' senyum tyme aku jogging itu,rupa2nya dia senyum dekat sepupu dia amirul,bukan aku...ayakkkk!!!

              dan akhirnya kami menikah.eh..eh..cepatnya aku menghabiskan cerita.sekejap.ada satu lagi part yang aku tak cerita.sebenarnya,pada hari peperiksaan akhir dimatrik bermula,setengah jam jua sebelum tu, si dia puas mencari aku dari dewan ke dewan..atas alasan ingin memulangkan surat yang ke 3 dan ke 4 cuma nasib tidak menyebelahi dia.sebenarnya nasib kami.kami saling tidak ketemu dalam lapangan matrik yang sama.ajaib sungguh...

             dan selama nih jua si dia,rumaisa mendapat info berkenaan ku melalui sepupunya,amirul yang kerap menalefon aku selepas matrik.subhanallah...aku ingat lagi selepas kami diijab kabulkan,soalan yang pertama aku tanya dia

            ''kenapa sayang pilih abang yang hina dina ini,kenapa x pilih imam besar kat martik tuh?''soal ku ala-ala manja gitu bercampur ungkit kisah lama.

            ''emm..apa ya?hehe..sebab sifat abang yang inginkan perubahan.ya.abang bersungguh-sungguh walaupun bukan niat kerana ALLAH pada mulanya,tetapi kerana saya.takpe la..yang penting sekarang..sayang akan bimbing abang untuk bercinta denganNYA pula''balasnya sambil mata melirih manja

            subhanallah..subhanallah...aku mencintamu kerana ALLAH,rumaisa' ku sayang....

    
    ok..la..rakan bloggers sekalian..itu sedikit tentang kisahku..dah lambat lewat malam dah nih..kejap lagi aku nak tahajud dengan si dia..sebelum itu ingat pesan nih:          

              "Barang siapa yang jatuh cinta, lalu menyembunyikannya dan memelihara kesucian dirinya serta bersabar sampai dia meninggal dunia, maka dia adalah seorang yang mati syahid."~al hadith


    yang benar:
    ~si botak~
    3.15am

(mesej dari penulis(SS):ok x cerpen aku kali nih?huhu.dan pasti ada yang bertanya nih kisah botak ke kisah sam senpai?ok..ok..ok..cukup..camni...korang pernah baca novel kan?cerpen ke?x semestinya cerita tu mewakili si penulis...walaupun mungkin nama watak yang dihidupkan sama nama dengan penulis novel..(eh..apsal macam tebelit2 nih?huhu)..jujurnya,aku menceritakan beberapa peristiwa yang mungkin pernah,akan terjadi pada si pembaca diluar sana ya..sekadar perkongsian picisan sahaja)

    

10 comments:

samzaifamily said...

terbaek bro.keep it up

wasabi.senpai said...

perhh brader.dah kahwin ke?masakan?!haha

kang_senpai said...

to samzaifamily:thanks ya=)

to wasabi:lom la...=)

Anonymous said...

tertarik sebab apa?
tudung labuhnya dan kesederhanaannya? hoho

Anonymous said...

nice cerpen.
kerana kemahuan untuk berubah ke arah kebaikan.. good2

pape pon, header kau hahaha terkejut aku.. molek2 sikit brader... hoho~

Anonymous said...

man............dah bace smua cerite nie....sgt lain dari yg lain..memang hati sikit terusik dri perbagai persepsi ke arah kebaikan heheee...
tp aku suka olahan cerita ang..memang nampk hidup dan fresh...

p/s: betul...bile kite cerita berdasarkan ap yg kita rasa or lalui..jalan cerita tu lebih menjadik n nice flow...:)

kalau lah ang boleh wat cerpen or novel ape2 je yg berkaitan sebergini suatu hari nanti..x semestinya cinta je kan..dakwah ke ape ke..tp cinta pon byk jenisnye kan...kompem aku akan beli buku tersebut hehee..


teruskan mengasah bakat man...n teruskan menjadik yg terbaik...lelaki yg baik untuk perempuan yg baik kan..:) salam

kang_senpai said...

to anonymous i:dari mata turun ke hati..dari hati maka dari situ timbul gelora jiwa..sebagai manusia..kita akan pandang yang nampak dahulu bukan?..ya..pada awalnya tudung labuh...tetapi keperibadiannya yang lebih menyerlah jauh.lebih mencintai kepribadian.form inside out.(mewakili apa yang si botak pernah cerita dekat sam senpai..aku dah kenal botak lebih dari 2 tahum..tu yang tahu..dia punya taste..huhu)

to anonymous ii:thanks u geng!ahaha..bagus la act macam gitu kan?dapat pahala pe.yang penting effort..owh...yang gambaR TU x sengaja duk tercatuk cmtu=)

to mai:alhamdulillah..aku pulangkan puji-pujian pada DIA yang memberi aku idea untuk menulis..thnks sangat2..dan terima kasih jua(bukan thnks dengan terima kasih sama ke?huhu) coz sudi baca dari post yang dolu2 sampai yang skunk..aku ada jugak niat nak wat..tapi macam x sempat sahaja...(mungkin banyak buat benda lagho kot...huhu)...aku hargai sokongan dan buah fikiran kau,kawan=)

nini said...

wow......tapi kalau ni cerita betul...alangkah....indahnya...-=D

Anonymous said...

macam cerita penulis sendiri :)wallahua'lam.
nway,semoga apa yang dihajati tercapai..Allah ytammem 'ala khair~

Anonymous said...

xde niat ape2 pun..cuma lega tgk sahabat bahagia (^^,)~