pengakuan:disini saya tidak bercakap tentang red devil(MU) ataupun mana2 watak fantasi.saya bercakap tentang syaiton nirrojim.ya.syaiton nirojim yang sangatlah istiqomah alahai(konsisten),berstrategi lagi sangat taksub dengan agenda serta hadaf yang hendak dicapai.(kenapa bunyi sedikit ala-ala dakwah disitu.?hoho)
(huskar seperti syaitankah?..ahaha)
mungkin sebelum ini,kita banyak belajar bagaimana ingin menjadi daie yang berjaya dengan mengikuti jejak langkah nabi2 yang terchenta dan para sahabat dan sebagainya.tapi sebenarnya syaiton pun mempunyai sifat yang amat menakjubkan(eh.disini bukan bermakna aku ingin angkat darjat syaitan ke apa ok?dan saya bukan ahli teras blackmatel.) dalam berdakyah ataupun mempengaruhi disetiap kerajaan hati ana adam.bayangkan disetiap detik sampai tidur sekalipun sang devil yang direjam ini menganggu,menggugat serta mengoda lagi cuba untuk meruntuhkan tembok iman anak adam disetiap perlakuannya.disini saya cuba bawakan sedikit contoh:
1)istiqomah:
daripada kita mula lahir sehinggalah kita di saat2 menjelangnya sakaratul maut.si syaiton ini akan menjadi follower yang sangatlah setia.tidak kira masa dan dimana.pasti kita akan cuba dijeratnya.
(naix pun mirip seperti syaiton..ho2)
2)sangat strategis:
seperti memancing ikan jua.kita memerlukan bait-bait(umpan-umpan) yang sama selera dengan si ikan itu.ya.begitu jua.berbeza-beza manusia maka bercabang-cabang pulalah cara ingin menjatuhkannya.jika seorang itu ulama,maka syaiton akan membisikan agar riak dengan ilmu yang ada,Jika seorang pembuat dosa,maka syaiton akan bisikan pula bahawa pintu taubat sudah tertutup,ataupun ALLAH itu maha pengampun,maka syaiton akan cakap,buatlah dosa kemudian taubat.bukankah ALLAH maha Pengampun.?sumpah.syaitan itu sangat genius,berstrategi dan tidaklah noob.
dan strategi syaiton yang lain adalah mungkin merosakkan niat yang pada asalnya ikhlas bagi si pembuat.(ok.ayat ni macam terbelit..HOHOH).sebagai contoh Si penderma yang derwaman,menginfaqkan berkepul-kepul dan berguni-guni wang kertas untuk pembiayaan tanfiz sebagai contohnya.yang.mungkin pada kali pertamanya ikhlas.tapi apabila melihat kepada berkembangnya madrasah tu,dan ramai pula produk2 al-hafiz yang dilahirkan.maka mungkin timbul ayat ini''owh..kalau bukan aku dahulu yang lakukan,nescaya semua ni takkan jadi''.ok.syaitan itu sangat pandai bermuslihat.dan muslihat itu tersangatlah shit!
iblis menjawab''Kerana Engkau telah menyesatk akan menghalangi mereka dari dari jalanMU yang lurus,kemudian pasti aku aku akan datangi mereka dari depan,dari belakang,dari kanan,dan dari kiri mereka.dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukuran aku,pasti aku'' al-araf ayat 16-17
konklusinya,syaiton is syaiton.bukan BFF kita.maka kita kenalah lebih konsisten dan berstrategi dalam menjaga hati kita.hanya orang yang ikhlas sahaja yang tidak dapat diganggunya seperti dalam surah ini:
Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka). (Al-Israa' 17:65)
ikhlas itu memanglah rahsia.tetapi as long buat sesuatu demi redha ALLAH,takutkan neraka dan mahukan syurga..insyaallah..3 benda itu menunjukkan keikhlasan.
sekian.semoga bermanfaat
p/s:disepanjang aku menulis post ini,syaiton banyak membisikan segala macam hal dekat aku.argggh!persyaitonkan syaiton.....!