revolutionalists

2/1/12

ini bukan cerita cinta 2 benua...


   Tadi baru sahaja aku  menjejakkan kaki disebuah dataran subur.dalam keadaan sakit aku berjaya melarikan diri dari kepungan  bangsa jin yang jahat.ya.disana.aku diikat dan disihir.mujur sahaja ada seorang ustaz yang telah melepaskan aku dari terkurung dibadan seseorang.aku  terbang mendarat di penghujung semenanjung Malaya.

    Pada asalnya,aku bernaung dibawah satu daripada beribu-ribu kerajaan islam jin.dan kami pun berbangsa-bangsa seperti makhluk lain.Cuma bangsa kami diserang pada ketika kami semua sedang beribadat di darul salam.tempat indah seakan madrasah dan masjid hendaknya.beberapa panah berapi laju menebak masuk ke kawasan kami.ada dikalangan kami yang ditangkap lalu disihir.tidak kurang jua yang terbakar.ada jua yang syahid disana.seluruh keturunan ahli keluargaku syahid.aku ditangkap.

   Ops sebelum terlupa.assalamualaikum dan selamat berkenalan.ya.aku jua adalah muslim walaupun bangsaku bukan dari kalangan kamu.nama aku fahmi.cukuplah sekadar itu.biar pendek tapi senang ingat.tidak begitu.?aku dianugerahkan ALLAH sepuluh ribu sayap.dan ini berbeza mengikut individu yang ada dikalangan kami.ada yang dianugerahkan lebih banyak dari itu.

       mahu melihat aku?ya.aku boleh dilihat hanya bagi sesetengah individu dikalangan kamu.namun itupun apabila hijab diantara dua dimensi terbuka.tidak percaya?mungkin aka nada satu ketika kamu bisa melihat dialam yang satu lagi.tapi aku jua bisa menyamar menjadi manusia kerana itu memang dibolehkan.mungkin aneh bagi mereka yang baru percaya tentang kewujudan kami.sebenarnya aku diantara mahkluk yang agak panjang umurnya.sekarang ini umurku sudah mencecah hampir 700 tahun…emm..anda masih ragu2 ya?tidak mengapa…

     Berbalik kepada kisah yang tadi-tadi,aku berjaya jua melarikan diri dari dikurung.sampai sahaja disini.maksudku ditanah Malaya ini atau tepatnya Malaysia,aku seolah-olah dipanggil untuk kesuatu rumah yang aku sendiri nampak cahaya keluar darinya.terus  menuju ke langit.dalam sekelip mata aku berada ditubir jendela rumah yang suatu itu.


didalamnya aku melihat sekujur tubuh.cahaya keluar lalu tersimbah keseluruh jagatraya.aku menyorotkan pandangku pada figura itu.subhanallah dia sangat cantik sekali.dari bibirnya.keluar kalimah-kalimah kudus ayat suci al-quran.aku terkaku sebentar kerana yang dibacakan tadi adalah potongan surah jin yang bermaksud

Katakanlah: "Telah diwahyukan kepadaku bahawa sekumpulan jin telah mendengarkan, lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami telah mendengarkan al-Qur’an yang menakjubkan.” 

   Eh..eh..tadi baca surah lain..kenapa serta merta beralih surah ni..adakah dia perasan dengan kehadiran aku nih?-aku bermonolog
   Tapi andai aku berbisik sebelah dia pun adalah dia akan perasan?.’’hai awak.nama saya fahmi.dengar tidak?’’…

 Sangat terkejut aku apabila dia menoleh kearah aku.dia mengecilkan mata.seperti ada arus yang mengetarkan jiwa mengoncang tangkai naluri aku.aku dapat merasakannya.sebelum aku lupa aku dari kalangan lelaki dari bangsaku.ah..nanti la aku ceritakan.soalnya bukan dia melihat aku.sebaliknya dia melihat kepada sebuah bulatan yang didalamnya terdapat angka yang bergerak-gerak.aku kira itu adalah alat pengukur masa bukan?ya..aku dengar-dengar jua yang kalian ada nyatakan itu adalah jam.
Lantas si gadis tadi berjalan keluar rumah sambil memikul sesuatu yang didalamnya ada  beberapa kitab bersertanya.aku bahasakan gadis tadi nur.kerana aku melihat cahaya yang tidak pernah padam keluar dari tubuhnya.sangat takjub.seandainya aku manusia.mungkin cahaya ghaib tadi terhalang dari aku melihatnya.

   Si gadis nur tadi berjalan dan menaiki sesuatu.aku kira kuda tapi tiada pula kepala dibahagian hadapanya.benda itu pun membawa nur pergi…kesuatu tempat.diriku masih berteka teki.kini aku berada disebelahnya sahaja.nasib sahaja hijab pandangan dia masih tertutup.aku masih tidak kelihatan pada pandangan majazinya itu..wajarkah aku satu masa nanti menyamar sebagai manusia?....jika keadaan mengizinkan..tapi atas sebab apa?


insyaallah..tunggu episod akan datang ya(mungkinkah cerita ini best?anda yang berhak menilainya)

(ok.aku ingin membawa anda meneroka sedikit sebanyak tentang latar belakang kehidupan  jin ini..aku kira mungkin bagusnya aku menterjemahkan kedalam bentuk cerpen agar ia nampak menarik,hidup dan lebih subur..bersumberkan 2 buah buku karangan tuan guru dato’ dr haron din dan karangan saintis abdul razak naufal ..satu buku bertajuk menjawab persoalan makhluk halus dan sebuah lagi alam jin dan malaikat)

No comments: