assalamualaikum dan salam lebaran..
~just a simple and very short story~
kurang lebih jam 11 pm hari sabtu itu,aku bertolak daripada KL central menuju ke JAYBEE menaiki ktm.entah macam mana,nak dijadikan cerita yang sangat sadis,selepas aku menelan beberapa bar coklat kadbery yang berharga rm4.50 itu.lantas aku menganduh kesakitan dek kerana mungkin x biasa makan coklat la kot.fikirku time itu.dan aku pun x pasti adakah teori jarang makan coklat akan menyebabkan sakit untuk si pemakan yang baru nak jinak2 dalam keceklatan.
so.aku cuba 'diverge'kan fokus aku pada kitab sunan musafir yang dimana siri2 watak putih menentang raksasa kegelapan.dengan harapan sakit aku akan sembuh(haha..ayat macam sakit kuat2 gitew).dan yeah.berjaya.aku dan rasa kekurangan sakit disitu dan aku cuba jua memujuk mataku agar melakar satu hamparan mimpi yang indah selepas itu(cakap tidur kan senang...huhu)
tup..tap..tup..tap..aku dah sampai ke jaybee..perhentian dekat ngan kempas lama.ok la.aku pendekkan cerita lagi.setelah seharian beraya sakan didalam rumah sendiri(erk).aku tetiba sahaja mengalami sakit yang berdenyut2 dikepala aku lantaran sakit gigi aku yang baru sahaja memulakan lariannya.sampai aku terpaksa baring dan tidur untuk menenangkannya.then jika sakit sangat aku cuba telan ais dan ais krim periasa vanilla.ini kerana perisa vanilla sangat effective dalam mengurangkan transmission of pain impulse to brain(ahahaha..sumpah..kali nih aku tipu fakta..huhu)
then.still sakit lagi.oleh kerana aku masih sakit nyut2..aku pun berjumpa dengan seorang ustaz inilah.so..ustaz tersebut merukyah aku(erk..bunyi macam masuk jin pun ada)..rukyah itu satu kaedah rawatan islam berdasarkan ayat al-quran dan zikir2.then..the result is..ada macam sebentuk cincin yang melingkari gigi aku.dan ada beberapa benda tajam yang tertusuk diantara laluan geraham ke telinga haku.erk.yup.korang mungkin x dapat imagine coz benda2 camni biasanya terhijab dari pandangan mata bogel(naked eye) kita..
dan diakhir2 rawatan itu.ustaz itu berpesan yang mungkin..aku ulangi sekali lagi..MUNGKIN ALLAH sayangkan aku,dia bagi aku sakit kerana amalan ramadhan aku kali nih tidak mencukupi seperti2 bulan2 ramadhan yang sebelumnya..(dalam hati aku terfikir 2 benda..yang pertama..sweetnya ALLAH coz dia bagi sakit itu bukan untuk apa..tetapi DIA mungkin nak dengar rayuan aku kepadanya...rayuan mintak dikurangkan sakit gigi dengan banyakkan berzikir...dan yang keduanya...betapa orang yang baik2 ini...macam ustaz yang aku cakap tadi..mereka nih tetap bersangka baik ngan ALLAH...sakit itulah penghapus dosa dan peningkat derajat kata mereka lagi...subhanallah...subhanallah)...
p/s:sampai demam aku dibuatnya lantaran sakit gigi nih..hehe..tetiba rasa cam nak cari doktor gigi di pagi2 raya nih..tapi...alahai...semua tempat tutup...alangkah indahnya jika bakal isteriku doktor gigi....erk...kesitu pulak dah!=p