revolutionalists

4/25/10

hurmmpeh/hampeh



Semalam..
Tgh2 berjinak2 ngan fesbuk…tetibe cuping telingga disinggahi gelombang bunyi selain lalat cute yg terbang menghampiri.''petang nih kita gerak''kata abahku rambang…'awainyer'getus ak..ade sedikit nada kerisauan..(sedey nk tinggalkan fesbuk yg merangkap chenta pandg pertamaku..jage diri leklok)…dengan memprktikkan cara bujang… baju selauq kain dilempaq(pekat no loghat utara ak) kedalam beg tanpa sedikit perasaan kecewa..nah!x sempat agi buah epal nk jatuh mengenai kepala isaac newton(menunjukkan betapa lajunyer tgn ak mengemas) .natijahnyer,begku sempurna dipacking dalam beberapa seconds….



Destinasi yg kami tujui terletak jauh di nun..ceruk keluang habaq hang!..dekat ngan daerah mersing..perjalanan yg memakan masa sepurnama setengah jikalau menaiki unta hijau cukup melelahkan(best2..leh solat jama’ qasa)..fuh3.dalam pada itu ak cuba untuk menikmati saat hibernasi..atau diistilahakn sebagai tdo pnjg sepnjg perjalanan.







Sampei disana didestinasi..berdekatan dgn kampg peta setelah matahari tinggi mencanak diatas tengkorak kepala kami.kami menurunkan bot dan memasangnya..dan ketika ini dihulu selangor sedang hangat berlangsungnya pilihanraya…(tetibe meleset kesana).renek2 peluh jatuh berguguran..dan akhirnya siaplah dia bot kami.



Diketika ini ak yg mengambil posisi dihpn sekali dan kalau ditakrifkan distadium bola sebagai penyerang(striker) bertugas untuk memastikan perjalanan selamat..usha2 batu atau kayu kiri kanan dan memberi arahan kepada kapten bot..encik roslan.sehinggalah kami terkelih atau dalam bahasa malaysia baku disebuk terpandang satu tebing curam yg indah melatari kawasan berhampiran ngan lubuk.


My father meng’stopkan’ bot kami ditebing.berumpankan anak ikan dan cengkerik..kami melabuhkan joran.setelah 2 jam sesi baling tarik..tarik baling(dan baling,satu tmpt dikedah..)..namun yg naik hanya matakail yg kehabisan umpan.hampeh seketika .cis!tapi takpe…perjuangan ditroskan


2nd lubuk.kompem kali nih ayor die ijau pekat..menunjukkan betapa dalamnyer that kind of lubuk…'musti byk ikan'detik hatiku.dan yg sama berlaku..tiada tangkapan direkodkan…dan diketika emakku memusingkan kekilinya…kelihatan buntal gemok gedempol mengekori kail nya.cis..''dasar maling''kataku dengan emonyer.(maling=pencuri…)…buntal diair tawar sama sahaja dengan buntal diair masin…suka mencuri umpan…

..oleh kerana kudrat empat lima keratku kehabisan tenaga..maka semangat untuk menyerah kalah kelihatan…ak membiarkan sahaja joranku sendiri menyepi.senyap.ak portkan badanku diatas pasir dan zzz..



Semasa hendak pulang,langit seolah2 menangisi permergianku..dan ini menyusahkan lagi untuk kami menyimpan dan menaikkan bot keatas kete kami..dan akhirnya kembali pulang setelah malam merangkak dan siang jauh menyepikan diri ..tapi alhamdulillah…sekurang2nyer ak dapat melihat alam yg indah dan menremovekan peluh.end.

6 comments:

cik nadeeya said...

sonoknye gi memancing..
kejelesan terserlah disini.. :)

sam_senpai said...

ahahah...tu la nk ajak jauh..kalo dulu sempat pancing ikan kt ipoh..dah lame ku ajakmu..huhu

cik nadeeya said...

hehe` tue la psal kan..
xpe2, bile ader rezeki..InsyaAllah.. :)

sam_senpai said...

amin40...tapi mase tu bia la nadeeya dah kawen...leh ajak suamimu mancing sekali denganku..hik3

+akufobia+ said...

nak ikut nak ikut nak ikut.

sam_senpai said...

erk.dah terlambt.hik3