revolutionalists

6/29/10

tautan hati

















selemah-lemah manusia adalah org yg tidak boleh mencari sahabat dan org yg lebih lemah dari itu adalah org yg mempersiakan sahabat yg telah dicari~saidina ali





bertempat di port dickson sentury beach resort.maka terikatlah hati antara kami yang dinamakan tautan hati,terimalah penceritaannya.



4jam perjalanan tidak terasa melelahkan.ak,zaid,daus,syafiq,dan anas jika dihitung,lima kepala semuanya memenuhi perut saga diikuti dengan 4 kereta konvoi yg laen.sang suria merangkak masuk ke ufuk timur dan kami pula masuk ke persimpangan resort itu.pukul 12 kurang lebih kami sampai.setelah check-in,kami angkut pekakas memasing ke dalam hotel(kelihatan sedikt seperti apartment).tempat kami agak selesa.udara nyaman air cond mempelawa diriku untuk memposisikan badan sesopan yang mungkin diatas tilam.dapat jugak layan sesaat dua(maklum la.semalam x tido langsung.layan kedai punya pasal)


tidak mahu banyak berceloteh.anyway,ak bangga dengan beberapa ketul individu yg datangnya dari mesir dan jordan turun bersama kami semata2 ingin menghangatkan lagi pertemuan antara kami.memang ak terharu biru merah jingga,member lama yg sorang tu balik.hehe(ok2..x nk gembira sgt..nanti x leh tdo malam nih).ada yg berambut panjang,botak,mohawk dan masih bertudung labung..of course.(ak kalo dapat tgk tdg labuh sejuk hati bai..at least tengok telekung jadi la.labuh jue kan.he3)






btw,ak semakn bangga dengan marwan(mawe).ak nampak mukanya semakin bercahaya selain pendakapnya(hehe).banyak yg diluahkan.kau masih lawak seperti dahulu

6/22/10

sgtLAH jauh

....dan akhirnya,ku click button 'tidak setuju'.bermakna ak telah menamatkan sesi tawaran sambung belajar ke utem dalam bidang kejuruteraan.dan kini berharap akan panggilan dari uitm puncak alam.

semalam.fesbuk-ing,then ade member mengutarakan komen tentang further studies.dia bilang sama ak setelah menyokongku dengan mengatakan(ayat da kurang lebih)''
nsihat aku...blajar bnda yang rasa hang minat n yang hang boleh buat...x kira apa risikonya...klau hang tak minat n hang rasa hang xley skor klau blajaq bnda tuuu dont go for it....''...sambungnya lagi ''ramai jaa yang rasa bnda yang sama ngan apa yang hang rasa...aku pun amik rsiko p trengganu ngan harapan aku ley 2kaq kos...klau tak xley jgak pas 1sem....aku takkn teragak2 untk kuar dari uni tuu...by d way...u r welcome...''kata member ak dgn yakin,cepat dan betul.

alhamdulillah,sekurang2nya ak dah ade supporter selepas familiku dari kalangan member.tq bangat.

p/s:ak rasa perjalanan belajar ak terlalu jauh la.he3

6/17/10

untuk post ke-100.ak menangis

Kenapa impian itu bukan seindah angan-angan? Kenapa kehidupan tidak semudah perancangan? Kenapa kebenaran itu kadangkala pahit? Wahai hati, itulah kehidupan. Sesaat manis akan melupakan setahun pahit. Setahun pahit akan hargai sesaatnya manis. Hidup manis tanpa pahit membuat kita lupa siapa kita. Hidup pahit tanpa manis menjadikan kita lebih cekal dan pandai menghargai.

http://img411.imageshack.us/img411/6366/sadness800ro7.jpg

Wahai hati, bersabarlah, bersabarlah dan bersabarlah. Jika hari ini langit itu cerah, belum tentu cuacanya baik. Jika hari ini langit itu hujan, belum tentu cuacanya buruk. Wahai diri, simpanlah anganmu, jejaklah di bumi nyata. Lihat sekitarmu, hargai apa yg dimiliki. Cubalah menghargai walaupun tidak dihargai.

http://img503.imageshack.us/img503/3503/catsmilens6.jpg

Wahai minda, jernihkan dirimu. Ungkaikan segala kekusutan, hilangkan kabut keraguan. Bertindaklah secara berhikmah. Ingatlah, sekali gagal bukan selamanya gagal. Bersabarlah, bersabarlah dan bersabarlah. Ingatlah. Di sebalik awan mendung itu tersembunyi sinar mentari yang terang, Pahit itu cabaran tetapi yang manis itu belum tentu kurniaan. wallahualam...

(nway,ak pick dari laman iluvislam)

6/16/10

menjangkaui sebuah isu

malam itu.hatiku lebih tertumpu kepada bait2 puisi yg dilantunkan oleh saudara hilal asyraf(novelis islamik).alunan suara jauh meresap didalam kotak hatiku.sungguh bertenaga dan terkesan.beliau menyampaikan sajak suara rintihan anak palestin dengan penuh penghayatan.dan memang dketika itu seakan2 masa telah berhenti buat sekian kali.kaku.ribuan mata bertumpu kepadanya.




ceramah yg bertempat padang berdekatan dengan surau jauharul mutaqeen(belakang umah ak) dihadiri 2 tokoh besar haluan diwakili DR arbain dan aqsa syarif oleh ustaz hasanuddin).

tempat yg hampir penuh walaupun terdapat lompong2 chomel ditengah2.

kan best kalau semangat kanak2 nih turut ada pada kanak2 dunia yg laen.

dengan semangat ustaz menrungkaikan cerita dari atas kapal sehinggalah penyerangan komandon yahudi vavi ke atas mereka.
Dr abain menceritakan bagaimana beliau melihat aktivis ditembak dikepala sehingga terkeluar otak.seram sungguh.dan kejam yg teramat.

masih bersajak.go2
kutipan malam tu menjangkau angka 7k.alhamdulillah
suasana biasa.dimana ada event,disitu ada kedai.end
tak lupa kepada tajudin(TJ) kerana sudi mengantikan tugasku sebagai cameraman.ALLAH sahaja yg mampu membalas pengorbanan anda.end












































6/14/10

ada apa dengan 1.618?

antara keajaiban.jika anda x buka link ni.anda akan merana.pesanku,bukalah(^^,)~
http://www.youtube.com/watch?v=19zUWMCJTnE

100km

....gelebak gelebuk.wah.sudah masuk ni dah bape byk lubang ak rempuh.peh.dahsyat(sambil mulut pronounce).

begitulah saat dan ketika sesi pemanduan ak,menyambung tugas sebagai driver dek kerana abahku mengantuk tahap pening2 laut.perjalanan dari tasik bera ke segamat memang melelahkan ditambah jalan yg berlubang2.sampai satu ketika ak mencipta satu games.ak menyuruh adik ak kira lubang dan berapa yg berjaya ak elak.ade la skali tu combo.3 lubang ak berjaya elak berturut2.tahniah(mengucapkan tahniah kat diri sendiri tidak digalakkan).meter menunjukkan angka 60km/j.ditambah dengan hujan lebat.kekadang tu mengantuk pun ade,ak terpaksa cubit peha sendiri.mencabar sungguh pemanduan dihari ini.end

6/9/10

anda rugi tanpanya



salam planet bumi.bertemu kembali.bersama kita,buku yg jarang skali berada dipasaran.gaya penulisan yg mudah,ditambah contoh yg bisa mengalir lembut kedalam kotak minda dan relung hati lantaran mudah untuk dicerna.tanpanya,anda rugi. buku yg berkisarkan kisah syaitan,nama2 syaitan,strategi sang syaitan yg menjerat kita.dan cara untuk menepisnya.diselang selikan jua dengan nas2 dari alquran dan al-hadis.smoge bermanfaat buat penduduk bumi.jika syaitan nk baca buku ni jua pun boleh. ku selitkan jua tajuk2 yg menarik antaranya:








selamat membolot dan mencerna:
~senpai~

6/7/10

tukang masak




salam ceria.hanya ada sehelai cerita untuk dikongsi.mukhayam f5 di mersing.menjadi fasi dan tukang masak memang memenatkan.oleh kerana penat.izinkan ak untuk bercerita hanya menggunakan gambar














6/4/10

menapak ke mersing

tugasan:menjadi fasi mukhayam
tempoh:3 hari dan suku
tempat:mersing
target:dak f5 smih


MySpace...dan diketika ini,waktu berganjak dan merunduk ke angka 5 ptg.namun persiapan untuk mukhayam masih belum disempurnakan(x kemas pon lagi.teruk sungguh senpai ini).masih teringat agi kata2 member''ala..5 minit campak.siap''.wah.pantas sepantas superman.inilah kelebihan yg terdapat pada lelaki.last minute plan.berbanding dengan wanita(mungkin betul atau tidak,jgn marah tau)..seminggu sebelum sebarang aktiviti sudah fikir nk beli apa.nak bawa apa.patung bear nk bawak jue ke?.(hehe..sowi.melebih).kerana wanita itu teliti dan lelaki pula pantas dalam bertindak.

~yg menapak ke mersing~
...senpai

6/3/10

ak kesepian sementara sahabat laen berdemo

hari in(tgh hari jumaat).ak diumah bertemankan lampu,kipas,dan tenet.sebentar sahaja lagi nkpi umah adika sat.ak,talhah,mubin..sementara sahabat yg lain berjuang,berdemo di KL.go2 palestine rangers.sementara ak kesepian.end

bz seperti doktor


...pagi tadi sempat menjelajah hospital sultanah aminah.untuk mengambil ubat atok.penat jua.dari blok ke blok.lihat jua bagaimana situasi yg sibuk disitu.org yg tidak putus2 datang.ak membayangkan seketika diriku sebagai doktor dengan stethoscope di dada.then menuju ke klinik hidayah untuk mengambil ubat yg laen.dan sekejap lagi nak menjengah farmasi pula.untuk tujuan apa?ubatlah jawapannya.

6/1/10

menangislah sebagai anak pejuang


...salam intifadah semua
baru balik dari demo-ing in kl.1000 jasad berkumpul.demo dilancarkan berikutan siri serangan komando rejim zionis setan ke atas kapal mavi marmara yg membawa muatan 10000 tan bahan seperti binaan,pakaian,makanan dan perubatan ke GAZA tempoh hari.didalam armada itu terdapat 12 org rakyat negara kita.mavi marmara diserang diperairan antarabangsa.16 had been killed,then more than 50 seriously injured.tak hairan la,puak ini sudah menumpahkan darah sejak beribu2 tahun yg lalu.persoalannya..apakah respond aku dan kamu?

sejujurnya ak mengatakan,semangat juang ak dan kamu sering luntur kerana kita manusia diuji dengan sifat lupa,malas dan suka duduk diam.peringatan ibarat baja.jom padukan semangat dan langkah.bersatu atas dasar akidah dan dasar kemanusiaan.berjuanglah sementara semangat juang membara,jangan sampai semangat jadi beku baru nk berjuang kencang.menangislah sebagai anak pejuang.hanya yg berjuang yg tahu bernilainya maruah dan hidup.end