revolutionalists

11/23/12

kaseh abadi

            aku melihat dia tergesa-gesa untuk pulang.matanya melilau kekiri dan kekanan.sambil melangkah yang sudah sekian lama hilang rentaknya.nasib baik tak tersadung sesuatu dan moga-moga tidak la.doaku dalam hati.

       dan aku berani bersumpah ini kali ke tiga aku mengushanya dibawa minda separa sedar.eh.bermakna sebelum ini aku pernah mengusha dua kali lagi la kiranya.yang pertama ketika dia menunggu bas.punya la dia kalut yang amat.ketikamana aku melihat matanya tidak pernah lekang dari melihat jam ditangan kirinya itu disamping mulut yang terkumat kamit comel mengungkapkan sesuatu.dan aku tidak faham.

      walaupun aku tidak mengekorinya.tapi perasaan aku seperti bayang yang terbias dari sisi badannya.perasaan aku sentiasa mengekorinya.aku suka dia?eh.mustahil la.bukan aku ingin menafikan tetapi memang hakikatnya begitu.aku tidak punya rasa suka.hanya rasa ingin tahu.dan dari rasa ingin tahu inilah.aku merancang sesuatu.

     sebelum itu.aku pernah la jua dengar cerita pasal si dia ini daripada mulut member aku sendiri.si dia ini seorang gadis yang sangatlah payah untuk dimengorat.dia sangat tegas dengan prinsip.dan sangat hidup dengan matlamatnya.dan yang paling penting sangat melindungi.eh.yang bab itu aku tak setuju.sebab aku tak pernah nampak lagi ciri-ciri ataupun peristiwa yang mengesahkan keshohihan itu.

    ingat lagi.malam itu,dan ini bukanlah termasuk dalam plan aku pun.dengan tidak sedar lagi,aku mengekorinya pulang kerumah.ala-ala ninja pun ada jua ketika menjejakinya.dan owh.sebelum terlupa.aku pada malam itu ketika pulang dari program malam palestin yang dianjurkan oleh aqsa syarif bersempena mengutip dana untuk projek pembangunan disana,aku terserempak dengannya secara tidak sengaja.dan aku yakin dia perasaan kehadiranku tetapi buat tidak endah.jual mahal la tu.kataku dalam hati.tapi kalau jual pun.ada ke aku nak beli?.walaupun aku x  nak beli.tapi aku mengekorinya sampai ke muka pintu.seperti aku sudah memendekan cerita aku bukan?tersenyum.

   bagi aku.tidak penting cerita yang panjang-panjang,asalkan orang nampak apa intipati yang hendak disampaikan.ok.ok.bersambung.aku pun melihatnya membuka pintu.pintu itu dikuak.terdapat budak-budak yang masih kecil sedang menyalaminya dan menciumi tangannya.barangkali itu adik-adiknya.naluri hati aku megiakan.setelah itu adegen kurang 10 saat itu berlangsung.mereka semua masuk ke rumah.

   satu perkara yang menlintasi benakku.eh.sejak bila pula dia ada adik-adik kecil ni.dan eh.kenapa aku mahu ambil tahu nih?ahh.abaikan.aku pun melangkah pergi setelah itu.

   hari demi hari pun berlalu.waktu berganjak dan tidak pula mahu berhenti.sehinggalah membentuk usia 5 tahun.ya.sudah lima tahun berlalu.tapi perasaan ku tidak sebegitu.ia ibarat statik.statik pada perasaan ingin tahu perkembangan si dia tidak pernah surut dan luntur.






 -----------------------------------BERSAMBUNG---------------------------------------------------

penulis:aku ingat nak panjangkan lagi cerita ini.tapi takpa,tengok kepada reaksi pembaca dan komen dahulu
   

    

2 comments:

NurQaseh90 said...

tgh syok2 bca, tetiba 'bersambung'...haha
bila nk sambung?

kang_senpai said...

aku cuba buat dalam tempoh 48jam.thanks coz support;)