revolutionalists

11/24/12

kaseh abadi(TAMMAT)


                 hari ini bumi seolah bernyanyi-nyanyi riang.seriang hatiku.sang petala langit dan bumi seolah-olah sedang merayakan hari kemenanganku.eh silap.hari kemenangan aku dan kawan-kawanku.hari ini tepat 23 november 2014,sekejap sahaja lagi aku bakal dianugerahkan dengan segolong ijazah sarjana muda dalam bidang dentist yang aku ceburi selama ini.bidang yang sangat aku gilakan
semenjak dari bangku sekolah lagi.

                 ingat lagi ketika didalam kelas itu.aku diketawakan oleh rakan-rakanku lantaran aku menyatakan hasrat ingin menjadi doktor gigi.pada ketika itu,aku hanya mempunyai 2 batang gigi sahaje yang berwajah suci(puteh) selain gigi-gigi ronggak yang lain yang sibuk ingin mengambil tempat didalam gusiku.bunyi sahaja loceng.aku terus berlari lincah pulang ke rumah dengan baju yang basah lecun akibat pecahnya empangan kesedihan itu.sampai sahaja dirumah aku terus memeluk ibuku.dan menceritakan segala hal.hanya dengan sebuah pelukan hangat,seolah-olah segala masalah hilang dibawa angin pergi.

                ''auch.kenapa kau siku aku?''aku menganduh kesakitan setelah shah sulaiman menyiku tulang rusuk kirikuku.(mendalam jua maksud ni sebenarnya.hehe)

                ''tak,bukan apa.dari tadi aku perhatikan kau,berangan.tersenyum.selepas itu buat muka yang sangatlah sedih.wei.ni musti nak kongsikan apa-apa dengan aku kan.biasalah.aku kan tempat kau mengadu''balas shah sulaiman dengan nada sedikit mengejek ala-ala manjer begitu.

               ''tak da la.aku teringat kisah hidup aku yang x berapa nak jadi dulu-dulu kala.adala peristiwa yang sedikit mencuit hatiku.adala''seraya mulutku berkata jujur.

             ya.itulah shah sulaiman.diantara kawanku yang agak rapat.bukan agak tapi memang pun.ketika dikolej dahulu.dialah abangku.dialah ayahku.dan dialah segala-galanya buatku.tapi yang segala-galanya itu jua diakhir penceritaan hidup,kita terpaksa melepaskan jua dengan hati yang sangat berat.moga kau ketemu tulang rusuk kiri shah setelah kau siku tulung rusuk kiriku.huhuh

            pada waktu kejadian,ketika nama aku diumumkan,seolah-olah ruang waktu diberhentikan.jarum jam seolah2 segan untuk menganjak dan berpusing.suasana menjadi bisu.sepi.ribuan mata malah mungkin puluhan ribu jika aku tidak silap memandang tepat,tembus kearahku.langkahku diperhatikan.dengan lafaz bismillah dan ucapan terima kasih.segulung ataupun scroll itu telah berpindah tangan.dan sesaat selepas itu sahaja.aku mendengar satu tepukan dan sorakan yang sangat kuat sehingga kan ingin sahaja pecah gegendang telingaku.maaf jika terlalu hiperbola.dan aku mengawal langkah dan melemparkan senyuman secara rawak keatas yang hadir.

           setelah segala bagai majlis konvo berlangsung.aku dikejutkan lagi dengan kehadiran seorang budak yang pada hekmat aku mungkin berusia 10 tahun.dengan wajah yang penuh harapan dan senyuman,dia menyerahkan aku sehelai sampul dan setangkai bunga ros merah yang mekar.setelah dia menyerahkan surat.lantas dia menarik tangan aku dan menyalami aku.dan terus hilang dalam lautan manusia.hati aku dihurung rasa terkejut yang maha dahsyat.dan beribu soalan datang mengenjah pintu hatiku.

          tapi pada ketika itu,aku mengatakan pada diri aku yang aku tidak akan buka surat itu.selagi aku belum betul-betul berada diatas katil dalam bilik divilla ku.aku melencongkan diri bersama teman-teman di pizza hut demi merayakan hari yang gilang gemiliang itu.namun suara hatiku tidak bersatu dengan suasana itu.persoalan menendang-nendang jiwaku.aku sakit.lantas aku meminta untuk mengundur diri dan mencipta alasan yang migrain aku bakal sampai x lama lagi kepada teman-temanku.dan mereka merelakan pemergianku.

         sampai sahaja dirumah.aku terus berlari lincah selincah aku berlari pulang dari sekolah rendah ketika dulu-dulu kala,dan terus melompat diatas katil.dan berbaringan.sambil pandangan ditebarkan ke syiling rumah.aku lantas membuka bucu surat itu dengan berhati-hati dan dup dap dup dap.ya.itu bunyi jantungku.

         ''assalamualaikum,saudara irfan evans,yang sudah bergelar doktor gigi hari ini

          mungkin ini seperti surat-surat yang tipikal yang kebiasaannya muncul disaat-saat pengakhiran cerita selayaknya.sekalung tahniah dan rasa syukur aku panjatkan kepada TUHAN yang menjaga aku dan engkau selama ini.hari ini,dunia berserta langit seisinya menyaksikan engkau bergelar seorang doktor gigi dengan cara yang terhormat.aku yang disini.masih lagi,tidak putus-putus dengan doa yang aku terbangkan buatmu.walaupun kini kau sudah berjaya.namun.kiriman doa akan aku teruskan sehingga nyawaku dipengakhiran''

         arghh..apsal touching-touching pula nih.adeh.eh.siapa pula minah yang hantar surat ini?.monolog aku bergema gila.aku pun menyambung  membacanya kembali..

         sebelum itu.lupa pula ingin memperkenalkan siapakah figura yang menukilkan bahasa hati ini.nama ku sharifah syazana.pemilik nama moden yang mempunyai tanggujawab besar.mungkin kau berasa sangat hairan dan tertanya-tanya.maaf.dua sahaja tujuan aku menulis surat ini.ingat lagi saat kau ikut aku secara senyap-senyap pada tanggal 25 ogos 2009?

       arghh..sudah minah nih.main gila pulak ngan aku,cis!rupanya dia tahu aku follow dia.x de la ninja mana aku tyme tu.monolog kali kedua pun bergema gila.tapi ini semakin gila.aku meneruskan pembacaan.

      aku sudah lama memerhatikan kamu,mengikuti aku.tetapi aku tidak tahu bagaimana aku ingin menceritakan keadaan aku buat masa itu.sebenarnya.sehingga kini.aku masih tidak kemana-mana selepas SPM detik itu.aku masih setia dirumah itu.membesarkan adik-adik aku.aku sehingga kini berkerja sebagai casher disebuah kedai makan ternama disekitar bandara johor ini.bukan aku tidak mahu menyambung pelajaran.malah aku sendiri ditawarkan belajar ke kotaraya yang mempunyai istana buckingham.yang terkenal dengan sejarahnya.tapi aku menafikan semua itu kerana aku tahu.jika aku terbang kesana.aku akan abaikan nasib adik-adikku disini.sedangkan hanya aku sahaja dalam hidup mereka.cukuplah aku menjadi ibu dan ayah kepada mereka.

     empangan egoku pecah.terusan air mata yang tidak dipinta mengalir laju mengikuti alur pipi.aku tersendu seketika.setelah air lapkan air mata dengan selimut aku.aku teruskan membaca

     itulah aku dan adik-adikku.dan tentang hal yang kedua.sudah tiba masanya aku mengatakan yang aku sudah lama cinta engkau saat kali kedua kita bertemu.ya.aku yakin kau lupa untuk kali kedua itu.kerana pada ketika itu kau baru sahaja keluar dari perkarangan masjid.dan mungkin jua engkau tidak perasan akan kehadiranku.engkau tahu apa yang menyebabkan hatiku kuat mengatakan kau imamku?

    apa dia syazana?monolog ku meronta-ronta ingin dilepaskan.perlahan aku menuturkan

    sebelum itu,didalam masjid,aku menadah tangan dan berdoa.dalam doaku yang aku  ungkapkan itu,aku bercakap dengan Tuhan.tunjukkanlah aku sang imam yang selama ini aku dambakan agar dihantar ketempat-tempat baik seperti masjid itu.dan ya.kaulah orang yang berada di muka pintu masjid saat itu.dan hatiku kuat mengatakan ya.dan oleh kerana rasa suka aku inilah aku korbankan rasa aku.aku takut bila aku suka seseorang itu,maka aku akan abaikan tanggungjawab terhadap adik-adikku.aku takut mereka kehilangan aku.dan yang paling aku takut.engkau.engkau yang masih belum mengengam cita-citamu sebagai dentist itu jua bakal kecundang dek kerana mabuknya cinta.dan maaf.selama ini.aku kerap jua mengushamu dari jauh.kerana aku tahu diantara kita ada batas



   dan walaupun aku tidak tahu,perasaan kau padaku.tapi sekurang-kurangnya aku sudah melepaskan beban sang perindu tegar yang akan ditahan selama bertahun-tahun ini.jika kau menolakku.maka aku redha.mungkin ada yang lebih baik disimpan diluh mahfuz untukmu.jika kau baik hati dan sanggup menerima aku dan adik-adikku.maka kau simpan bunga itu didalam quranmu itu.biar dia terjaga rapi.dan kini.aku menantimu di perkarangan rumahku.....semoga ketemu lagi

        sharifah syazana.
        bersedia menjadi imammu


       dan.untuk sekian kalinya aku terkedu.lantas bersujud syukur.insyaallah.sekejap lagi aku akan membawa hal ini terus kepada ibuku.

                                                                  -TAMMAT-

     penulis:sangat tipikal bukan?;)
         

2 comments:

Unknown said...

lagi lagi lagi, ending die apa? tu tergntung lgi..

kang_senpai said...

emmm...tapi saya x cadang nak buat sambungan...but.insyaallah.idea itu milik ALLAH.if ada.ku akan bikin;)