revolutionalists

12/27/12

calon suami future (2nd last)

           
      ''eh.eh.eh.kenapa muka awak sama dengan muka yang pecah rumah saya semalam ek?''sedikit loghat johor kedengaran.kali ini marahnya semakin reda.ezz pun tidak mengatahui sebab-sebab dan alasan untuk merungkaikan peristiwa ini.sebenarnya kalau ikutkan hati,mahu sahaja ezz menyiku kepala lelaki dihadapan itu dengan sikunya,tetapi apabila berhadapan dalam alam mimpi yang satu ini.bukan sahaja suasananya berubah tapi suasana hatinya turut berubah sama.

             ''yup,memang sama,rupanya,namanya dan segala-galanya lah sama,cuma relung waktu sahaja yang membezakan diri saya yang dahulu dengan diri saya yang akan awak ketahui sedikit masa lagi''jawapan yang jujur tetapi sedikt berteka-teki disitu.

            ''maksudnya..saya kurang jelaslah''ezz pinta penjelasan.

            ''sampai masa,awak akan mengerti''putus lelaki itu.dan titik.

            belum sempat ezz membalas kata-kata terakhir yang keluar dari mulut lelaki itu,sepertinya muncul satu pusaran dibawah kakinya,pasir dengan tidak semena-menanya menjadi jerlus lantas dirinya disedut dan dibawa entah kemana.gelap.

           ~***~
        
            kain dinaikkan sehingga ke paras bawah lutut,tubuh itu masih gigih dengan kerjanya.mengumpulkan daun-daun kering yang jatuh berguguran disekitar halaman asramanya untuk dibakar.peluh jantan dirembes keluar lalu bersatu dengan peluh yang lain sehingga membentuk satu aliran jatuh melalui pipi ke tanah.

          ''burhan,boleh aku bertanyakan satu hal?''pinta jopri,sahabat baik burhan.burhan yang dari tadi tekun dengan kerjanya berhenti seketika dan menoleh.bukan sahaja leher malah diikuti dengan tubuhnya.segalanya terhala kearah jopri.

         ''kau x ingin menikah?''telus sahaja raut muka jopri bertanya.soalan pendek tapi menusuk.malah ada sedikit berbaur kasihan.

         nafas dihela.sehingga segala kekuatan dikumpul dan bersatu.dengan dimulai lafaz basmallah,burhan berbicara

         ''sedangkan setiap makhluk yang bernyawa itu perlukan pasangan.ini lagikan manusia yang punya jiwa dan kotak rasa.ya.ikutkan hati,aku mahu sahaja bernikah,tetapi banyak lagi pekara aku patut raih dahulu dipondok ini.tempat yang sanggup terima manusia terbuang macam aku ni.aku masih tidak punya kekuatan untuk berhadapan dengan dunia luar''mendatar sahaja suara burhan.kadang-kadang nadanya sedikit tenggelam.emosi barangkali.

        ''kau pun sudah 2 tahun disini,hampir kesemua cabang-cabang ilmu sudah kau pelajari.Nah!kau harus mandiri pula la selepas ini.cari penghidupan diluar sana''cadang jopri.

        ''baiklah..nanti aku cuba-cuba fikirkan.tapi aku cuba jela..huhu''burhan berseloroh.lantas jopri mencebik!

        ~***~
        gegaran itu menyebabkan dia hilang ingatan.sepanjang dibawah penjagaan unit rapi,burhanlah orang yang paling setia menemani.merawat segala kegundahan,kekuciwaan dan yang paling penting jiwa yang mati dapat diberi nyawa baru.seperti pokok yang layu disirami air harapan.maka dengan itu pokok tersebut dapat menjulang tinggi,tumbuh dengan sangat subur dan sihat.

       hari-hari yang dilaluinya sangat getir.namun pada hari yang ke-102,tanda tanda pulih semakin ketara,sehinggalah

      ''mungkin aku tidak kenal kamu,tetapi hati aku sangat dekat dengan kamu''itulah kata-kata waras yang pertama tersembul dari mulut dia.

     dengan linangan airmata,burhan rebah lantas membuat sujud syukur disisi katilnya.

P/s:Seperti yang aku janji(merujuk kepada tajuk diatas calon suami future 2nd last,akan ada satu lagi final ep yang akan aku hidangkan.aku akan merungkaikan segala-galanya pada chapter yang terakhir nanti.terima kaseh).maaf jika tiada pengisian untuk cerita kali ini.

No comments: