dia menguis-guis permukaan air tasik itu dengan hujung kakinya yang kenit.kecil dan comel saiznya.Air sedikit berolak lantas membuatkan dedaun yang berguguran diatas kaca air teroleng-oleng.Sejurus kemudian suasana menjadi tenang kembali.
''terima kasih bang''ucapnya perlahan.tulus.
~***~
tus!
bunyi rantai manga sudah terputus.
Dua figura hitam menyelinap masuk kedalam villa milik ezzhainie itu.Langkah yang sangat teliti dan berhati-hati diatur rapi.sedikit silap,pasti bala yang datang menimpa.segala barang disekitar ruang tamu digeladah dan disusun kembali seperti sedia kala.seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.sehinggalah tiba disuatu pintu kayu antik berukiran bunga ros.
'hasil tangan yang sangat teliti'.puji salah seorang dari mereka.tangan perlahan mengikut alur ukiran halus itu.
perlahan-lahan pintu itu dikuak,dan ditutup rapat kembali.
terdapat sekujur tubuh mongel yang sedang tidur nyenyak disana.salah seorang dari figura tadi perlahan-lahan mendekati.semakin lama semakin hampir.bau minyak wangi forbidden rose menusuk-nusuk ruang kalbu.nafsu kelakian kembali berselera.lantas disingkap kain selimut dan dipeluknya ezz dengan rakusnya.akibat goncangan perasaan yang amat terkejut itu,lantas ezz menendang lelaki tadi sementelahan tangannya mencapai suiz lampu katilnya.lelaki yang ditendang tadi menganduh kesakitan sambil dipapah oleh temannya.
'celaka kau perempuan!'bentak lelaki tadi
diketika itu ezz sudah mengambil sebilah kayu seakan cota yang disisip dibawah bantalnya.kayu ditarik keluar.ketika sahaja lelaki tadi mendekatinya kembali,satu pukulan singgah dikepala.bunyi itu cukup untuk memberitahu bahawa kemungkinan lelaki tadi akan mengalami gegearan otak sejurus selepas itu.sejurus selepas sepukulan tadi dihadiahka,topeng yang menyembunyikan wajah sebenar lelaki tadi tersingkap..
''awak!''jerit ezzhainie separa terkejut!
menyedari rakannya tadi itu pengsan tidak sedarkan diri,lantas diusungnya keluar sambil langkah diorak dengan kadar yang lebih pantas.dua bayangan tadi hilang ditelan gelap malam.
''argh!x mungkin''sekali lagi ezz seperti hendak gila.rambut yang perang iu ditarik-tarik.kuat.demi sahaja keserabutan itu kembali bertandang.ezz terlelap lagi.kali ini.tidurnya agak lena sedikit.
pagi itu ezz telah lewat ketempat kerja.sangat lewat.sampai sahaja di muka pinta pejabat,ramai mata memandangnya meminta jawapan.dek kerana rimas,ezz berlari masuk kedalam ruang biliknya.pintu dikunci.dan lantas menhenyakkan diri diatas sofa.kepala ligat sahaja berfikir.
''muka yang pecah masuk rumah aku semalam itu sama sahaja dengan muka yang aku alami didalam mimpi.eh.tapi sangat kontra wataknya.satu jahat yang maha dahsyat.yang dalam mimpi pula seakan malaikat pembawa rahmat.wajah tenang.ish.!tak faham aku..tidak apa..jika si dia sisi 'baik' tu bertandang dlam mimpi lagi.akan ku tanya dia''gema itu berlantunan didalam kotak jiwa ezz.
malam itu,ezz tidak dapat tidur walaupun nawaitunya hendak tidur awal.dipaksa diri untuk tidur.segala macam pekara yang membuhsankan telah dia lakukan.dan sehinggalah dia terpaksa menelan benzodiazepine atau ubat tidur untuk melayari alam mimpinya.sejurus 15 minit,dunia telah beralih kealam yang sangat berfantasi itu.
~***~
namanya bertukar.ramai yang mengelarnya burhanuddin ataupun burhan.lagi pendek dan senang diingat.seorang yang tidak tahu asal usul apabila ditanya.Dipondok al-fallahiyah inilah beliau diasuh seolah-olah bayi yang baru lahir kemarin walaupun pada fizikalnya sudah menunjukkan beliau layak untuk mendirikan rumah tangga.dia diajar tentang segala bagai pekara dari bab akidah,ibadah,tasawwuf dan segala lapangan ilmu yang lain.
''Nak''sapaan pembuka bicara kembali hidup.suatu sapaan yang bersifat memujuk.
''ALLAH itu sangat cinta akan kamu.dia telah menyusun atur hidupmu dengan sekalian indah.dia tidak memandang rupa parasmu.tetapi dia memandangmu disini''sambil menunjukkan dada kiri.lunak sahaja suara ustaz abang hakim memujuk sekujur tubuh yang berada dihadapannya.
kemudian bang hakim pun bermanjangkan bicaranya lagi.kali ini dengan lebih halus dan menusuk.dia memetik sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah
Rasulullah
saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan
hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku.
Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya
dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka
Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik
dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan
mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan
mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan,
maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. (Shahih Muslim No.4832)
kali ini.empangan pecah dan tumpah.linangan air matanya yang dari tadi ditahan tidak dapat dibendung lagi.burhan menangis teresak-esak.hatinya lunak setelah dipeluk dengan ayat-ayat chenta tuhan...
''maafkan saya awak.saya akan menemui awak setelah saya menjadi seorang insan yang sepatutya.dan untuk pengetahuanmu,aku tidak pernah lupa siapa aku yang sebenarnya''gumam burhan dalam hati.bunyi sekan sedikit kesal....
No comments:
Post a Comment