revolutionalists

6/6/11

assalamualaikum bloggers tanah melayu sekalian~
kalo siri yang lepas aku gebang pasal hlovate-contengan jalanan bagi part 1 iaitu part milik fend.bagi kesinambungan penceritaan,cik hlovate tidak menoktahkan penceritaan pada fend seorang sahaja malah disambung pula kepada part ii iaitu K2(ku kamaruzzaman) merangkap geng kepadanya pula...

''aku x nak selfish dengan sorok benda nih sorang2''luah fend kepada k2.k2 hanya memandang kosong.sambil diserahkan sketchbook dan quran sampul hitam kepada k2.dan dari sini penceritaan bermula....

Part ii(k2)
berbaju singlet pagoda disarungkan pula dengan seluar jean lusuh adalah sesuatu pekara yang outstanding.tapi itulah karekternya.hidup atas rule sendiri tanpa mengikut acuan sempadan dan garisan.tapi siapa sangka orang yang seperti tu akan menemui jalan hidupnya diakhir-akhir penceritaan yang akan aku story kat korang nanti.   
  kawan baik kepada fend.ergi keindonesia yang pertama kerana saranan bapak tono,yg berhijrah ke Sydney pernah bertitah
‘’bermusafirlah.bumi ALLLAH itu luas.ilmunya jua luas.belajarlah dengan musafir.ramai yang terlupa,alam itu sendiri adalah guru yang hebat dalam mengajarkan ilmunya..kerana di setiap tempat erti hidup itu berbeda’’

     penyebab yang lain k2(ku karazzaman)bertandang ke indonesia adalah mengabadikan projek hikayat pendawa lima yang menuntutnya untuk kesana.Disana k2 telah berjumpa dengan bermacam2 ragam orang disana.sekalian umat disana membanting tulang 4 kerat demi hanya sesuap nasi.ada antara mereka yang menjadi penyanyi jalanan,kuli angkat barang dan tidak lupa jua peristiwa ketikamana k2 terperangkap dibawah seakan2 jambatan kerana hujan lebat ketika itu.disana dia ditemukan dengan berbagai-bagai orang yang tinggal dibawahnya.saat itu k2 sangat merasa bertuah hidup ditanah malaysia kini.tidak semua orang dapat mengecapi nikmat hidup sepertinya.kaya dan ada bakat.

   Sementelahan itu,peristwiwa terbesar dalam hidupnya ketika mana berjumpa indra.peristiwa merakamkan ketika mana k2 dipelawa main instrumen bersama2 dgn penyanyi jalanan/pengamen disuatu sudut di jakarta.indra yang penduduk indonesia sudi membawa k2 berjalan ke bandung demi menbuka lagi mata k2 tentang erti sebuah hidup.k2 terpana kerna diakhirnya baru belaiu tahu yang indra selama ni menjadi tourguide adalah seorang kristian yang mengingatkannya tentang hidup bertuhan dengan bertanyakan soal sembahyang.peristiwa ini menjadi tamparan hebat kepada k2.dibeberapa waktu jua k2 membuka kembali sketchbook pemberian fend....mahu tahu apa itu (59:21,22,23,24) ?pada tanggapan k2 pada awalnya adalah fend sengaja nak main teka teki...sehingga k2 tersentak mengingatkan al-quran pemberian fend yang ditinggalkan sebelum berlepas ke jakarta.k2 resah.......namun apakah pengakhirannya?berjayakah k2 mengenal tuhannya?.......