revolutionalists

6/1/11

hlovate~contengan jalanan


Sama-sama kepala,sama-sama gila.

   Dahulu mereka (fend&k2) sama rasa sama cita.masing2 yang menjadikan muzik dan seni bagai kiblat yang seharusnya diikuti.tetapi ditengah ke’beliaan’ hidup mereka ada suatu yang memanggil mereka. Hidayah milik ALLAH masih ada buat mereka.Bagi pandangan aku,hlovate dalam novel kali ini ingin menyampaikan liku-liku perjalanan mencari tuhan.Tetapi la kan bagi aku apa yang aku nampak pekara disebaliknya atau yang tersirat adalah hidayah/keindahan islam yang ada jangan sesekali kita simpan jika kita sayang akan memember diluar sana.jangan sorok2 wat pekasam dalam diri kita sorang sahaja.keindahan islam harusnya disebar luaskan.Begitu jua dengan watak yang diwujudkan.Fend ibarat lampu suluh buat menerangi jalan k2(ku kamaruzzaman) menemui tuhannya!pada mulanya aku ingat hlovate ini tersalah cetak maklum la..sampai tgh je,tetibe muka surat sebelahnya terbalik…owh…baru aku mengerti..ada 2 parts within it. Hari ini aku share part i dulu ya

Part  i(fend)~sdyney

    pendiam.mulut berfungsi untuk beberapa ketika,jamming dan sentiasa 24 jam sumbat kepala dengan earbuds.lagu berlalu serentak dengan orak langkah hidupnya.Adalah menjadi peristiwa yang terbesar sekali apabila dipertemukan dengan watak lia,untuk kali pertama semasa wat coverage X-games ketikamana fend menegur sketch lia.lia seorang yang stok ala2 stit,boyband,baju kurang,bersopan dan duduk umah adalah tanggapan k2(kawan rapat fend) sendiri yang menafikan lia pergi tempat2 semacam tu.kali ke2 semasa exhibiton berlangsung,dan kali ketiga dihentian duta ketika mana lia ingin balik ke kmpgnya butterworth.Bangku2 panjang dan tiang2 diperhentian itu menjadi saksi penyerahan cd yang bakal mengubah hidup fend diserahkan kepadanya.

    Rentetan dari itu maka terjadilah peristiwa mencari buku the life of this world is a transient shade selepas menonton THE ELEVENTH .

‘’My similitude and that of the life of this world is that of traveller who took a rest at mid-day under a shade of a tree and then left it’’(narrated by ahmad,at-tirmidhi ibn majah and haakim).Petikan dari buku itu.Diakhir-akhir durasi movie yang bertajuk the eleventh menyatakan the man who decide to change on twelth o’cloch dies on eleven.The eleventh mengugah minda fend buat seketika.

   diketika yang lain,chad sepupunya yang spontan terjah mengajaknya untuk backpacking di Australia,Sydney lebih tepat.alasan mahu berasa pengalaman puasa dirantauan disamping tickets flight murah.Sebenarnya,perjalanan ke sana,bermusafirnya mereka disana dalam erti kata mencari meaning of life.Hati terasa diisi kata mereka.

   beberepa scene yang mengetuk loker hatiku adalah ketika mana fend diajar agar untuk lebih feel membaca tafsir quran,cuba masukkan diri dalam golongan antagonist.means yang kafir.act.betul jugak since aku pun asik memasukan diri aku dalam golongan beriman.the question is..cukup ke memenuhi krateria orang beriman?.....tambahan hlovate lagi,fend merasakan inilah ramadahan yang bermakna,dapat habis 30juzuk setelah bertahun meninggalkan quran(lumba dengan chad sebenarnya),ditambah pula dengan meriahnya berbuka puasa bersama dengan bermacam2 warna kulit dalam satu dulang.nice.tetapi ramadhan dimalaysia menjadi budaya kerana even puasa tetapi still melakukan yang terlarang sehingga melepak mapley dari magrib sampai ke isyak ditambah dengan campur laki perempuan.so..magrib entah kemana,moreh pula yang menjadi persoalannya.

   diakhir penceritaan,hlovate menghilangkan satu watak.Pemergian chad pada the 1st syawal dihadapan rumahnya lantaran bertabrakan dengan lori haram simen.fend pada ketika itu seolah-olah kembali terhumban kedalam telaga masa.seolah-olah dia menjadi fendy berusia 6tahun yang kehibaan melihat gaban si kucing kesayangannya dilanggar lori kuari pasir di depan umah toknya.Waktu itu aidid yang peluk,k2yang mengosok,chad yang memujuk.hari ini,chad pergi bersama angin yang lalu.sungguh aku terbuai dalam suasana kelabu muram itu.nasib baik sempat chad kenal tuhan sebelum ajal mengambil alih.faham kan…?
     
    Naseb baik tagline ‘the man who decided to change on twelth o’cloch dies on eleven’ tidak berlaku pula keatas chad.!simple but deep!pintu taubat masih terbuka!

(next:aku story pula ku kamaruzzaman pula a.k.a K2)

2 comments:

Anonymous said...

hlovate, dia itu satu anugerah.dikirim buat kita yg cuba mencari erti kehidupan.

ya, kan. who knows what happen in the next second.

thanks for the review.havent buy it yet.looking forward to. :)

sam_senpai said...

emmm..tu la...ak rasa pun..dah makin hidup bila baca tulisan dia..yup..most welcome ya..nway..beli la..dia punya gaya tulisan sama macam versus=)