budak itu,
meghulurkan tangan ke ruang tingkap,mengintai hari yang semakin rintik
menangisnya lesu,
kerana dicili ibunya
kerana kecilnya dia bercakap ikut suka
budak itu,
gigi hadapan pernah tertanggal kesemuanya
kerana dipijak adiknya
ketika giat membuli adik ketika masa dahulu
dan itu membuatkannya tersenyum sehingga hari ini
budak itu,
yang bertubuh kurus mongel,
pernah mencuri-curi berbuka puasa
ketika berusia diawal kebudakkannya
mungkin ketika itu puasa hanya sekadar didepan ibunya
yang singgah difikirannya hanya sama sahaja
tetap dapat beraya sakan seprti temannya yang lain,
budak itu
sering terjah sesuatu jauh sekali untuk berfikir
lumba basikal keliling sekolah
duit saku dihabiskan beli cekedis(ape tu?huhu)
perang sana,perang sini.
bergaduh dengan mak cik setaman,
namun kenakalannya,
makin membuatkan ibu sayang terhadapnya,
jauh sekali ingin sisihkan.
budak itu(ai...bile nak abes nih?huhu)
kini semakin membesar
menongkat umur kedewasaan
namun
cerita semasa kecil
sering membuatkannya rindu
untuk kembali menjadi budak
this poem is tributed to SAM SENPAI
persoalannya..adakah ketika bebudak dahulu anda never NAKAL..?huhu...jgn tipu ya...
p/s:best jadi budak sebab kesalahan bukan diatas bahu kite...wuhuhu...
No comments:
Post a Comment