revolutionalists

5/29/11

人々が共感


ok aku manusia.hari ini hidup.dan pasti esok atau lambat laun akan hidup kembali(dibangkitkan).sementelahan menjadi manusia normal adalah terlalu biasa.makan.tido.lepak wayang.hu ha hu ha karok.berdota!layan movie.selami setiap watak novel satu persatu...owh..damn!...tu je ke?ntah la..andai tu jek aku ada untuk dispendkan.sungguh aku mempunyai kelompongan besar dalam kotak hatiku...kekosongan yang minta diisi...aku sedar bahawa satu masa nanti andai aku tidak mempergunakan waktu super remajaku ini dengan sebaik-baiknya...maka..inilah yang aku dapat:

''Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha mengetahui."

(potongan dari surah al=maidah:54)

menjadi penyantun kepada manusia kearah islam adalah tanggujawab bersama.Hal yang terbesar sekali adalah menyantuni masyarakat emosi dan minda yang wujud terhunjap dalam diri kita didalam melahirkan peribadi unggul.AKHLAK SEORANG M>U>S>L>I>M!

berlakon menjadi baik agar someday betol-betol jadi baik(senpai,2011)

5/22/11

dream comes true!sikit pun jadi la!

Mimpi adalah suatu agent pelengkap kepada tidur seseorang.tanpa mimpi,tirai malam tidak dapat dihiasi dengan sempurna.dari mimpi inilah,seseorang tergerak untuk melakukkan apa yang dipanggil MOVEMENTS!bukan mimpi malam yang ingin penulis kongsi,tetapi mimpi yang terarah kepada I.M.P.I.A.N.masing2 punya cara untuk merealisasikan impian bukan?adakah penulis salah?bOO....huhu

penulis ingin sangat dapat merasa belajar disuasana yang ala2 zaman2 dahulu.bangunan batu bata,pergi kuliah naik vespa,tak lupa reben pelengkap imej,beg sandang kulit dan baju petak2(someone called baju kotak2.huu).mungkin pelik sikit kan citarasa penulis.tapi hakikatnya,itulah impian penulis.kembali menelusuri zaman dahulu.(bukan x bersyukur hidup zaman nih YA!).SO..apa kait mengait dengan UKM ni penulis OI?!












mungkin UKM ada suasana seperti berada pada zaman2 dulu barangkali,bangunan banyak yg OLD skool!(dahulu ku apply kos fisio di ukm..tapi rupanya suratanku agar aku bertandang di uitm puncak alam pula..alhamdulillah...ada kelainan...dan hikmah yang tersorok untuk diselongkari pula)

VIVA palestine!


konvoi viva palestine sebagai memperingati hari nakbah dan diharap jua dengan ini menjadi pencetus gelombang semangat orang ramai agar sensitif dengan isu ini.pagi-pagi lagi,kedengaran alarm phone aku.aduh.penat yang teramat sangat.malas.digagahi jua untuk masuk ketandas.dan.mandi.sejuk membeku hingga kedasar hati.tahan jela badan pagi tu.bertolak dari tanah selatan,JB seawal 5.15 pagi dan sampai di tasik titiwangsa pada pukul 10.00 pagi waktu tempatan.









penulis berada dibelakang inova kesayangannya


sebelum dilepaskan


tampal dulu.ketepek!


''orait x angle nih man?''anas meminta pandangan
''ok je.kot''serayaku membalas


4beradik maher zain pun turut serta.


kacukan palestine barangkali
x kenal.


terasa femes pula(liputan yang dibuat oleh....)


masheer mengiringi konvoi kami.30 biji mungkin(admire kat scrambler yang satu tuh!bukan dalam gambar nih k)


langkah kepahlawanan gadis2


dari ruang sudut hadapan inova


ok.masheer kawal traffic!

pemuda malaysia berjiwa palestin(edar pamplets)


dibanjiri pelancong!



dari yang muda sehinggalah yang veteran.anda nampak kan perbezaan umur disitu?


pemuda jua.


mat salleh pun join!

pemalu!inilah pemuda yang dicari!

subhanallah sweetnya mereka(suami isteri)



ni lah orang yg aku gebang tadi naik scrambler pakai full face nih!admire
<3


dari sudut tepi.



berbekalkan jiwa pejuang.lantak la nak kata apa.aku respek kat pak cik sorang nih since menjadikan serban sebagai helmet=)


membuntuti kami!



lencongan ke bukit indah untuk berehat setelah 4 pusingan dibuat di sekitar KLCC dan beberapa kawasan

jua seorang pemuda harapan bangsa.

tazkirah sekitar 20 minutes tentang perjalanan program dan peristiwa nakbah


ok.destinasi terakhiR.masjid shah alam


para gadis2 yang hadir di konsert palestin ini

dibuka dengan nyanyian kump XXX.(x ingat).pada malam tu jua diundang muadz(wah!),dan diselangi dengan sajak yang dideklamasikan n forum bout palestine of course

smoga amal kami diterima ALLAH.VIVA!

-the end-




5/17/11

katrina(vol ii)


kota tokyo masih lagi menyimbahkan cahaya neonnya ke seluruh jaga raya.masih lagi sibuk seperti sibuknya mereka berdua.mus'ab dan mojo-san.Mereka berdua masing-masing sibuk yang teramat mentelaah subjek dikala shiken merangkak tiba.

''arghh...laparnya..jom mus,kita makan soba''cadang mojo merangkap kepada ajakan.

''ala,takut la,masih banyak lagi yang mahu dihadam la kawan''jujur mus'ab.hatinya menidakkan pelawaan teman baiknya itu.sebolehnya malam ini,dia mahu berjaga sahaja sambil memerah keringat menghafal topik yang sempat diraih.melihatkan perubahan pada wajah mojo,mus'ab mengangguk kecil.tandanya.setuju.

mereka keluar dari perkarangan omari student dormity atau dipanggil asrama pelajar omari kerana ia terletak di Omori Nishi,Ota-ku, Tokyo.dari situ mereka berjalan sehingga tiba di satu gerai kecil yang terletak didada ibukota itu.lantas memesan dua mangkuk soba untuk memujuk perut yang masih lagi galak menjerit minta diisi.asap-asap nipis naik,begitu jua dengan selera mereka,sehingga hirupan terakhir memberi satu makna.kepuasan.

seusai mereka dari santapan,meraka berjalan-jalan seketika di taman yang hijaunya melatari suasana disitu.mereka melabuhkan punggung ke atas binaan panjang yang berbentuk bangku.''sebenarnya dari dulu lagi aku memerhati sahaja tingkah laku kau,kau ni seolah-olah gembira sangat berjauhan dengan famili ya''bicara mojo seperti persoalan dan jua kenyataan yang dilontaran pada masa yang sama.mus'ab menghembus dan menarik udara memenuhi kotak paru-parunya.sesak dihati ditanggung sendiri.belum masanya untuk diselongkar apatah lagi dikongsikan.''betul begitu?aku rasa biasa je''tingkah mus'ab.buat seketika sunyi mengamit rasa.

''jom balik!''ajak mojo.mus'ab membuntuti sahaja kawannya itu.''hanya mahu lari dari dikongkong sahaja,kawanku''getus hatinya.walaupun mojo yang berasal dari bangsa dan tanah yang berbeza,namun tautan hati ataupun ''chemistry'' antara mereka bagai tersimpul lama.seolah-olah mereka saling mengenali sebelumnya.

teringat lagi,ketika mana mus'ab tercari-cari Umeyashiki Station,lantaran kerana kalutnya mus'ab sehingga terlanggar mojo yang ketika itu sedang keluar dari kedai buku sinden.

''mi-an-heyo''sambil menundukkan sedikit kepala.''ki ni shinaide''balas empunya badan...''....''mus'ab?''sosok tubuh tersebut seakan kenal akannya........

5/13/11

masih ada lagi yang simpati




pagi itu suram melingkari atmosphere sini.taman U amnya.ketika insyiroh sedang mengoyakan capati untuk disuakan kedalam mulutnya,matanya menangkap sesuatu disuatu sudut berhampiran tempatnya duduk bersama keluarga tercinta.kelihatan seorang warga tua berbangsa india sedang meraih sekelumit simpati agar dibekalkan sedikit pengalas perut pagi tu.pemilik kedai seakan menghalaunya.ibarat lalat hina,hidup tanpa guna,begitulah pada pandangan insyiroh ketika itu.

''mungkin tiada lagi seperti semalam''gumam mak cik india itu.dia tidak menangis kerana walupun dia fakir lagi menyusahkan,sekurang-kurangnya dia masih lagi mampu berusaha dan berdoa.saki baki tenaga yang tinggal hanya mampu menegakkan tulang belakangnya sahaja.keadaannya yang sebegitu,tidak mampu diselami oleh jiwa-jiwa kosong manusia selain insyiroh itu sendiri.seolah-olah hati insyirohlah yang hidup bagi sifat kemanusiaan pada senga waktu itu.

langkah sopan sebagai seorang muslimah diorak,selangkah demi selangkah sehingga betul2 mendekati mak cik itu.insyiroh lantas memasukan not rm5 kedalam saku baju mak cik tersebut.hanya pandangan terima kasih sahaja yang dihantar kepada insyiroh.lantas insyiroh menyambut dengan sebuah senyuman...

''terima kasih nak,moga tuhan sayang anak lebih''doa mak cik tu dalam hati

(adaptasi dari kisah benar yang berlaku tadi.end)

5/8/11

katrina

Cahaya terik berlumba-lumba menamatkan larian melepasi batang-batang buluh ditaman milih puan katrina.bayang-bayang lurus berjajaran terbentuk.dindingbatu bertindak sebagai pagar yang memisahkan dunia luar dengan taman itu tersergam kukuh.ukirannya dan binaannya kemas.Disepanjang taman itu diserikan lagi dengan kehadiran mawar merah sebagai pencicip mata.mawar itu indah seindah senyum yang tercarik diwajahnya.memukau.





~***~




bukan mudah menjadi pejuang


lebih-lebih lagi menjadi penghayun buaian


untuk membelai dan membentuk insan bernama..


mus'ab




......hati sekeras permata ruby....




keputusan untuk menyambung pelajaran ke universiti keoi,jepun tidak dapat dicantas lagi.bukan puan katrina tidak membenarkan tetapi naluri ibu dapat merasai ada sesuatu yang bermain,bersarang di kotak hati anaknya,mus'ab.




''ala mummy bukan lama pun,mus pergi..nanti setahun sekali mus balik la yer..mus janji tidak nakal-nakal''nadanya yakin walaupun terdapat sedikit rasa gugup yang cuba diselindungkan.mus masih tegar dengan keputusannya.sebagai ibu kepada mus'ab,mustahil seorang ibu ingin memadamkan cahaya kejayaan anaknya terutamanya dari sudut ilmu.namun perasaan ibu semakin berkecamuk hebat lantaran hanya mus'ab sahaja anaknya yang dia miliki.ya.hanya satu.tiada dua.




sekadar anggukan diselarikan dengan jatuhan air mata dari cerun pelipisnya.''emmm..oklah mummy sejuju je''senyuman plastik ditambah sedikit suara girang direka-reka.Puan katrina merelakan dalam keterpaksaan.mus'ab yang masih hijau dan lurus itu terus sahaja menganggap itu adalah positif buatnya.lantas mus'ab mencium tangan ibunya.langkah diorak perlahan-lahan.hatinya tersenyum puas.namun senyuman tersorok kemas dihati.ia tidak terbit dimuka.he.he.sepakara jahat terlintas dibenaknya......




to be continue.....




(percubaan keduaku untuk menukil cerpen setelah percubaan pertama menemui jalan buntu)









5/2/11

fight-to-oh


bakal menghadapi 3 papers untuk esok,esok lagi,dan esok esok lagi.hehe.terasa sangat ditekan.istilah ketepuan minda acap kali kedengaran.namun 1 perkataan unggul,S.A.B.A.R harus ditancapkan dalam cerebrum(aku hentam jek nih).ganbatte ne!


'keadaan terdesak menghasilkan genius'(naqiud,2011)