Cahaya terik berlumba-lumba menamatkan larian melepasi batang-batang buluh ditaman milih puan katrina.bayang-bayang lurus berjajaran terbentuk.dindingbatu bertindak sebagai pagar yang memisahkan dunia luar dengan taman itu tersergam kukuh.ukirannya dan binaannya kemas.Disepanjang taman itu diserikan lagi dengan kehadiran mawar merah sebagai pencicip mata.mawar itu indah seindah senyum yang tercarik diwajahnya.memukau.
~***~
bukan mudah menjadi pejuang
lebih-lebih lagi menjadi penghayun buaian
untuk membelai dan membentuk insan bernama..
mus'ab
......hati sekeras permata ruby....
keputusan untuk menyambung pelajaran ke universiti keoi,jepun tidak dapat dicantas lagi.bukan puan katrina tidak membenarkan tetapi naluri ibu dapat merasai ada sesuatu yang bermain,bersarang di kotak hati anaknya,mus'ab.
''ala mummy bukan lama pun,mus pergi..nanti setahun sekali mus balik la yer..mus janji tidak nakal-nakal''nadanya yakin walaupun terdapat sedikit rasa gugup yang cuba diselindungkan.mus masih tegar dengan keputusannya.sebagai ibu kepada mus'ab,mustahil seorang ibu ingin memadamkan cahaya kejayaan anaknya terutamanya dari sudut ilmu.namun perasaan ibu semakin berkecamuk hebat lantaran hanya mus'ab sahaja anaknya yang dia miliki.ya.hanya satu.tiada dua.
sekadar anggukan diselarikan dengan jatuhan air mata dari cerun pelipisnya.''emmm..oklah mummy sejuju je''senyuman plastik ditambah sedikit suara girang direka-reka.Puan katrina merelakan dalam keterpaksaan.mus'ab yang masih hijau dan lurus itu terus sahaja menganggap itu adalah positif buatnya.lantas mus'ab mencium tangan ibunya.langkah diorak perlahan-lahan.hatinya tersenyum puas.namun senyuman tersorok kemas dihati.ia tidak terbit dimuka.he.he.sepakara jahat terlintas dibenaknya......
to be continue.....
(percubaan keduaku untuk menukil cerpen setelah percubaan pertama menemui jalan buntu)
No comments:
Post a Comment