revolutionalists

5/17/11

katrina(vol ii)


kota tokyo masih lagi menyimbahkan cahaya neonnya ke seluruh jaga raya.masih lagi sibuk seperti sibuknya mereka berdua.mus'ab dan mojo-san.Mereka berdua masing-masing sibuk yang teramat mentelaah subjek dikala shiken merangkak tiba.

''arghh...laparnya..jom mus,kita makan soba''cadang mojo merangkap kepada ajakan.

''ala,takut la,masih banyak lagi yang mahu dihadam la kawan''jujur mus'ab.hatinya menidakkan pelawaan teman baiknya itu.sebolehnya malam ini,dia mahu berjaga sahaja sambil memerah keringat menghafal topik yang sempat diraih.melihatkan perubahan pada wajah mojo,mus'ab mengangguk kecil.tandanya.setuju.

mereka keluar dari perkarangan omari student dormity atau dipanggil asrama pelajar omari kerana ia terletak di Omori Nishi,Ota-ku, Tokyo.dari situ mereka berjalan sehingga tiba di satu gerai kecil yang terletak didada ibukota itu.lantas memesan dua mangkuk soba untuk memujuk perut yang masih lagi galak menjerit minta diisi.asap-asap nipis naik,begitu jua dengan selera mereka,sehingga hirupan terakhir memberi satu makna.kepuasan.

seusai mereka dari santapan,meraka berjalan-jalan seketika di taman yang hijaunya melatari suasana disitu.mereka melabuhkan punggung ke atas binaan panjang yang berbentuk bangku.''sebenarnya dari dulu lagi aku memerhati sahaja tingkah laku kau,kau ni seolah-olah gembira sangat berjauhan dengan famili ya''bicara mojo seperti persoalan dan jua kenyataan yang dilontaran pada masa yang sama.mus'ab menghembus dan menarik udara memenuhi kotak paru-parunya.sesak dihati ditanggung sendiri.belum masanya untuk diselongkar apatah lagi dikongsikan.''betul begitu?aku rasa biasa je''tingkah mus'ab.buat seketika sunyi mengamit rasa.

''jom balik!''ajak mojo.mus'ab membuntuti sahaja kawannya itu.''hanya mahu lari dari dikongkong sahaja,kawanku''getus hatinya.walaupun mojo yang berasal dari bangsa dan tanah yang berbeza,namun tautan hati ataupun ''chemistry'' antara mereka bagai tersimpul lama.seolah-olah mereka saling mengenali sebelumnya.

teringat lagi,ketika mana mus'ab tercari-cari Umeyashiki Station,lantaran kerana kalutnya mus'ab sehingga terlanggar mojo yang ketika itu sedang keluar dari kedai buku sinden.

''mi-an-heyo''sambil menundukkan sedikit kepala.''ki ni shinaide''balas empunya badan...''....''mus'ab?''sosok tubuh tersebut seakan kenal akannya........

No comments: