revolutionalists

5/13/11

masih ada lagi yang simpati




pagi itu suram melingkari atmosphere sini.taman U amnya.ketika insyiroh sedang mengoyakan capati untuk disuakan kedalam mulutnya,matanya menangkap sesuatu disuatu sudut berhampiran tempatnya duduk bersama keluarga tercinta.kelihatan seorang warga tua berbangsa india sedang meraih sekelumit simpati agar dibekalkan sedikit pengalas perut pagi tu.pemilik kedai seakan menghalaunya.ibarat lalat hina,hidup tanpa guna,begitulah pada pandangan insyiroh ketika itu.

''mungkin tiada lagi seperti semalam''gumam mak cik india itu.dia tidak menangis kerana walupun dia fakir lagi menyusahkan,sekurang-kurangnya dia masih lagi mampu berusaha dan berdoa.saki baki tenaga yang tinggal hanya mampu menegakkan tulang belakangnya sahaja.keadaannya yang sebegitu,tidak mampu diselami oleh jiwa-jiwa kosong manusia selain insyiroh itu sendiri.seolah-olah hati insyirohlah yang hidup bagi sifat kemanusiaan pada senga waktu itu.

langkah sopan sebagai seorang muslimah diorak,selangkah demi selangkah sehingga betul2 mendekati mak cik itu.insyiroh lantas memasukan not rm5 kedalam saku baju mak cik tersebut.hanya pandangan terima kasih sahaja yang dihantar kepada insyiroh.lantas insyiroh menyambut dengan sebuah senyuman...

''terima kasih nak,moga tuhan sayang anak lebih''doa mak cik tu dalam hati

(adaptasi dari kisah benar yang berlaku tadi.end)

2 comments:

Anonymous said...

God bless Insyiroh.

sam_senpai said...

yeah...us TOO=)