revolutionalists

12/28/10

edisi bujang(siri 1)

''cuma pinggan mangkuk,heater,rice cooker,yg tu pun dah cukup,kalau nk topup lg ok je,hehe''~seloroh my future roomate...bujanger(er menunjukkan si penduduk didlamnya!)

wah!wah!wah!teruja tahap memerang la kawan.dah nak dok umah sewa meh!.dahulu cita2 nk jadi bujanger ni ketika berumur 13 tahun(main petik jek.thehee).masakan tidak teruja..disini mereka(old timer bujanger) mengukir berbagai-bagai pengalaman manis2 masam gitu.masak nasi sampai hangus(bunyi macam tournament la!),belajar buat kek sampai ke subuh,cat rumah dengan muka bangga,masak air panas untuk dibuat mandi pagi,tayang movie sambil makan mee meggi dan yg paling adventure.manage diri sendiri.fuh3.

bila dah duduk luaq nih,masa nih baru terpikir nk wat list untuk calculate duet minyak ron95.bajet 2011 barangkali.KONONNYA mahu berjimat untuk membina masjid dikemudian waktu katanya(eh...eh...eh...double meaning tuh!b0000).dan disini aku cuba untuk menyelami watak2 untuk menjadi student plus bujanger yg tabah seperti abdullah azzam,mas fahri yg aku tergila2 apabila melihat mereka di lakon layar(cakap movie sudah!!ketika cinta bertasbih dan ayat2 cinta).

kemungkinan besar ini post terakhirku yg aku tulis dari skudai,jb.bukan bermaksud menyimpul mati penulisanku.cuma....untuk konsisten menulis di U bagaikan pungguk rindukan sang bulan...
Pesanan ringkas:
  1. doakan aku jadi manusia disana nanti
  2. maaf kerana cerpen ku yg lepas2 tergantung buat seketika ini
  3. doakan ku dapat jodoh yg best2!
~berkemas2 untuk balik kepuncak alam~si botak

12/26/10

selembar novel itu


*tajuk diatas terdapat kesalahan dari segi nahu/grammer bahasa malaya.harap maklum!

cakap sahaja novel.fuh.rata2 komen jiwang.hati bunga.taman tema air.gajah duduk.dan sebagainya.malah ada antara manusia seolah2 dipisahkan oleh kerana hobi yang satu nih!.seolah2 dasar apathetic yang melampau tercipta.tu kadang2 aku cover2 nk baca novel depan member lelaki(ceh!..mana yer..slamber jek ak tgk ko dok tayang sana sini.apala)

baca novel dapat menyebabkan seseorang itu khayal dalam dunia ciptaannya.janji.x tipu.sebab tu ada yang sanggup dok mengadap ala khusuk habes dalam beberapa jam sahaja untuk novel yang setebal kitab agama karangan imam ghazali.tetapi yang anggunnya baca novel ini,minda mereka lebih kreatif dek penangan fantasi dunia gila ciptaan masing2.tak percaya?

penulis novel yang kreatif mengarapkan beberapa part of novels dengan tema just show don't tell sebagai perencah penyedap penceritaan.misalannya,ada beberapa novelis mengunakan konsep penceritaan nabi yusuf.semua tahu yang ketika mana zulaika memanggil beberapa org ke dalam majlisnya dan diarahnya nabi yusuf berjalan dihadapan mereka.lantas semua tertegun akan kekacakannya sehingga masing2 menghiris jari tanpa disedari.ada yang kata ini malaikat!.

nampak apa yang ingin saya nk sampaikan.?!sesungguhnya setiap pembaca membayangkan kehenseman nabi yusuf ke tahap yang maksima.quran tidak menceritakan details tentang paras rupa.sekadar menceritakan berdasarkan apa yg berlaku kepada sekeliling.sebab itu setiap pembaca novel mempunyai imaginasi berbeza taktala melihat sesuatu pekara,rupa malah rasa walapun tertumpu pada satu sumber yang sama.end!

12/25/10

thanks gegar sayer!

bagi mereka,mengeblog itu meluahkan dan mencicip rasa.
bagi depa,mengeblog itu untuk meraih seberapa banyak info yang ada,
bagi deyall,mengeblog untuk meng'google' kawan2 segonjeng,
bagiku,mengeblog itu satu kepuasan dan kepenatan!end!

tq for support me*sambil tangan melambai2 gaya artis murahan mendapat shout award!thehee

xplorace hutan banda tempat sayer!















12/23/10

CINTA itu bukan shit

(1st tyme tulis about this one)
sebelum baca dipesankan:
1)jangan tutp hati!,cuma bukalah tangkai hati untuk menyelaminya even seketika cuma
2)aku hanya manusia yg biasa.probably aku,aku akan jatuh jua seperti mereka2.doakan aku.aku pohon sangat dijauhkan dari cinta gila.*takut cakap gebang
3)sebagai manusia,aku sayang padamu(petikan dari kata2 ramlee awang mursyid.

kononya watakku sebagai org yg tersangat noob akan hal ni.sometimes,based on the true story

''napa muncung nih?''sapaku simple
''aku dah putus''balas amirul fahami pendek
''owh!''sambil wat mulut terlopong ditambah dengan kesian melihat keadaan keadaannya yg x terurus itu.

episod yg seterusnya
''wah,siapa bagi nih?!''soal ku pendek.sambil membelek2(bajet aku tak tahu la.thehehe)
''adela...''sambil wat senyum 3 dan diterjemahkan ke bahasa tubuh.
''musti dia kan''tekaku pendek
senyum terukir diwajahnya

episod lain:
''hehe..apala diaorg nih.kat fb pun nk hangat gile.bagai dunia mereka yang punya''sambil mendoakan mereka2 nih cepat kahwin

episod klimak
''wah....dah macam honeymoon la!berkepit sana sini''kataku bernada excited tahap anjing.setelah terlihat kawan jauhku itu semacam suami yang bertanggujwb mengikuti langkah sang dia kemana saja pergi.frankly speaking,i'm so jelious.freaking jelious!

''satu,dua,dan tiga...eh ada lagi''diketika itu mengira.kira apa.kira org putus couple.bukan aku x kesian tapi padan muka.shit!anda tidak salah...yang salah adalah......

shit kepada industri perfileman,
yg mendewakan cinta ini,
shit kepada ibu bapa,
yang tidak menhiraukan permasalahan ini,
shit kepada lelaki yang memberikan harapan,
dan lantas mengingkarinya,
shit kepada wanita
yang menjahanamkan iman lelaki dengan godaannya
shit kepada manusia sepertiku,
kerana membiarkan sahaja mereka lalai akan cinta manusia ini!


p/s:

islam itu adalah cinta!tak percaya!boleh usha sini...salah satu sesawang http://tazkirahsini.com/2010/03/26/bicara-cinta/

maaf.andai ada kekesatan bahasa jika.!(memang pon.hukhukhuk)!kerana aku manusia biasa!!





12/22/10

edisi pusing bandaraya!






salam alaik!
berjalan dinegeri org merupakan contengan pengalaman yang tidak dapat di forget kan.KL.suatu ketika dahulu antara bandaraya kebanggaan rakyat malaya.namun kini jb menyaingi(hax3..sokong tempat sendiri)

pada asalnya emak-emak kami(emak anas dan ibu aku) ada semacam conference on wanita's issues.walaubagaiman pun kami si anak bilis menyelit dengan muka yang tak tahu malu mengfollow deyall.poket kering kalo nk pi kl guna duet sendiri.terlanjur mereka kesana,biar kami terlanjur pula round kl pula.!ada udang disebalik batu!

genap umurku 2o tahun baru dapat merasa naik LRT.tu yang jahkun merakam sana sini.org tengok ak.ak tgk org balik.senyum.kami menaiki LRT dari somewhere area ceras ke stesen bandaraya.then switch naik ktm lak.tujuannya mahu ke MID VALLEY.


sampai di mid valley.mosi2 bro.(mosi2=helo2).call by call,baru dapat cakap ngan saudara yang seorang ini.hati berbunga kalo dapat jumpe member matrix yg sorong ni.apa ke giler la kat sana ngan dia ni.x buleh lupe meh!.tapi takdir tidak menyebelahi kami.tetap x dapat jumpe kerana atas kekangan masa yang semakin mengulit kami.lepak seminit dua di MV.then pulang...


(upin berzikir semantara menunggu ktm.ini betul2.bukan cobaan)



12/21/10

episod 5


'aduh.sakitnya!'keluh abdullah.dia meraba disekitar tengkuknya.sakit.ia.baru saja terjatuh lalu terlanggar tong yang berisi sesuatu.'tong?'lintas dalam hati.matanya melilau melihat suasana sekeliling.terdapat cahaya terbias dari celah kayu-kayu yang membentuk dinding.dia merapati.


''cakaplah,abang.saya berjanji merahsiakannya''desak flora pula

''12 ribu orang tentera islam sudah mendarat.mereka mahu menyerang raja roderiga pada bila-bila masa''balas panglima julian perlahan ..

''ha!!!!raja roderiga?!''tersentak dan terkesima.tubuh abdullah tergoncang.akal bejat.abdullah terdiam selepas kedua2 ahli rumah itu pantas memgalihkan pandangan kearah celah rumah mereka.sepantas itu jualah abdullah melarikan diri ke hutan.

''eh..apa ni...apa ni?''soal abdullah kepada dirinya diketika kakinya bebas memijak rumput yang tumbuh melata disepanjang denai yang ditempuhi.dia menganggak jenis rumput ini tidak terdapat dimalaysia.ya.barangkali dimana.......

tidak terlintas dikotak hatinya apabila ternampak sesuatu.telinga dipincing menangkap bunyi.abdullah ternampak sosok tubuh yang berdiri dihadapan ribuan manusia ketika itu.sosok tubuh itu dengan lantang bersuara seakan-akan langit terbelah:

أيّها الناس، أين المفر؟ البحر من ورائكم، والعدوّ أمامكم، وليس لكم والله إلا الصدق والصبر...

abdullah menangkap kata-kata itu.serebrumnya menganalisa dan cuba untuk menterjemahkan bait demi bait.mujurlah dia dahulu bekas pelajar sekolah agama disekitar selangor.sehinggalah membentuk kefahaman dibenaknya:

Tidak ada jalan untuk melarikan diri! Laut di belakang kalian, dan musuh di depan kalian: Demi Allah, tidak ada yang dapat kalian sekarang lakukan kecuali bersungguh-sungguh penuh keikhlasan dan kesabaran.
''subhanallah..ini kata2 panglima tariq bin ziyad.!''separuh jerit.pantas teringat akan salah satu buku bermuka merah yang dibacanya ketikamana sesetengah kuliah berlangsung.tariq sang pembebas andalusia tulisan abdul latip talib...kini barulah dia sedar..dia diheret ke abad ke 7.

diketika itu api menjulang marak menjilat kapal-kapal milik tariq.tiada riak kekecewaan diwajahnya....

12/20/10

regangan ahli fisio


*regangan bagi mengelakkan kecederaan.semestinya.*

sekolah

(ini bukan sambungan bagi cerita dunia,ku bertatih diatasnya episod 5.ni hanya menceritakan RASA..weyyyyyy!*sekali skala mengedix)

'serious kelas tambahan ni paling menyusahkan aku ! nak kena pakai baju sekolah pulak'kata dari lidah seorg facebooker.hehe.apa la.

'Hahaha. Jangan lupa pakai baju sekolah :)'.statement this person memang chill la.cili.hu2


andai korang diberi pencahayaan untuk tahu betapa bestnya zaman sekolah.nescaya korang akan jadikan pakaian sekolah itu sebagai pakaian untuk pergi berjalan2.end

12/19/10

2 jiwa(ep 4)


serbuk hitam berpelukan mesra bersama gula didalam ruang cawan itu.mereka digaul bersama agar ikatannya membentuk sebuah kopi studi yang istimewa.aromanya jauh tersebar menceriakan suasana sunyi.sebatang figura sedang tunduk menyorotkan pandangan pada apa yg ia baca.malam sudah jauh menyelimuti sendiri.sepi mencengkam suasana.tersangat sunyi.

''sudah la tu dollah,mata tu pun minta dilayan tu!''pujuk mus'ab kawan sepermainan abdullah.ia.mus'ab.seingat dia.mus'ab baru sahaja bingkas dari katil menuju ke ruang mandi.langkahnya mati apabila melihat temannya abdullah masih setia disamping pelajarannya.

''sikit lagi.plezz...lagi 5 minit aku tidur..bisa ngakk?!''seloroh abdullah memecah sunyi.mus'ab hanya menghantar pandangan ke arah abdullah.seketika kemudian,dia terus ke bilik mandi.

kopi dihirup.hangat menjalar keseluruh aterinya.segar buat seketika.abdullah membuang pandangan keluar.melihat perkampungan bintang di langit itu.taktala melihat dua bintang yang galak bersinar.lantas dia seolah-olah ditarik ke dunia yang lain.kepingan memori minta bersatu.

abdullah tercegat melihat dirinya di ketika berumur 6 tahun berlari keluar kelas dengan linangan air mata.air mata ikhlas.dibelakangnya kelihatan cikgu yang mengajarnya mengejar.ingin sahaja abdullah menghalang laluan si abdullah yang dahulu.namun kehadiran seperti kabus.tembus apabila dilanggar.

abdullah membuntuti larian abdullah yang dahulu sehingga tiba di taman bunga milik sekolahnya.dia mencari satu sudut yang dia fikir tidak kelihatan.duduk dan menangis semahu-mahunya.

taktala abdullah ingin menghampiri dirinya yang dahulu.tiba-tiba ternampak akan tubuh mus'ab yang termengah2.dia hanya melihat akan apa yang berlaku seterusnya.dia nampak mus'ab seakan2 berbicara sesuatu yang berupa kemaafan serta tangan dihulurkan.abdullah yang dahulu menyambutnya.di ketika itu persahabatan 2 jiwa tertaut.abdullah sebak lantas ingin memeluk mus'ab yang sedang berpelukan dengan dirinya yang lama.tetapi.....objek yang bernama masa tidak menyebelahinya.

''dollah....dollah...''suara mus'ab menembusi mimpinya.di sengga waktu itu jua.abdullah terjaga.diraup mukanya.lantas tersenyum.kisah silam menyatukan 2 jiwa sehingga kini.mukanya terkoyak dengan senyuman.....

makna harga buat si adik kecil.episod ke3


(sambungan dari dunia,ku bertatih diatasnya 1 dan 2)

ketika dipanggil kehadapan.langkahnya bertatih.derapnya seakan longlai.mata menunjukkan bekas lebam menangis.

''ok.sekarang abdullah..giliran awak pula untuk bacakan karangan awak dihadapan kelas''umum cikgu kartini.guru bahasa malaya tahun 1 angsana.

dia cuba untuk tersenyum.melawan sifat rendah diri yang sudah berputik sejak dari peristiwa tadi lagi.teringat dia akan kata2 mus'ab

''saya lahir dari keluarga kaya.sangat kaya''kata mus'ab bernada seakan bongkak.puluhan mata tertumpu kearahnya.teruja.sambungnya lagi

"setiap hari,ayah akan bawa saya berjalan2.kadang2 singgah dikedai mainan.apa yang saya minta.saya dapat.saya bahagia.satu hari saya terpandang ps3 di kedai games.lantas,saya minta untuk mendapatkannya.tanpa dipinta,ayah terus memimpin tangan saya lalu dibawa masuk ke kedai.awak semua tahu apa yang jadi?''soal mus'ab.bertambah2 bangga dengan penceritaannya.

''saya dapat jua ps3 tu.saya sayang ayah saya.ps3 adalah benda berharga buat saya ketika ini''simpul mus'ab dengan wajah yang berseri.tanpa sedar ada hati yang terguris.pedih

abdullah mengangkat kembali kertas putihnya lalu terus membaca.tanpa sedar matanya mula basah''karangan saya bertajuk.ibuku kaulah berharga untukku''.suasana yang hampir senyap tadi terpecah dengan hilai ketawa dari pelajar yang lain.

''hey!..abdullah..kami masing2 cerita tentang mainan yang kami sayang.takkan awak mahu cerita tentang ibu awak kot''ejek harun.selaku ajk kebersihan.bertambah2 hiruk kelas itu.lantas bunyi rotan kedengaran.semua tunduk ketakutan.cikgu mengarahkan agar abdullah meneruskan

''kami adik beradik pernah bergaduh kerana sekotak biskut yang jiran bagi.sampai ibu terpaksa memujuk saya.saya sedih.tapi ibu sentiasa ada disisi''bibit-bibit kesedihan mula terbit.menyelinap ke segenap kelas.

''saya pernah sedeh kerana diejek sebagai anak yatim.tetapi ibu selalu mengatakan.anak yatim adalah anak yang mulia.nabi sendiri pun anak yatim.ibu segera disisi saya ketika sedeh.saya takut nak pergi tandas malam.ibu sentiasa temankan.walaupun saya tiada mainan.tapi cukuplah ibu sebagai pelindung serta kawan sepermainan saya selama2nya''tutur abdullah deras sederas air mata cinta turun melalui pipinya.dia berlari keluar kekelas.

''abdullah!''panggil cikgu

namun kelibatnya sudah hilang dibawa masa yang pergi.cikgu bungkam memikir rasa dan suasana hati anak kecil itu.........

12/18/10

dunia,ku bertatih diatasnya(ep 2)

pepohon buluh menjulang ke langit.biasan cahaya janaan mentari terjun ke bumi lalu melanggar deretan buluh sehingga terjadinya bayang2 peneduh.angin kesayuan berpuput-puput.diketika itu abdullah berjalan menyeret beg sandang yang jauh lebih besar dari saiz badannya.

dia terus membuang kasutnya ketepi rumah tanpa menempatkan ke dalam rak kasut.dia penat.lantas kedapur sambil menguak tudung saji untuk melihat akan isinya.

''yey..yey..ibu masak bilis goreng''jerit abdullah kehepian

tanpa dipinta terus sahaja tangannya yg masih comot komot memasukkan nikmat yg satu itu kemulutnya....

''adik,sebelum makan kita kena buat apa''satu usapan lembut ke atas rambut abdullah

''baca doa dulu bu!''sepantas kilat,tangan ditadah,dan tidak sampai beberapa saat itu jua..kembali menyuap

ibu mengeleng2 akan tingkah laku spontan adik.lucu.bagai ada suatu angin sejuk mengalir dari atas kepala dan masuk kehati.ya.itu menenangkan.

12/17/10

dunia,ku bertatih diatasnya


'awak ni kan abdullah,dah berapa kali cikgu ulang.kali ni dah 11 kali awak salah eja nama awak'bebel cikgu haryati ibarat hujan menderu jatuh tanpa henti.

'maaf cikgu,saya masih tidak mahir membaca dalam jawi,inikan pula mahu menulisnya'abdullah,budak 6 tahun antara pelajar termuda disekolah agama rakyat,terletak di hulu selangor.

'kan mudah,kalau awak dapat kuasai tulisan jawi ini..bukan setakat nama awak,awak dapat eja..quran pun awak dapat fahami'nada cikgu kelihatan mula beransur kendur

'baik cikgu'balas abdullah pendek

tubuh mongel itu melangkah keluar dari petak terletaknya meja cikgu haryati menuju ke luar.mulutnya muncung sedepa.sifat rendah diri mula berputik dalam tangkai nalurinya.....

(dunia,ku bertatih diatasnya....bersambung)

12/15/10

6 in 1



hakikatnya..
6 dalam satu itu,
bukan 6 campuran dalam kopi radix paket merah,
bukan jua 6 cite dalam satu cd,
tapi 6 stories dalam satu kalender hijrahi...

10 muharam mengamit rasa

cerita pertama pembuka bicara:
pada tarikh ni jua lah ALLAH mendaratkan kapal nabi nuh di bukit judi setelah hampir 6 bulan berada diatas limpahan air bah...

cerita kedua penyusul pula:
nabi musa ditolong oleh ALLAH mengalahkan ahli2 sihir firaun sehingga akhirnya mereka semua tertunduk beriman

cerita ke tiga seterusnya:
nabi adam diterima taubatnya

cerita ke empat pula:
nabi musa dan kaumnya diselamatkan oleh ALLAH dari cengakaman firaun dgn menenggelamkan firaun dan konco2nya

cerita ke lima:
nabi yunus yg ditelan oleh ikan nun atau dalam bahasa kita ikan paus dikeluarkan..dan penduduk kampung yg tidak beriman pada mulanya,kembali kepada islam setelah nampak pada hari sebelum itu tanda azab dari ALLAH bakal menimpa mereka.

cerita penutup penyudah kata:
bahawasanya nabi yaakob iaini ayah kepada nabi yusuf(yg hensem teramat) telah berdoa kpd ALLAH agar diampunkan dosa abg2 nabi yusuf yg pernah membuangnya ke perigi dahulu

*sedikit perkongsian yg aku catch dari ustaz rifki.smoga manfaat tau!hehe*

Puasa Asyura(10 muharam) menghapus kesalahan setahun yang telah lalu” [Hadits Riwayat Muslim]

jom pose sok!!!


12/13/10

ujian mata



' Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?'ayat yang diulang2 dalam surah ar rahman.

mata.yer.tanpanya.sepilah dan gelitalah dunia tanpa warna.aduh.takut.pada suatu ketika,ketika di lecture hall akhir sem dimatrix
'eh.dah kenapa ni?'
sambil aku menyorotkan dan mengecilkan mata bagi mengfokuskan lensa mataku untuk subjek biologi.
semakin lama,semakin kabur

'perasaan je kot'
'atau perasan'
'ish.aku sorang je kot dalam famili yg cerminmataLESS'
'sumpah,muka macam pakcik2 kalo berspek'

monolog sering bertindih antara satu sama lain.lalu tersulamlah satu keputusan.pergi jela check.doakan mataku ok.



kerinduan mengigit tangkai hati




tidak sah bertandang tanpa hidangan sekurang-kurangnya air kosong. Seperti peringatan rakan Jawa lain yang mengetahui misi Misteri Etnik mendekati masyarakat itu kali ini, jangan sekali-kali menolak hidangan jika berkunjung ke rumah orang Jawa terutama Ponorogo kerana budaya mereka memastikan tetamu tidak pulang tanpa tekak dibasahkan dulu. .http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MisteriEtnik_JatidiriPonorogo/Article/index_html

*diatas adalah petikan dari akhbar berita harian,dan dibawah pula kisah ku dijawa*

2 hari lepas,tengah mata melilau mencerna beberapa isu di surat khabar,ku ternampak akan tajuk misteri etnik:jawa ponorogo menyebabkan tanpa dipinta,beberapa plot kenangan minta dicantum semula.YA...jawa...tersemat kisah didada ku sampai kini.

ingat lagi ketika itu aku bersama members seangkatan yang lain dalam misi ingin menyerahkan bantuan berupa SEMBAKO(sembilan bahan pokok/asas termasuk:minyak,beras dan sebagainya) kepada masyarakat jawa gunung marbabu,jogja amnya.

mula2 tu terbit bibit2 malu kerana tiap kali bertandang kerumah mereka,masyarakat jawa,pasti kami dihidangkan dengan air teh.pehpehpeh.ditambah jua dengan gula melaka,dan keropok.bayangkanlah kalo enam rumah kami singgah.tak pecah perut dibuatnya.fuh3.naseb baik TANK besar.(ini diperakui oleh haziq bong,dan disahkan oleh zaid harithah ketika dimatrix).

itu berkenaan bagaimana mereka menyambut atau menghormati tetamu.mari pula kita lihat bagaimana kami yang setiap kali berjumpa mereka,mereka akan sapa dahulu(majoritinya begitu).2 options jek masa tu yg kami ada..samaada angguk senyum atau senyum dan cakap''ngehhh'' yg bererti ya.untuk makluman para pembaca sekalian bahasa jawa terbahagi kepada beberapa jenis..dan disana(merujuk kepada bumi indonesia) terbahagi kepada jawa kasar dan jawa halus yg hanya dikuasai oleh old timer sahaja.

satu insiden yg barangkali mencuit hati,menjentik lucu(sedap ke ayat ni?)..ketika mana hendak balik dari rumah mereka,aku terpaksa mengucapkan ayat yg berbunyi''kami mahu pulang dahulu ibu2 bapa2,terima kasih atas segalanya'' dalam bahasa jawa.aduh!gawat!macammana ni..nak speaking bhsa indnsia,mereka kurang ngerti sih.dengan muka yang dicontrol sehabis mungkin aku membaca sentences jawa yang aku tulis sebelum itu..sumpah..dah la sangkut2 plus dah macam org nk bersyair pun ada..salah panjang pendek..apatahlagi mahraj/sebutan..aiyakkkk!!!

nway,semakin anda jauh berjalan,semakin besarlah ruang lingkup anda terhadap pengamatan kepada makna hidup pada yang memberi.salam

*senpai@indonesia2008*

cinta dalam hati by ungu.lagu yang sentiasa menyebabkan aku terkenang2 akan indonesia

12/11/10

seindah rasa tercuit seketika


ya!tidak mudah untuk memberi
andai tidak tahu nikmat menerima
jalanilah hidup dengan serba serbi
kerana orang yang sentiasa optimis
akan mencari jalan keluar
bukan keluar untuk mencari jalan lain


surah al-Baqarah ayat 156 hingga ayat 157 bermaksud: “Orang-orang yang apabila ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”Mereka itu ialah orang yang dilimpahi berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk hidayah-Nya.”

InsyaAllah.

''seindah rasa tercuit seketika andai kita mampu tersenyum dikala diri diulit problema''

12/10/10

dunia ini serba small


"Bahawa sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara kerana itu damaikanlah antara dua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat." (Surah al-Hujurat, ayat 10)

ingat lagi disaat itu:
''owh..ko matrix perak kena hashazira x?''kata hafiz,kenalan baru semasa progrem kem insaniyah(k.i)
''hashazira mana pula nih?...emmm''berfikir sejenak sambil wat muka lucu
''sha2 taun mojo ke?''kataku
''ha....itulah''balas hafiz kembali


di sengga waktu yang lain:
''aku satu kelas ngan aiman tau,aiman kelab hidup sihat''kata sha2 dengan nada yg aku fikir main2
''ha!!..aiman xpdt ke?eh..eh...eh..''jeritku dengan nada x percaya..padahal masa tu sms-ing je
''iye la...cik rahman oi...kalo x caya cuba tanya dia''balas nya bernada seloroh barangkali


trettt...treet(bunyi mesej dari aiman)
''ha ah..ak satu kelas ngan hashazira''balas aiman
''owh...ha!''balasku terkejut beruk mak yeh
aduh...dunia ni kecik jek kan?
kisah terakhir:
''ko satu kelas ngan ekyn kan,fisio?''balas hashazira
''aik..camne ko tau nih?''jiwa semakin berkecamuk ingin tahu
''kalo nak tahu dia clasmate aku sem 1 matrix''mungkin masa nih sha2 balas mesej dgn muka tersenyum
tak ke pelik dunia ni..very small...kadang2 kita berkawan dengan kawan kepada kawan kita tanpa disedari...tu ok lagi....cuba kalo kita kaji susur galur keturunan kita kemungkinan kawan itu termasuk dalam keluarga kita yg terdekat barangkali....



12/8/10

bertindak



with great power comes great responsibility..antara kata2 yang aku minat..
masih ingatkah dia siapa peter parker?watak yang pernah singgah dibenakku sewaktu masa dulu.seorang yang nerd,sering dibuli dan tidak sengaja dikurniakan power(kononnya) untuk menjadi penyelamat..dan kadang2 aku jua begitu...tidak tersangkakan akan menyandang semacam tugas yang besar ketika aku sedang terasa ingin bersenang lenang....

bismillahirrahmannirrahim...
usia semakin hari semakin berganjak.tak terasa akan waktu pantas melewati.banyak persoalan timbul dan tenggelam sejak akhir2 ni di relung hati ini.hidup dah 20 tahun.lesen kereta dah matang(nk tanggal sticker P pun dah layak),dan dah berjaya masuk U pun dan terus,apakah lagi selepas ini?

sejak akhir2 ni ramai kawan2 ku merangkap sahabat(insyaallah) bertanyakan soalan yang barangkali mengunci benakku dari memikirkan pekara2 yang remeh temeh kepada yang
besar dan superb2 belaka..bertanya tentang buku2 fikrah dakwah,macammana nak tangani homosexual dikalangan memember,suasana yang membunuh jiwa dan tidak kurang pula yang berkongsi rasa.aduh!seolah2 pertanyaan ini datang dengan serentak hendaknya(bukan aku x suka,tapi aku tak menyediakan diri aku lagi untuk bersedia.padan muka aku)dan sejujurnya aku masih kosong,dan kosong dari ilmu2 untuk merungkai hakikat persoalan ini...!anyway..dengan kalian sebab musabab aku terpaksa rajin menyelak buku2(walaupun novel sentiasa meniti hari2ku) dan bertanya akan org yg lebih AHLI untuk mengupas persoalan kalian.

sepatutnya..semakin dewasa seseorg itu,semakin besar pula tanggungjawab untuk menentukan halatuju hidupnya..dan aku terdetik untuk berfikir...dan ANDA pula bagaimana ya?

12/7/10

dalam proses mencari

12/4/10

satu janji untuk kesyurga





]الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُوا
مِنْ أَمْوَالِهِمْ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللهُ وَاللاَّتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ
فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلاَ تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلاً
إِنَّ اللهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا[
Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita. Sebab, Allah telah melebihkan sebagian mereka (laki-laki) atas sebagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta-harta mereka. Oleh karena itu, wanita-wanita yang salih ialah yang menaati Allah lagi memelihara diri di belakangan suaminya karena Allah telah memelihara (mereka). Sementara itru, wanita-wanita yang kalian khawatiri perbuatan nusyûz-nya, nasihatilah mereka, pisahkanlah mereka dari tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Akan tetapi, jika mereka menaati kalian, janganlah kalian mencari-cari jalan untuk untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Mahatinggi lagi Mahaagung.
(QS an-Nisa’ [4]: 34).

12/1/10

nilai buku catatan buat gadis kecil ini


buku catatan peribadi adalah tempat dimana tersimpannya titik-titik embun yang dipetik taktala suasana pagi masih penuh bergerimis.ia adalah tempat terbenamnya matahari diufuk.ia adalah angin yang mendayu lembut di pipi pabila seseorang itu berdiri di persisiran pantai dengan pandangan matanya merenung jauh ke kebiruan laut.buku catatan adalah dimana seseorang itu dapat bermanjaan dengan binatang peliharaannya yang tersayang.ia adalah tempat seseorang itu bermimpi-mimpian,sedang meniti pagar mengelilingi pelangi.juga tempat dimana beradunya perasaan gundah dan keriangantaktala malam menjelma

~percayakah anda,inilah dia pandangan seorang kanak2 bernama briana carlin yang berumur 10 tahun terhadap buku catatan peribadi menurut kacamatanya....sungguh indah dan cantik sekali bukan?