revolutionalists

12/19/10

makna harga buat si adik kecil.episod ke3


(sambungan dari dunia,ku bertatih diatasnya 1 dan 2)

ketika dipanggil kehadapan.langkahnya bertatih.derapnya seakan longlai.mata menunjukkan bekas lebam menangis.

''ok.sekarang abdullah..giliran awak pula untuk bacakan karangan awak dihadapan kelas''umum cikgu kartini.guru bahasa malaya tahun 1 angsana.

dia cuba untuk tersenyum.melawan sifat rendah diri yang sudah berputik sejak dari peristiwa tadi lagi.teringat dia akan kata2 mus'ab

''saya lahir dari keluarga kaya.sangat kaya''kata mus'ab bernada seakan bongkak.puluhan mata tertumpu kearahnya.teruja.sambungnya lagi

"setiap hari,ayah akan bawa saya berjalan2.kadang2 singgah dikedai mainan.apa yang saya minta.saya dapat.saya bahagia.satu hari saya terpandang ps3 di kedai games.lantas,saya minta untuk mendapatkannya.tanpa dipinta,ayah terus memimpin tangan saya lalu dibawa masuk ke kedai.awak semua tahu apa yang jadi?''soal mus'ab.bertambah2 bangga dengan penceritaannya.

''saya dapat jua ps3 tu.saya sayang ayah saya.ps3 adalah benda berharga buat saya ketika ini''simpul mus'ab dengan wajah yang berseri.tanpa sedar ada hati yang terguris.pedih

abdullah mengangkat kembali kertas putihnya lalu terus membaca.tanpa sedar matanya mula basah''karangan saya bertajuk.ibuku kaulah berharga untukku''.suasana yang hampir senyap tadi terpecah dengan hilai ketawa dari pelajar yang lain.

''hey!..abdullah..kami masing2 cerita tentang mainan yang kami sayang.takkan awak mahu cerita tentang ibu awak kot''ejek harun.selaku ajk kebersihan.bertambah2 hiruk kelas itu.lantas bunyi rotan kedengaran.semua tunduk ketakutan.cikgu mengarahkan agar abdullah meneruskan

''kami adik beradik pernah bergaduh kerana sekotak biskut yang jiran bagi.sampai ibu terpaksa memujuk saya.saya sedih.tapi ibu sentiasa ada disisi''bibit-bibit kesedihan mula terbit.menyelinap ke segenap kelas.

''saya pernah sedeh kerana diejek sebagai anak yatim.tetapi ibu selalu mengatakan.anak yatim adalah anak yang mulia.nabi sendiri pun anak yatim.ibu segera disisi saya ketika sedeh.saya takut nak pergi tandas malam.ibu sentiasa temankan.walaupun saya tiada mainan.tapi cukuplah ibu sebagai pelindung serta kawan sepermainan saya selama2nya''tutur abdullah deras sederas air mata cinta turun melalui pipinya.dia berlari keluar kekelas.

''abdullah!''panggil cikgu

namun kelibatnya sudah hilang dibawa masa yang pergi.cikgu bungkam memikir rasa dan suasana hati anak kecil itu.........