revolutionalists

12/19/10

2 jiwa(ep 4)


serbuk hitam berpelukan mesra bersama gula didalam ruang cawan itu.mereka digaul bersama agar ikatannya membentuk sebuah kopi studi yang istimewa.aromanya jauh tersebar menceriakan suasana sunyi.sebatang figura sedang tunduk menyorotkan pandangan pada apa yg ia baca.malam sudah jauh menyelimuti sendiri.sepi mencengkam suasana.tersangat sunyi.

''sudah la tu dollah,mata tu pun minta dilayan tu!''pujuk mus'ab kawan sepermainan abdullah.ia.mus'ab.seingat dia.mus'ab baru sahaja bingkas dari katil menuju ke ruang mandi.langkahnya mati apabila melihat temannya abdullah masih setia disamping pelajarannya.

''sikit lagi.plezz...lagi 5 minit aku tidur..bisa ngakk?!''seloroh abdullah memecah sunyi.mus'ab hanya menghantar pandangan ke arah abdullah.seketika kemudian,dia terus ke bilik mandi.

kopi dihirup.hangat menjalar keseluruh aterinya.segar buat seketika.abdullah membuang pandangan keluar.melihat perkampungan bintang di langit itu.taktala melihat dua bintang yang galak bersinar.lantas dia seolah-olah ditarik ke dunia yang lain.kepingan memori minta bersatu.

abdullah tercegat melihat dirinya di ketika berumur 6 tahun berlari keluar kelas dengan linangan air mata.air mata ikhlas.dibelakangnya kelihatan cikgu yang mengajarnya mengejar.ingin sahaja abdullah menghalang laluan si abdullah yang dahulu.namun kehadiran seperti kabus.tembus apabila dilanggar.

abdullah membuntuti larian abdullah yang dahulu sehingga tiba di taman bunga milik sekolahnya.dia mencari satu sudut yang dia fikir tidak kelihatan.duduk dan menangis semahu-mahunya.

taktala abdullah ingin menghampiri dirinya yang dahulu.tiba-tiba ternampak akan tubuh mus'ab yang termengah2.dia hanya melihat akan apa yang berlaku seterusnya.dia nampak mus'ab seakan2 berbicara sesuatu yang berupa kemaafan serta tangan dihulurkan.abdullah yang dahulu menyambutnya.di ketika itu persahabatan 2 jiwa tertaut.abdullah sebak lantas ingin memeluk mus'ab yang sedang berpelukan dengan dirinya yang lama.tetapi.....objek yang bernama masa tidak menyebelahinya.

''dollah....dollah...''suara mus'ab menembusi mimpinya.di sengga waktu itu jua.abdullah terjaga.diraup mukanya.lantas tersenyum.kisah silam menyatukan 2 jiwa sehingga kini.mukanya terkoyak dengan senyuman.....

3 comments:

Iylia said...

perrrrhhh. ak suke, ak suke. ahaha.

sam_senpai said...

terima kasih sister atas sokongan(^^,)~

+akufobia+ said...

(senyum lebar dalam bahasa jepun.)